APA YANG NUAR BRAHIM GEBANG PADA PERHIMPUNAN RAKYAT PENANG. MAI PAKAT BACA :
ANWAR IBRAHIM
nuar brahim dok ulas Lagu “anak kecil” yang dinyanyi
dalam Perhimpunan Agong UMNO kepada masyarakat Cina. Bumi dipijak milik orang
merujuk kepada tanah yang telah dimiliki oleh orang Cina dan India.
BK
bila masa pulak lirik lagu tu ditujukan kepda kaum cina dan india. lagu tu ditujukan kepada penjajah british . mai kita baca lirik lagu tersebut di bawah :
Air mata darah bercampur keringat ( merujuk kepada pejuang melayu melawan penjajah seperti tok janggut, maharajalela, tok bahaman dll)
Bumi dipijak milik orang ( 446 tahun di pijak oleh penjajah portugis, belanda, british, jepun dan british semula
NUAR BRAHIM
Ketua-Ketua UMNO banyak dapat
“AP”.bayar “AP” Cuma 50 sen tapi jual dapat RM50,000.
Begitu juga
permit Teksi, Pemandu Teksi tertekan Cuma dapat 4 tayar. Permit teksi juga akan
hanya diberi kepada pemandu sendiri.
BK
mujuq selepas nuar kena pecat amalan kroni dah berkurang dan hilang sedikit demi sedikit
NUAR BRAHIM
Pulau
Pinang belanjawan lebihan RM2 billion, Selangor lebihan RM2.4 billion,
kemudahan kepada rakyat jauh lebih banyak. Dia lebih tahu kerana 8 tahun
sebagai Menteri Kewangan jika disbanding dengan DS Najib yang baru 3 tahun
setengah saja. Kalau Negara berhutang, maknanya rakyat hutang. Kalau dia tak
kena bayar sekarang anak dia yang kena bayar masa depan.
NUAR BRAHIM
Beliau
janji turunkan tariff letrik. Harga letrik tinggi sekarang kerana IPP (Syarikat
Penjana Letrik Bebas) seperti Genting, YTL,Malakof (Syed Mokhtar) dan PD Power
(Ananda Krishnan) diberi peruntukan subsidi oleh kerajaan sebanyak RM20
billion. Syarikat-syarikat ini untung Berbillion RM, beli bahanapi dari
Petronas dengan harga murah dan menjual tenaga kepada TNB dengan harga yang
tinggi sehingga TNB terpaksa menekan pengguna dengan tariff yang tinggi kerana
tidak mahu rugi. Bila kerajaan diminta runding semula dengan IPP mengenai
harga, kerajaan takut dan tak buat malah beri lagi kepada IPP. Ini dasar
ekonomi yang tidak waras. Jika menang Pakatan akan buat rundingan semula tanpa
IPP rugi dan kerajaan dapat jimat RM3billion dan rakyat dapat bekalan letrik
pada harga yang rendah.
BK
yang buat IPP ni siapa. tahun 1993 siapa menteri kewangan malaysia. siapa yang pi hadir mesyuarat dengan EPU zaman tun mahathir jadi pm. siapa yang dok balas rm 100 juta dari keuntungan malakoff. dato astamam kan dah cerita nuar balas untung dari ipp. la ni dia teriak sebab tak dapat habuan
NUAR BRAHIM
UMNO kata
tanpa UMNO Melayu akan hancur. Nasib Melayu akan lebih baik tanpa UMNO dan
tidak akan nada rusuhan kaum jika Pakatan menang. Lebih rela jadi alat Cina yang baik dari jadi
alat kepada Chua Soi Lek.
Dalam masa
24 jam selepas menang, Pakatan janji akan turunkan harga minyak.
Pendidikan
kepada semua kaum akan diberi pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke
Universiti dan PTPTN serta hutang PTPTN akan dihapuskan. Toll Utara-Selatan
juga akan dihapuskan. Negara tak akan bankrupt, kenapa hutang kroni boleh
dihapuskan sedangkan faedah untuk rakyat tidak boleh.
BK
masa dia jadi menteri dan tim perdana menteri dan perdana menteri sebulan mengapa tak hapuskan tol. kenapa tak bantah tol. menteri kewangan masa tu buat apa
banyak lagi nak Bk ceritakan. tapi dah bosan dengar. bab hutang negara, rasuah, lembu dan semua lagi yang kena batang hidung dia balik