Wednesday, November 7, 2012

PASCA E 13 : SALLEH MAN AKUI KERAJAAN BN BINA MASJID BARU DI PENANG.

logo

Peruntukan Hal Ehwal Islam jauh lebih tinggi semasa Pakatan Rakyat

Isnin, 07 Mei 2012 20:39

PASCA E 13. EKSKLUSIF !!! PERUNTUKAN AGAMA ISLAM MENURUN RM 17.61 JUTA DI PULAU PINANG

Memartabatkan Agama Islam (  BAJET 2013 KERAJAAN DAP PENANG)
 
Selaras dengan hasrat untuk menjadikan masjid sebagai sebuah institusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan, peruntukan sebanyak RM13.84 juta telah disediakan untuk tahun 2013 meliputi pembangunan masjid, surau dan sekolah agama rakyat (SAR).( BERTINDAN DENGAN JUMLAH PERUNTUKAN BAGI SEKOLAH TADI. KAN GUAN ENG PANDAI PUTAQ)
 
Bagi tahun 2013, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk meneruskan pembinaan masjid baru yang mengambilkira prasarana mesra OKU, iaitu di Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Pembinaan masjid yang mengambilkira prasarana seumpama ini telahpun dilaksanakan di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dan Masjid Kelawei, Daerah Timur Laut.( SEMUA MASJID INI DI BINA SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN BN. SURAU PUN GUAN ENG BARU NAK BINA DALAM BAJET 2013. GUAN ENG CUMA BAGI PERUNTUKAN BAIK PULIH MASJID SAHAJA DAN BUKAN BINA MASJID. INI AYAT KASI TUKAR)
 
Keseluruhan peruntukan untuk tujuan keagamaan pada tahun hadapan adalah RM46.42 juta
 
 
 
ANALOGI
 
2008       25.7 JUTA
 
2009       33.2 JUTA ( NAIK 7.5 JUTA)
2010       38.9 JUTA ( NAIK 5.7 JUTA)
2011       45.7 JUTA ( NAIK 6.8 JUTA)
2012       64.03 JUTA (NAIK 18.33 JUTA)
 
 
2013        46.42 juta sahaja berkurang sebanyak RM 17.61
 
PERSOALAN :
 
1. MENGAPAKAH BERKURANG SAMPAI KE TAHAP 17.61 JUTA SEDANGKAN GUAN ENG MENYUSUN AYAT MENGAMBIL KIRA PEMBINAAN MASJID BARU ? MASJID ABDULLAH FAHIM BERTAM SAHAJA BERNILAI RM 25 JUTA.
 
2. GUAN ENG TELAH BERBOHONG SECARA TERANG TERANGAN KEPADA UMAT ISLAM . RUPANYA BELIAU HANYA MENAMBAH PRASARANA MESRA OKU SAHAJA. BUKAN MEMBINA SEBUAH MASJID .
 
3. GUAN ENG TIDAK PERLU BERBOHONG UNTUK MENYATAKAN DIA HERO KEPADA UMAT ISLAM. CAKAP BERTERUS TERANGLAH YANG SEPANJANG KAMU MEMERINTAH TIDAK ADA SEBUAH SURAU ATAU MASJID YANG KAMU BINA BARU.
 
KENYATAAN GUAN ENG SEBELUM INI :
 


GEORGE TOWN, 4 MEI: Usaha meningkatkan syiar Islam di Pulau Pinang diteruskan lagi dengan pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah bernilai RM36 juta yang dijangka siap dalam masa dua tahun lagi.

Kompleks Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi tujuh tingkat yang mesra orang kelainan upaya (OKU) akan menyediakan dewan bicara, kamar hakim, dewan serba guna, surau, perpustakaan, balai polis, kafeteria dan pusat penjagaan kanak-kanak.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang puas hati dengan proses pembinaan projek tersebut menyatakan bahawa 3.49 ekar tanah telah diperuntukkan untuk pembinaan yang mengambil keluasan 2.93 ekar di Jalan Batu Gantung/ Jalan Scotland di daerah Timur Laut.
“Nilai tanah adalah RM36.5 juta. Tetapi, ia merupakan taksiran awal pada 2010. Kini, nilai tanah telah meningkat sekali ganda,” katanya.

GUAN ENG BAGI TANAH DIA KATA KERAJAAN NEGERI SUMBANG RM 36.5 JUTA . KERAJAAN BN DULU PUN BANYAK BAGI TANAH UNTUK BINA KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH TAPI TAK LAH CLAIM SAMPAI TAHAP BODOH MACAM INI. TANAH INI MACAM BINA KOMPLEKS MAHKAMAH DI BARAT DAYA DAN SEBERANG PERAI UTARA LA .....

MASJID ABDULLAH FAHIM BERTAM YANG KERAJAAN BN BINA DI BAWAH PERUNTUKAN ICU

(Masjid ini mula dibina pada Tahun 2009 dan telah siap sepenuhnya pada 28 September 2012 dengan kos sebanyak RM26 juta)

RM 25 JUTA PERUNTUKAN BN . KERAJAAN NEGERI NAK TOP UP UNTUK LALUAN OKU YANG ICU BAKAL NAK BINA . KALAU LAH KERAJAAN NEGERI YANG BINA MASJID INI, MENGAPAKAH TAK MASUK DALAM BAJET NEGERI SEBELUM INI? MENGAPA SEKARANG


MASJID JAMEK SG GELUGOR DIBINA SEJAK DARI ZAMAN BN TAPI SEKARANG DAH TUKAR CAT HIJAU. GUAN ENG BAGI CAT JER WOIIII.


MASJID JAMEK TASEK GELUGOR JUGA DI BIAN SEJAK ZAMAN BN. GUAN ENG HABAQ BETUI BETUI YANG HANG BAGI BAJET BAIK PULIH MANA YANG ROSAK JE. JANGAN SUSUN AYAT YANG MEMBOHONG UMAT ISLAM

 

Tuesday, November 6, 2012

PASCA E 13 :BAJET AES KERAJAAN PENANG , BAJET PUTAQ BELIT DAN BAJET BELI UNDI

 
sejumlah RM970,561,310 (Ringgit Malaysia: Sembilan Ratus Tujuh Puluh Juta, Lima Ratus Enam Puluh Satu Ribu, Tiga Ratus Sepuluh) diperuntukkan bagi bajet Mengurus tahun 2013. Ini merupakan peningkatan sejumlah RM370,965,987 bersamaan 61.87 peratus berbanding bajet mengurus sebanyak RM599.60 juta bagi tahun 2012.
 
KALAU BK KATA INI BAJET GULA GULA , PUAK PAKATAN DAP KATA BN DENGKI. TAPI BILA BN BAGI BANYAK PADA RAKYAT, PAKATAN KATA PANCING UNDI. TAK KE NAMANYA GILER PUNYA KENYATAAN. DOK MAIN KONG KALI KONG. PENINGKATAN SEBANYAK RM RM370,965,987 KENAPA TIDAK DIBELANJAKAN PADA TAHUN 2009 HINGGA 2011. KENAPA PERLU DIKUMPUL MENJELANG SAAT PRU KE 13.
 
RM1,133,946,841 (Ringgit Malaysia: Satu Bilion, Satu Ratus Tiga Puluh Tiga Juta, Sembilan Ratus Empat Puluh Enam Ribu, Lapan Ratus Empat Puluh Satu) yang mencakupi peruntukan Mengurus dan peruntukan Pembangunan dicadangkan untuk perbelanjaan dalam tahun 2013
 
KESELURUHAN PERBELANJAAN MELEBIHI ANGKA RM 1 BILLION TETAPI NIKMAT YANG RAKYAT DAPAT TIDAK ADIL DALAM KONTEKS KESEJAHTERAAN. BANJIR TETAP BERLAKU SEPERTI JUGA DI ZAMAN BN. PAKATAN TIDAK BANGUNKAN NEGERI, TETAPI JUAL NEGERI BAGI MEREKA YANG KAYA SAHAJA.
 
 
Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan pembangunan secara langsung berjumlah RM363.39 juta pada tahun 2013
 
JUMLAH INI MANA MENCUKUPI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK SEBUAH NEGERI YANG MAJU MACAM PULAU PINANG. APAKAH DENGAN JUMLAH PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SEBANYAK INI BOLEH SELESAIKAN MASALAH RAKYAT YANG DIBEBANKAN DENGAN SURCAJ, TEMPOH MASA PARKING YANG BERTAMBAH, HARGA RUMAH MAHAL DI KAWASAN PULAU DAN SELURUH PULAU PUNANG.APA GUNA PEMBANGUNAN KALAU HARGA RUMAH MELAMBUNG SEDANGKAN SAIZ RUMAH SEPERTI BIASA.
 
Komposisi hasil tahun 2013 terdiri daripada hasil cukai sebanyak RM134.72 juta atau 19.01%, hasil bukan cukai RM158.0 juta atau 22.30 peratus dan terimaan bukan hasil sebanyak RM415.80 juta atau 58.69 peratus.
 
Bajet 2013 mengalami defisit sebanyak RM262.04 juta. Defisit sebanyak RM262.04 juta ini adalah RM48.33 juta lebih besar daripada anggaran defisit tahun 2012 iaitu RM213.71 juta. Anggaran defisit atau kekurangan RM262.04 juta yang dijangka dalam Bajet 2013 dapat dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri yang berbaki sebanyak RM710.81 juta
 
BILA BN DEFISIT DEPA BISING. BILA BAJET DEPA DEFISIT DEPA DIAM. PERINGKAT NEGERI YG KECIL PUN BOLEH DEFISIT . KATA PANDAI MENTADBIR. KUTUK BN DULU BUAT DEFISIT. ALIH ALIH DEPA PUN DEFISITI
 
Kerajaan Negeri PR akan membina jambatan Kampung Tanjung Berembang di KADUN Sungai Acheh sebanyak RM50 juta sekiranya memperolehi keyakinan rakyat yang tidak berbelah-bagi dalam kawasan itu. Sekarang kami memohon peruntukan ini daripada Kerajaan Persekutuan dan harap ia akan disokong oleh Adun-Adun pembangkang.
 
DALAM BUKU PENYATA SIDANG DUN TIADA KUPASAN BERKAITAN PEMBINAAN JAMBATAN INI. TIADA PERINCIAN YANG DIBUAT. DAN YANG PALING PELIK MENGAPA PERLU MINTA DUIT DARI BN. KALAU MINTA DARI BN. BAIK BN BUAT. KEMUDIAN APAKAH PEMBINAAN JAMBATAN NI SALAH SATU CARA NAK HALAU PENDUDUK DI KAWASAN TELUK IPIL DAN SEPANJANG KAMPUNG MENUJU KE PEKAN NIBONG TEBAL. KESESAKAN JALAN BERTAMBAH.
 
projek subterranean Penang International Convention and Exhibition (sPICE) di PISA bernilai RM300 juta yang dijangka siap pada 2015
 
PROJEK MEGA YANG MEMBAZIR.
 
Pembinaan Escape Theme Park di Teluk Bahang sebanyak RM200 juta
 
APAKAH ADA PENGLIBATAN PEMIMPIN PKR DI DALAM NYA YANG BERKUASA DALAM SIDANG DUN ?
 
Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang (TPHPP) telah menerima 10 pelaburan daripada syarikat tempatan dan antarabangsa dengan nilai pelaburan bernilai RM484 juta
 
DARI DULU DUK CANANG PERKARA YANG SAMA
 
 
Request for Proposal (RFP) bagi projek infrastruktur jalan raya dan terowong bawah laut sebagai “bypass” dan “ring road” yang dianggarkan melibatkan kos antara RM5 bilion hingga RM8 bilion.Pelaksanaan projek-projek mega ini mampu menyelesaikan kesesakan lalulintas di Bandar George Town dan dalam masa yang sama memacu pembangunan ekonomi negeri.
 
BN BINA MONORAIL TAK SAMPAH RM 2 BILLION. DEPA MAU HABISKAN WANG RAKYAT RM 8 BILLION DAN LANGKAH INI MENAMBAHKAN KESESAKAN DAN BUKAN KURANGKAN KESESAKAN.KALAU TAK KALAH TAHUN 2008 , BN DAH LAMA BINA MONORAIL. DEPA JANJI DALAM MANIFESTO. SAMPAI LA NI TAK SELESAIKAN LAGI KESESAKAN
 
tahun 2013, sebanyak RM41.60 juta diperuntukkan kepada JKR untuk menaiktaraf dan membaharumuka jalan-jalan kerajaan negeri, dan menambahbaik kemudahan-kemudahan infrastuktur lain di negeri.
 
WANG KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG DISALURKAN KE PEMBANGUNAN NEGERI
 
Projek Menaiktaraf Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bernilai RM250 juta boleh siap pada 24 November 2012 ( PROJEK BN ... JANGAN DOK CLAIM )
 
Rapid Penang telah dijanjikan tambahan 200 buah bas yang memberi perkhidmatan di bahagian Pulau dan Seberang Perai. Malangnya tambahan 200 buah bas yang diumumkan ini masih belum tiba. Ia difahamkan akan tiba secara berperingkat sehingga tahun 2015 di mana 80 buah bas dijangka akan tiba di Pulau Pinang mulai Disember 2012.
 
Kajian Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri dan masih dibincangkan dengan pakar perunding pada bulan Oktober.( KERAJAAN DAP KELUARKAN RM 2 JUTA UNTUK BUAT KAJIAN JER. HABUK PUN TARAK)
 
Panjang laluan berbasikal  yang telah disediakan ialah 81 kilometer ( LALUAN BASIKAL . INI AKU SETUJU. TAMBAH SYARAT LAGI MASUK JE PENANG JANGAN GUNA KERETA. KERETA PARK DI SEBERANG PERAI)
 
Projek Pembesaran Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam dengan kos sebanyak RM1.2 bilion adalah kini dalam pelaksanaan. Sehingga 26 Ogos 2012, kemajuan pelaksanaan projek adalah 9.06 peratus dan dijangka siap pada 31 Julai 2016.( WANG BN...JGN NAK DOK PANDAI CLAIM )
 
Kerajaan Negeri bercadang untuk mendapatkan bekalan air mentah melalui Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak, Negeri Perak ke Negeri Pulau Pinang. Projek ini melibatkan pembinaan terowong yang bertujuan untuk mengagihkan sebahagian air mentah dari Sungai Perak ke Sungai Kerian dan seterusnya ke Negeri Pulau Pinang. Kos projek dianggarkan bernilai RM300 juta dan ianya telah dipohon melalui KeTTHA kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 30 Jun 2012 ( KENAPA TAK AMBIL AIR KEDAH ?)
 
Bagi memastikan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK Negeri meningkat, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah RM7.18 juta bagi tahun 2013.( MANA CUKUP. KENAPA SIKIT ? OOOOO SEBAB PETANI RAMAI MELAYU KAN?OPPSSS NANTI KATA RASIS. BAGILAH PERTANIAN RM 30 JUTA. BARU BETUI)
 
Penang Learning Centre dan Penang Badminton Academy bernilai RM4 juta akan dibangunkan di Kampung Buah Pala hasil sumbangan Yayasan ECM Libra ( YANG NI LAGI BK PELIK. DULU PAKATAN SERANG ECM LIBRA DAN DIKAITKAN DENGAN KAHIRY JAMALUDIN. KENAPA BOLEH TERIMA PLAK SUMBANGAN INI? )
 
memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk Sekolah-sekolah Bantuan Modal termasuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Mubaligh. ( TAK CUKUP. PERLU TAMBAH RM 100 JUTA UNTUK SEMUA KATEGORI. BUKTI GUAN ENG TAK UTAMAKAN PENDIDIKAN. HANYA TAHU SALAHKAN BN. SMK JIT SIN CAW SPS PUN BAGI DALAM RM 100000. MCA DAH BAGI RM 10 JUTAKAN?)
 
Melalui program Hari Tanpa Beg Plastik Percuma, sebanyak 33 juta beg plastik telah dapat dijimatkan oleh pengusaha pasaraya ( KEMANA PERGI PLASTIK INI? DI BAKAR ATAU DIMUSNAHKAN DENGAN CARA BAGAIMANA. TETAP JUGA MENCEMARKAN)
 
PENGURUSAN SAMPAH
 
Perlu diingatkan bahawa kos tawaran tender terbuka yang dianggarkan sebanyak RM294 juta untuk tempoh 20 tahun adalah jauh lebih rendah daripada kos pembayaran di bawah sistem pemerintahan BN bersifat kroni. Sekiranya kadar BN digunakan maka kos akan melambung ke RM536 juta iaitu RM242 juta lebih tinggi daripada kos tender terbuka sebanyak RM294 juta.( MEMANG LA RENDAH. KONTRAKTOR ASAL KENA BELI SEMUA PERALATAN DAN BARU MAJUKAN PULAU BURUNG. KONTRAKTOR KEDUA INI DAH TENTU MASUK DALAM KEADAAN SELESA . IBARAT BINA RUMAH BARU DENGAN BAIKI RUMAH SECOND HAND. KAN JAUH BEZANYA. TAPI GUAN ENG PANDAI PUTAQ BELIT)
 
Kejayaan Pulau Pinang menjadi negeri pertama bebas dari miskin tegar di Malaysia dengan memastikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dinaikkan daripada RM500 sebulan kepada RM600 sebulan
 
Menurut laporan IKMAS (Institute of Malaysian and International Studies, UKM) pada tahun 2011, garis kemiskinan (Poverty Line Indicator) bagi Semenanjung Malaysia merupakan RM763 sebulan
 
Kerajaan Negeri akan menaikkan pendapatan minima bulanan bagi setiap isi rumah di Pulau Pinang daripada RM600 sekarang kepada RM770, iaitu pada kadar yang melebihi garis kemiskinan.Ini bermaksud bahawa sekiranya terdapat mana-mana isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM770 sebulan, maka Kerajaan Negeri akan menambah nilai atau “top-up” bakinya untuk mencukupi RM770. Program ini dijangka akan membabitkan sebanyak RM20 juta setahun( YANG INI AKU SERU SEMUA PETANI , SEMUA TUKANG RUMAH, PEKEBUN SAYUR, YANG KERJA SENDIRI PI AMBIL BERAMAI RAMAI HAK TOP UP INI. )KALAU GAJI HANGPA RM 400 TANAM SAYUR SEBULAN, MINTA PADA DAP STATE LAGI RM 360 SEBULAN. SETIAP BULAN PI AMBIL HAK HANGPA)
 
Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama untuk mencapai taraf Miskin Sifar, Rasuah Sifar, Pengangguran Sifar dan pada suatu hari nanti Hutang Sifar.
 
Memartabatkan Agama Islam
 
Selaras dengan hasrat untuk menjadikan masjid sebagai sebuah institusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan, peruntukan sebanyak RM13.84 juta telah disediakan untuk tahun 2013 meliputi pembangunan masjid, surau dan sekolah agama rakyat (SAR).( BERTINDAN DENGAN JUMLAH PERUNTUKAN BAGI SEKOLAH TADI. KAN GUAN ENG PANDAI PUTAQ)
 
Bagi tahun 2013, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk meneruskan pembinaan masjid baru yang mengambilkira prasarana mesra OKU, iaitu di Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Pembinaan masjid yang mengambilkira prasarana seumpama ini telahpun dilaksanakan di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dan Masjid Kelawei, Daerah Timur Laut.( SEMUA MASJID INI DI BINA SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN BN. SURAU PUN GUAN ENG BARU NAK BINA DALAM BAJET 2013. GUAN ENG CUMA BAGI PERUNTUKAN BAIK PULIH MASJID SAHAJA DAN BUKAN BINA MASJID. INI AYAT KASI TUKAR)
 
Keseluruhan peruntukan untuk tujuan keagamaan pada tahun hadapan adalah RM46.42 juta.
 
sebanyak RM500 juta untuk tempoh lima (5) tahun bagi merealisasikan Skim Perumahan Mampu Milik tersebut. Di bawah Fasa 1, PDC memperuntukkan kawasan seluas 200 ekar di Batu Kawan yang melibatkan pembinaan 11,800 unit apartmen.
 
 Kerajaan Negeri telah melantik HDB Singapura, iaitu pembina rumah mampu milik yang terbaik, bagi memastikan rumah mampu milik di Batu Kawan adalah yang paling berkualiti di Malaysia. Di bawah Fasa 2, Kerajaan Negeri, MPPP dan MPSP memperuntukkan tanah MPPP dan tanah MPSP seluas 49 ekar di 4 daerah, iaitu 29 ekar di Seberang Perai Utara, 3 ekar di Seberang Perai Tengah, 11 ekar di Daerah Timur Laut dan 6 ekar di Daerah Barat Daya. Keempat-empat tapak ini akan melibatkan pembinaan 6,000 unit rumah mampu milik.( BARU NAK BINA. BERCAKAP DARI BAJET 2012 SELEPAS BN BALUN. TAK BINA LAGI RUPANYA)
 
 
Susulan daripada bonus raya Kerajaan Negeri ingin mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan minima RM700 pada bulan Disember 2012 dan Januari 2013 nanti. Guru-guru dan penyelia KAFA akan menerima RM400 kali ini iaitu RM700 untuk tahun ini berbanding RM600 tahun lalu. Sejumlah RM7.466 juta akan dibelanjakan bagi maksud pemberian bonus ini. Pemberian bonus ini turut dipanjangkan kepada kedua-dua PBT dan Badan-badan Berkanun Negeri.
( GUAN ENG SEPATUTNYA BAGI BONUS KEPADA PENJWAT AWAM NEGERI 3 BULAN GAJI SBB GUAN ENG SELALU CAKAP DAP SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN PRIHATIN. NEGERI UNTUNG BANYAK. SIMPANAN BANYAK. BAGILAH INSENTIF PADA PENJAWAT AWAM NEGERI )
 
SAYANGNYA PENJAWAT AWAM NEGERI YANG DAH BERPENCEN DINAFIKAN HAK MEREKA. GUAN ENG TAK PERLU ORANG PENCEN
 

Thursday, November 1, 2012

PASCA E 13 : ENAKMEN ANTI LOMPAT PARTI DI BENTANG PETANG INI DI DUN PENANG


hari ini ( 1/11/12) merupakan hari pertama sidang dun pulau pinang bermula. khabarnya sidang dun ini merupakan sidang dun terakhir dap menjadi ketua menteri kerana jangkaan bertiup kencang pru 13, pasukan rasis dap akan dibenam oleh rakyat yang anti rasis.kejayaan guan eng dilihat hanyalah semata mata melaga lagakan kaum melayu dengan bukan melayu dan memastikan mulut melayu ditutup apabila berbicara soal hak agama mereka.

lalu selama memerintah, guan eng pun memastikan peruntukan untuk agama islam di tambah walaupun pada hakikatnya peruntukan pembangunan islam di pulau pinang menyusut dari tahun 2009 hingga 2011. (rujuk penyata sidang dun 2012)

bajet 2013 kerajaan dap khabarnya bakal mencecah rm 1 billion . wow !! satu jumlah yang besar untuk dap negeri membeli undi rakyat penang. khabarnya juga peruntukan untuk umat islam akan di tambah demi memastikan undi boleh dibeli dikalangan orang melayu.

bajet 2013 kerajaan dap akan dibentang pada hari esok. petang ini semua mata melihat pembentangan enakmen  anti lompat parti dengan mendapatkan kelulusan dewan untuk meminda perlembagaan negeri. sokongan 2/3 memang dijangka bakal di perolehi oleh kerajaan negeri dap.

melihat kenyataan terdahulu  karpal singh, undang undang lompat parti akan menjadi kenyataan sekiranya perlembagaan persekutuan di pinda terlebih dahulu. justeru apa yang ingin di bawa oleh kerajaan dap pada petang ini di sidang dun adalah gimik semata mata untuk emnyatakan kepada rakyat bahawa mereka bersungguh dalam hal ini tetapi di halang oleh kerajaan pusat.

menurut karpal lagi berdasarkan kenyataannya yang terdahulu, enakmen anti lompat ini tidak sah walaupun di bawa dalam sidang dun hari ini.justeru, apa yang BK dapat nyatakan disini ialah kerajaan negeri dap sedang bermain wayang dalam hal ini menjelang pru ke 13. mereka risau ramai pemimpin mereka akan melakukan aktiviti melompat parti untuk menjadi calon bebas.



Wednesday, October 31, 2012

PASCA E 13 : PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID DI PULAU PINANG TANGGUH ATAU PERBAIKI PROSIDING

dipaparkan antara masjid yang status anak qariahnya bertentangan dengan kehendak prosiding pemilihan jawatankuasa masjid qariah adalah seperti berikut :

masjid al islah permatang tok mahat yang terletak bersempadan dengan negeri perak. jemaahnya terdiri daripada penduduk Islam dari kawasan sempadan negeri Perak. Ini kerana masjid ini terletak di antara sempadan pulau pinang dan perak. adalah tidak adil mereka tidak boleh memilih jawatankuasa qariah sedangkan mereka merupakan jemaah yang tetap

MASJID SIMPANG TIGA ,
DUN SG ACHEH
masjid ini juga terletak bersempadan antara negeri perak dan negeri pulau pinang. anak jemaahnya juga tinggal di dalam negeri perak dan berjemaah di negeri pulau pinang.

MASJID SG BAKAU,
DUN SG ACHEH
masjid ini berdekatan dengan sempadan negeri perak. jemaahnya juga adalah terdiri daripada penduduk Islam dari negeri perak selain daripada penduduk tempatan 

TANDA TANYA . PROSIDING YANG AGAK TERGESA GESA

pihak berkuasa agama negeri pulau pinang telah membuat persempadanan semula kawasan qariah masjid . Ini bermakna dengan berlakunya proses persempadanan semula ini, maka ianya akan memecahkan status anak qariah sebelum ini. Persempadanan semula kawasan qariah ini melibatkan alamat tempat tinggal penduduk dan sekaligus membelakangkan sama sekali konsep hak jemaah

bayangkan, seorang yang telah biasa biasa bersolat di sebuah masjid , tiba tiba namanya dimaklumkan merupakan anak qariah masjid lain selepas berlaku persempadanan semula. apakah beliau tidak layak memilih di masjid yang telah pun dia hadir sejak 20 tahun lalu?

proses persempadanan semula ini seharusnya dipaparkan kepada awam oleh pihak berkuasa agama Islam pulau pinang dan tidak perlu dibuat secara tergesa gesa. persempadanan semula kawasan qariah sebelum di wartakan , seharusnya dipamerkan kepada umum dan tidak semestinya jemaah masjid sahaja. paparan umum perlu diletakkan di tempat kunjungan orang ramai seperti pejabat daerah, kompleks kerajaan, pejabat pos, pasaraya seperti econsave, tesco dan sebagainya. selepas di pamerkan dan menerima bantahan, barulah persempadanan semula di wartakan.namun perkara ini tidak berlaku.

JHEAIPP agak tergesa gesa dalam melaksanakan prosiding dan akhirnya memberi kesan tidak baik dalam komuniti islam itu sendiri dan sekaligus jabatan yang diiktiraf oleh jabatan audit bertaraf sangat baik, tiba tiba dilihat agak tidak bersitematik dalam mengendalikan pengurusan dan pentadbiran agama.mungkin teguran BK agak keras , tetapi perubahan amat perlu demi kebaikan ummah.

pendaftaran anak qariah amat baik, tetapi mengapa borang pendaftaran diedarkan semata mata untuk pemilihan sahaja. mengapa tidak diedar sepanjang tahun untuk menaiktaraf sistem data umat islam di pulau pinang. tak kanlah jabatan agama islam pulau pinang tak terpikiaq sampai tahap ini?sistem data nama anak qariah satu perkara yang baik untuk dimajukan dan ianya boleh diselarikan dengan seluruh jabatan kerajaan yang lain.

semalam ( 30/10/12) khabarnya pihak pengurusan tertinggi JHEAIPP bermesyuarat untuk menentukan samada pemilihan jawatankuasa masjid ini diteruskan juga demi memakbulkan niat rakus exco agama dan ydp maipp atau di tangguh untuk penambahbaikkan prosiding pelaksanaan. Jawapan telah ada pada JHEAIPP .

Slideshow Image 2

PERSOALAN APAKAH SEMUA NILAI INI DIAMALKAN UNTUK SELURUH UMAT ISLAM DI PULAU PINANG. DALAM HAL PEMILIHAN INI PUN TAK NAMPAK MUSYAWARAH SECARA MENYELURUH. SEMUA INI BERLAKU KERANA NILAI NILAI MURNI ISLAM INI DI KUASAI OLEH SARAKAH KEJAHATAN BERTOPENG KEBAIKAN SEPERTI DI BAWAH :


Slideshow Image 3


MOGA ALLAH SWT LAPANGKAN DAN LEMBUTKAN HATI PENGURUSAN TERTINGGI ISLAM DI PULAU PINANG. AMIN . BERLAPANG DADALAH WAHAI KAWAN KAWAN ...

Tuesday, October 30, 2012

PASCA E 13 : PEMILIHAN MASJID ATAU PEMILIHAN MISS HARD ROCK CAFE PENANG





BARU SAHAJA BERLANSUNG SETAHUN YANG LALU ( 2011)  . INI PEMILIHAN MISS HARD ROCK CAFE. DIHALALKAN. SEKARANG MAI PULAK KITA TENGOK PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID YANG DIHALALKAN JUGA UNTUK MEMECAH BELAHKAN UMAT .

YDP MAIPP YANG BERKUASA SEPENUHNYA KE ATAS HAMPIR 200 BUAH MASJID DI SELURUH PULAU PINANG. SELAKU YDP MAIPP SUDAH PASTILAH BELIAU HARUS BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA URUSAN DI BAWAH ENAKMEN PENTADBIRAN ISLAM PULAU PINANG .SEKARANG MARI BACA SEKETIKA FUNGSI ASAS YDP MAIPP IAITU :

Seksyen 15. Kawalan oleh Yang di-Pertua
Yang di-Pertua hendaklah menjalankan kawalan ke atas segala pertimbangtelitian dan prosiding Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi penjalanannya yang sepatutnya dan teratur.

Seksyen 18. Mempengerusikan mesyuarat
(1) Yang di-Pertua, atau dalam masa ketakhadirannya Timbalan Yang di-Pertua, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis


SIAPAKAH BERKUASA ? EXCO AGAMA IAITU MALIK KASSIM ATAU SALLEH MAN SELAKU YDP MAIPP


Seksyen 11. Keanggotaan Majlis

 2) Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan anggota-anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

JAWAPAN : SEBENARNYA MALIK KASSIM LEBIH BERKUASA DARI SALLEH MAN DAN BELIAU BERHAK UNTUK MENYUSUN PERCATURAN UMAT ISLAM DI PULAU PINANG.

JELAS DIPERINGKAT AWAL PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID SECARA UNDIAN ANGKAT TANGAN ADALAH CADANGAN YDP MAIPP SELAMA SEBULAN IAITU EXCO AGAMA ISLAM SENDIRI

PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID DITERUSKAN DEMI MENGIKUT ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH JHEAINPP MELALUI ARAHAN YANG DIPUTUSKAN OLEH MAIPP

LALU PADA 12 NOV  ( ISNIN) ADALAH TARIKH AKHIR UNTUK SEMUA ANAK QARIAH MENGHANTAR BORANG KEAHLIAN ANAK QARIAH . SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENJADI ANAK QARIAH IALAH :

1. WARGANEGARA ATAU PENDUDUK TETAP
2. BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS PADA 1 NOV 2012
3.TINGGAL DLM QARIAH SEKURANG KURANGNYA 3 BULAN

BORANG YANG TELAH SIAP DI ISI AKAN DISAHKAN STATUS OLEH PENGERUSI QARIAH SEDIA ADA.

PERSOALAN UTAMANYA SEKARANG IALAH SISTEM DATA TIDAK DISEDIAKAN OLEH JHEAINPP DAN STATUS BORANG YANG DIHANTAR AKAN DI PROSES OLEH JAWATANKUASA MASJID SEDIA ADA  . SUDAH PASTILAH GERAK KERJA PERLU DIBUAT OLEH JAWATANKUASA MASJID SEDIA ADA UNTUK MENYEDIAKAN DAFTAR NAMA PEMILIH YANG LAYAK MENGUNDI SECARA ANGKAT TANGAN KELAK. 

BAYANGKAN PEMILIH MELEBIHI 1000 ORANG. KASIHAN LA JAWATANKUASA MASJID PAS YANG DAH BERUMUR 60 TAHUN KE ATAS. SEPATUTNYA JHEAINPP PERLU MELANTIK URUSETIA SECARA KONTRAK SEBULAN UNTUK MENGURUSKAN PEMILIHAN INI. GUNAKAN WANG PERUNTUKAN EXCO AGAMA ISLAM YANG BERJUTA JUTA TU. 

1 NOVEMBER 2012 NOTIS MESYUARAT AGUNG AKAN DIKELUARKAN DAN 12 NOV SEPERTI YANG BK MAKLUMKAN AWAL TADI PENDAFTARAN AHLI AKAN TAMAT. BAGI ANAK QARIAH YANG BERTUGAS DI LUAR NEGARA, MAKA HAK MEREKA AKAN DINAFIKAN SEBAB BORANG ONLINE TAK DINYATAKAN DALAM PROSIDING.

MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN QARYAH AKAN DI ADAKAN BERMULA 23/11/2012 SEHINGGA 9/12/2012.

29 DISEMBER IAITU 4 HARI SELEPAS KRISMAS YANG GUAN ENG SAMBUT, MAJLIS PENYERAHAN TAULIAH AKAN DIADAKAN.  

KESIMPULAN :

PAS DAN PAKATAN AKAN BUAT CULAAN BERAPA BUAH MASJID MEREKA AKAN MENANG DAN BOLEH DINAIKTARAF SEBAGAI MARKAZ TARBIYYAH PAS KAWASAN ATAU CAWANGAN . RAMAI DIKALANGAN CALON PENGERUSI MASJID IALAH ORANG PAS DAN BUKAN DARI PKR .

Monday, October 29, 2012

PASCA E 13 : PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID PULAU PINANG . PERKARA MULIA YANG MEMBURUKKAN UMAT


terlebih dahulu BK nak lafazkan ucapan tahniah ke atas kepimpinan JHEAIPP kerana berjaya merangka tatacara pemilihan jawatankuasa qaryah masjid negeri pulau pinang bagi sesi 2013-2015. selepas mesyuarat diadakan bersama semua pengerusi masjid masjid di seluruh pulau pinang, maka gegak gempitalah suara suara yang menyokong dan juga yang membantah untuk pembaikan semula.

bagi pas dan pkr mereka melihat bantahan umno sebagai bukti umno penakut dan tak berani melawan dengan calon mereka dan bukti umno tiada calon yang kerap pi ke masjid untuk berjemaah.

pas seperti menatang minyak penuh dan amat yakin bahwa semua masjid dan surau akan disapu bersih oleh mereka. sekiranya mereka berkuasa ke atas masjid dan surau , maka surau yang pada dasarnya adalah wakaf untuk umat islam akan di paskan oleh pas dengan menaiktaraf status masjid atau surau yang mereka kuasai sebagai markaz pas atau tak mustahil sebagai pusat tarbiyyah parti pas. itu yang yahudi mahukan iaitu menukar status masjid dari pusat penyatuan ummat kepada pusat perbalahan ummat.

ada yang menyatakan, apabila pas mentadbir masjid , maka masjid akan dapat diimarahkan dan program berjalan dengan banyak. wah!!!! sungguh mudah konsep imarah diterjemahkan oleh ahli politik pas. apakah dengan memanggil pengkuliah yang dapat menghentam kerajaan dan memfitnah manusia sesama islam , maka ramai yang hadir ke majlis tersebut lalu di trade mark kan sebagai imarah?

perlu disedari, yang datang ke masjid apabila pengkuliah pas memberi kuliah ialah ahli dan penyokong mereka sendiri. bayangkan anak qariah ada lebih kurang 3000 orang tetapi yg hadir hanya 200 orang dalam setiap kali kuliah. apakah itu namaya imarah?

apabila islam dipolitikkan maka pengistilahan dalam konteks islam juga di salahtafsir. lalu UMNO digelar sebagai penakut dalam pemilihan jawatankuasa masjid. perlu diingatkan kepada sekalian jemaah yang pergi berjemaah ke masjid, tujuan kita berjemaah adalah untuk mendapat ganjaran pahala jemaah dan tujuan kita mendengar kuliah pula adalah untuk mendapat pahala ibadah menuntut ilmu. namun, semua ini dah jadi seperti tidak tentu hala disebabkan perbalahan besar antara islam umno dan islam pas.

sebagai umat islam yang menjadikan  solat berjemaah dan pergi ke masjid sebagai amalan, maka BK berharap agar JHEAIPP memberi pertimbangan semula dan dapat menggunakan kaedah penyatuan ummat dalam memilih jawatankuasa masjid sesebuah qariah. adalah tidak adil meletakkan mereka yang berlatar belakang politik pakatan rakyat dalam jawatankuasa khas merangka tatacara pemilihan jawatankuasa qariyah masjid negeri pulau pinang.BK menghormati keputusan dan titah yang Yang Di Pertuan Agong dalam hal ini namun pertimbangan semula perlu diberikan kepada 2 nama di bawah iaitu :

Dr Wan Salim B Wan Mohd Nor
Pensyarah Pengajian Islam Ilmu kemanusiaan USM
 proksi anwar ibrahim serta aktif dalam pkr ( belakang tabir)
YDP Persatuan Ulamak Pulau Pinang
agak kurang tepat memilih beliau kerana beliau berpihak kepada pakatan DAP di pulau pinang walaupun berstatus YDP persatuan ulamak. 
bekas penerima tokoh maal hijrah PP


AZMI HAMID
Presiden teras Pengupayaan Melayu
Orang Merbok Kedah
mai pun dari qariah di Merbuk Kedah
bagaimana orang yang bukan dari qariah dalam pulau pinang menjadi jawatankuasa untuk penyelarasan pemilihan masjid di pulau pinang?
bekerja dengan CAP
dahulu bersama dalam perjuangan haraki tapi nak dapatkan tempat sebagai calon pilihanraya .
Proksi pakatan rakyat. dahulu zaman bn cukup lantang nak selamatkan melayu pulau pinang. sekarang senyap sebab kawan kawan dia dah jadi kerajaan di pulau pinang. darjah kepercayaan sebagai seorang islam pun diragui sebab tiada adlul wal ihsan

BK cadangkan agar JHEAIPP menggantikan kedua mereka ini dengan Ust Elias  zakaria dan ust Roslan Che Ros walaupun mereka ini nampak pro kepada pas tetapi mereka ini boleh diterima oleh kawan dan lawan serta disegani dalam menyampaikan mesej dakwah islam. jangan jadi macam baikalani sudah la....



ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN VII - MASJID

Seksyen 104. Jawatankuasa Kariah
(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan bagi—
    (a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid;

    (b) menetapkan cara bagaimana anggota Jawatankuasa Kariah itu hendak dilantik; dan

    (c) menetapkan fungsi Jawatankuasa Kariah itu.
(2) Jawatankuasa Kariah sesuatu kariah masjid, bersama-sama dengan Pegawai Masjid, hendaklah—
    (a) bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik masjid serta semua tanah perkuburan Islam dalam kariah masjid itu;

    (b) bertanggungjawab bagi kelakuan baik anak kariah dalam perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan

    (c) memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah masjid itu yang memerlukan perhatian Majlis.
menetapkan cara bagaimana untuk tahun 2013-2015 JHEAIPP  telah memilih cara undian secara angkat tangan ( macam pilih ketua kelas di peringkat sekolah rendah dan menengah). sebelum ini perlantikan dibuat secara terus melalui nama yang diberi oleh jawatankuasa qariah. jadi kan mudah, mana mana  masjid yang pro pas teruskan kepimpinan pas. mana mana  masjid yang pro umno, teruskan kepimpinan dengan pengerusinya orang umno. masalah yang terjadi sekarang ialah pas nak jadikan masjid sebagai markaz tarbiyyah siasah. tu je pon.


ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN VII - MASJID

Seksyen 103. Kawalan dan arahan Pegawai Masjid

Dalam pelaksanaan tugas mereka, Imam, Bilal dan Pembantu Bilal hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis

tetapi ada imam dan masjid yang dikawal oleh jawatankuasa masjid terutama pengerusi qariah dari kumpulan pakatan. kalau imam dan bilal itu nampak pro kepada umno, maka mereka akan pastikan imam dan bilal tersebut tak lama menjalankan tugasannya .

pemilih berdaftar mesti mempunyai akhlak yang mulia dan amanah. syarat ini perlu diperjelaskan dengan detail wahai JHEAIPP. ada pengerusi masjid atau jawatankuasa masjid yang bertugas sebagai guru atau penjawat awam di tempat kerjanya dia seorang yang pemalas dan kuat mengumpat majikan. Apakah mereka ini layak memilih sebagai anak qariah yang berdaftar?



berdasarkan prosiding pelaksanaan pemilihan jawatankuasa masjid, calon mestilah selalu solat berjemaah di masjid atau surau di qaryah itu.soalnya sekarang bagaimana pula dengan anak qaryah yang selalu berjemaah di masjid luar qaryah disebabkan faktor kerja . apakah hak mereka akan dinafikan.

bagaimana pula dengan pekerja kilang yang bekerja dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam termasuk overtime yang berjemaah di surau kilang. apakah mereka tidak layak menjadi calon?

bagaimana pula dengan orang kerja pejabat dan kadangkala bertugas parti time sehingga jam 11.00 malam untuk mencari rezeki tambahan ? apakah hak mereka dinafikan?

bagaimanakah dengan suri rumah yang kadang kala sahaja atau langsung tidak berjemaah di masjid tetapi berjemaah di rumah bersama suami dan anak anak. apakah hak mereka sebagai anak qariah dinafikan?

bagaimana dengan seorang lelaki yang beristeri lebih daripada seorang dan mempunyai rumah sewa di tiga qariah . apakah status anak qariah beliau?

bagaimanakah dengan status anak qariah yang bekerja di luar negara tetapi menetap dalam qariah melebihi 3 bulan

apakah calon yang yang memfitnah kawan boleh dijadikan calon ? JHEAIPP tahukah dan akan semakkah mereka ini baik atau jahat. ramai orang pas dan umno atau pkr yang bertanding , latar belakang mereka OUT dalam aspek tingkahlaku.

bagaimanakah sekiranya seorang pengerusi qaryah menang dalam pemilihan dan selepas itu ada bantahan menyatakan bahawa beliua pernah terlibat dengan kes memfitnah kawan di tempat kerja? boleh semakkah?

wahai JHEAIPP dan sekutunya nak buat kerja secara islam, ikut cara islam. BK syorkan, pemilihan jawatankuasa qariah masjid  biar dipilih secara temuduga dan dijalankan oleh panel yang terdiri dari ahli agama pakatan ( pas/pkr ) dan umno. ada berani? ada 3 panel iaitu pengarah JHEAIPP, wakil umno, wakil pakatan ( pas atau pkr) serta wakil istana yang mewakili YD Agong  ( dari pejabat Agong ).

JHEAIPP perlu berani membawa perubahan penyatuan ummah. Masjid di bawah kuasa enakmen pentadbiran islam pulau pinang. ayuh satukan ummat.