Peruntukan Hal Ehwal Islam jauh lebih tinggi semasa Pakatan Rakyat
Isnin, 07 Mei 2012 20:39
Angka dan komitmen ini tidak boleh disangkal, kerana ia membuktikan bahawa tohmahan yang dilemparkan pada kerajaan negeri konon tidak mempedulikan hal ehwal agama Islam adalah sama sekali tidak berasas. Jumlah ini tersangat jauh lebih tinggi berbanding dengan tahun-tahun semasa pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini.
Untuk tempoh dua tahun akan datang juga, kerajaan negeri akan juga terlibat dalam membina tujuh buah masjid baru bagi mengantikan masjid-masjid lama. Meskipun ia turut mendapat peruntukan kerajaan persekutuan, ia hendaklah dilihat sebagai satu kerjasama dan komitmen kerajaan negeri dalam hal ehwal agama Islam. Kerjasama itu memang sepatutnya terjalin memandangkan penyediaan infrastruktur adalah menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan.
ULASAN :
KERAJAAN NEGERI BARU NAK TERLIBAT DALAM MEMBINA 7 BUAH MASJID BARU HASIL PERUNTUKAN YANG BANYAK DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN. INILAH YANG GUAN ENG BENTANG DALAM BAJET 2013.
NAMUN PERSOALANNYA , MENGAPAKAH DALAM BAJET 2013 PERUNTUKAN AGAMA ISLAM MENURUN HAMPIR RM 17 JUTA.