KUALA LUMPUR 22 April – Mufti-mufti berpendapat sudah tiba masanya undang-undang Islam di negara ini dipinda, diperkemas dan turut terpakai untuk orang bukan Islam yang didakwa melakukan kesalahan membabitkan kesucian agama itu.
Tegas mereka, adalah tidak adil sekiranya orang bukan Islam yang melakukan kesalahan menghina Islam bebas daripada sebarang tindakan kerana berlainan agama, sedangkan Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.
Sehubungan itu, para mufti menggesa penulis blog, Alvin Tan dikenakan tindakan tegas kerana sengaja memuat naik rakaman video yang menunjukkannya dia mengalunkan azan dalam rentak R&B sambil bermain keyboard ke laman perkongsian video YouTube.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, Alvin secara jelas merendah-rendahkan agama Islam dan menyakiti hati orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Sehubungan itu, beliau menasihatkan penganut-penganut agama lain supaya tidak melakukan tindakan serupa dan sentiasa menjaga keharmonian kaum di negara ini.
BK : ELOKLAH MUFTI PULAU PINANG TARBIYAH DAP YANG LAHIRKAN ORANG MACAM ALVIN