KUALA LUMPUR: Umat Islam negara ini diingatkan bahawa Islam tidak dilihat hebat hanya apabila umatnya berjaya menyekat dan menghalang usaha pihak lain menyebarkan agama mereka, tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan.
Dalam satu kenyataan medianya, Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat itu berkata, sebaliknya kehebatan Islam bertolak dari komitmen yang tinggi oleh penganutnya terhadap syiar dan syariat Islam itu sendiri.
“Kalaupun tidak berlaku penyebaran agama dan ideologi asing dari Islam, sementara umat Islam pula longgar dan lemah pegangan mereka terhadap syariat Islam, umat Islam tetap akan lemah dan tidak mampu berdiri sebagai umat yang kuat dan berwibawa,” ujarnya.
Beliau turut memetik kata-kata sahabat Rasulullah s.a.w. yang juga Khalifah ar-Rasyidin ke-2, Saidina Umar al Khattab r.a. bahawa: " Kita (umat Islam) adalah satu golongan yang dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT dengan Islam. Maka jika sekiranya kita mencari kekuatan selain daripada kekuatan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, nescaya kita dihina oleh Allah SWT.”
Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam untuk bangkit berdakwah dan berjuang, melibatkan diri dengan gerakan Islam, membasmi kejahilan dan mendidik serta membimbing masyarakat agar mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.
“Usahlah hanya berbimbang-bimbang pada kemaraan agama lain sedang umat sendiri terumbang- ambing tiada pegangan akidah yang betul dan mantap.( PAS LA PUNCA PEGANGAN AKIDAH LONGGAR...MANGKUQ!!1)
“Kalau rumah kita hanya dibina dengan dinding kaca lalu kita risau dan resah setiap kali kenderaan melewati halaman kerana bimbang percikan batu, maka persoalannya sampai bila kita harus resah dan tidak lena tidur?
“Alangkah baik jika kita membina rumah berdindingkan batu, pastinya kita rasa selamat dan nyenyak tidur biar pun siapa yang melewati di halaman,” ujarnya member kiasan.
Ahli Parlimen Temerloh itu mengingatkan umat Islam akan keindahan Islam yang membawa rahmat kepada semua, namun setiap individu dan pemimpin Islam perlu memaparkan qudwah (contoh) yang baik dan bistari.
“Tunjukkan akhlak yang mulia bukan kekerasan persis seekor buaya, pamerkan kebijaksanaan bertindak bukan kegelojohan mengatur rentak dan kemukakan kebenaran serta kehebatan hujah bukan berbangga dengan kuasa untuk meredah,” tegas beliau.
BK : SIAPA YANG BUAT KEKERASAN PERSIS BUAYA.