Friday, December 27, 2013

PR BERSORAK RIANG .APAKAH DUN PERAK BOLEH TERBUBAR?



PAS telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai lalu terhadap dua buah kerusi DUN di Perak  dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 24 Februari 2014. 


Menurut peguam  Robin Lim, berkata saman difailkan terhadap Adun Manong dari BN, Mohamed Kamil Shafie dan Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya kerana melanggar Artikel 30 Perlembagaan Perak.Katanya, Adun negeri tersebut mesti menjadi penduduk tetap Perak semasa hari pengundian.

“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Saman difailkan oleh Jamil Dzulkarnain yang tewas kepada Mohamed Kamil sementara satu lagi saman difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Shahrul Zaman.

Mohamed Kamil menang 231 undi majoriti sementara Shahrul Zaman menang dengan majoriti 613 undi.

Dalam tuntutan saman, plaintif Jamil dan Misbahul Munir berkata, Adun BN tersebut tinggal di luar Perak dan alamat di MyKad mengesahkan mereka bukan penduduk tetap negeri itu.

Plaintif mahu mahkamah mengisytiharkan Adun BN tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil rakyat.

Mereka juga menggesa mahkamah mengeluarkan arahan bagi menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN).Bagaimanapun, Adun berkenaan berkata, penyingkiran seseorang wakil rakyat perlu dibuat melalui petisyen pilihan raya.

Jamil dan MIsbahul Munir dalam kenyataan balas berkata, mereka tidak mencabar keputusan pilihan raya tetapi kelayakan dua Adun tersebut.

Semasa pilihan raya umum lalu, BN berjaya mengukuhkan penguasaannya di Perak selepas menang 31 kerusi DUN sementara Pakatan Rakyat (PR) memenangi 28 kerusi dengan DAP 18 kerusi, PAS (4) dan PKR (6).

Mahkamah Persekutuan pada Isnin lalu mengarahkan hakim pilihan raya mendengar semula petisyen Lubuk Merbau.

Pemberi sumber difahamkan permohonan sama difailkan terhadap Adun Manjoi dari BN kerana tidak menjadi penduduk tetap Perak.Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi itu selepas menewaskan Asmuni Awi dengan majoriti 132 undi.