Thursday, October 24, 2013

PASCA PRU 14 : ISLAM DI MALAYSIA BAKAL DIJAHANAMKAN PAS DAN PKR



PANDANGAN AWAM :
NGO-NGO dalam COMANGO ni sebenarnya hanyalah ‘empty-shell’ NGO, yang mana tiada keanggotaan langsung melainkan beberapa individu pro-pembangkang yang membentuk jawatankuasanya. Individu ini pula dikitar-semula dalam pembentukan jawatankuasa NGO yang berlainan. 

Bilangan NGO yang banyak dalam satu-satu ‘coalition’ mewujudkan persepsi seolah-olah ramai individu yang terlibat dalam ‘coalition’ tersebut. Walhal hakikatnya bilangan sebenar individu yang terlibat hanyalah sebilangan kecil sahaja. Inilah taktik yang digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka mendapat sokongan yang ramai & kuat.

Namun tidak dinafikan NGO berdaftar yang terlibat dalam ‘coalition’ mungkin memiliki keahlian yang ramai, tetapi boleh dipersoalkan sejauh mana ahli-ahlinya cakna & menyatakan pendirian berkenaan isu-isu yang diperjuangkan dalam ‘coalition’.