Tuesday, September 17, 2013

PRU 14 : JIKA DAP ITU PKM JANGAN LUPA KISAH INI SEBAGAI SEJARAH . KOMUNIS ITU KEJAM!!!!

ARTIKEL INI SISIPAN DARI SEORANG KENALAN


Allahyarham Tuan Guru Haji Bakri


Tiada siapa lagi yang boleh menceritakan bagaimana Orang Melayu 'RUN AMOK' selepas Komunis Memeri...ntah 14 Hari...kecuali KAU dan AKU yang masih mampu menulis - Perang Batu Kikir, Perang Batu Bahat dan Perang Sungai Manik yang dipelopori oleh Kyai Salleh dari Johor itu.

Ketika Jepun kalah perang dan Tanah Melayu berada ditahap KEKOSONGAN, Komunis telah keluar dari hutan dan memerintah Tanah Melayu ini selama 14 hari. Disinilah bermulanya DENDAM TAK SUDAH -DENDAM BERDARAH komunis terhadap orang-orang Melayu yang dulunya menyokong Jepun....(rujukan: Lisan Ayahku)

Ayahku merupakan salah seorang Imam Perang Batu Kikir yang diterajui oleh Lebai Ma'adah dan Buya Hj Abdul Jalil (seorang Pawang Diraja Istana Seri Menanti).

Sebelum meletusnya Perang Sabirullah ini, Kyai Salleh kelihatan berada disurau-surau Kuala Pilah memberikan semangat kepada orang Melayu agar bangun MEMBERONTAK.

Pada pagi itu, semua orang Melayu berkumpul disebuah Masjid didaerah Batu Kikir dengan diketuai oleh Lebai Ma'adah seorang Imam keturunan Minangkabau, Buya Hj Abdu Jalil dan Ayahku.

Kesemua orang melayu yang hadhir, bersenjatakan PARANG PANJANG. Arahan adalah MEMBUNUH semua kaum China yang bersubahat dengan komunis, tidak kira tua dan muda..tidak kira lelaki dan perempuan.....termasuklah anak-anak kecil walaupun bayi sekalipun....harus ditetas berdasarkan sumpah PANCUNG TIDAK BERTANYA. Pantangnya adalah UNDUR. Semua diarah meminum air dikolah masjid yang telah DIMENTERAKAN oleh imam-imam perang ini.

Berdasarkan lisan Ayahku, mereka yang meminum air ini terus 'Naik Syeikh" dengan batang tubuh menggeletar serta terus berlari pantas menuju kelokasi-lokasi penempatan orang-orang China yang sudahpun menyokong Komunis sepenuhnya dan sudahpun bersedia dengan senapang masing-masing.

Mengikut lisan ayahku, selepas meminum air mentera itu, kita merasakan batang tubuh kita menjadi besar dan tinggi. Dan apabila melihat komunis dihadapan, musuh kelihatan teramat kecil dan terlalu mudah untuk menebas.. Begitu juga komunis-komunis ini, sentiasa menembak keatas kerana mereka melihat orang-orang Melayu yang datang menyerang ketika itu seolah-olah kelihatan terlalu tinggi.

Semua rumah orang-orang China ini dibakar. ...Turut dibunuh adalah Wanita-wanita China yang sarat mengandung, kanak-kanak malahan semua seisi rumah TERHAPUS.

Begitulah KEJAMNYA apabila orang-orang MELAYU mengamuk ketika itu. Tiada langsung hati yang BELAS dan FIKIR yang WARAS. Apabila aku menanyakan soalan yang sama kepada Ayahku, beliau menjawap KEADAAN TERAMAT RUNCING - 'MATA MENJADI BUTA, HATI MENJADI KERING- FIKIR TERUMBANG AMBING'.

Itu ... 68 tahun yang lalu, ianya sudah dilupakan dan telah lama lenyap.. Cerita ini ibarat sebagai Tirai Penutup Keganasan Chin Peng yang berleluasa dizaman komunisnya dan sempena lenyapnya Pejuang Komunis ini....HARI INI .... dari bumi yang nyata.
 
BK : TIADA PINDAAN DALAM ARTIKEL ASAL