Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi 
mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) 
mengingatkan parti-parti politik.
Presidennya Hashim Adnan mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri 
Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk mengundi 
Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang sebagai 
melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.
“Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau menambah: “Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika 
mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan 
baik, mereka boleh mengundi BN.
“Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut.”
“Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut.”
Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap 
guru-guru.
“Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan 
seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan 
lakukan,” tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak 
membuli guru-guru untuk mengundi mereka.
Semalam Idris berkata undi kepada BN adalah bagi melahirkan rasa terima 
kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.
"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai 
masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala 
Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada 
pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala 
Besut semalam.
Gesaan Idris mengingatkan kembali mengenai pilihan raya kecil Tenang dahulu 
apabila pengarah pendidikan negeri Markom Giran dikatakan menyalahgunakan kuasa 
apabila mengarah guru-guru untuk memastikan kemenangan BN.
Pengarah Pilihan Raya PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang 
Dzulkefly Ahmad membuat laporan terhadap Makom kerana melawat sekolah di Labis 
dan Tenang menyuruh guru-guru memastikan kemenangan BN.
Dzulkefly turut menyerahkan klip video empat minit yang dimuat naik ke 
Youtube menunjukkan Markom memberikan ucapan kepada guru-guru
ULASAN BK
APA LAGI KESATUAN GURU DAH WARNING KERAJAAN. JANGAN UGUT GURU. KERAJAAN BN BANTU GURU JER TAPI GURU JANGAN BAGI UNDI. ITU YANG NUTP MAU. 
TU LA YANG BK KATA 430000 JUMLAH GURU DI MALAYSIA, SUKU PUN TAK DAK YANG SOKONG BN MA. TERANG TERANG NUTP BALUN MENTERI. APA BOLEH BUAT BN DAH TERLALU BAIK.KALU ZAMAN NUAR ENTAHLAH....
