YB misteri yang menyelubungi pemikiran pembaca bakal terjawab tak lama lagi dan tidak perlu melenting. tak perlu nak main saman-saman dan tak perlu nak buat sidang media untuk paksa blogger tunjukkan bukti. sebagaimana yang blogger maklumkan dah tentulah orang yang berikan dia wang sebagai usaha untuk beliau melobi bagi mendapatkan pingat kebesaran tidak akan memberikan resit atau invoice.
Persoalan sama ada pihak pakatan nak percaya atau tidak, bukan soal BK. BK cuma menyampaikan perkara yang diluahkan oleh beberapa orang rakan Cina di sekitar kawasan tempat YB ini berkhidmat. YB ini sebenarnya merupakan YB yang buat kali pertama menjadi ADUN. Khabarnya dia menjadi liabiliti besar kepada DAP. Opsss dah sebut dah. DAP.Mana tidaknya, dalam sidang dun dia ni kerap kali kena bantai dengan exco dap dan rupa rupanya dia ni malas nak hadir mesyuarat tindakan yang dibuat oleh exco tersebut.
Dikhabarkan YB ni pernah bekerja di singapura. ada yang kata bekerja sebagai pemandu bas sahaja di singapura. itu BK kurang pasti. tapi kawan kawan BK di sekitar tempat YB ini berkhidmat menyatakan sedemikian rupa.Kerja YB ni tak lain dan tak bukan ronda kawasan dan makan gaji buta. tak pandai buat kerja. Menang jadi YB pun macam mimpi jer. Kadang kadang dok pusing pusing pekan................naik kereta hondanya sahaja.
YB ini pernah ditempelak oleh Boon Poh kerana tak pandai buat kerja dan tak hadir mesyuarat COMBI di bawah Jabatan Kesihatan bagi mengatasi masalah denggi. Bila dia tak hadir, maka mana dia nak tau perkembangan exco yang jaga bab bab denggi ini. melentinglah boon poh pada yb kaki pau ini. YB ni pakai cermin mata.oppsss dah cerita lagi. yer pakai cermin mata.
masyarakat setempat cukup marah dengan yb ni sebab GAGAL memainkan peranan sebagai yb yang sebenar. isu kampung gagal diselesaikan. jalan bersendirian. pengaruh kurang.oleh kerana yb ni anak tempatan kawasan tersebut dan secara kebetulan tsunami 2008 berlaku, maka yb ni boleh menang.kalau dok ikut perkembangan yb ini, dia ni suka buat program lawan bola, futsal dan gotong royong. ceramah pun tak berapa pandai. yb ni pun tahu bahawa untuk pilihanraya akan datang namanya tidak akan dicalonkan. lalu apa lagi mana yang boleh di pau , dia akan buat.
Sayangkan, bukti wang pelincir sukar diperolehi sebab tiada resit rasmi . YB ni pun pandai juga. yang teraniaya individu yang dah kaya dan mengharapkan pingat kebesaran. entahlah yb dap seorang ini.
ok...akan bersambung nanti .untuk pengetahuan semua yb ini tidak disenangi oleh ahli majlis MPSP yang datang dari kawasan yang sama. siapakah yb ini akan BK dedahkan pada hari penamaan calon nanti yer. tunggu nama dia naik semula. kita siap bawa saksi lagi...kadang kadang ahli majlis MPSP dari dap lebih cekap buat kerja dari beliau dan sering membelakangkan yb ini. apa nak buat. kalau yb pun orang dah tak hormat, baik letak jawatan dan jangan bertanding lagi.