Monday, April 2, 2012

PASCA E 13 : USAHA MERAMPAS TANAH DI BALIK PULAU SECARA HALAL.TINDAKAN BERANI PEMAJU

SURAT PERTAMA

SURAT KEDUA

Tidak mengejutkan apa yang berlaku di bumi Pulau Pinang. satu persatu menimpa nasib melayu dan penduduk pulau pinang. Satu persatu dap dan guan eng memperdaya rakyat pulau pinang. satu persatu usaha dijalankan untuk memastikan komposisi melayu di balik pulau terus dikurangkan. segalanya di umpankan dengan wang.

Semalam BK menerima surat di atas . BK terkejut apabila membaca isi kandung surat berkenaan. mengapakah syarikat tersebut begitu beria ia mahukan penduduk menyewa atau menjual tanah sekiranya mereka berminat. apakah syarikat ini dilantik sebagai broker yang sah atau mereka ini adalah peneraju kepada strategik mengurangkan penduduk melayu di pulau pinang.

tindakan berani syarikat ini sudah pasti dilandaskan kepada satu alasan kukuh iaitu mereka mahukan tanah di balik pulau untuk dimajukan dengan rumah kos mewah yang bernilai melebih rm 500 000. tawaran harga yang diberikan juga agak lumayan. lebih teruk lagi ada dikalangan broker melayu yang dilantik untuk mencari tanah-tanah yang ingin di jual. tawaran wang yang lumayan sudah pasti akan meminggirkan kaum melayu. kadang-kadang ada yang berjanji memberi sebuah rumah ganti di dalam kawasan perumahan yang mereka bangunkan. bayangkan, sebuah rumah diberikan kepada bekas tuan tanah dan selebihnya diberikan kepada orang kaya yang sudah pasti tidak mampu di beli oleh penduduk tempatan termasuk cina dan india.

Bk berharap penduduk balik pulau berfikir demi masa depan anak cucu dan survival balik pulau sendiri.
SOALNYA SEKARANG, MENGAPAKAH PADA ZAMAN TAN SRI  KOH TSU KOON MENJADI KETUA MENTERI TIDAK BERLAKU PERKARA SEPERTI INI ?