Wednesday, March 7, 2012

PASCA E 13 : RM 600 JUTA BUKAN RM 6.00. BUKTI PAS KEDAH TAMAK KUASA


Jimadie Shah Othman & Susan Loone
3:33PM Mac 6, 2012

EKSKLUSIF Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno. ( BILA DAH KANTOI SEMUA KAITKAN DENGAN UMNO. YANG UMNO BAGI PROJEK PADA PAS TU DIAM PULA. YANG UMNO BAGI NAIK PANGKAT PENJAWAT AWAM PRO PAS TU DIAM PULAK. ADA UMNO MARAH? ADA UMNO BAWA MARAHKAN NAJIB ATAU KSN KERANA NAIKKAN PANGKAT PENYOKONG TEGAR PAS DALAM PENJAWAT AWAM?TAK MATANG BETUL DI PHAROL RAZI NI. RUPANYA PHAROL NAK BAGI PROJEK TU PADA KRONI DIA./ KALAU 10% SAMA JUGA RM 6 JUTA. MATI HIDUP SEMULA TAK HABIS LAGI.)
Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini. ( BUKANKAH INI MEMBUKA RAHSIA SULIT KERAJAAN NEGERI?BAIAH APA NAMANYER NI ?)
Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.

Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah. ( LA...PROJEK JALAN NEGERI KAH...INGAT PROJEK APA?PROJEK JALAN NEGERI INI IALAH WANG PERUNTUKAN KERAJAAN PUSAT YANG DISALURKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI UNTUK DILAKSANAKAN PROJEK MEMBINA ATAU MEMBAIK PULIH JALAN RAYA. IANYA DIBERIKAN BERDASARKAN JUMLAH PENDUDUK SESEBUAH NEGERI. MACAM PULAU PINANG HAMPIR RM 24 JUTA UNTUK JALAN RAYA SAHAJA YANG DISALURKAN OLEH KERAJAAN PUSAT. SEMUANYA ADA DALAM BUKU SIDANG DUN )
Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".

"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco. Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar. Seorang pembantu Azizan memberitahu, Azizan mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

KESIMPULAN BK :

RUPANYA PAS SELAMA INI BERJUANG UNTUK ISI PERUT MEREKA. GUNA AYAT QURAN BERJUANG LA... SOKONGLAH ISLAM DAN PELBAGAI LAGI. BILA MEREKA DAPAT KUASA SEMUA TUKAR KERETA BARU, SEMUA NAK BOLOT HARTA DAN SEMUANYA KERANA HARTA DAN WANITA. KENAPALAH ORANG PAS NI BOLEH KENA BOHONG SIANG SIANG?YANG ULAMAK DOK PONDOK. YANG PEMIMPIN PAS DOK BALUN PROJEK. BANTULAH SEKOLAH PONDOK BILA DAH KAYA.INI TIDAK. SEKOLAH PONDOK SURUH BN BANTU.

PERHATIAN!!!BAKAL MENYUSUL KELAK DISEBALIK TABIR MAHFUZ SRP.DOK PANDAI KATA KAT ORANG.TUNGGU ORANG NAK KATA KAT HANG PULAK.DOK PANDAI NAK LONDEH ORANG. TUNGGU ORANG NAK LONDEH HANG PULAK.