wa sulah kasi elaun lu olang....lu olang kipas pungkoq wa......
Kos lantikan pegawai sementara/kontrak /perkhidmatan kawalan keselamatan/ pertambahan elaun JKKK kerana penambahan kawasan JKKK dari 149 kepada 291 kawasan telah meningkatkan perbelanjaan kerajaan negeri pada tahun 2010 sebanyak RM 4.97 juta iaitu dari RM 20.52 juta tahun 2009 kepada RM 25.49 juta tahun 2010. Yang peliknya pertambahan JKKN hanyalah untuk melaykkan aktivis pkr, pas dan dap memperolehi elaun. Semua aduan ramai sekarang ini masih lagi diadukan kepada JKKP milik kerajaan BN. JKKN tidak memainkan peranan menyelesaikan masalah rakyat. malah ada JKKN yang ditubuhkan untuk menjaga parti politik peringkat ranting atau cawangan semata-mata.
Elaun JKKK ini pun dah tentu BK yang bayar sekali melalui hasil negeri. Tapi BK habuk pun tak dapat perkhidmatan yang baik dari JKKN. Apa yang JKKN buat dalam masalah sampah, kesesakan jalan, banjir kilat , lestari alam, dan keselamatan penduduk , kemiskinan dan sebagainya.