Tuesday, November 15, 2011

ORANG MUDA CALON UMNO BAGI MENDAPATKAN KEMBALI 15 KERUSI DUN UMNO

saudara syed mungkin tiada kerusi untuknya, namun teman yakin beliau perjuangkan kerusi atas nama orang muda untuk rakan-rakan dalam pemuda dan rakan-rakan aktivis?


Wah!!!!! apakah yang diramalkan teman ini akan menjadi realiti atau fantastik? Apakah winable candidate yang dicadangkan UMNO dan PM akan menjadi realiti menawan semula Pulau Pinang khususnya 15 kerusi UMNO. Orang muda kata mereka mahukan orang muda juga. Tapi kerusi mana yang bakal orang muda duduki. Apakah kerusi Bertam, Penaga ,Sg Dua, Teluk Air Tawar, Permatang Pasir, Sg Aceh dan Teluk Bahang? Inilah yang menjadi tanda tanya sekarang. Calon muda yang bakal diketengahkan dalam medan perang UMNO mestilah di ambil dari Pemuda UMNO Pulau Pinang atau Puteri UMNO Pulau Pinang. Begitu juga dengan calon winable.

Spekulasi panas di kerusi Teluk Air Tawar dan Bertam. Pulau Pinang secara tradisi akan meletakkan 2 orang wakil wanita mewakili dun UMNO. Pada tahun 2004 calon wanita yang diletakkan ialah Y. Bhg Hajah Faridah bagi DUN Teluk Bahang dan YB Dato Jahara bagi kerusi teluk Air Tawar. Bagi tahun 2008 pula calon wanita yang diletakkan ialah YB Zabariah bagi Dun Bertam dan YB Dato Jahara bagi DUN Teluk Air Tawar.

Sekiranya Teluk Air Tawar diwakili oleh seorang calon muda dari kaum hawa dan Teluk Bahang dikembalikan semula kepada wakil wanita, maka kerusi DUN bertam akan diduduki oleh seorang wakil adam yang juga datang dari orang muda. Siapakah mereka?

Wah!!!!!! badarkhubro macam nak buat spekulasi jer. Ini bukan spekulasi tapi andaian penting yang mungkin akan berlaku. mengapa UMNO perlu takut dengan andaian dan realiti.

Baiklah sekarang badarkhubro akan ketengahkan andaian kerusi yang boleh diwakili oleh ketua pemuda UMNO yang rata majoriti kawasan dun tersebut  ialah Melayu. Mungkinkah kerusi Teluk Bahang, Bertam, Penaga dan Sg Aceh akan ditampilkan muka baru dari golongan muda keturunan adam?Siapakah ketua pemuda tersebut ? Apakah nama Kontraktor Hj rashidi akan melekat di DUN Sg Aceh? Apakah nama Ahli Lembaga PERDA Saudara Azian akan melekat di Teluk Bahang, Apakah nama seorang Timbalan presiden Majlis belia Malaysia akan melekat di Bertam, apakah nama seorang ketua puteri UMNO Pulau Pinang akan melekat di Teluk Air Tawar dan apakah Ketua pemuda Permatang Pauh akan melekat di DUN permatang pasir?bagaimana pula dengan penaga?

banyak sangat spekulasi Badar khubro ini? macam teman laporkan....hati hati pembaca sekalian. Ini bukan spekulasi tapi silap-silap boleh jadi betul. Kerusi penaga menyaksikan pertembungan dan minat ramai sekiranya YB Dato azhar menarik diri dari kerusi tersebut untuk E13. Teman boleh letak Dato Azhar sebagai pejuang Melayu yang berani di dewan walaupun orang melayu hentam somborono pada dirinya.Jika beliau berundur diri, apakah seorang bekas guru atau seorang lulusan agama atau seorang pemimpin kanan politik Kepala Batas akan dipilih menduduki kerusi Penaga?

sekarang ini semua berminat nak jadi calon.Jika teman letakkan 7 muka baru yang mewakili UMNO pada E 13, teman ramalkan kerusi-kerusi berikut yang bakal ada muka baru. Antaranya ialah Bertam,Teluk Air Tawar, Permatang Pasir, Penanti, Sg Aceh, Teluk bahang Sg Dua dan Penaga.Benarkah spekulasi teman ini?

UMNO akan meletakkan winable candidate nyer juga dari UMNO. Cuma winable mereka datang dari individu yang hebat kerjaya dalam anggota kerajaan atau dari kumpulan aktivis
Mampukah dato jalil memberi pengiktirafan kepada  cikgu zaidi menjadi ADUN di permatang pasir?dah lama beliau tunggu............

Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang :Sdri. Nor Hafizah binti Othman
apakah ini calon di salah sebuah DUN bagi parlimen Tasek Gelugor. Seorang peguam lulusan UIA atau seorang kaum adam yang bakal mengintai Teluk Air Tawar
Kontraktor rashidi juga seorang pengerusi JKKP. kerap juga teman tengok beliau dengan ketua pemuda negeri. Bolehkah nama beliau dilonjakkan di antara 2 kerusi DUN di parlimen Nibong Tebal? Beranikah dato non mengubahnya?

Saudara azian yang betah juga berucap. ketua pemuda Balik Pulau. Apakah namanya tersenarai dalam poket kecil dato Helmi


Antara individu yang sedang mengintai kerusi parlimen kepala batas atau pun bertam
atau orang kanan kepada presiden majlis belia malaysia jika direzki oleh Allah untuknya bagi salah sebuah kerusi DUN di kepala Batas.Timbalan presiden MBM seorang anak tempatan kepala batas yang merupakan seorang pensyarah di Uitm permatang pauh

atau seorang penjawat awam berkelulusan agama akan menambat hati rakyat di dalam sebuah dun bagi parlimen kepala batas atau

seorang pensyarah guru yang juga namanya disebut-sebut untuk salah sebuah dun di kepala batas

atau seorang pemimpin kanan parti politik

Jika kerusi Sg Dua bertukar arah angin...mampukah Azmi alang menjadi sandaran Dato Jasmin?

SEMUANYA BAKAL TERJAWAB KELAK. MUNGKIN TAK LAMA LAGI.
TEMAN PAPARKAN SEMUA INI  SEBAGAI SPEKULASI ATAU MUNGKIN REALITI ?
POLITIK ITU JUGA CATUR BERBISA YANG MENGONCANG DUNIA.

NANTIKAN PERKEMBANGAN LANJUT MENGONCANG DUNIA POLITIK PULAU PINANG.UMNO BERSEDIA LAWAN PKR DAN PAS. APATAH LAGI DAP DIHUJUNG JARI