Friday, July 1, 2011

DAP NAK KUASAI MALAYSIA MELALUI CARA RAMPASAN KUASA DAN DEMO JALANAN


Apa cara pun DAP akan memastikan mereka perlu dan wajib menang dalam pilihanraya ke 13. Jika gagal dengan cara demokrasi, gunakan cara ancaman  melalui kebangkitan kuasa rakyat kononnya. DAP akan pastikan Islam berpecah di Malaysia dan biarlah Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR bertempur sesama mereka. Perhimpunan Haram Bersih adalah trial run pertama DAP bagi menghadapi pilihanraya ke 13. DAP seperti baling batu sembunyi tangan.Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng begitu bersyahwat untuk menggerakkan kebangkitan Melayu akan berkelahi sesama mereka. Bijak LGE lagakan melayu. Satu persatu Islam di dagangkan dalam politik PR.

1. Batalkan perarakan maulidur Rasul
2. Tubuh Portfolio Bukan Islam dan diletakkan di atas Portfolio Islam secara gambarajah organisasi.Dengan kata lain Bukan Islam di atas Islam.
3. Imam membacakan doa sejahtera untuk pemimpin kufar
4. menghina keperibadian Khalifah Umar Abdul Aziz
5. Bakal menubuhkan Enakmen Antara Kaum pada hujung tahun ini
6. Menganjurkan pilihanraya masjid bagi memilih jawatankuasa qariah
7. Kewujudan pusat urut gay yang bertambah
8. Konsert dan hiburan dijadikan amalan dan tidak lagi haram bagi PAS.PAS diam sahaja bila negeri Pulau Pinang dipenuhi dengan pusat hiburan



MAKSUDNYA :

Dan sebahagian daripada manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan Hari Kemudian”. Padahal mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman, padahal mereka tidak perdayakan melainkan diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar. Di hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakit kepada mereka dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih sebab mereka telah berdusta. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi”, mereka menjawab: “Kami tidak lain melainkan orang yang membuat kebaikan”. Ketahuilah bahawa mereka itu adalah orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Berimanlah sebagaimana orang yang telah beriman”. Mereka berkata, “Apakah harus kami beriman seperti orang-orang bodoh itu beriman?” Ketahuilah mereka itulah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak ketahui. Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman mereka berkata, “Kami telah beriman”. Apabila bersendirian dengan syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, “Kami beserta kamu. Kami tidak lain melainkan memperolok-olokkan (orang yang beriman)”. ( Ayat 8-14 : Surah al-Baqarah )

PAS : DULU NEGARA ISLAM. SEKARANG BILA BERSAMA DAP NEGARA KEBAJIKAN
PAS : DULU HUKUM ALLAH. SEKARANG BERSAMA DAP TAK PERLU HUKUM ISLAM
PAS : DULU JAGA ALLAH. SEKARANG BERSAMA DAP GADAIKAN NAMA ALLAH DAN JUAL NAMA ALLAH.

AYUH ANAK PULAU PINANG, BANGKIT LAWAN DAP DENGAN QUDRAT MULUT DAN TENAGA.