Thursday, June 30, 2011

ANAK JATI PULAU PINANG BANGKIT


Semalam sekali lagi suasana kecoh berlaku di hadapan IPK Pulau Pinang. Kumpulan yang kononnya ingin menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Polis Pulau Pinang berkaitan dengan kes tangkapan ahli PSM, telah bertembung dengan kumpulan Encik Ghani. Suasana menjadi sedikit kelam kabut akibat tindakan kumpulan pro PSM yang cuba mencetuskan ketegangan dengan kumpulan Encik Ghani. Encik Ghani melihat penglibatan Dr Toh Kin Woon sebagai berniat jahat. Dr Toh sepatutnya setia bersama kerajaan kerana beliau menikmati kesenangan akibat daripada politik BN. Mereka melihat Dr Toh sebagai pengkhianat dan bersifat talam 2 muka dan seperti lalang. En Ghani berang dengan tindakan Dr Toh yang ingin membuat sidang media di hadapan IPK sedangkan jelas terbukti kumpulan Pro PSM sedang giat menyebarkan fahamn komunis yang tidak lagi diguna pakai di dunia.