
Wednesday, July 8, 2015
Friday, June 5, 2015
IKRAM PULA MENCATURKAN PAS

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menonjolkan tiga anak pimpinan PAS untuk melawan pengaruh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketiga anak pimpinan PAS itu ialah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (anak Allahyarham Yusof Rawa, Presiden PAS kelima), Muhamad Faiz Fadzil (anak Allahyarham Datuk Fadzir Noor, Presiden PAS keenam) dan Nik Omar Nik Abdul Aziz (anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS).
“Program yang sangat kelakar. Jemput orang ‘luar’ untuk bincang masa depan PAS.
“Mujahid masa di Mesir dulu adalah IRC cawangan Mesir; Faiz Fadhil, IKRAM dan tak pernah menerima tarbiyah PAS masa di kampus dan Nik Omar, IKRAM,” dedah laman pro ulama,
Thursday, June 4, 2015
HUBUNGAN PAS DAN DAP SEMAKIN GAYAT

Hari ini terbukti Lim Guan Eng dan bapanya,Lim Kit Siang adalah anjing tersepit. Tindakan PAS selama ini yang bekerjasama dengan DAP sehingga DAP dapat menguasai Pulau Pinang adalah bagai melepaskan anjing yang tersepit itu. Ada peribahasa lain iaitu bagai anjing menyalak bukit. Ternyata setelah anjing tadi terlepas, bukit pula disalaknya. Begitulah durjananya sifat si anjing dalam budaya Melayu.
Ternyata juga stigma broker dan barua kekal melekat pada batang tubuh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Selama ini kita tercari-cari siapa yang dimaksudkan broker dan barua itu. Kini barulah kita faham siapa yang dimaksudkan oleh Presiden kita. Orang yang dimaksudkan sebagai broker dan barua itu tidak dapat berselindung lagi di balik lalang sehelai. Watak dan perwatakannya ditonjolkan sendiri tanpa dipinta. Mungkin kerana kepanasan agaknya, maka mereka berdua ini terpaksa keluar dari berlindung di balik lalang yang sehelai tadi.
Kini orang itu cuba mencatur strategi untuk menjatuhkan orang yang pertama menyedari kebrokeran dan kebaruaan mereka. Yang ini rasanya kita boleh terima kerana sudah menjadi adat, barua tinggi sifat dendamnya lebih-lebih lagi terhadap sosok yang berjaya menelanjangkan identitinya. Ini jelas apabila Lim Guan Eng berkata bahawa tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada terus menyerang Presiden PAS.
Konklusinya, Lim Guan Eng dan bapanya akan diberhentikan oleh Allah, insha Allah, akan kelucaparan mulut mereka. Mereka berdua ini tidak faham kalau dikatakan daging ulama itu beracun. Hanya tunggu masa dan ketikanya untuk rakyat Malaysia menyaksikannya. Saya juga menunggu bagaimana Allah memberhentikan kata-kata manusia durjana yang menghina ulamanya.
Wednesday, June 3, 2015
KIT SIANG DAN LGE GOPOH -MUSTAFA ALI

PAS menyifatkan serangan kasar pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam polemik hudud sejak kebelakangan ini sebagai satu tindakan gopoh, kata Datuk Mustafa Ali.
Setiausaha agung PAS itu mendakwa, Kit Siang seperti orang politik baharu (political novice) yang sering membuat kenyataan menyerang PAS hanya kerana tidak bersetuju dengan hudud.
"Saya rasa kebelakangan ini kenyataan pemimpin DAP, Kit Siang, Lim Guan Eng, mereka ini gopoh dan tidak sabar.
"Saya rasa hairan bagaimana Kit Siang boleh keluarkan kenyataan 'Save Malaysia Government'. Ini teruk sangat. Nak selamatkan daripada apa?" soalnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, hari ini.
JADUAL PENUH MUKTAMAR PAS

4-7 JUN 2015 BERSAMAAN 17-19 SYA'ABAN 1436H | STADIUM TERTUTUP KUALA SELANGOR
17 Sya'aban 1436H / 4 Jun 2015 | ||
| 8.15 pagi | : | Tetamu kehormat, para perwakilan dan pemerhati mengambil tempat |
| 8.30 pagi | : | Ketibaan Ahli Majlis Syura Ulamak, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri-Negeri dan WP |
| 8.40 pagi | : | Ketibaan Presiden |
| 8.45 pagi | : | Ketibaan Mursyidul Am |
| : | Perbarisan kehormat oleh Unit Amal | |
| 9.00 pagi | : | Perarakan masuk Mursyidul Am, Presiden, Ahli Majlis Syura Ulamak, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dan Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan ke dalam dewan Muktamar |
| : : | Lagu Negaraku Lagu rasmi PAS | |
| : | Ucapan aluan Pengerusi Tetap | |
| : | Bacaan ayat suci Al-Qur’an | |
| : | Ucapan aluan Setiausaha Agung | |
| 10.45 pagi | : | Ucapan Dasar dan Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 61 oleh Presiden PAS |
| : : : | Doa Bersurai Makan tengahari / Lunch | |
| Khamis 17 Syaaban 1436 /4 Jun 2015 | ||
| 8.30 pagi | : | Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 59 (Mengikut Aturcara Majlis Perasmian) |
| 2.30 petang | : | Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat |
| 2.40 Petang | : | Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat |
| 2.45 petang | : | AGENDA PERTAMA |
| : | Pembentangan dan Pengesahan Peringatan Muktamar Tahunan PAS ke 60 | |
| 3.00 petang | : | AGENDA KEDUA |
| : | Membentang dan menerima penyata dan laporan 1. Laporan Tahunan PAS 2014/2015 2. Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2014 | |
| 3.45 petang | : | AGENDA KETIGA |
| : | Pemilihan jawatan dalam parti (berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat) | |
| : | Muktamar ditangguhkan | |
| Jumaat 18 Syaaban 1436 /5 Jun 2015 | ||
| 8.15 pagi | : | Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat |
| 8.30 pagi | : | Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat |
| 8.45 pagi | : | Pengumuman Keputusan pemilihan jawatan-jawatan yang dipertandingkan |
| 9.00 Pagi | : | AGENDA KEEMPAT |
| : | Usul terima kasih kepada Presiden dan perbahasan Ucapan Dasar | |
| 1.00 petang | : | Rehat dan solat Jumaat |
| 2.30 petang | : | Perbahasan Ucapan Dasar disambung semula |
| 4.30 petang | : | Rehat dan solat Asar |
| 5.00 petang | : | AGENDA KELIMA |
| : | Membahas usul-usul | |
| 6.45 petang | : | Rehat dan solat Maghrib |
| 9.00 malam | : | Ceramah Umum |
| 12.00 malam | : | Rehat |
| Sabtu 19 Syaaban 1436 /6 Jun 2015 | ||
| 8.15 pagi | : | Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat |
| 8.30 pagi | : | Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat |
| 8.45 pagi | : | Ucapan penggulungan oleh pimpinan |
| 12.30 petang | : | AGENDA KEENAM |
| 1.30 petang | : | Muktamar ditangguhkan |
| : | Doa | |
Subscribe to:
Posts (Atom)


