Saturday, April 25, 2015

PRK044 : MANA JENTERA PASMA YANG KHABARNYA RATUSAN ATAU RIBUAN


TADI YANG NAMPAK CUMA PAHROLRAZI SAHAJA. DIA PUN DAH TAK BAWA BENDERA PAS. SO, FAHAM SAHAJELAH YER. BENDERA PAS TAK PENTING DI PRK PERMATANG PAUH. KENAPA WAN AZIZAH TAK MINTA MAAF SECARA LIVE?

PRK044 : SENYUM GILER GUAN ENG


AGAK AGAK APALAH YANG MENYEBABKAN GUAN ENG NI SENYUM GILER YER. MESTI ADA PERBUALAN YANG MENARIK DALAM PERARAKAN. KASIHAN LA PADA KAK WAN. TAK DAPAT JAGA CUCU LAGI.

PRL044 : MANA PI BENDERA PAS ?



Perarakan mengiring calon untuk Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil kali ini sedikit hambar kerana dipercayai penyokong dan akar umbi PAS tak keluar. Walaupun ada pertemuan dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan Timbalan Presiden parti itu Azmin Ali di sebuah hotel di Seberang Jaya pada pukul 9 malam pada malam tadi untuk menyelesaiakan masalah ini.

Mengikut sumber pihak PKR meminta maaf tetapi minta maaf ini tidak diumumkan secara rasmi malah ada juga 'agen-agen' PKR dan blogger anti-ulama menyebar kononnya tak wujud minta maaf.

Akar umbi PAS dan Melayu Islam masih menunggu kenyataan PKR berhubung hudud dan tarik balik penghinaan kepada Presiden PAS.

Tinjauan dibuat tiada lambang PAS di perarakan tersebut melainkan dibaju (itu jika dia orang pakai baju PAS) beberapa pimpinan PAS yang hadir tunjuk muka untuk kepentingan politik semasa.

P044 : APA KATA PENGUNDI PERMATANG PAUH


.....kami PENGUNDI SENYAP , dalam bahasa inggeris dipanggil SILENT VOTERS....kami dah tak larat dah nak BERPILIHANRAYA MASUK KALI NI DAH DEKAT 10 KALI BALIK BALIK DIA , BN BUAT PASAL DENGAN GST , BEBAS tu menyemak jer boleh la tambah meriah kali ni jer bebas nak menang kali ni memang susah 

ini jer kami nak luahkan kekecewaan kami sebagai PENGUNDI PERMATANG PAUH , ramai ramai kat kawasan kami la ni bukan pengundi pun ACTION jer LEBIH.....kami pengundi permatang pauh dah BOSAN dengan BN , PR dan BEBAS....kali ni nak pi mengundi pun KAMI DAH MALAS

kami sekumpulan pengundi pengundi di kawasan parlimen permatang pauh dengan ini telah mengistiharkan bahawa kami TIDAK AKAN MEMBUANG UNDI DAN PERGI MENGUNDI PADA PILIHANRAYA KALI INI 

ini merupakan bantahan dan protest terhadap suasana politik dan situasi di kawasan kami sekarang ini 

puas hati, ini saya cara kami nak ajaq hampa 

KALI INI barisan nasional , pakatan rakyat DAN bebas 

JANGAN HARAP KAMI NAK UNDI HANGPA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

tunggulah dan saksikanlah PERATUSAN PENGUNDI yang akan TURUN MENDADAK

Friday, April 24, 2015

PRK044 : SAMBUTAN PKR HAMBAR


PAS kawasan Permatang Pauh masih lagi bersikap mahu memboikot kempen PKR atau rakyat tempatan sudah tidak melihat dan menganggap Azmin Ali mempunyai aura tarikan sepertimana yang dimiliki DSAI.  

BK : TANPA PAS PKR AKAN TUMBANG

PRK044 : TN IBRAHIM TN MAN PERLU LIBERAL UNTUK MENDAPAT SOKONGAN DAP


Pimpinan parti di semua peringkat diminta tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi samada melibatkan hubungan dengan Pakatan Rakyat atau melibatkan hukum.

PAS mempunyai organisasi lengkap bagi membuat keputusan melibatkan dasar dan perjalanan parti. Kenyataan kontroversi ini hanya akan menguntungkan musuh dan ia hanya menambahkan derita rakyat dalam situasi yang ada kini.


Isu hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekali lagi ditegaskan kita masih bersama dengan PR dan ini telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden berulang kali.

Musuh cuba memecah-belah PR sejak hari pertama kita wujudkan sehingga kini. Pendirian parti mesti didokongi oleh ahli sehinggalah ada keputusan baru. 

Sehingga kini, kita tegaskan PAS adalah sebahagian dari komponen PR.
Isu sokongan kepada Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS, PAS akan membawanya ke Parlimen dan kita menyeru agar Ahli Parlimen Muslim menyokongnya. Akan tetapi, kita tidak boleh memaksa mereka untuk menyokongnya.

PAS menerima penjelasan dari PKR berhubung EKJS Kelantan dan memahami pendirian mereka yang tidak menolak syariat Allah yang menjadi kewajipan bagi umat Islam. Perbezaannya ialah soal pendekatan dalam membawa usul dan pelaksanaannya. Maka perbezaan ini akan membuka dialog dan perbincangan ilmiah secara berterusan pada masa kini dan akan datang.

Isu kontroversi yang melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulamak dan Pendirian Rasmi Dewan Ulamak kerana ia mempunyai implikasi besar.Ia boleh mendedahkan mudarat yang lebih besar kepada rakyat sekiranya Umno-BN terus berkuasa.

Maka sebagai Ahli Majlis Syura, saya menyeru agar semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon dari PKR. Kerana keputusan memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh adalah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak.

Adapun beberapa isu yang melibatkan salah faham kerana berita yang diseleweng oleh media arus perdana sehingga menimbulkan salah tanggapan, ketegangan, Insha-Allah ia akan diselesaikan melalui perundingan dan pertemuan mahabbah antara para pimpinan dan petugas yang akan diadakan dari masa ke semasa.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden merangkap Ahli Majlis Syura PAS

P044 : SOKONGAN ANDA HARAPAN BN