Friday, April 24, 2015

PRK044 : SAMBUTAN PKR HAMBAR


PAS kawasan Permatang Pauh masih lagi bersikap mahu memboikot kempen PKR atau rakyat tempatan sudah tidak melihat dan menganggap Azmin Ali mempunyai aura tarikan sepertimana yang dimiliki DSAI.  

BK : TANPA PAS PKR AKAN TUMBANG

PRK044 : TN IBRAHIM TN MAN PERLU LIBERAL UNTUK MENDAPAT SOKONGAN DAP


Pimpinan parti di semua peringkat diminta tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi samada melibatkan hubungan dengan Pakatan Rakyat atau melibatkan hukum.

PAS mempunyai organisasi lengkap bagi membuat keputusan melibatkan dasar dan perjalanan parti. Kenyataan kontroversi ini hanya akan menguntungkan musuh dan ia hanya menambahkan derita rakyat dalam situasi yang ada kini.


Isu hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekali lagi ditegaskan kita masih bersama dengan PR dan ini telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden berulang kali.

Musuh cuba memecah-belah PR sejak hari pertama kita wujudkan sehingga kini. Pendirian parti mesti didokongi oleh ahli sehinggalah ada keputusan baru. 

Sehingga kini, kita tegaskan PAS adalah sebahagian dari komponen PR.
Isu sokongan kepada Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS, PAS akan membawanya ke Parlimen dan kita menyeru agar Ahli Parlimen Muslim menyokongnya. Akan tetapi, kita tidak boleh memaksa mereka untuk menyokongnya.

PAS menerima penjelasan dari PKR berhubung EKJS Kelantan dan memahami pendirian mereka yang tidak menolak syariat Allah yang menjadi kewajipan bagi umat Islam. Perbezaannya ialah soal pendekatan dalam membawa usul dan pelaksanaannya. Maka perbezaan ini akan membuka dialog dan perbincangan ilmiah secara berterusan pada masa kini dan akan datang.

Isu kontroversi yang melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulamak dan Pendirian Rasmi Dewan Ulamak kerana ia mempunyai implikasi besar.Ia boleh mendedahkan mudarat yang lebih besar kepada rakyat sekiranya Umno-BN terus berkuasa.

Maka sebagai Ahli Majlis Syura, saya menyeru agar semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon dari PKR. Kerana keputusan memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh adalah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak.

Adapun beberapa isu yang melibatkan salah faham kerana berita yang diseleweng oleh media arus perdana sehingga menimbulkan salah tanggapan, ketegangan, Insha-Allah ia akan diselesaikan melalui perundingan dan pertemuan mahabbah antara para pimpinan dan petugas yang akan diadakan dari masa ke semasa.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden merangkap Ahli Majlis Syura PAS

P044 : SOKONGAN ANDA HARAPAN BN




Thursday, April 23, 2015

P044 : TAHNIAH KEPADA SAUDARA SUHAIMI SETIAUSAHA UMNO PERMATANG PAUH


P044 : PELANCARAN JENTERA BN OLEH YB DSAZH





P044: SEKITAR MAJLIS PENGUMUMAN CALON PERMATANG PAUH





P044 : HAJI HADI BIDAS PAS DAN DAP TAKUT HUDUD




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengambil langkah berani membidas sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) yang disifatkan takut menyokong hudud kerana tidak mahu kehilangan undi dalam pilihan raya. 

"Ramai dalam Pakatan Rakyat takut dengan hudud sebab takut tak dapat undi, takut tak menang pilihan raya," katanya sewaktu berucap pada forum Bicara Minda: Hudud dari Kaca Mata Hadi di Shah Alam, hari ini.


Beliau tidak merujuk secara langsung kepada DAP dan PKR namun, dua parti itu bersama PAS adalah tiga parti yang membentuk PR.

Berbeza dengan sekutunya, Hadi berkata, PAS tidak pernah gentar kehilangan undi kerana parti itu sentiasa tekal dalam memperjuangkan hudud sejak dahulu lagi.

"Kita tak ada masalah kerana perjuangan kita bukan sahaja perjuangan politik tetapi perjuangan sepanjang masa," katanya.

Beliau turut menjawab soalan seorang hadirin yang memintanya mengupas pertembungan di antara hudud dan maqasid syariah (tujuan atau matlamat hukum Islam).

Hadi menegaskan, keperluan melaksanakan hudud sebagai "hak Allah" sentiasa mengatasi konsep maqasid yang mempunyai pengecualian dalam keadaan tertentu.

"Maqasid ini untuk jaga nyawa, harta dan ketenteraman awam. Dalam keadaan biasa, kita tak boleh jadikannya alasan untuk menghapuskan hukum Allah," katanya sewaktu menjawab soalan.