Thursday, April 16, 2015

BARUA PARTI DALAM PAS SIAPA?



"Ayahanda mendidik saya bukan dengan memukul Umno dan BN.

"Saya juga mengenal ayahanda saya mendidik rakyat bukan dengan memukul Umno dan BN bertalu-talu."

Demikian jawab anak tokoh PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sewaktu dihadapkan tuduhan bahawa beliau mewakili kumpulan pro-kerajaan perpaduan yang sering mengkritik sesama pemimpin parti itu.

Walaupun tidak menjelaskan kumpulan yang mendakwa begitu, Nik Abduh berkata terdapat tanggapan beliau "kurang memukul Umno dan BN" dan "kuliahnya berlapik-lapik, tidak luka Umno dan BN."

Semalam Nik Abduh dilaporkan mendedahkan wujudnya "barua" dalam parti itu yang lebih pro-Pakatan Rakyat dan kumpulan ini dulu pernah "cuba memisahkan pemikiran presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Nik Aziz".

PAS TAK PERLU SOKONG CALON PERMATANG PAUH

YUSNI MAT PIAH NAMPAK BERTEGAS DALAM HAL INI 

LUAHAN HATI AKARAN PAS :


1) DAP masih lagi menolak kerjasama PAS dalam PR 
2) DAP masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap DAP Sarawak dan Sabah yang memutuskan hubungan dengan PAS 
3) DAP hanya akan berhubung dengan PKR dalam soal PRK di Permatang Pauh atau Rompin 
4) DAP masih belum menarik balik tuduhan mereka yang kerjasama Hudud antara Kerajaan Kelantan dan Pusat adalah perangkap PR 
5) DAP masih lagi memainkan sentimen Sabah/Sarawak dalam Malaysia jika Hudud dilaksanakan 

 Jadi untuk apa PAS seolah-olah 'hidung tak mancung pipi tersorong-soronmg'. Terhegeh-hegeh merayu pada yang tak sudi. Jangan hina diri-sendiri. PAS seharus tarik 'handbrake' buat masa sekarang. 

Berdiri dalam 'status quo' tanpa mengundur atau ke hadapan. Lihat pergerakan dan tindak balas sekeliling. Bola di tangan PAS. Jangan senang2 bagi muka kepada PR macam tidak ada maruah. 

Dengan berada dalam status-quo bukan bermakna PAS melawan PR atau masuk BN. Jika lawan PR baik PAS letakkan calon di Permatang Pauh. Jika masuk BN baik PAS terus putuskan tidak akan bertanding di kubu kuat BN Rompin. 

NIZAR KALAH, AHMAD AWANG BANTAI MAJLIS SYURA?


Ahmad Awang, calon yang sejak awal diramal mampu memberi saingan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mula bersuara. 

Bagaimanapun, ketika teka-teki sekitar kesediaannya bertanding tidak dinyatakan secara muktamad, beliau membangkitkan pula dakwaan kempen kotor dan berat sebelah menjelang pemilihan parti itu Jun ini. 

"Kalau bertanding (mesti) nak menang, tetapi kalau keadaan ini dibiarkan tiada maknanya. Mesti kalahlah. 

“(Mereka) guna ulama, buat aktiviti khusus untuk menangkan Ustaz Hadi. Macam kita ini, (siapalah sangat)," katanya yang masih mempertimbangkan mencabar pemimpin nombor satu PAS itu. 

Daripada kira-kira 30 daripada 191 kawasan, Ahmad semalam layak bertanding selepas mendapat pencalonan daripada kira-kira 3 kawasan PAS. 

Hadi selesa dengan sekurang-kurangnya 22 pencalonan manakala Naib Presiden Husam pula mendapat sekurang-kurangnya 9 pencalonan. 

Ahmad, bekas naib presiden yang tidak mempertahankan jawatan sebelum ini dilihat antara alternatif terbaik bagi kumpulan yang kritikal terhadap Hadi. 

Masalah pimpinan Majlis Syura 

Beliau meraih populariti di kalangan kumpulan pro-Pakatan Rakyat dalam PAS. 

Sementara itu, ulama disegani dan veteran PAS itu antaranya mendakwa berlaku amalan fitnah, tuduh menuduh dan gelar menggelar antara pemimpin parti Islam itu. 

Lebih jauh lagi, Ahmad mendakwa kepimpinan tertinggi PAS di negeri-negeri dan Majlis Syura Ulama secara terang-terang "menyalah guna kedudukan" untuk meraih sokongan kepada calon proulama. 

“Jika terus berlaku, ia akan membawa perpecahan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. 

Ahmad yang pernah terlibat dalam pentadbiran kerajaan terkenal sebagai tokoh ulama PAS berpendidikan Timur Tengah yang tegas mempertahankan Pakatan Rakyat sewaktu krisis Perak 2009. 

Beliau, ketika itu pemimpin PAS negeri, tegas menolak cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno yang antaranya turut digerakkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ketika itu. 

Walaupun pernah bersara daripada politik sebelum ini, penyokongnya kini melihat beliau alternatif kepada Hadi yang sedang berdepan krisis keyakinan susulan tindak tanduknya tidak menguntungkan Pakatan akhir-akhir ini. 

Nizar mangsa di Perak 

Sementara itu, mengulas lebih lanjut budaya tidak sihat dalam kempen pemilihan PAS, Ahmad membangkitkan kes di Kampar dan Tambun apabila pemimpin pro-Pakatan tewas dalam pemilihan kawasan. 

Ahmad mendakwa bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin antara yang menjadi mangsa fitnah dengan digelar "tali barut DAP" melalui sebaran risalah kempen. 

Akibatnya, kata Ahmad, Nizar tewas dalam pemilihan yang dipertua kawasan kepada ketua utusan ulama tempat itu. 

Ahmad juga membangkitkan sikap memihak kepimpinan Majlis Syura Ulama khususnya mursyidul Am yang baru Datuk Dr Haron Din yang terang-terang mahu Hadi dikekalkan sebagai presiden. 

"Dia (Haron) perlu berlaku adil, menasihat supaya perwakilan menjaga adab. Isytihar suruh pertahan presiden, orang lain tak boleh. Kita tidak mahu mursyidul am masuk campur. 

"Jangan salah guna kuasa, ia boleh menjatuhkan imej parti dan menambahkan lagi imej buruk pimpinan khususnya ulama," katanya. 

Bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) itu juga berkata kecenderungan menggunakan kedudukan juga dilakukan oleh beberapa pesuruhjaya PAS negeri dan dan anggota Majlis Syura. 

Tuesday, April 14, 2015

WAJIB TOLAK PKR


PAS PERMATANG PAUH WAJIB BERSATU HATI MENOLAK CALON PKR KERANA MEREKA TERNYATA MENOLAK HUKUM ALLAH DAN MEMPERKECILKAN PERJUANGAN ASAL PAS. 

RAMAI DIKALANGAN PENGIKUT TEGAR PAS YANG BK TEMUI DI SEKITAR DUN PERMATANG PASIR MENYATAKAN INILAH MASA TERBAIK UNTUK MEREKA MENGAJAR PKR DAN DAP BAHAWA SELAMA INI YANG MEMBERI KEMENANGAN KEPADA PKR DI PERMATANG PAUH IALAH PENYOKONG PAS. 

PKR TETAP TOLAK HUDUD


PERMATANG PAUH GELANGGANG YANG DAPAT MEMBUKTIKAN SAMADA PAS BERANI MENOLAK CALON YANG MENOLAK HUKUM ALLAH. 

JIKA SEBELUM INI MEREKA MENOLAK CALON UMNO KERANA MENOLAK HUDUD, APAKAH SEKARANG MEREKA BERANI MELAKSANAKAN PERKARA YANG SAMA ATAU MEREKA MENJADI PARTI YANG BACUL 

Saturday, March 14, 2015

PRESIDEN PERLU DITUKAR -KHALID SAMAD





Kepimpinan tinggi PAS, termasuk presidennya boleh ditukar dalam pemilihan jika 

mempamerkan prestasi tidak memuaskan, kata pemimpin lantang parti Islam itu Khalid 

Samad. 

“Di dalam muktamar, prestasi AJK PAS Pusat akan dikaji dan dinilai dari sudut pencapaian matlamat yang telah diputuskan oleh Muktamar. 

Dan sekiranya prestasinya tidak memuaskan, AJK (anggota jawatankuasa) PAS Pusat, termasuk presiden, boleh dan layak ditukar melalui proses pemilihan di Muktamar,” kata Khalid ketika mengulas peranan AJK PAS sebagai badan eksekutif parti. 

Khalid, anggota jawatankuasa pusat PAS berkata, prestasi presiden dan setiap AJK dikaji dan diperhalusi oleh muktamar setiap tahun.

KHALID SAMAD MACAM TAK SUKA ULAMAK JADI PRESIDEN JER




KUALA LUMPUR 11 Mac – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menegaskan, jawatan Pre­siden Pas lebih sesuai disandang oleh individu yang mempunyai kepakaran politik dan tidak semestinya dalam kalangan ulama. 

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berkata, sebagai ketua pelaksana, Presiden perlu pakar dalam bidang kepe­mimpinan, pengurusan, pentadbiran, ‘bacaan’ politik dan perancangan strategik supaya mampu memacu parti ke arah pencapaian matlamat yang dipersetujui bersama. 

“Maka amat jelas bahawa Pre­siden dan AJK Pas Pusat tidak semestinya dalam kalangan ulama. 

“Pemilihan Presiden boleh di­samakan dengan pemilihan ketua angkatan tentera dalam menghadapi peperangan lima tahun sekali,” katanya dalam satu kenyataan di laman blog miliknya hari ini. 

Menurut Khalid, adalah pasti, calon paling sesuai untuk mengisi jawatan Presiden parti adalah seorang yang pakar untuk berperang dalam politik. 

“Itu adalah tuntutan jawatan tersebut, begitu juga dalam soal pemilihan Presiden Pas. 

“Yang dipilih semestinya pakar dalam peperangan politik dan bagaimana untuk mengukuhkan sokongan dan kedudukan parti bagi menghadapi pertempuran di medan politik,” katanya. 

Khalid menjelaskan, Muktamar, AJK Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama mempunyai peranan masing-masing dan tidak wajar mengambil alih tugas dan fungsi ditetapkan. 

Katanya, kecelaruan yang timbul adalah hasil kekeliruan terhadap peranan dan bidang kuasa setiap institusi dan ia menjadi le­bih rumit apabila ada yang sengaja menimbulkan kekeliruan itu. -UM