Thursday, January 8, 2015

TAHALUF SIAYASIKAH UMNO DAN PAS KELANTAN ?


PAS SEDIA KERJASAMA DENGAN UMNO 
Isu banjir di Kelantan menjadi keutamaan 

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Pas dan UMNO telah membuktikan kesediaan untuk mengetepikan agenda politik masing-masing demi membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda negeri tersebut baru-baru ini. 

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama dua parti politik itu telah terjalin melalui penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan pada 26 Disember lalu. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memberitahu, inisiatif itu selaras dengan hasrat rakyat yang mahu melihat UMNO dan Pas berganding bahu dalam menyelesaikan masalah banjir di Kelantan. 

“Saya melihat politik itu isu ke­cil malah saya percaya, rakyat sama ada di seluruh negara dan Kelantan bersetuju isu banjir melangkaui sempadan politik. 

“Kita di peringkat parti juga sedang cuba mencari jalan untuk mempertingkatkan kerjasama antara dua pihak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Semalam, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mencadangkan UMNO dan Pas mengambil langkah berani mengetepikan perbezaan politik bagi membentuk jawatankuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan Pas Kelantan bagi merancang pemba­ngunan semula negeri itu selepas banjir. 

Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Fauzi Mamat dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dilantik sebagai timbalannya. 

Nik Mohamad Abduh berpandangan, kerjasama yang ditunjukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pas Kelantan menerusi jawatankuasa tersebut adalah memuaskan. 

“Cuma, kita berharap pelaksa­naan di peringkat akar umbi dapat diperkemaskan agar isu-isu kecil yang pernah berbangkit sebelum ini tidak berulang,” ujarnya. 

Beliau turut meminta semua pihak agar tidak saling menu­ding jari termasuk menggunakan media sosial untuk menyalahkan antara satu sama lain tentang punca banjir besar yang melanda Kelantan. 
“Kita tidak mahu membangkitkan tentang perkara itu kerana tumpuan utama kita pada masa ini adalah untuk membantu mangsa banjir,” jelasnya

APAKAH BALAK PENYEBAB BANJIR? JOM TERJAH!!!!!





full video temuramah dgn orang asli lojing kredit kpd Shafie Dris Jahut: http://www.youtube.com/watch?v=HtNjMB9Ld8o 

full video aerial view kredit kpd NST : http://www.youtube.com/watch?v=JfMTKCGiEkg 

berita dari The Rakyat Post, Banjir 2014 air keruh, banjir 1971 air jernih :http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/29/banjir-2014-berbeza-berbanding-1967-dan-1971/#ixzz3NJ7k8v1R 

Kemusnahan hutan di Kelantan untuk tujuan Pembalakan atau Pertanian adalah dalam skala yang begitu dahsyat sekali. Kemusnahan kawasan tadahan semulajadi ini tidak dapat kita nafikan merupakan salah satu punca kepada banjir. Video ini saya rakam dari google earth menyusuri dari sungai kelantan di kota bharu naik ke hulu sehingga ke Lojing bersempadan dengan Perak.

Wednesday, January 7, 2015

ISZUREE DI GUGUR KERANA LAWAN TAUKE LGE



Digugurkan kerana mengkritik dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim tidak tersenarai dalam barisan baharu anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang diumumkan kerajaan negeri pimpinan DAP - mStar







HUSAM BOLEH NAIK HELIKOPTER KIRA OK LA


27hb disember husam musa selaku wakil rakyat biasa di kelantan tanpa memegang apa2 jawatan mampu menyewa helikopter utk meninjau kawasan banjir di hulu kelantan. Sebagaimana kita tahu kos menyewa helikopter terlalu tinggi. 

BK : AIK MACAM MB DAN EXCO PLAK. OOOO PEMIMPIN PAS BERJIWA RAKYAT LA KONON. KAN BAIK GUNA DUIT TU UNTUK MANGSA BANJIR .NAIK HELI NI ADA ORANG SPONSOR KE? KALAU ADA KENAPA TAUKE YANG SPONSOR TAK MAU BAWA ORANG2 KAMPUNG YANG JADI MANGSA BANJIR?

Tuesday, January 6, 2015

BILA KENA MUKA LGE KALUT BAGI ALASAN


Jangan salahkan kerajaan sekiranya bantuan lewat kerana prosedur perlu dipatuhi kata Lim Guan Eng merujuk kepada bantuan untuk manga ribut di Balik Pulau. 

Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang telah memberikan bantuan segera keesokan hari selepas rumah-rumah penduduk mengalami kerosakan akibat angin kuat pada waktu malam sebelumnya. 

BILA KELANTAN BANJIR HAWAT PR SALAHKAN BN BANTUAN LEWAT LA INI LA ITU LA. HANGPA BANTU LEWAT SEBAB BALIK PULAU RAMAI MELAYU YANG KENA KE? ATAU SEBAB KAWASAN BN?

KERAJAAN PERSEKUTUAN SELAMA INI YANG BERJUANG UNTUK ISLAM PULAU PINANG


Peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan syiar Islam di Pulau Pinang

Bagi tempoh 2008-2014, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan RM 408.96 juta untuk pembangunan Agama Islam di Pulau Pinang; RM116.22 juta untuk pembinaan masjid dan surau, RM 64.23 juta sekolah-sekolah agama, RM127.15 juta untuk emolumen guru-guru KAFA, Takmir, Imam-Imam, pentadbir dan penyelaras masjid, RM35.0 juta untuk Kehakiman Syariah dan RM 66.36 juta untuk pembangunan tanah wakaf bagi tujuan meningkatkan ekonomi dan kemudahan perumahan.
Untuk tempoh yang sama sebanyak 17 buah masjid telah dibina baru (rebuild) melibatkan peruntukan sebanyak RM 79.74 juta. Manakala bagi tujuan mengimarahkan aktiviti-aktiviti masjid di seluruh Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sejumlah RM23.27 juta.
Seramai 1,814 orang guru-guru Kafa dan Takmir dibayar elaun bulanan RM800 dan 500 orang Imam dengan elaun bulanan RM750 dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melibatkan peruntukan sebanyak RM 22.7 juta pada 2014.

Gaji dan elaun hakim2 Mahkamah Syariah gred 48 dan ke atas dibayar oleh Kerajaan 
Persekutuan, bukan Kerajaan Negeri

Monday, January 5, 2015

HARAKAH BUKTIKAN HUSAM PEMBOHONG


Penjelasan TNB terhadap kenyataan Husam

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pada 31 Disember lalu Harakahdaily telah menyiarkan kenyataan Datuk Husam Musa yang menyentuh kemungkinan banjir yang melanda Kelantan diakibatkan empangan TNB.

Oleh itu, Unit Komunikasi Korporat, Tenaga Nasional Berhad tampil memberi penjelasan terhadap kenyataan tersebut melalui satu kenyataan medianya yang bertajuk “Empangan TNB Bantu Mengurangkan Musibah Banjir Lebih Besar”.

Berikut kenyataan penuh pihak Unit Komunikasi Korporat, TNB.

Empangan TNB bantu mengurangkan musibah banjir lebih besar

Terdapat berita di media sosial yang membuat tuduhan bahawa pembangunan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu (juga di kenali sebagai Projek Kenyir Dua) adalah punca banjir di Negeri Kelantan.

Antara tuduhannya termasuklah:

1. Limpahan air dari Projek ini menyebabkan kejadian banjir di Negeri Kelantan
2. Empangan di Projek ini pecah dan menyebabkan banjir di Negeri Kelantan
3. Kerja-kerja pembalakan di kawasan Projek telah menyebabkan kawasan tersebut gondol dan ini menjadi punca aliran air yang besar ke kawasan Malik Urai, Kuala Krai & seterusnya ke Kota Bahru.
4. Projek ini dilaksanakan secara rahsia

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan tuduhan ini dan ingin memberi penjelasan berdasarkan fakta-fakta berikut:

Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu terletak di Daerah Hulu Terengganu, di kawasan hutan simpan Tembat, di bahagian hilir Tasik Kenyir. Ia melibatkan pembinaan dua empangan merintasi Sg. Terengganu (Empangan Puah) dan Sg. Tembat (Empangan Tembat) yang mengalir ke Tasik Kenyir.

Kawasan tadahan untuk Projek ini terletak di Negeri Terengganu dan dipisahkan dari Negeri Kelantan oleh banjaran gunung. Oleh hal yang demikian segala aliran air permukaan (surface run-off) mengalir ke arah kedua-dua sungai tersebut yang akhirnya akan menjadi Tasik Puah dan Tasik Tembat apabila Projek ini siap kelak.

Air dari Tasik Tembat akan disalurkan melalui terowong lencongan air ke Tasik Puah. Air ini akan digunakan untuk penjanaan di Stesen Permukaan Tembat (15MW) sebelum memasuki Tasik Puah. Air dari Tasik Puah pula akan disalurkan ke Stesen Bawah Tanah Puah (250MW). Selepas penjanaan air ini akan disalurkan melalui terowong aliran keluar ke Tasik Kenyir seperti Lakaran Rentas di atas.

Pembinaan Empangan Puah telah selesai dan penakungan tasik telah dimulakan pada 1 Oktober 2014 manakala Empangan Tembat didalam proses pembinaan dan penakungan Tasik Tembat akan dimulakan pada Jun 2015. Projek ini akan tamat sepenuhnya pada April 2016 dengan keupayaan untuk menjana tenaga elektrik 265MW.

Lokasi pembinaan empangan-empangan tersebut dipilih untuk mengelakkan pembinaan empangan pelana (saddle dam) dan oleh itu segala pelepasan air adalah melalui Empangan Puah dan Empangan Tembat dimana air pelepasan akan mengalir di aliran asal Sg. Terengganu dan Sg. Tembat dan seterusnya mengalir masuk ke Tasik Kenyir. Adalah mustahil untuk air pelepasan dari kedua-dua empangan ini untuk merintasi banjaran gunung untuk memasuki Negeri Kelantan. Tiada pelepasan dari Tasik Puah dan perkara ini mustahil untuk dilaksanakan memandang paras air di Tasik Puah setakat 1 Januari 2015 masih dibawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan.

Projek ini dilaksanakan selepas mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga dan Kerajaan Negeri Terengganu. Ia tidak dilaksanakan secara rahsia. Malah upacara perasmian penakungan Tasik Puah telah dilaksanakan oleh YB Dato Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid, Timbalan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air pada 1 Oktober 2014 dan upacara perasmian ini telah disiarkan di media massa. Manakala pihak TNB kerap mengadakan aktiviti dibawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) untuk kebaikan penduduk tempatan.

Projek-projek hidroelektrik yang dilaksanakan oleh pihak TNB bukan hanya untuk tujuan penjanaan kuasa elektrik tetapi juga penebatan banjir. Proses penakungan Tasik Puah telah membantu mengurangkan kesan kemasukan air ke Tasik Kenyir dimana setakat 31 Disember 2014, air sebanyak 740,000 juta cubic meter ditahan oleh Empangan Puah.

Penerangan diatas dengan jelas menunjukan bahwa Projek ini tiada kaitan dengan peristiwa banjir di Negeri Kelantan, malah ia telah berkesan di dalam usaha penebatan banjir dengan mengurangkan kemasukan air ke Tasik Kenyir. – HARAKAHDAILY 3/1/2014