Monday, December 1, 2014

MAI TENGOK UNTUNG JUAI TANAH OLEH SUKU SAKAT GUAN ENG



Pemberian Hakmilik/ Penjualan tanah kerajaan negeri dan bayaran yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tempoh 2008-2014.

Sunday, November 30, 2014

CUKAI PINTU DI PULAU PINANG BAKAL DINAIKKAN.JANGAN BISING INI NEGERI PAKATAN


Exco Kerajaan Tempatan Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kadar Cukai Pintu akan dinaikkan berikutan kerajaan negeri terpaksa berbelanja lebih banyak wang untuk mengurus dan mengendali sisa pepejal, terutamanya MPSP -15/11 SC

Sewa gerai naik, sewa tapak pasar juga dinaikkan..kini cukai pintu.

Saturday, November 29, 2014

KETUA MENTERI BERETORIK DALAM HAL BERBELANJA



Pulau Pinang: Perbelanjaan Mengurus kerajaan negeri meningkat dari RM 283 juta pada 2008 ke RM887 juta pada 2015. Pada masa yang sama, Hasil dari Cukai kekal pada paras yang sama, purata RM120 juta setahun. Peningkatan "Hasil bukan Cukai" dan "Terimaan bukan Hasil" mula menunjukkan peningkatan pada 2012, begutu juga dalam anggaran pada 2015. 

Peruntukan Belanja Mengurus digunakan sepenuhnya maka tiada penjimatan yang ketara dalam pengurusan kewangan negeri. 

Dari mana hasil-hasil ini diperolehi untuk mencapai surplus kepada bajet defisit yang dibentangkan saban tahun?

Friday, November 28, 2014

KISAH ANEH ILHAM GUAN ENG




Pada Jumaat 14/11 lalu, dalam satu sidang akhbar Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan beliau TIDAK tahu mengenai projek banglo mewah D'Residence di Bayan Mutiara yang dimajukan oleh PDC, satu agensi kerajaan negeri yang dipengerusikan beliau sendiri sehinggalah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang.

Sungguh aneh seorang Pengerusi agensi kerajaan negeri yang melabelkan diri sebagai Cekap, Akantabel.dan Transparen untuk tidak menyedari apa.yang berlaku di dalam agensi yang dipengerusikan beliau sendiri.

Lebih aneh apabila pemajuan banglo mewah D'Residence turut disebut sebagai kejayaan PDC dalam memajukan perumahan di Pulau Pinang dalam laman "Perutusan Pengerusi" dalam Laporan Tahunan 2010 Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang sendiri. 

Projek Dedaun di Bandar Cassia Batu Kawan adalah juga projek pemajuan unit-unit banglo.

Bagaimana Lim Guan Eng boleh berkata beliau tidak tahu mengenai perkara tersebut? Apakah beliau berbohong semasa sidang media tersebut?

Thursday, November 27, 2014

TIDAK SEMUA TENDER DI PULAU PINANG DIBUAT SECARA TERBUKA


Laporan Ketua Audit Negara 2013 (Pulau Pinang) menyatakan bukan semua perolehan yang dibuat oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibuat melalui tender terbuka.

Wednesday, November 26, 2014

TU DIA KUTIP DUIT ATAS ANGIN JE KERAJAAN DAP GUAN ENG NI


Jumlah kutipan MPPP untuk kelulusan projek-projek pembangunan hartanah untuk tempoh 2008-2014 telah mencecah Setengah billion

Tuesday, November 25, 2014

PDC APA MASALAH NYER???


Kerajaan Pulau Pinang rekod surplus sebanyak RM453 juta untuk tempoh 2008-2013. Surplus untuk tahun 2013 hanyalah RM1.3juta.

Menurut kenyataan Ketua Menteri surplus ini dicapai kerana kerjaaan negeri mengamalkan tender terbuka dan berhemah dalam berbelanja. Beliau juga menafikan surplus dicapai bukan kerana kerajaan negeri menjual banyak tanah milik kerajaan kepada pemaju-pemaju swasta dan individu. Benarkah begitu?

Di bawah adalah carta jumlah nilai dalam ringgit pemberian hak milik dan penjualan tanah oleh kerajaan negeri untuk tempoh 2008-2014.

Pendapatan kerajaan negeri untuk pemberian hak milik tanah pada tahun 2013 sahaja sudah hampir bersamaan jumlah surplus yang diperkatakan oleh kerajaan negeri.