Wednesday, September 24, 2014

MANTAN MB MAHU PENJAWAT AWAM TERUS BERKHIDMAT DGN BAIK



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu penjawat awam terus berkhidmat kepada rakyat dengan tidak terikut rentak ahli politik dalam pentadbiran kerajaan, lapor Selangor Kini.

“Biarkan orang politik berperang. Biarlah ahli politik berlakon dan berdrama. Kita terus kerja. Biar drama mereka jadi lawak jenaka yang akan dikenang selamanya,” kata Abdul Khalid di depan kira-kira 1,000 kakitangan awam pada majlis perpisahannya di foyer Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini, hari ini.

Khalid dalam ucapan terakhirnya mencabar penggantinya memulangkan hasil keuntungan aset air kepada rakyat.

Beliau berkata, penggantinya perlu memulangkan aset air bernilai RM14 bilion secara saham seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat (PR) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Jika tidak rakyat akan hukum mereka kerana sudah janji dalam manifesto PRU lalu. Ini cabaran kita kepada pemimpin akan datang,” katanya.

PAS PULAU PINANG AKUI KERAJAAN DAP MESRA PEMAJU PERUMAHAN


GAMBAR TIADA KAITAN DENGAN CERITA DI BAWAH 


Perwakilan Pulau Pinang Izuree Ibrahim berkata beliau bimbang kerana kerajaan negeri pimpinan DAP itu lebih cenderung memihak kepada pemaju perumahan daripada membela nasib rakyat negeri itu.

Beliau mendakwa kerajaan negeri itu gagal menyedia dasar perumahan yang prorakyat dalam menangani masalah perumahan, sebaliknya lebih propemaju seperti yang diamalkan BN.

"PAS Pulau Pinang tidak menentang pembangunan pesat. Tetapi kita tidak bersetuju dengan pembangunan yang merugikan rakyat.

"PAS Pulau Pinang bimbang (situasi) terkini trend pemimpin (kerajaan negeri lebih) mesra pemaju daripada membela rakyat," katanya.

Menurutnya lagi harga sekaki tanah di Pulau Pinang kini mencecah antara RM300 hingga RM500 dan sebuah rumah kini mencecah jutaan ringgit.

"Itu tidak termasuk (pelaksanaan cukai) GST, ini akan membebankan rakyat," kata Izuree.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya PAS turut dilibatkan dalam proses merangka polisi perumahan di Pulau Pinang bagi mengemukan cadangan untuk pembangunan lestari di negeri itu.

Beliau membahaskan ucapan dasar presiden bertajuk "Terus Beristiqamah" - yang memasuki hari kedua - dalam Muktamar PAS di Batu Pahat hari ini.

Satu persatu diusir...

Selain itu, beliau juga mengingatkan supaya kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan sikap "menutup sebelah mata" mengenai isu perbandaran khususnya pembangunan melibatkan penduduk setempat di negeri itu.

Beliau juga mengingatkan supaya Pakatan membantu pertikaian penduduk di mahkamah apabila tuan tanah atau pemaju menuntut semula tanah yang mereka diami dalam tempoh yang lama.

Antara kampung terlibat, katanya, ialah Kampung Perda di Teluk Bahang, Kampung Mutiara di Batu Feringghi, Kampung Cik Ti, Kampung Pokok Asam di Jelutong, Kampung Batu Uban dan Kampung Bijai di Bayan Lepas dan Kampung Tok Suboh di Seberang Perai.

"Satu persatu perkampungan Islam dan bukan Islam menjadi mengalami pengusiran daripada menjadi mangsa di mahkamah," katanya.

"Cogan kata pakatan pembela rakyat perlu direalisasikan dan diperkasakan dengan tidak menunjukkan sikap serupa denga BN yang terlalu mesra dengan pemaju.

"Jika ciri-ciri ini sudah mula kelihatan sudah tentu rakyat menjadi mangsa kerakusan pemaju dan cogan kata tadi menjadi gimik politik semata-mata," katanya.

ISU ROYALTI MINYAL. KERAJAAN TEPAT DALAM TINDAKAN




1. keputusan untuk darat kan di mana mana ada lah keputusan petronas.. yang mewakili Malaysia dalam proses cari gali... bukan kepimpinan BN.

2. A18 merupakan kawasan bertindih. 
kerjasama antara Thailand dan Malaysia.
jadi ini melibatkan hubungan dua negara. .. bukan negeri dalam Malaysia. 

3.di darat kan di Thailand sebab dah memang ada infrastruktur untuk darat kan hasil gas di situ. .. lagipun infra tersebut ditanggung oleh thailand....kos operasi jadi lebih murah. ...

dari thailand, terus boleh disalurkan ke kawasan perindustrian kedah dan Pulau Pinang. .yang memang sedia ada fasiliti tersebut.

cuba bayang nak kena korek buat saluran baru dari Kelantan yang tiada kawasan perindustrian semata mata nak darat kan di Kelantan. sampai ke KL atau Terengganu. . tak kos efektif..

4. Mana mana telaga yang jauhnya melebihi 3 batu nautika dari pesisiran negeri di anggap milik Malaysia. A18 lebih dari 3 batu nautika.

5. royalti Terengganu, Sabah dan Sarawak diberi mengikut perjanjian petronas dengan negeri negeri tersebut. A18 terlalu jauh dari Kelantan. dianggap milik negara. dan tiada menandatangani Apa apa dengan petronas...

Tuesday, September 23, 2014

RELA MERAIKAN P RAMASAMY: ADA AKU KISAH???


TIDAK PERLU LAGI PPS KERANA PERANAN RELA SELAKU AGENSI PERSEKUTUAN SENDIRI DIKTIRAF KERAJAAN DAP PENANG. 

PPS BOLEH TUTUP DAHHHHHH

ANWAR MELENGGUNG




Perlantikan YB Mohamed Azmin Ali menggambarkan beberapa perkara:- 

1. Kebijaksanaan Tuanku Sultan Selangor dalam menangani krisis 

2. Kegagalan Kajang Move dan kerakusan kuasa para pemimpin pakatan haram, terutamanya DAP & PKR.

3. Kebodohan para pemimpin, ahli & pengikut pakatan haram, terutamanya PAS 

4. Usaha memperleleh, menghina dan menghakis kedaulatan institusi Kesultanan Melayu belum berakhir.

5. Rakyat dan para pengundi di Selangor diabaikan kebajikan mereka akibat krisis kepimpinan yang belum tentu ada penamatnya dengan perlantikan MB baru 

Rakyat Selangor perlu bijak menilai dan menggunakan hak mereka sebagai pengundi untuk memilih sebuah kerajaan yang lebih baik dan mengutamakan kebajikan mereka dari sekadar beretorik dan mencetuskan konflik demi populariti.

PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR DI TUTUP?


Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju supaya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di Plaza Perangsang ditutup berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Kerajaan negeri berpendapat urusan melibatkan hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), kata CEO Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah berkata, SSIC merupakan pusat sehenti dan memiliki pegawai-pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

Menurutnya, pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI.

Tambahnya, ia bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangan yang beliau berikan kepada Kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.

"Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor," katanya

PKR STILL HENTAM SULTAN. KURANG AJAR!!!!



PKR MASIH HENTAM SULTAN

Nota : PKR ni terima lantikan Azmin, tapi masih hentam Sultan. Yang lebih pelih, selepas Sultan keluar surat melantik Azmin sebagai MB, baru PKR nak calonkan nama Azmin sebagai calon MB.Nampak sangat bebalnya.

RESOLUSI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN BERHUBUNG PERLANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP) telah mengadakan satu mesyuarat tergempar pada hari ini, 22 September 2014 berikutan perkembangan terbaru perlantikan Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah resolusi yang telah diluluskan sebulat suara di dalam mesyuarat tersebut:

1. MPP mengambil maklum bahawa pada 22 September 2014, pihak Istana telah mengutuskan satu surat memaklumkan kepada Saudara Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN akan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ke atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau telah juga dijemput untuk upacara angkat sumpah pada 23 September 2014.

2. MPP melahirkan rasa yang amat kesal dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak Istana terhadap pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan sokongan majoriti 30 ahli Dewan Negeri. MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas.

3. Oleh itu, MPP berpendapat bahawa proses memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen. Ia juga menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan.

4. Walau bagaimana pun, MPP juga mengambil kira keperluan menyelesaikan isu perlantikan Menteri Besar Selangor ini secepat mungkin demi menjaga kepentingan rakyat.

5. Makanya, MPP telah memutuskan untuk menghormati permintaan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk beliau menarik diri dari dicalonkan agar isu ini dapat diselesaikan segera. Berikutan
itu, MPP juga bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar Saudara Azmin Ali dikemukakan sebagai calon Menteri Besar supaya pencalonan Saudara Azmin Ali itu adalah dari parti mengikut tuntutan amalan demokrasi.

6. Ini selaras dengan pendirian MPP bahawa kemuliaan perlembagaan dan keluhuran undang-undang perlulah dipertahankan sepanjang masa. MPP menegaskan juga bahawa proses yang tidak menepati kehendak undang-undang ini tidak boleh dijadikan satu duluan (precedent) di masa hadapan.

MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN

22 September 2014