Tuesday, September 23, 2014

RELA MERAIKAN P RAMASAMY: ADA AKU KISAH???


TIDAK PERLU LAGI PPS KERANA PERANAN RELA SELAKU AGENSI PERSEKUTUAN SENDIRI DIKTIRAF KERAJAAN DAP PENANG. 

PPS BOLEH TUTUP DAHHHHHH

ANWAR MELENGGUNG




Perlantikan YB Mohamed Azmin Ali menggambarkan beberapa perkara:- 

1. Kebijaksanaan Tuanku Sultan Selangor dalam menangani krisis 

2. Kegagalan Kajang Move dan kerakusan kuasa para pemimpin pakatan haram, terutamanya DAP & PKR.

3. Kebodohan para pemimpin, ahli & pengikut pakatan haram, terutamanya PAS 

4. Usaha memperleleh, menghina dan menghakis kedaulatan institusi Kesultanan Melayu belum berakhir.

5. Rakyat dan para pengundi di Selangor diabaikan kebajikan mereka akibat krisis kepimpinan yang belum tentu ada penamatnya dengan perlantikan MB baru 

Rakyat Selangor perlu bijak menilai dan menggunakan hak mereka sebagai pengundi untuk memilih sebuah kerajaan yang lebih baik dan mengutamakan kebajikan mereka dari sekadar beretorik dan mencetuskan konflik demi populariti.

PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR DI TUTUP?


Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju supaya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di Plaza Perangsang ditutup berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Kerajaan negeri berpendapat urusan melibatkan hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), kata CEO Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah berkata, SSIC merupakan pusat sehenti dan memiliki pegawai-pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

Menurutnya, pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI.

Tambahnya, ia bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangan yang beliau berikan kepada Kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.

"Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor," katanya

PKR STILL HENTAM SULTAN. KURANG AJAR!!!!



PKR MASIH HENTAM SULTAN

Nota : PKR ni terima lantikan Azmin, tapi masih hentam Sultan. Yang lebih pelih, selepas Sultan keluar surat melantik Azmin sebagai MB, baru PKR nak calonkan nama Azmin sebagai calon MB.Nampak sangat bebalnya.

RESOLUSI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN BERHUBUNG PERLANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP) telah mengadakan satu mesyuarat tergempar pada hari ini, 22 September 2014 berikutan perkembangan terbaru perlantikan Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah resolusi yang telah diluluskan sebulat suara di dalam mesyuarat tersebut:

1. MPP mengambil maklum bahawa pada 22 September 2014, pihak Istana telah mengutuskan satu surat memaklumkan kepada Saudara Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN akan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ke atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau telah juga dijemput untuk upacara angkat sumpah pada 23 September 2014.

2. MPP melahirkan rasa yang amat kesal dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak Istana terhadap pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan sokongan majoriti 30 ahli Dewan Negeri. MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas.

3. Oleh itu, MPP berpendapat bahawa proses memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen. Ia juga menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan.

4. Walau bagaimana pun, MPP juga mengambil kira keperluan menyelesaikan isu perlantikan Menteri Besar Selangor ini secepat mungkin demi menjaga kepentingan rakyat.

5. Makanya, MPP telah memutuskan untuk menghormati permintaan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk beliau menarik diri dari dicalonkan agar isu ini dapat diselesaikan segera. Berikutan
itu, MPP juga bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar Saudara Azmin Ali dikemukakan sebagai calon Menteri Besar supaya pencalonan Saudara Azmin Ali itu adalah dari parti mengikut tuntutan amalan demokrasi.

6. Ini selaras dengan pendirian MPP bahawa kemuliaan perlembagaan dan keluhuran undang-undang perlulah dipertahankan sepanjang masa. MPP menegaskan juga bahawa proses yang tidak menepati kehendak undang-undang ini tidak boleh dijadikan satu duluan (precedent) di masa hadapan.

MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN

22 September 2014

Thursday, September 18, 2014

MUKTAMAR PAS YANG LESU DAN SEJUK




WAN NORDIN WAN YAACOB | 16 September 2014. 

MUKTAMAR Pemuda PAS Malaysia berlangsung di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi bermula hari ini dengan perasmian disempurnakan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ucapan dasar Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat bertemakan ' Memperkukuh Muafakat' bermula agak sejuk. 

Dalam suasana 'politik yang panas' hari ini berikutan isu krisis pelantikan Menteri Besar Selangor, ucapan dasar yang disampaikan oleh Ketua Pemuda seolah-olah disambut sepi oleh perwakilan, termasuk kurangnya sahutan laungan takbir ketika bekas Ketua Pemuda PAS Johor ini meninggikan nada pada beberapa 'point' penting dalam ucapannya. 

Sepintas lalu ucapan dasar ketua pemuda pada muktamar kali ini bagaikan 'bercakap depan mayat' yang tiada lagi gerak gentanya. Sekian lama muktamar dihiasi dengan laungan takbir dan laungan sorak apabila beberapa point penting ditekankan ketua-ketua pemuda, namun kali ini bagaikan sepi tak bersahut. 

Muktamirin bagai memerhati sahaja tingkah ketua pemuda yang 'bersemangat' membuka silat pencak bagi membungkam sepi muktamirin, hatta ketika Suhaizan bercakap mengenai jihad di Palestin dengan mengalukan kehadiran wakil Hamas ke Muktamar Pemuda PAS ke-55 ini. 

Entah ke mana wajah-wajah segar para perwakilan yang sebelum ini cukup agresif dalam menatari setiap bait kata ucapan dasar ketua pemuda, kali ini bagai bermain dalam halusinasi yang tidak berkesudahan. 

Mungkin leteran luar daripada pengkritik yang mendakwa bahawa bibit perpecahan semakin ketara di dalam saf kini menjadi satu lagi bayangan keabsahan yang tidak boleh tertolak. 

Laungan isu, laungan kata semangat dan pugaran isu untuk menongkah kejahatan Umno-BN langsung tidak bersahut.Suara bentak Suhaizan bagaikan tidak mampu membuka minda perwakilan yang ketika ini mungkin sedang berteka-teki kemana haluan sebenarnya Pemuda PAS selepas ini. 

Mungkin sekali kesan isu krisis MB Selangor dengan pendedahan 'jahat' ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung inti pertemuan tertutup Pemuda Pakatan Rakyat akhirnya menjadi asas kepada perwakilan untuk menutup semangat sebenar muktamar. 

Di peringkat awal ini, muktamar bagaikan dilanggar garuda, sunyi sepi dan tiada bernyawa, bagaimanapun ramai yang berpandangan di peringkat perbahasan nanti bakal berlaku 'kegoncangan' yang dahsyat termasuk isu-isu membabitkan kepimpinan dua hala. 



HJ HADI : AHLI PAS JADI MABUK SEBAB TAHALUF SIYASI?





Tahaluf siyasi yang dijalinkan PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) mampu menjadikan ahli parti Islam itu "mabuk" akibat bertelagah sesama sendiri dan cuba memecahbelahkan PAS, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Berucap ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini, Hadi berkata, tahaluf yang dianjurkan mereka melalui kerjasama politik dalam pakatan pembangkang itu seharusnya digunakan untuk mengukuhkan parti. 

"Tahaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya. 


Katanya, rakan tahaluf mereka tidak seharusnya mengkhianati PAS kerana parti itu sentiasa menjaga hubungan kerjasama mereka tanpa gagal. 

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaluf kita, maka kita minta rakan tahaluf kita juga tidak mengkhianati tahaluf ini," katanya. 


PAROKKKK PUAK PAS NI MAIN DENGE FITNOH SELALU



Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud berhubung satu ceramahnya yang didakwa berbaur hasutan. 

Ketua Pergerakan itu Akbar Salim berkata ceramah tersebut disampaikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Ahad lepas. 

Menurut Akhbar ceramah Mohd Nasaruddin itu di Kampung Simpangan mempunyai unsur fitnah apabila mendakwa kononnya kerajaan pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kerana kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla. 

Kenyataan itu disifatkan amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru-hara dikalangan umat Islam dan kebencian rakyat terhadap kerajaan Persekutuan, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor. 

Mohd Nasaruddin adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri. 

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan ACP Dahlan Mohd Noor mengesahkan ada menerima laporan tersebut