Friday, June 13, 2014

E14 : PAS KATA UMNO BERDALIH DALAM ISU HUDUD



Umno diminta melaksanakan hudud di negeri-negeri yang diperintah oleh BN dan bukannya mengusulkan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu ketika menjadi pembangkang, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Mengulas usul yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik agar Dewan Negeri Selangor menggesa kerajaan negeri mengkaji keberangkalian melaksanakan undang-undang hudud, Iskandar menyifatkannya sebagai “hanya bermain politik”.

“Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?

“Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?” ulas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, PAS telah mengadakan penerangan kepada rakyat tentang hukum jenayah syariah dan meluluskan enakmen berkaitan sebaik sahaja mendapat kuasa di Kelantan.

“Di Terengganu pula, kerajaan BN negeri telah menolak pelaksanaan hudud di negeri itu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sekali lagi menegaskan bahawa Umno perlu melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri yang dikuasai mereka jika benar-benar ikhlas ingin mendaulatkan syariat Islam dan tidak hanya bermain politik.

Kamarol Zaki dilapor telah menghantar usul kepada Dun Selangor agar kerajaan negeri digesa mengkaji kemungkinan melaksanakan hudud.

Salinan usul yang dicadangkan di bawah peraturan 26 Peraturan Tetap Dun itu menyebut:

“Bahawa dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.” - HARAKAHDAILY, 10/6/2014 

E14 : PENYUSUNAN SEMULA KABINET DS NAJIB


DESAS DESUS BERGERAK KE KEMENTERIAN KEWANGAN?

3 MENTERI BARU.
PERUBAHAN TIMBALAN MENTERI 
MENTERI UMNO KHABARNYA 2 ORANG BAKAL DIGUGURKAN.

APAPUN YANG SAH :

PRESIDEN MCA JADI MENTERI PENUH
DATO MAH TELUK INTAN MENTERI PENUH.

Thursday, June 12, 2014

E14 : SIAPA ULTRA KIASU MENJELANG PRU 14 ?



Kiasu bermaksud 'ketakutan terhadap kehilangan'.Ia berasal dari perkataan Hokkien. Jika kiasu sudah melambangkan sesuatu yang ekstrem, maka apa akan jadi jika kita letakkan perkataan 'Ultra Kiasu'? 



Contohnya ada dua orang budak A dan B sedang duduk bersila di hadapan sepinggan nasi. A dan B tahu mereka perlu berkongsi sepinggan nasi itu untuk menghilangkan lapar.Mula-mula mereka makan bersama-sama dengan harmoni dan teratur.

Namun lama-kelamaan si A memikirkan bahawa B terlampau cepat makan nasi dan merasakan nasi semakin berkurangan gara-gara B. Dia merasa'takut kalau-kalau masih lapar' walaupun selesai makan. Akibatnya si A telah bertindak agresi fmerampas pinggan nasi itu dan menikmatinya sendirian. 

Dalam kes ini, si A telah mengalami sindrom KIASU. Si A bukan tamak pada mulanya.Dia merampas pinggan itu bukan atas dasar tamak haloba, tetapi RASA TAKUT DAN TERANCAM.

E14 : MALAYSIA MELANGKAH KE PERUNDANGAN SYARIAH






TAPI AMARAN TELAH DIBERI OLEH MEREKA

Kumpulan lapan persatuan penganut Buddha memberi amaran Pakatan Rakyat akan hilang undi di masa depan jika PAS membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama Persatuan Pemuda Kristian Malaysia dan enam lagi kumpulan belia bukan berasaskan agama, mereka berkata, PAS patut menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum di negara ini tidak sesuai untuk pelaksanaan hudud. 

Mereka juga mendesak dua lagi parti dalam Pakatan – DAP dan PKR – memberi tekanan kepada PAS untuk mengetepikan hasrat membawa rang undang-undang itu ke Parlimen. 

“Jika rang undang-undang itu dibentang dan diluluskan di Parlimen, kesemua parti ini mesti bertanggungjawab dan akan ditinggalkan oleh orang ramai,” kata mereka. 

Mereka juga menolak penjelasan PAS bahawa hudud hanya untuk bukan Islam, dengan membangkitkan kes melibatkan orang Islam dan bukan Islam serta konflik mahkamah syariah dan sivil. 

Kata mereka, terdapat kes yang menyaksikan orang bukan Islam terpaksa patuh kepada undang-undang syariah seperti dalam kes pertukaran agama. 


E14 : DEMI UNDANG UNDANG SYARIAH PAS DAN UMNO WAJIB BERSATU




PAS bersama UMNO dalam usaha menjayakan pelaksanaan hudud. Kejayaan itu semakin hampir apabila tertubuhnya jawatankuasa Teknikal Hudud antara Pusat dan Kerajaan Negeri kelantan. 

Ini satu permulaan yang baik ke arah pelaksanaan hudud. 

DAP dalam pakatan rakyat dengan tegasnya menolak pelaksanaan hudud diperingkat negeri mahupun persekutuan. PKR cuba mencari helah disebalik kata-kata manis mereka yang bersalut duri. 

Dengan itu bahawa sesungguhnya, agenda untuk melihat Barisan Nasional ditumbangkan pada pru14 adalah satu agenda yang merugikan proses pelaksanaan Hudud. Ianya akan merugikan PAS dan tuntutan Islam. 

Dengan itu, saya menyeru rakan-rakan sekelian, tekadkan dalam diri bahawa diri masing-masing akan memberi sokongan kepada UMNO dan BN pada pru14 nanti demi menjayakan pelaksanaan Hudud. 

Ini kerana, PAS berada dalam pakatan rakyat akan dihalang oleh DAP dan PKR, apabila PAS berusaha untuk menjayakan pelaksanaan hudud.

Wednesday, June 11, 2014

E14 : GELAGAT PARTI ISLAM....PENING JUGA


JIKA CALON PR NERAKA TERTUTUP KE?

E14 : PENGUNDI CINA GAGAL? KATA KETUA PEMUDA PAS



Antara faktor juga yang perlu dilihat di Teluk Intan kegagalan pengundi cina yang tinggal diluar balik mengundi. Mungkin faktor rasa selesa dengan kemenangan yang lepas. Pengalaman ini pernah dirasai PAS di Kelantan. Pengundi melayu pula didapati meningkat 3% kepada PR. Hudud? Itu hanya alasan. Ianya bukan isu utama di Teluk Intan... 

Suhaizan Kayat 
Ketua Pemuda PAS