Saturday, May 17, 2014

PRK 51 : DR JAYABALAN MCA PENAKUT?



CATITAN SEMALAM DARI BK :

Ng Wei Aik

-menyeru pengundi keluar mengundi 
-MCA /BN pengecut.
-Kenaikan harga barang berpunca dari BN
-GST cukai yang zalim terhadap rakyat 
-kes hasutan Karpal Singh
- Ramkarpal wajib menang untuk menyambung legasi karpal .
-BRIM yg diberi tidak cukup tampung kenaikan cukai bila perkenal GST. Harga semua barang akan naik termasuk keranda- takada duit tak boleh mati.
-GST terlaksana di seratus lebih negara kerana sudah pasti semua kerajaan di dunia suka penambahan hasil negara.
-kerajaan sudah kehabisan wang kerana  rasuah .Rakyat terus menjadi mangsa.


Dr. Ariffin (Senator P.Pinang)

-krisis politik sekarang ialah berjuang untuk sebuah negara yang adil & persamaan.
- kemerosotan mutu pendidikan negara. - kedudukan universiti malaysia terjunam.
-kelemahan Dewan Negara -rubber stamp.Lantikan lebih dari  had. 
- SPR tidak independent.
-MCA tidak bertanding kerana takut keputusan menjejaskan kemasukan mereka ke kabinet. Hukum hudud bukan alasan sebenar bagi MCA
-Tidak faham kenapa larangan penggunaan kalimah ALLAH.
-UMNO rasis hanya perlaksanakan dasar bertunjang bumiputera sahaja
-DAP berjuang utk semua.


Saleh Man  (Permatang Pasir)

-Menyeru pengundi  sokong Ram Karpal
-MCA  tidak berani bertanding
-Pendirian PAS sokong calon DAP.

Dr. Jayabalan

- MCA takut kalah dan jejas peluang masuk kabinet.
-di Korea insiden feri, presiden letak jawatan. Di Malaysia tidak berlaku kerana pemimpin BN tidak tahu malu - seru rakyat  keluarkan BN dari kerajaan.
-jangan biar calon bebas dan parti nyamuk ambil kesempatan.
-mesti pastikan menang mojoriti yang tinggi untuk sampaikan mesej rakyat.

Asoka (wakil dari PAS)

-kedatangan untuk pastikan kemenangan Ram Karpal.
-Bekas president MCA Chuah Sui Lek juga pertikai knp MCA xbertanding di Pulau Pinang.
-Hemtam calon bebas
- kecam Abu Backer Sidek kerana gelar India 'paria'
- calon bebas tidak boleh main peranan - pembaziran di parlimen.

Friday, May 16, 2014

PRK51 : RAYER KATA MCA TIADA "BUAH"?

RAYER : MCA TIADA " BUAH"





CATITAN DIARI BK


Tarikh : 15 Mei 2014
Tempat : Lorong Zoo 6

Kehadiran : lebih kurang  130 org.


ISI KANDUNG CERAMAH DAP

 Rayer

1. Hancur BN

2. UMNO samseng umno pernah halang karpal singh drpd masuk parlimen.

3. Ingat tak seorang reporter perempuan ditahan dibawah ISA kerana laporkan kata kata pemimpin UMNO penang yang menyatakanmenyatakan " Orang Cina Balik ke Cina lah !

4. Kehilangan MH370 dgn kehilangan 200 lebih penumpang keluarga mangsa tengah sedih lagi mana pergi Najib?  Najib dgn Rosmah pergi melancong tak tau kat mana ?

5. Dia mengingatkan hadirin banyak perkara /isu  dahulu dan menyeru rakyat hapuskan BN jatuhkan BN.

6. MCA tak ada Hud(buah) atau tak ada Orang ?

7.Orang Cina boleh bela bukan Cina, Orang India boleh bela bukan India , Orang Melayu boleh bela . jadi tak perlulah ada parti yang bersifat kaum di Malaysia pada Zaman ini.

 Mahfuz Omar,

1. Kenang balik hubungan baik beliau dengan karpal singh .Katanya dia suka perkataan hebat dari karpal singh.

2. Seru pengundi undi Ramkarpal supaya dia dapat menyambut Ramkarpal seperti Karpal singh dahulu di Parlimen nanti.

3.Mahu lihat masa depan Malaysia yang sejahtera yang bersepadu bagaikan sebuah keluarga yang tiada perbezaan kaum atau warna kulit.Dan ini dapat dilakukan oleh Pakatan Rakyat yang bersatu dan kuat.

4. Tak nampak ada apa apa pembangunan  yang dilakukan oleh BN yang betul betul beri manfaat kepada rakyat. Apa yang Nampak ialah BN mengambil wang untuk poket mereka utk jadikan mrk kaya shj. mereka tidak hargai setiap sen yag diambil daripada rakyat. Jadi jangan bagi duit kpd krj BN.
5. bekas menteri pelancongan dari UMNO , bekas pengerusi Bank Rakyat dipecat kerana enggan beri pinjaman mudah 400juta kepada kroni UMNO .

6. Sudah sampai masanya untuk menamatkan pemerintahan BN dan digantikan dengan pemerintahan Pakatan Rakyat.


 DR Hatta Ramli

1. BN pengecut larikan diri daripada PRK Bukit Gelugor.

2. harap Ram Karpal tidak akan dihalang masuk parlimen seperti mendiang Karpal Singh.

3. Seru lebih ramai pengundi keluar mengundi supaya Ram Karpal boleh dapat lebih tinggi Majoriti dalam 505. ini penting sebagai suatu keputusan bahawa rakyat mahu sokong Kerajaan PR Pulau Pinang. Tunjuk Krj PR Penang mampu jadi kerajaan ..

4. Pilihanraya Kecil ini jangan main-main. Isu adalah rakyat sama-sama menyokongnya ke hala Parliament. Beliau juga berharap Ramkarpal mendapat majoriti yg lebih besar dari PRU-13. Kami harus menunjukkan kepada orang luar bahawa penduduk tempatan menyokong DAP yg kini menjajah Negeri Pulau Pinang. Ini membuktikan Kerajaan Negeri. Pulau Pinang adalah efektif dan bebas dari rasuah.

5. bekas Menteri Terengganu letak jawatan kerana PM Najib tak hormat perkahwinan anaknya. Orang BN keluar dari parti BN dan tubuh Parti Baru tapi sokong BN . Semua ini adalah sendiwara BN . Seru rakyat semuanya hukum BN terutamanya rakyat Terengganu dan Rakyat Sarawak .

PRK51 : MCA = MALAYSIA CHICKEN ASSOCIATION KATA RAMKARPAL







UCAPAN RAMKARPAL MALAM SEMALAM ( 15.4.14)


Ram Singh Karpal Singh

1) Kematian bapa saya merupakan satu kehilangan yang besar kepada keluarga, rakan, parti dan juga negara.

2) Ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir padahal bapa saya bukanlah seorang yang berpangkat. Beliau cuma manusia biasa yang merupakan seorang pendukung demokrasi. Beliau sangat percaya kepada kesamarataan dan kebebasan bersuara.

3) Beliau terkenal kerana beliau berjalan bersama-sama orang biasa. Rakyat biasa.

4) Apabila beliau mati, kita memerlukan seorang pejuang yang mana boleh meneruskan segala usaha bapa saya sebelum ini dan DAP telah meletakkan kepercayaan kepada saya.

5) MCA sudah tiada tempat lagi dalam Pulau Pinang. MCA sudah mati dalam BN. MIC pula tidak pernah nampak muka.

6) MCA layak digelar Malaysia Chicken Association.

7) Tetapi jangan tertipu dengan taktik BN apabila BN tidak bertanding. Ramai datang ucap tahniah pada saya kerana mereka beritahu saya sudah menang dan merek tidak perlu keluar mengundi. Ini silap. Kita perlu keluar mengundi dengan menyatakan sokongan kepada parti yang membela rakyat.

8) Kita tunjuk pada BN walaupun mereka tidak bertanding kita hebat dengan menaikkan lagi majority.


KESIMPULAN BK : RAMKARPAL TERPAKSA MENGAITKAN NAMA AYAHNYA DAN MENAGIH SIMPATI UNDI RAKYAT

PRK 51 : TOP LEADER MAI CERAMAH PUN AUDIEN KURANG 100 ORANG YANG HADIR

DIARI BADARKHUBRO MENJEJAK CERAMAH




Tarikh : 15 Mei 2014
Masa : 9:00 malam
Tempat : Padang Permainan Kanak-kanak Jalan Bunga Raya

Anggaran kehadiran : 60 orang


VIP :
1) Gobind Singh Deo - Ahli Parlimen DAP Puchong
2) Mahfuz Omar - Ahli Parlimen PAS Pokok Sena
3) Dr. Mohd. Hatta Ramli - Pengarah Pilihanraya PAS Pusat
4) Zairil Khir Johari - Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor
5) Ram Singh Karpal Singh

INTIPATI CERAMAH


Dr. Mohd. Hatta Ramli



1) PRK Bukit Gelugor kali ini adalah calon PAS yang membawa bendera DAP.

2) Parlimen yang menang majoriti ke-4 tertinggi dalam Malaysia. Pastikan kemenangan kali ini lebih besar dari yang lepas.

3) Tahniah kepada BN kerana membuktikan bahawa mereka pengecut.

4) Mereka anggap pilihanraya seperti permainan kanak-kanak bila suka boleh main, bila tak suka boleh buang dan tinggal.

5) UMNO semakin lemah dengan banyak ekor katak yang berada dalam parti mereka. Kelmarin mereka lompat keluar, hari ini mereka lompat masuk semula.

6) Nak jaga ADUN sendiri pun tak mampu apatah lagi nak meneruskan tanggungjawab nak jaga negara dan rakyat Malaysia yang berjuta-juta orang.

7) Yang UMNO tahu menghabiskan wang rakyat, bukannya membantu atau membela rakyat.

8) Lagi 3 bulan nak sambut Aidilfitri, Najib akan buat majlis jamuan Aidilfitri besar-besaran dengan makanan yang amat mewah. Semua itu guna wang siapa kalau bukan wang rakyat?

9) Pergi lawatan rasmi keluar negara bawa rombongan sehingga 30 - 40 orang guna wang siapa jika bukan wang rakyat?

10) Sewa jet mahal guna wang siapa jika bukan wang rakyat?

11) Berapa banyak pulangan yang dapat semula kepada rakyat dengan berbelanja menggunakan wang rakyat?

12) Berapa banyak kekayaan yang dikaut oleh kroni BN dengan menggunakan wang rakyat?

13) Laporan Audit Negara membentangkan ada ketirisan wang yang berlaku. Kemana wang itu pergi? Kepada rakyat atau masuk kedalam pomet kroni BN sendiri?

14) Bagaimana cara kita mahu atasi masalah ini? Dengan menukar kerajaan melalui pilihanraya ini. Kekalkan suara kita dalam Parlimen supaya singa yang telah meninggalkan kita akan digangi dengan singa yang baru.

Mahfuz Omar




1) Yakin 9 Jun 2014 ketika Parlimen bersidang selama 2 minggu, Pakatan Rakyat akan dapat rakan baru yang lantang bersuara yang akan duduk dikerusi mendiang Karpal Singh. Tidak ada calon lain yang sesuai menggangikan Karpal Singh melainkan anak mendiang sendiri.

2) 5 Mei baru ini genaplah setahun kerajaan 47%. Kerajaan yang sebenarnya gagal mendapat mandat rakyat tetapi kehulu kehilir mencanang tong kosong menyatakan bahawa mendapat sokongan rakyat. BN dan UMNO memang muka tak malu.

3) Dalam PRU yang lepas berjanji bulan dan bintang segala macam itu ini tetapi bila dah menang rakyat makin terseksa.

4) Kita beranggapan bila menang PRU maka akan ada pelbagai usaha dan juga jalan penyelesaian oleh BN kepada rakyat tentang menangani masalah kos sara hidup.

5) Tengok-tengok tidak ada satu pun usaha yang dilakukan oleh BN membantu rakyat untuk meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat dari sehari ke sehari. Belum ada satu pun kaedah penyelesaian yang diberikan oleh Kerajaan yang kononnya membela rakyat.

6) Bangga dengan produk BR1M. Apa mereka ingat dengan RM650 itu boleh meringankan perbelanjaan untuk setahun bagi satu keluarga?

7) Padahal kalau rakyat boleh lihat keluarga mereka hidup mewah. Jam tangan sahaja dah mencecah beribu-ribu ringgit apatah lagi beg tangan Rosmah dan juga rambut beliau.


 Zairil Khir Johari


1) Rakyat kena kekalkan penguasaan Pakatan Rakyat dalam Parlimen ini dengan keluar mengundi. Kita mahukan majoriti yang lebih tinggi dari sebelum ini.

2) Jangan takut untuk keluar mengundi. PRK kali ini adalah yang paling selamat kerana BN tidak bertanding. Bila BN tiada semuanya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Tapi bila BN bertanding dapat dilihat gangster upahan UMNO bermaharajalela, poster calon kita dikoyak, jentera ditumbuk ataupun cermin kereta dipecahkan.

3) Malaysia akan lebih aman tanpa BN. Ada BN rakyat dan keadaan jadi porak peranda.

4) Najib melaungkan 1Malaysia. Tetapi saya hairan kenapa Bible dalam Bahasa Inggeris boleh diedarkan tetapi Bible dalam Bahasa Melayu diharamkan? Dimanakah sebenarnya kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia?

5) Baru-baru ini TPM pergi ke Dubai menghadiri Middle East Education Conference dengan membawa seramai 17 orang. 7 bodyguard, 4 pegawai khas, seorang Setiausaha Akhbar, seorang Setiausaha Sulit, 2 orang staff Pejabat TPM dan 2 orang lagi jurugambar.

6) Bawa rombongan bukan dikalangan mereka yang ada didalam Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi buatkan lawatan ini seperti rombongan melancong.

7) Saya bertanya kepada Pejabat TPM kenapa dalam main Golf ketika menghadiri Conference ini, jawab Pejabat TPM, bermain golf adalah salah satu tugas rasmi.

8) Apa kebaikan sistem pendidikan yang dibawa balik ke Malaysia apabila menghadiri Middle East Education Conference yang sistem pendidikannya jauh lebih teruk dari Malaysia?


BK : KESIMPULAN YANG BOLEH BK NYATAKAN IALAH PENCERAMAH PR DENDANGKAN LAGU LAMA DAN BERMAIN PERSEPSI SAHAJA.JUMLAH AUDIEN YANG MAT KECIL MENUNJUKKAN SOKONGAN TERHADAP PR SEMAKIN MENURUN DAN MAJORITI JUGA AKAN JATU. RAM KARPAL NO POWER

Thursday, May 15, 2014

PRK 51 : WALKABOUT ADA PENGUNDI SEBUT SAYA MAHU UNDI MAJOR HUAN




Lokasi : Kedai makan Desa Intan DM Sg Dondang 

Antara yang hadir calon DAP Ramkarpal Singh ,Lim Kit Siang,Gobind Singh ,Chow Kon Yeow,Yeoh Soon Hin,Teh Lai Heng,Tan Kim Hooi dan Phee Boon Poh

Rombongan mengedarkan risalah tentang Ramkarpal Singh dan menwar-warkan nama calon menggunakan loud speaker, laung undi harimau pada 525.

Kumpulan rombongan menggunakan Kereta Camry hitam  untuk war-warkan program ceramah PRK Bukit Gelugor pada jam 8.00 malam bertempat di Taman Permainan Jalan Bunga Raya dan Jalan Chor Sin Kheng



PRK 51 : WALKABOUT RAMKARPAL HAMBAR







Lokasi : DM Sungai Dondang
15 Mei 2014 ( Khamis ) Masa: 8.30pg
Tempat: Pasar Awam, Kompleks Farlim

Antara yang terlibat dalam walkabout ini calon DAP Ramkarpal Singh ,Lim Kit Siang,Gobind Singh , Chow Kon Yeow,Yeoh Soon Hin,Teh Lai Heng,Tan Kim Hooi dan Phee Boon Poh

Hanya lebih kurang seramai 25 orang bersama mereka. Mereka mengedarkan risalah tentang Ramkarpal Singh di samping mengwar-war nama calon. Kumpulan rombongan juga  melaungkan undi harimau muda  pada 525.

PRK51 : CATITAN SEMALAM CERAMAH PR DI TAMAN TUN SARDON



RAYEN BARU NAK BERJANJI BAHAWA KERAJAAN NEGERI AKAN MENGECAT PANGSAPURI PENDUDUK DI TAMAN TUN SARDON


Lokasi Ceramah di  Taman Tun Sardon pada 14 Mei 2014

Kehadiran  : Hanya dalam lingkungan 150 orang


SENARAI PENCERAMAH 

1. Rayer
2. Malik Kasim
3. Jeff Ooi
4. Zairil khir Johari
5. Dr Arifin
6. Mat Sabu
7. Lim Guan Eng
8. Afif baharudin
9. Ram karpal

1.Rayer

- Parti DAP bukan parti untuk kaum cina sahaja tapi pelbagai kaum.
- Sejak 2008 banyak perubahan telah dilakukan di Taman Tun Sardon.
- Semasa pemerintahan BN gerai makanan semua hanya berbumbungkan zink tp 2008 sejak kerajaan negeri baru semua dibuat baru dan semua peniaga melayu.
- Kerajaan negeri bercadang dan telah diluluskan untuk mengecat semua flat dalam kawasan Taman Tun dan akan dicat warna  hijau dan putih yang melambangkan warna mewakili Pakatan Rakyat.
- Ram karpal akan menang walau ada pengundi tidak mahu keluar.
- Ada puak telah memainkan isu hudud yg akan dijelaskan oleh penceramah lain pada malam ini.
- Semua calon bebas akan yang bertanding semestinya akan memberi service pada rakyat tetapi persoalanya siapa penaja mereka dan adakah mereka boleh bersuara dlm Parlimen nanti.
-Isu seorang pelajar perempuan yang bertudung di Singapura dilarang pergi ke sekokah dan kes ini diambil oleh mendiang karpal dan akhirnya terbela perempuan tersebut, Karpal membantu tidak kira bangsa dan agama.
-Jangan percaya pada BN.
- Di Kota Baru kelantan Nik Aziz memberi tanah untuk membina kuil.
- TV3 memainkan isu perkauman.

2. YB Dr Arifin

- BN tidak berani hendak bersaing dengan DAP takut kalah.
- BN sudah tidak mempunyai sokongan di Bukit Gelugor.
- BN pengkianat semua bangsa dalam Malaysia.
- Harga barangan naik.
- Kerajaan negeri cuba sedaha upaya membina rumah kos rendah.
- Bayak projek terbengkalai di zaman BN disebabkan diberi kepada kontraktor kroni BN.
- Selepas kerajaan DAP semua projek dibuat  secara terbuka.
- Rakyat terpaksa keluar negara untuk mencari kerja kerana ekonmi negara tidak dikendali dengan baik.

3. YB Malik Kasim
- Isu bekas MB Terengganu keluar UMNO dan masuk semula dibeli dengan duit rakyat.
- Kerajaan DAP menjual tanah RM500 juta bertujuan untuk membina rumah mampu milik untuk golongan pendapatan rendah. 
- Kerajaan pusat menghalang PR membantu rakyat.
- masalah kesesakan lalulintas bertambah dengan pembinaan Jambatan kedua ia bertambah lagi kesesakan. 
- PR masih mahu kerajaan Negeri membina tunnel untuk memgelakkan kesesakkan.
- walaupun LGE di kutuk oleh segelintir org  namun beliau masih boleh memberi peruntukan untuk pembangunan orang islam 30%.

4. YB Jeff Ooi
- GST akan ditanggung oleh rakyat.
- perhimpunan aman PR bantah GST.
Maksud GST= Gasak Sampai Tua.

5. YB Zairil Khir Johari
- Ramai melayu telah memberi sokongan kepada calon DAP.
- memberi mandat kepada Calon Ram Singh menyambung Legasi Karpal.
- mengambil peluang keemasan untuk tunjuk kepada BN rakyat tolak kerajaan zalim BN.
- kenyataan akbar Najib menyatakan terdapan ancaman baru pada orang islam adakah hak asasi yang bercanggah dengan agama islam.
- mediang karpal singh pernah dihukum atas kesalahan hak asasi dan ramai pemimpin PR pernah ditahan di ISA.
- kerajaan buang ISA dan digantikan dengan akta  baru dan cuba menipu rakyat. 
-salah guna kuasa kehakiman untuk menjatuhkan pemimpin PR.
- terdapat ramai rakyat yang mati semasa di tahan dalam lokap atau penjara. 
-Penindasan bukan sahaja dari fizikal tapi juga penindasan minda contohnya buku yang bertajuk original spesis oleh charles Darwin dalam bahasa melayu diharamkan sebab akan memudaratkan ketenteraman awam yg bercanggah dengan ajaran Islam.Yang  peliknya dalam bahasa English dibenarkan pula.

6.Mat Sabu
- buat pertama kali BN tidak bertanding berlainan dengan kes penanti atas perletakan jawatan tapi di Bukit Gelugor kes kematian juga tidak bertanding dan berharap BN tidak akan bertanding di Bukit Bendera dan si semua tempat.
- kenangan bersama karpal.beliau seorang yang garang di parlimen.
- SPRM perlu bebas dari cengkaman umno.
- rasuah , beli kapal selam bunuh altatuya.
-isu kapal terbang dikatakan misteri begitu juga dengan keluar parti oleh bekas MB Terengganu dan dalam masa 8 jam masuk semula umno juga dikatakan misteri.
- Najib kangkung.
- PR bukan menentang cukai tapi menentang rasuah.
-DAP tidak pernah kacau masjid malah menambah peruntukan untk org islam di pulau pinang. 
-PR terus hidupkan reformasi.
- rakyat akan menghantar memorandum tidak puas hati kepada najib atas isu rasuah dan sebagainya.

7. Dr Afif Baharudin
- semua kes yg berlaku pada anwar mediang karpal lah yg mempertahankannya.
-semua parti PR boleh duduk bersatu walaupun ada anasir untuk memecahkan PR.
- isu perkauman yang dibincangkan hampir 25 tahun oleh BN tidak selesai.
- ini negara malaysia dan tiada bangsa yang akan keluar dari malaysia.
- PCM parti cari makan.
- calon pcm calon yg pernah hilang kalah di batu kawan.
- tolak GST tolak isu perkauman. 
- beliau mencabar BN atas isu hudud.. kembalikan dahulu hak royalti negeri kelantan batu cakap hudud.

8. Lim Guan Eng
- kerajaan bersih mampu buat lebih baik dari kerajaan rasuah.
- pelbagai program kerajaan negeri dan dikongsi bersama rakyat seperti program warga emas anak emas dan sbgainya.
-BRiM RM1200 tapi yang diberi hanya RM650 sahaja.

9. Ram Karpal.
- memberi sokongan pada beliau.
- suara anak muda.
-tolak GST
- kehilangan mh370.
- pengundi perlu keluar mengundi.

BK : TUN SARDON IALAH KAWASAN PDM MAJORITI MELAYU. SAYANGNYA YANG HADIR DALAM JUMLAH 150 ORANG WALAUPUN YANG MEMBERI CERAMAH IALAH GIANT PR. 

PR TERPAKSA TUNGGU KEHADIRAN ORANG RAMAI SEBELUM MEMULAKAN CERAMAH