Friday, April 4, 2014

MAI TENGOK SAPA DAPAT TENDER PULUH JUTA DI PULAU PINANG

Tajuk PerolehanTempoh BantahanKontraktorHarga TawaranBorang BantahanStatus
BukaTutup

Perbadanan Pembangunan P.Png
PPPP/TE16/2013
CADANGAN PARIT MONSOON DAN KERJA MENAMBUN TANAH SERTA KERJA-KERJA YANG BERSANGKUTAN DENGANNYA DI WEST BKIP, FASA 1, DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 282, BATU KAWAN, MUKIM 13, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG (PAKEJ 1)
19-Mar-201426-Mar-2014 12:00 pmBan Cheong Construction Sdn BhdRM 29,379,312.82 
Borang Bantahan 
Tempoh Bantahan Tamatp

Perbadanan Pembangunan P.Png
PPPP/TE24/2013
CADANGAN PEMAJUAN YANG MENGANDUNGI:- 1) 1 BLOK RUMAH PANGSA MAMPU MILIK KOS SEDERHANA (850 K.P. & 1000 K.P.) -26 TINGKAT (348 UNIT) TERMASUK 3 TINGKAT TEMPAT LETAK KERETA & 1 TINGKAT KEMUDAHAN MASYARAKAT 2) 1 BLOK RUMAH PANGSA MAMPU MILIK KOS SEDERHANA RENDAH (700 K.P.) -25 TINGKAT (346 UNIT) TERMASUK 2 TINGKAT TEMPAT LETAK KERETA 3) 1 BLOK TEMPAT LETAK KENDERAAN 7 TINGKAT & SURAU DI TINGKAT BUMBUNG 4) KEDAI PEJABAT 4 TINGKAT (2 UNIT) DAN KEDAI PEJABAT 3 TINGKAT (5 UNIT) DI ATAS LOT 865, 866 DAN 873, MUKIM 9, DAERAH BARAT DAYA, JALAN TELUK KUMBAR, PULAU PINANG
23-Jan-201430-Jan-2014 12:00 pmTeh Kean Sai Sdn BerhadRM 113,407,036.87
Borang Bantahan  
Tempoh Bantahan Tamat


Perbadanan Pembangunan P.Png
PPPP/TE19/2013
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN 2 UNIT PENCAWANG TNB, 4 UNIT PONDOK MENUNGGU BAS DAN KERJA-KERJA INFRASTRUKTUR YANG BERSANGKUTAN DENGANNYA BAGI PLOT 15 UNIT SKIM PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA FASA 2 BERSERTA CADANGAN JALAN 24.384M (80'- 00") DAN JALAN 20.117M (60'- 00") BERDEKATAN PERSIARAN CASSIA SELATAN 3 DAN LINGKARAN CASSIA SELATAN, DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 282, MUKIM 13, BATU KAWAN, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG
28-Oct-201304-Nov-2013 12:00 pmIMAGE FACADE CONSTRUCTION SDN. BHD.RM 24,643,002.05
Borang Bantahan  
Tempoh Bantahan Tamat

MAI TENGOK SAPA YANG DAPAT TENDER YANG BERNILAI PULUH JUTA DAN RATUS JUTA. BOLEH SEMAK DI WEB KERAJAAN NEGERI BAGI KESELURUHAN LAPORAN TENDER.

DAP TETAP TOLAK HUDUD. ULANG BALIK TETAP TOLAK HUDUD

DAH AGAK LAKONAN PAS DENGAN DAP


SEBELUM PAS NAK MAKI UMNO MAKI DULU ANUAR BRAHIM DAN PKR. TANYA DEPA DULU TERIMA TAK HUDUD. KENAPA ANUAR TAK MAU BAWA ISU HUDUD DI PARLIMEN. JANGAN JADIKAN HUDUD MAINAN POLITIK CETEK DAN BODOH HANGPA.

DAP JERKAH SIKIT TAKUT DAN DIAM. AZIZ BARI DARI PKR YANG CAKAP BANYAK PASAL HUDUD. KAMU PI SURUH PKR PERJUANGKAN DALAM SIDANG PARLIMEN DAHULU. BUKAN CAKAP SAHAJA PANDAI. KAMU PERINTAH PUN PR TAK LAKSANAKAN HUDUD

HEBATNYA TARBIAH PAS DI KELANTAN : DAH ROGOL BARU MINTA MAAF




Bachok: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan dirogol lima lelaki bergilir-gilir di sebuah sawah padi di Kampung Kuau, di sini, malam kelmarin. 

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan ke rumah rakan perempuannya di Kampung Tangok, sebelum keluar membonceng motosikal bersama adik perempuan rakannya bagi membeli makanan. 

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak berusia lima tahun, mengandung anak kedua manakala suaminya bekerja di Kuala Lumpur. 


Bonceng motosikal 

Katanya, mangsa mendakwa dia dan adik rakannya sedang membonceng motosikal sebelum didatangi kekasih adik rakannya bersama dua lelaki. 

“Adik rakan mangsa dipaksa membonceng motosikal bersama teman lelakinya, manakala mangsa dipaksa mengikuti dua lelaki itu ke sebuah wakaf di kawasan sawah padi Kampung Kuau,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bachok, di sini. 

Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan bersama dua lelaki itu dan cuba mahu menelefon seseorang untuk mengambilnya. 

Abdul Hamid berkata, berang dengan tindakan mangsa, seorang daripada lelaki itu menelefon tiga lagi rakannya dan mereka merogol mangsa secara bergilir-gilir. 


Suspek mohon maaf 

“Mangsa kemudian dihantar ke rumah rakannya di Tangok oleh seorang suspek jam 4.30 pagi, malah suspek dikatakan sempat meminta maaf kepada mangsa,” katanya. 

Abdul Hamid berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Tawang. 

Katanya, polis kini sedang mengesan semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

BK : HANYA DIKELANTAN SAHAJA LEPAS ROGOL BOLEH MINTA MAAF. INILAH HEBATNYA TARBIYAH PAS. DAH ROGOL MINTA MAAF. MAKA APA HUKUMNYA? BOLEH DIAMPUNKAN DOSA TU KE WAHAI USTAZ PAS?

HUDUD KELANTAN. BELUM DI BAHAS DAN DI PERDEBATKAN.




Kerajaan negeri memohon agar Parlimen dapat meluluskan undang-undang bagi memberikan kebenaran kepada negeri ini melaksanakan hudud kerana ia boleh dilakukan mengikut peruntukkan... 

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, kelulusan tersebut penting kerana sebahagian besar dari undang-undang hudud di bawah bidang kuasa persekutuan begitu juga dengan jabatan-jabatan yang akan terlibat dalam perlaksanaan ini seperti pihak polis dan penjara. 

“Bagi membolehkan Mahkamah Syariah mengadili dan menghukum kes-kes hudud, Parlimen juga hendaklah meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa) dengan meluaskan kuasa menghukum sehingga maksimum denda, penjara dan sebatan,” katanya. 

Beliau mengulas kenyataan terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan pusat bersedia untuk memberikan laluan pelaksanaan hudud dan memberikan syarat agar ia dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu. 

Mohamed Fadzli berkata, kuasa yang ada pada mahkamah syariah sedia ada tidak memungkinkan hudud dapat dilaksanakan. 

Tambahnya, kuasa untuk meminda akta tersebut hanya ada pada Parlimen seterusnya kuasa negeri terhadap agama Islam hendaklah diterjemahkan sebagai kuasa yang eksklusif. 

“Kerajaan pusat melalui Parlimen atau mahkamah sivil tiada hak untuk campur urusan perlaksanaan undang-undang Islam ini. Mereka (kerajaan pusat) perlu lakukan perkara tersebut bagi membuktikan kesungguhan dan keikhlasan mereka barulah kerajaan negeri dapat laksanakannya,” katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berharap kerajaan negeri boleh mempercepatkan pewartaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan Dun Kelantan sebagai langkah untuk pelaksanaan hukum tersebut. 


"Dalam masa yang sama, ahli-ahli Pas perlu digerakkan untuk membawa sekurang-kurangnya satu usul pindaan perlembagaan secepat mungkin bagi memberikan laluan ke arah pelaksanaan undang-undang tersebut di sini. 

“Langkah ini bersesuaian dengan tindakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa Pas agar membentangkan draf undang-undang hudud di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang-undang Islam," kata Ketua Pemuda Pas negeri itu lagi.

BK :APA NI. CAKAP TAK SAMA. ADA YANG MINTA WARTAKAN DULU. ADA YANG SURUH BAWA KE PARLIMEN DAN BAHASKAN.

Thursday, April 3, 2014

ORANG MENGANDUNG PUN DIROGOL DI SERAMBI MEKAH MALAYSIA



BACHOK - Seorang wanita hamil tujuh bulan mendakwa menjadi mangsa rogol lima lelaki ketika keluar bersama rakannya untuk membeli makanan di Tangok, malam Isnin lalu. 

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa, seorang suri rumah berusia 21 tahun keluar dari rumahnya di Kampung Kuchelong, kira- kira jam 10.30 malam untuk ke rumah rakannya di Tangok. 

Setengah jam kemudian katanya, mangsa mengajak adik kawannya ke kedai untuk membeli makanan. 

“Tiba di tengah jalan, teman lelaki adik rakannya menghalang perjalanan mereka dan mengarahkan mereka menurutinya ke sebuah wakaf di tengah sawah di Kampung Kuau. 

“Adik rakannya dan teman lelakinya meninggalkan mangsa di wakaf itu bersama dua lelaki lain. Salah seorang lelaki tersebut memarahi mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya agar menjemputnya. Lelaki itu kemudiannya menghubungi tiga lagi rakannya yang menunggang motosikal,” katanya. 

Menurutnya, semua lelaki terbabit bergilir merogol mangsa dan mangsa hanya dihantar berdekatan rumah rakannya kira-kira jam 4.30 pagi. 

"Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tawang pada 1 April. 

"Difahamkan, mangsa berkahwin dengan seorang pemandu lori yang kini berada di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai seorang anak berusia 5 tahun," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan semua suspek giat dijalankan. 

Sementara itu, dalam kes berasingan, pihak polis berjaya mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai diculik di Tangok pada 28 Mac lalu. 

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 2 petang 28 Mac lalu. Mangsa diheret masuk ke dalam kereta oleh suspek yang tidak dikenali. 

Bapa saudara mangsa yang berusia 33 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Kota Bharu pada jam 4.30 pagi, 2 Mac. 

Suspek didakwa meminta tebusan daripada keluarga mangsa di Bangladesh sebanyak RM15,000. 

Hasil maklumat, polis berjaya menemui semula mangsa di Machang dan menahan 10 suspek terlibat. 

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan Tangok, Berkelam. Semua suspek dibawa ke IPD Bachok untuk mendapatkan perintah tahanan reman

PAS DISYORKAN TOLAK AHLI PERNIAGAAN




 Ahli politik berperniagaan (APB) adalah musuh utama kepada ekonomi rakyat. 

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Zaharudin Muhammad (gambar) mereka tidak akan menyertai kancah politik jika bukan kerana bisnes dan bisnes ini tidak akan diperolehi tanpa akses politik. 

“Bodoh sekiranya Umno habiskan duit jutaan ringgit untuk memenangi PRK jika hanya ingin mendapatkan gaji RM6,000 atau RM11,000 sebulan. 

“Tetapi mereka jauh lebih cerdik daripada rakyat bodoh yang terus menyokong mereka kerana apabila kuasa politik tersebut menjadi milik mereka, mereka akan mengawal sumber perniagaan rakyat dan keperluan orang ramai,” katanya dalam posting akaun Facebook. 

Jelasnya lagi, mereka membeli aset rakyat dengan modal hasil perahan cukai yang dikenakan ke atas rakyat, dan menjual semula kepada rakyat dengan harga yang dikawal oleh mereka. 

“Syabas sebagai contoh, aset air milik rakyat Selangor tetapi telah dibeli oleh seorang APB, sebahagian operasinya dibiayai oleh wang cukai rakyat melalui instrumen pembiayaan bon atau sukuk. 

“Rakan kongsinya pula adalah jentera dan wang rakyat seperti Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), akhirnya APB juga yang menetapkan harga air ke atas rakyat,” katanya. 

Begitu juga dengan harga getah yang dibeli dari penoreh mskin yang harganya jauh lebih rendah berbanding harga pasaran. 

“Harga pasaran dunia getah adalah sebanyak USD2.41 (RM7+-) tetapi penoreh hanya dibayar RM2+- sahaja, 

“Baki selebihnya akan dipoketkan kepada APB dengan alasan untuk mempermitkan pengrusan jual beli getah dan dasar monopoli,” ujarnya. 

Tambah Zaharuddin, tanpa kuasa dan hubungan politik, mustahil mereka boleh membeli aset rakyat dan tanpa wang cukai yang dicekik dari rakyat, mustahil mereka mampu membeli aset rakyat. 

“Tanpa kuasa politik, maka mustahil mereka boleh memiliki bisness tersebut. 

“Jika tidak kerana bisnes tersebut, maka mustahil mereka bermatian untuk menang politik,” ujarnya. 

Bukan itu sahaja, aset yang menjadi milik rakyat kini menjadi milik APB, duit cukai rakyat turut menjadi milik APB dan keuntungan daripada kenaikkan harga barang turut menjadi milik APB. 

“Maka, siapakah pemilik negara ini?” soalnya. 

Dalam pada masa yang sama, Zaharuddin turut menyeru agar rakyat Malaysia bangkit menentang kezaliman ekonomi yang berlaku.


BK : ORANG BERNIAGA MASUK PR LAGI UNTUNG MAA. SAMA SAJA.