Thursday, April 3, 2014

ORANG MENGANDUNG PUN DIROGOL DI SERAMBI MEKAH MALAYSIA



BACHOK - Seorang wanita hamil tujuh bulan mendakwa menjadi mangsa rogol lima lelaki ketika keluar bersama rakannya untuk membeli makanan di Tangok, malam Isnin lalu. 

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa, seorang suri rumah berusia 21 tahun keluar dari rumahnya di Kampung Kuchelong, kira- kira jam 10.30 malam untuk ke rumah rakannya di Tangok. 

Setengah jam kemudian katanya, mangsa mengajak adik kawannya ke kedai untuk membeli makanan. 

“Tiba di tengah jalan, teman lelaki adik rakannya menghalang perjalanan mereka dan mengarahkan mereka menurutinya ke sebuah wakaf di tengah sawah di Kampung Kuau. 

“Adik rakannya dan teman lelakinya meninggalkan mangsa di wakaf itu bersama dua lelaki lain. Salah seorang lelaki tersebut memarahi mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya agar menjemputnya. Lelaki itu kemudiannya menghubungi tiga lagi rakannya yang menunggang motosikal,” katanya. 

Menurutnya, semua lelaki terbabit bergilir merogol mangsa dan mangsa hanya dihantar berdekatan rumah rakannya kira-kira jam 4.30 pagi. 

"Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tawang pada 1 April. 

"Difahamkan, mangsa berkahwin dengan seorang pemandu lori yang kini berada di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai seorang anak berusia 5 tahun," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan semua suspek giat dijalankan. 

Sementara itu, dalam kes berasingan, pihak polis berjaya mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai diculik di Tangok pada 28 Mac lalu. 

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 2 petang 28 Mac lalu. Mangsa diheret masuk ke dalam kereta oleh suspek yang tidak dikenali. 

Bapa saudara mangsa yang berusia 33 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Kota Bharu pada jam 4.30 pagi, 2 Mac. 

Suspek didakwa meminta tebusan daripada keluarga mangsa di Bangladesh sebanyak RM15,000. 

Hasil maklumat, polis berjaya menemui semula mangsa di Machang dan menahan 10 suspek terlibat. 

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan Tangok, Berkelam. Semua suspek dibawa ke IPD Bachok untuk mendapatkan perintah tahanan reman

PAS DISYORKAN TOLAK AHLI PERNIAGAAN




 Ahli politik berperniagaan (APB) adalah musuh utama kepada ekonomi rakyat. 

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Zaharudin Muhammad (gambar) mereka tidak akan menyertai kancah politik jika bukan kerana bisnes dan bisnes ini tidak akan diperolehi tanpa akses politik. 

“Bodoh sekiranya Umno habiskan duit jutaan ringgit untuk memenangi PRK jika hanya ingin mendapatkan gaji RM6,000 atau RM11,000 sebulan. 

“Tetapi mereka jauh lebih cerdik daripada rakyat bodoh yang terus menyokong mereka kerana apabila kuasa politik tersebut menjadi milik mereka, mereka akan mengawal sumber perniagaan rakyat dan keperluan orang ramai,” katanya dalam posting akaun Facebook. 

Jelasnya lagi, mereka membeli aset rakyat dengan modal hasil perahan cukai yang dikenakan ke atas rakyat, dan menjual semula kepada rakyat dengan harga yang dikawal oleh mereka. 

“Syabas sebagai contoh, aset air milik rakyat Selangor tetapi telah dibeli oleh seorang APB, sebahagian operasinya dibiayai oleh wang cukai rakyat melalui instrumen pembiayaan bon atau sukuk. 

“Rakan kongsinya pula adalah jentera dan wang rakyat seperti Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), akhirnya APB juga yang menetapkan harga air ke atas rakyat,” katanya. 

Begitu juga dengan harga getah yang dibeli dari penoreh mskin yang harganya jauh lebih rendah berbanding harga pasaran. 

“Harga pasaran dunia getah adalah sebanyak USD2.41 (RM7+-) tetapi penoreh hanya dibayar RM2+- sahaja, 

“Baki selebihnya akan dipoketkan kepada APB dengan alasan untuk mempermitkan pengrusan jual beli getah dan dasar monopoli,” ujarnya. 

Tambah Zaharuddin, tanpa kuasa dan hubungan politik, mustahil mereka boleh membeli aset rakyat dan tanpa wang cukai yang dicekik dari rakyat, mustahil mereka mampu membeli aset rakyat. 

“Tanpa kuasa politik, maka mustahil mereka boleh memiliki bisness tersebut. 

“Jika tidak kerana bisnes tersebut, maka mustahil mereka bermatian untuk menang politik,” ujarnya. 

Bukan itu sahaja, aset yang menjadi milik rakyat kini menjadi milik APB, duit cukai rakyat turut menjadi milik APB dan keuntungan daripada kenaikkan harga barang turut menjadi milik APB. 

“Maka, siapakah pemilik negara ini?” soalnya. 

Dalam pada masa yang sama, Zaharuddin turut menyeru agar rakyat Malaysia bangkit menentang kezaliman ekonomi yang berlaku.


BK : ORANG BERNIAGA MASUK PR LAGI UNTUNG MAA. SAMA SAJA.

Wednesday, April 2, 2014

KETUA PENGARAH DCA : MEDIA MOHON KELUAR



Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengejutkan para peserta Persidangan Ops Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di sini Selasa apabila beliau menghentikan ucapannya separuh jalan dan meminta media untuk meninggalkan dewan persidangan itu.
Azharuddin, yang memberi penjelasan mengenai kehilangan MH370 dan usaha pihak berkuasa dalam mengesan pesawat itu, secara tiba-tiba berhenti berucap kira-kira seminit berucap.




“Saya minta maaf, adakah ada media di sini? Saya tidak tahu yang media ada di sini. Saya minta maaf, bolehkah media diminta meninggalkan tempat ini?” katanya pada persidangan itu di sini, di Sheraton Imperial.

Keadaan menjadi senyap di dalam dewan itu apabila Azharuddin yang kelihatan tertekan, enggan untuk meneruskan ucapan sehingga media beredar.

Beliau turut enggan menjawab sebarang soalan daripada media sebaik sahaja meninggalkan persidangan selepas itu.
Peserta persidangan, Tom Ballantyne kemudian memberitahu The Star bahawa beliau tidak mengetahui alasan Azharuddin meminta media meninggalkan bilik berkenaan.

Beliau berkata, Ketua Pengarah DCA itu hanya bercakap mengenai beberapa langkah yang dilakukan oleh para penyiasat dalam usaha mencari dan menyelamat yang sedang berjalan, kini memasuki minggu keempat.
“Ia tidak sepatutnya tidak berlaku. Beliau tidak mengatakan apa-apa yang tidak dilaporkan sejak beberapa minggu lepas. Pegawainya turut memberitahu lebih awal bahawa media akan berada di sini, jadi saya tidak tahu kenapa beliau tiba-tiba berhenti (berucap),” katanya.

Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu, lapor mStar.

TUN MUSA KANTOI BERBOHONG LAGI.


Jika tidak salah ingatan saya, Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad mendapat perkhabaran tentang peristiwa berdarah Memali pada November 1985 ketika beliau hendak berangkat untuk lawatan rasmi ke Republik Rakyat China. 

Ketika itu saya bersama pemberita akhbar lain serta anggota rombongan yang mengiringi beliau masih berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk menunggu masa berlepas. 

Mahathir kelihatan tiba tiba sugul dan kami tidak tahu sebabnya dan hanya mengetahui daripada pegawainya. 

Maka itu Dr Mahathir tidak berada di tanah air beberapa hari selepas berlakunya peristiwa berdarah itu. 

Maka itu saya meragukan laporan berita portal yang mengatakan Musa mendakwa Mahathir berada dalam negeri beberapa hari selepas kejadian itu yang menyebabkan beliau menerima semua tuduhan mengenai pertempuran antara anggota dan pengikut Ibrahim Libya yang memakan korban nyawa. 

Jika ingatan saya benar maka ternyata Musa cuba untuk membasuh tangan dan tidak mahu bertanggungjawab tetapi jika saya salah, saya memohon maaf terlebih dahulu. – zamkata.blogspot.com, 1 April, 

BK : TUN MUSA TAK HABIS BERDENDAM LAGI PADA TUN M 

Tuesday, April 1, 2014

KENYATAAN DS NAJIB BERDASAR LAPORAN IMMARSAT.SU AKHBAR PM BUAT APA?


PM HANYA MENGELUARKAN KENYATAAN BERDASARKAN MAKLUMAT IMMARSAT DAN PM SENDIRI TIDAK MENYEBUT PERKATAAN TERHEMPAS ATAU HILANG ATAU DI RAMPAS. PM CUMA SEBUT BERAKHIR DI LAUTAN HINDI.

HANGPA TAU KA LAUTAN HINDI TU KETIGA PALING LUAS DI DUNIA. LOKASI TERTUMPU DI KAWASAN BERDEKATAN AUSTRALIA BERDASARKAN SATELIT DAN MAKLUMAT KERAJAAN AUSTRALIA.

JIKA PM TAK AMBIL TINDAKAN BERDASAR MAKLUMAT KERAJAAN AUSTRALIA, BERMAKNA PM TIDAK SERIUS DALAM HAL INI. TAK KAN AUSTRALIA DAN BRITAIN NAK BERBOHONG.

PERLU DISEDARI TEKNOLOGI YANG MALAYSIA ADA TIDAK SEHEBAT MEREKA KERANA NEGARA KITA BUKANLAH SEBUAH NEGARA YANG INGIN MENJEMPUT NEGARA LUAR BERPERANG. KITA BERTINDAK BERDASAR MAKLUMAT. 

JIKA BENAR PR LEBIH HEBAT DAN MEGETAHUI, APAKAH MEREKA MAHU SELEPAS MEREKA MEMERINTAH BARU DIBERITAHU LOKASI MH 370? 

BK : AMERIKA DAN CHINA PUN TAK BOLEH CARI. MEREKA TU LAGILAH KUASA BESAR DUNIA.

DS NAJIB TIDAK PERNAH KELUAR KENYATAAN TERHEMPAS. HANYA " BERAKHIR DI LAUNTAN HINDI "











Friday, March 28, 2014

KUNJUNGAN PAS DI TOLAK DUTA MESIR




PAS menyifatkan pihak Kedutaan Mesir sebagai angkuh apabila enggan menerima kunjungan secara baik beberapa ahli parlimen mereka ke bangunan kedutaan itu hari ini. 

Kunjungan jam 11.30 pagi tadi itu disertai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus), Nasrudin Hassan (Temerloh) dan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas). 

Ianya bagi menyatakan rasa kecewa PAS terhadap keputusan mahkamah Minya yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwan Muslimin termasuk Mursyidul Amnya Dr Mohamad Badie. 

Kedatangan mereka bagaimanapun tidak dilayan malah pihak kedutaan hanya menghantar pengawal keselamatan untuk menerima memorandum yang diserah di pagar. 

BK : PI SURUH MAHFUZ JADI GALANG GANTI LA .MAHFUZ PERTARUHKAN DIRINYA UNTUK SELAMATKAN IKHWAN YANG LAIN. INI BARU PERJUANGAN