Monday, February 17, 2014

KM MELAKA NAFI FITNAH PEMBELIAN NO FLAT KHAS GUNA DAN AWAM




Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (gambar) menafikan dakwaan pemerhati jenayah Mywatch yang mempersoalkan kemungkinan beliau membeli nombor plat kenderaan menggunakan dana awam. 

Idris sebaliknya berkata, beliau masih "siuman" untuk tidak menggunakan dana awam bagi membuat pembelian tersebut. 

"Mana boleh dana awam, gilakah dia? Saya masih siuman," kata Idris kepada The Malaysia Insider. 

MyWatch sebelum itu mendakwa pejabat Ketua Menteri Melaka menggunakan RM200,000 bagi tujuan membeli tujuh nombor pendaftaran kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister). 

Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11. 

Antara nombor plat lain yang dibida adalah termasuk MCM 2 hingga MCM 11. 

Ketika diminta mengulas perkara itu, Idris tidak mengiyakan mahupun menafikan pembelian berkenaan. 

"Seperti terpamer oleh JPJ," katanya merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan. 

Malah, ketika ditanya dakwaan MyWatch sama ada setiausaha sulit, setiausaha politik dan isterinya turut membuat bidaan nombor plat kenderaan, Idris hanya berkata:”Seperti terpamer bukan dakwaan." 

Sanjeevan mendakwa, nombor plat MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris. 

Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris. 

Nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris

BK : SIKIT PUN TAK BOLEH PERCAYA PROVOKASI MY WATCH PRO PR 

ANWAR BELUM BERI KATA PUTUS BOLEH MENJADI "MB ' ATAU TIDAK


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak memberikan jawapan langsung berhubung persoalan sama ada beliau mahu menjadi menteri Besar Selangor jika memang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dalam lawatannya di sebuah gereja di Kajang hari ini, seorang pengundi membangkitkan bahawa beliau hanya akan mengundi ketua umum PKR itu jika menjadi menteri besar baru.

“Jika kamu kata ya, saya akan undi kamu; jika tidak, saya tidak akan undi kamu; dan jika jawapan kamu tidak pasti, saya pun tidak pasti akan undi kamu,” kata seorang guru Robert Tan.

Anwar kemudian menjawab: “Kamu beri saya tiga pilihan, saya akan jawab begini:

"Cikgu Robert Tan, tuan, sokong saya di Kajang dan kita akan buktikan kamu buat pilihan yang betul.”

Sebelum itu, Anwar menyampai ucapan di dewan Holy Family Church yang dianjurkan bersama oleh gereja itu dan Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives

BK : APAPUN ANWAR SEDANG MERAK BUIH NAK JADI MB DAN NAK CALONKAN DIRI SEBAGAI TOKOH POPULAR ISLAM LIBERAL. 

ANWAR INGIN MENYAKINKAN PELOBI BARAT BAHAWA DIA TELAH MEMBUKTIKAN DIRINYA SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM LIBERAL SEPERTI APA YANG BERLAKU DI INDONESIA

Monday, February 10, 2014

DI MANA BODOH DAN SOMBONGNYA PAS???LUAHAN HATI PENYOKONG


APA YANG BODOHNYA PAS? 
Pemimpin PAS terutamanya PEMUDA2 PAS seringkali membuat kenyataan MEDIA terhadap ketidakpuashatian terhadap PKR SECARA MELULU. Sikap ini menunjukkan mereka seolah-olah TIDAK berada dalam PAKATAN yang sama dalam PAKATAN RAKYAT. Apakah masalah antara PAS, PKR dan DAP tidak boleh dibincangkan sesama sendiri, BUKANNYA MELALUI MEDIA UMPORNO? Kalaupun PKR DAN DAP buat silap, mengapa tidak dibincang sesama pakatan sahaja? 

Kenyataan PEMUDA PAS SELANGOR, KP PAS, NIK ABDUH dan KHAIRUDDIN AT TAKIRI baru2 ni jelas menunjukkan KEBODOHAN MEREKA dalam SITUASI PRK KAJANG. MEREKA NI SIAPA ? MEREKA TELAH MENDAHULUI TGHH DAN TGNA dalam memberikan kenyataan tentang PRU tersebut. Mereka menyalahkan PKR dalam perletakkan JAWATAN ADUN yang kononnya akan menghabiskan duit RAKYAT dengan PILIHANRAYA yang baru... TETAPI MEREKA LUPA SIKAP KHIANAT MEREKA PADA PRU13 DI DUN KOTA DAMANSARA DAN SUNGAI ACHEH... yang menyebabkan KERUGIAN YANG BESAR PAKATAN RAKYAT oleh sikap bodoh PAS ini. 

APA YANG SOMBONGNYA PAS ? 
KP PAS, SUHAIZAN KAIAT terang-terangan memberitahu media UMPORNO BAHAWA mereka tidak menyokong DS ANWAR utk jadi MB sekiranya PKR menang. Begitu juga di kalangan PEMIMPIN PAS SELANGOR... MEREKA JUGA SELALU MENWAR-WARKAN MEREKA MEMPUNYAI KERUSI YG LEBIH BANYAK DI SELANGOR berbanding PKR... mereka LUPA klau mereka tidak KHIANAT pada PKR di PRU13 YANG LALU... dapat ke 15 KERUSI TU? 

PAS SELALU BERPENDAPAT HANYA MEREKA YANG BETUL... klau tidak bersama pakatan, berjaya ke mereka ? PAS DAH SEBAYA UMNO tapi masih tak kemana berbanding DAP dan PKR ? KENAPA ini berlaku? KERANA TERDAPAT GOLONGAN BODOH SOMBONG dalam PAS yang sering berkata-KATA TANPA MENGGUNAKAN OTAK, BERLAGAK PANDAI dan SOMBONG... 

IMAN, BAKAT, KEPANDAIAN, KEBIJAKKAN tidak dapat di WARISI... ITULAH YANG TERJADI pada TGHH dan TGNA.... bapak BIJAK tapi ANAK MENANTU BODOH NAK MAMPOS.... LEBIH BAIK DIAM dari berkata-kata untuk menunjukkan kebodohan kita. 

MB DAN TIM.MB KELANTAN sekarang telah menunjukkan ciri2 untuk memamposkan PAS DI kelantan. APAKAH dengan menyingkirkan ORANG2 PIMPINAN TERDAHULU akan menyebabkan pentadbiran kamu lebih baik... TGNA telah membina kubu yang kuat di kelantan... janganlh kamu meruntuhkannya dengan alasan mahu memberi tempat pada ORANG2 kamu dalam kerajaan kelantan... 

KALAU PAS SEKARANG BERASAKAN MEREKA NI BIJAK DAN TAK PERLU KERJASAMA DENGAN PAKATAN, AKU MENYERU KELUARLAH DARI PAKATAN... AKU NAK LIHAT KEBIJAKKAN YANG MEMBODOHKAN KAMU ITU... 

BK : TU DIA SAMA SAMA MEMBALUN. SAMA SAMA DAPAT SEDAP

Friday, February 7, 2014

ANWAR MENGELUPUR BILA RANCANGAN UG DIKETAHUI PAS?

 

SHAH ALAM, 6 FEB: Gesaan berterusan Pakatan Rakyat (PR) supaya diadakan dialog bi-partisan bagi membincangkan isu nasional yang dihadapi negara bukan ‘bunga-bunga’ kepada pembentukan kerajaan perpaduan.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata jika tidak beliau tidak akan pergi ke negeri Selangor untuk bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“Parameter (dialog itu) sangat jelas, jaminan perlembagaan dan memberi keyakinan kepada rakyat berdasarkan kepada jaminan ini.

“Ia akan membabitkan isu perkauman, agama, ekonomi, jenayah dan rasuah serta tidak lebih daripada itu,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

Dinner PR 01 (anwar)Anwar berkata, hal itu menjadi matlamat akhir sejak tawaran Pakatan kepada BN untuk konsensus nasional itu yang pertama kali dibuat Ogos lalu.

Mengesahkan spekulasi yang tersebar, beliau menjelaskan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bertindak sebagai utusan untuk menyampaikan mesej dalam satu pertemuan peribadi dengan wakil BN yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ya, memang ada pertemuan antara Saifuddin dan Zahid, tetapi hanya untuk menyuarakan isu ini kerana BN bertanya sama ada kita serius atau ini hanya gimik politik,” katanya.

Katanya, mesyuarat majlis kepimpinan PR mengkaji tawaran konsensus nasional itu dan beliau sudah mengadakan ‘perbincangan peribadi yang panjang lebar’ dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Majlis kepimpinan PR mengambil pendirian untuk terus menggesa supaya dialog itu diadakan walaupun mengetahui bahawa BN hanya akan menolaknya dan akan ada puak Umno yang menentangnya.-selangorkini

KONSENSUS NASIONAL KETEPIKAN PAS?

petikan kata2 anwar dlm menafikan ada bibit2 UG dlm konsensus nasional...

Mengesahkan spekulasi yang tersebar, beliau menjelaskan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bertindak sebagai utusan untuk menyampaikan mesej dalam satu pertemuan peribadi dengan wakil BN yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ya, memang ada pertemuan antara Saifuddin dan Zahid, tetapi hanya untuk menyuarakan isu ini kerana BN bertanya sama ada kita serius atau ini hanya gimik politik,” katanya

NIK ABDUH BUAT SPOIL LAGI BALUN PKR

 

Anwar Perlu Jelaskan Konsensus Nasional

Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menjelaskan format dan konsep sebenar Konsensus Nasional kepada rakyat sebelum Pilihanraya Kecil DUN Kajang berlangsung. Ini bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar mengenai persepsi tersebut dan mengelakkan pelbagai tafsiran yang boleh disalahertikan.

Samada ia Permuafakatan Kebangsaan, Muzakarah Politik, Dialog Nasional mahupun Kerajaan Campuran atau Perpaduan, ia harus dihuraikan secara eksplisit. Jika benar ia adalah agenda besar daripada Pakatan Rakyat, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menghuraikannya dengan lebih jelas.

Daripada siri-siri kenyataan media yang telah dibuat, Konsensus Nasional diutarakan ekoran daripada kebejatan politik terutamanya yang melibatkan isu ketegangan kaum khususnya di negeri Pulau Pinang dan Selangor. Malah, media antarabangsa turut melaporkan kelemahan pentadbiran kerajaan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pelbagai aspek.

Oleh yang demikian, Najib sendiri telah bersetuju untuk membataskan topik perbincangan kepada segmen sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa. Namun, empat segmen ini seolah-olah tidak mendapat persetujuan penuh. Maka, di mana titik fokalnya?

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, para pendokong serta penyokong wajar memahami dan meneliti apakah sebenarnya maksud sebenar Konsensus Nasional. Saya percaya jika ia dilontarkan lebih awal untuk mendapat pandangan awam, maka perkara ini dapat dimatangkan dengan lebih baik lagi.

Dilihat beberapa langkah strategi politik dan idea-idea besar oleh rakan PR yang agak pelik dan kurang disenangi rakyat seperti kes Kajang dan Konsensus Nasional memerlukan kesepakatan dan dibincangkan secara telus di peringkat PR.

Dalam hubungan antara BN dan PR yang dilihat terlalu politiking dan penuh tipu muslihat politik, sudah pasti agenda bersama seperti lontaran idea konsensus nasional yang boleh meredakan suhu politik dan disenangi rakyat haruslah menjadi satu gerakan yang benar dan amanah, bukan sekadar projek politik yang kelak akan memeningkan rakyat.


NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Pasir Mas
AJK PAS Pusat

YESSS YESS LEBUHRAYA DAH SIAP DI KELANTAN

 

LEBUH RAYA RAKYAT BELUM SSIAP. LANCAR DAH LANCAR. DUIT DAH KUTIP.

TAKUT LEBUH RAYA TUKAR JADI LEBUH DUIT KITA MACAM DANA KOHILAL