Thursday, February 6, 2014

TAG LINE : FEB TO JUN 2014 ...ADA APA NI?

TAG LINE : FEB TO JUN 2014. 

SEBUAH PERJALANAN MENUJU MASA DEPAN DENGAN SATU PERUBAHAN MEMBAWA ARUS KEMAJUAN TANPA BERSANDARKAN IDEA KELAPUKAN YANG BERDASARKAN KEGAGALAN KELEMAHAN SEKELILING

"STEP DOWN "

ALASAN PKNS YANG MENJERUT TENGKUK


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjelaskan perkhidmatan 20 kakitangan perbadanan itu yang ditamatkan kontrak ekoran kepakaran dan pengalaman mereka sudah sedia ada dengan pegawai tetap di situ.


PKNS berkata, keputusan itu dibuat ekoran penyusunan semula oraganisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus yang mengutamakan perkhidmatan cekap dan “value for money”.

Dalam kenyataannya, PKNS berkata perkhidmatan 20 anggota itu dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 untuk mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa bahagian baru antaranya pemasaran, pembangunan bisnes, strategi dan media, pelaburan, dan pengurusan organisasi dan integriti.

Bagaimanapun, selepas mengkaji keputusan itu, PKNS berpandangan tidak ada keperluan untuk meneruskan perkhidmatan 20 pegawai terbabit kerana kepakaran dan pengalaman yang sama sudah ada di kalangan pegawai tetap di PKNS.

“Sehubungan itu, anak syarikat PKNS; PKNS Holdings membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka menurut terma yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan masing-masing,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

Semalam, dilaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) iaitu anak syarikat PKNS memecat kira-kira 30 kakitangan tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam.

Semua kakitangan PHSB itu menerima surat pemecatan yang ditandatangani Pengerusinya, Datin Paduka Norazlina Zakaria dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan, pagi semalam.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan pembabitan beliau dalam pemecatan hampir 30 kakitangan PHSB dan menganggap tidak ada sebarang pemecatan pekerja berlaku melainkan kontrak mereka tidak dilanjutkan


BK : BILA KERAJAAN PUSAT NAK TAMATKAN KAKITANGAN KONTRAK AGENSI PUSAT, PUAK PR BISING KATA BN KEJAM DAN PELBAGAI LAGI. BN DI MAKI HAMUN. BILA PKR SELANGOR PECAT OK PULAU MACAI MACAM PR NI. SENYAP. MANA PI SUARA PAS, DAP DAN PKR??? MACAM SIAL LA LU ORANG.

AMK JOHOR BIDAS KEBIADAPAN PEMUDA PAS . KIH KIH



Sayap Pemuda PKR menyelar kenyataan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kerana menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai menteri besar Selangor sekiranya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Ketua Pemuda PKR Johor Khairil Adanan menegaskan, parti itu tidak melihat sebarang kesalahan sekiranya Anwar menjadi menteri besar memandangkan ketua umum PKR itu adalah pemimpin besar bertaraf dunia.
"Penerangan yang dibuat tentang pengosongan kerusi tersebut sudah dilakukan dan sepatutnya pihak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menyokong pendekatan strategi yang diperkenalkan PKR.
"Pemuda PAS juga ingin menegaskan bahawa menyokong Anwar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak bermakna Pemuda PAS bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor.

"Polemik Kajang ini tidak perlu mengheret PR membincangkan isu menteri besar yang baru, dan kita khuatir ia akan berlarutan terlalu panjang dan diheret ke peringkat istana," katanya pada sidang media itu.

Suhaizan bagaimanapun berkata, pihaknya kesal terhadap tindakan mengosongkan kerusi DUN Kajang yang dilaksanakan secara tergesa-gesa, membazir masa dan duit rakyat.
"Ia juga mendedahkan PR kepada risiko kemerosotan sokongan rakyat.
"Bagaimanapun kita menghormati muafakat PR yang memberi hak mengurus DUN kepada parti yang menang dalam pilihan raya lalu," katanya.
Khairil menegaskan, Suhaizan seharusnya tidak terpengaruh dengan propaganda pihak lawan yang sengaja melaga-lagakan mereka.
"Usah termakan dengan lontaran propaganda lawan yang sememangnya mahu PR bertelagah sesama sendiri pada ketika perpaduan dan kata sepakat amat diperlukan ketika ini bagi mempastikan kerusi DUN Kajang kekal milik PR," katanya.
"Bak kata pepatah Melayu, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan," katanya lagi.
Jelas beliau, Pemuda PKR Johor memberikan tanda aras majoriti yang perlu diperoleh Anwar mestilah mencecah sekurang-kurangnya 7000 undi.
Beliau bagaimanapun berkata, Pemuda PKR Johor menyambut baik kerjasama yang ditawarkan Pemuda PAS bagi memenangkan Anwar di kerusi berkenaan.
"Harapan kita kerjasama yang bakal terjalin akan membuatkan kita Pemuda PR lebih kenal asas perjuangan walaupun terdapat sedikit berbeza pendapat. – 4 Febuari, 2014.

BK : SEMUA INI AKAI BELAKA 

AKHIRNYA ANWAR MOHON RESTU PENASIHAT UMNO CAWANGAN KAJANG ?


DATO UJANG BAGONG TOKOH YANG DISEGANI KAWAN DAN LAWAN. SEORANG AKTIVIS MASYARAKAT DAN DERMAWAN. 

AKHIRNYA ANWAR MOHON PERKENAN RESTU DARI ORANG LAMA UMNO BAGI MENDAPATKAN SOKONGAN PADU ORANG MELAYU DALAM UMNO KHUSUSNYA

Wednesday, February 5, 2014

DANA 1 AZAM PULAK !!!!




PETALING JAYA - PKR mendesak Jawatankuasa Wang Kira-kira Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara segera menyiasat penyaluran dana program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) kerana dibimbangi berlaku penyelewengan. 

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendakwa, menerima laporan daripada pembekal-pembekal bahawa berlaku penipuan terhadap kos barangan yang dibekalkan. 

“Saya telah menulis surat kepada Datuk Nur Jazlan Mohamad (Pengerusi PAC), Tan Sri Ambrin Buang (Ketua Audit Negara), supaya segera menyiasat keseluruhan perlaksanaan skim 1Azam. Saya juga mendesak (Peguam Negara) Tan Sri Ghani Patail memastikan pendakwaan hasil kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di dalam kes ini dibuat segera demi kebajikan rakyat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. 

Katanya, pihaknya faham akan sistem ulangan yang diamalkan oleh Jabatan Audit Negara, namun siasatan ini perlu disegerakan kerana tidak mahu lebih banyak dana itu diselewengkan. 

Rafizi berkata, idea program ini sesuatu yang baik bertujuan membantu keluarga miskin meningkatkan taraf hidup mereka. 

“Namun, jika benar terdapat penyelewengan dalam program ini, kerajaan persekutuan patut berasa malu kerana membiarkan rakyat miskin diperalatkan untuk kayakan beberapa pegawai yang pecah amanah,” dakwanya lagi. 

Ahli Parlimen Pandan itu turut mendedahkan, Laporan Tahunan Pemandu 2011 di antara tahun 2010 dan 2011 kerajaan persekutuan dianggarkan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program ini. 

Rafizi berkata, pihaknya tidak terkejut apabila Pengerusi Panel Rundingan dan Pencegahan SPRM, Datuk Johan Jaafar turut bimbang spekulasi yang tersebar bahawa ada campur tangan politik dalam kes itu. 

Terdahulu, SPRM menangguhkan dakwaan dua individu termasuk seorang bekas setiausaha politik bergelar datuk ditahan SPRM berhubung penyelewengan dana lebih RM1.1 juta melibatkan tiga yayasan. -SH

BK : PULAK DAH. INI KERJA BN UNTUK JAWAB KATA KAWAN BK SEMALAM. 

RAFIZI MEREPEK LAGI. PR MENANG BESAR DI SELANGOR NAK ISYTIHAR DARURAT BUAT APA?




Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Selangor penting bagi menghalang Barisan Nasional (BN) menjadikan situasi darurat sebagai alasan merampas negeri termaju itu, kata PKR.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Umno dan BN pernah menggunakan pendekatan berkenaan pada 1977 di Kelantan apabila mengisytiharkan darurat dan merampas kuasa kerajaan negeri daripada PAS.

“Kita tidak menolak kemungkinan bagaimana isu kaum dan agama dimainkan. Dahulu, Umno pernah melakukannya di Kelantan. Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran kerajaan negeri. Ia pernah berlaku sebelum ini.

“Jika isu agama di Selangor berterusan dengan demonstrasi di sana sini setiap minggu terhadap agama lain dan kenyataan sensitif dikeluarkan, ia memberikan pelbagai kemungkinan kepada Umno Selangor dengan menggunakan isu di negeri itu untuk campur tangan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Pertengahan bulan lalu, Umno Selangor mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan bersiri (roadshow) untuk mendidik umat Islam di negeri itu tentang undang-undang mengenai penggunaan kalimah Allah.

30 siri jelajah yang dijangka disertai semua 22 bahagian Umno di Selangor itu akan digunakan sebagai pentas mendidik umat Islam mengenai Enakmen 1988 Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam), undang-undang yang melarang semua penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan 34 perkataan bahasa Arab yang lain di negeri itu.

Rafizi berkata, BN akan mendakwa Selangor berada dalam keadaan rapuh yang seterusnya membolehkan kerajaan persekutuan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, situasi politik yang semakin mencabar di Selangor memerlukan seorang pemimpin berwibawa seperti Anwar bagi menjawab sesuatu isu dengan lebih pantas.

“Mereka akan mendakwa Selangor berada dalam keadaan rapuh sehingga membolehkan campur tangan kerajaan persekutuan dan Ordinan Darurat. Masalah politik memerlukan pemimpin berwibawa dan orang yang sesuai adalah Anwar.

“Anwar respon kepada isu politik dan membuat keputusan lebih cepat. Abdul Khalid mengambil masa yang lebih lama untuk menjawab isu tersebut. Sebab itu jika anda parti pembangkang dan melihat lawan anda beri respon lebih pantas, teknik permainan harus diubah.

Rafizi mendakwa, strategi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah diketahui dan sudah tiba masanya mereka menukar strategi politik di negeri itu.

“Sejak empat tahun lalu, mereka mengetahui cara Abdul Khalid, cara kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor berikan respon. Teknik keseluruhan perlu diubah,” katanya.

Kelantan diisytiharkan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 atas permintaan kerajaan persekutuan setelah berlaku rusuhan jalanan di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Mohamad Nasir daripada PAS yang merupakan sebahagian daripada BN pada 1974 berdepan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti Islam itu kerana ingkar arahan parti.

Usul tidak percaya dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menyaksikan 20 Adun PAS menyokong usul itu sementara 13 Adun Umno dan seorang daripada MCA keluar membantah usul.

Mohamad enggan meletakkan jawatan yang kemudiannya menggesa Speaker membubarkan DUN tetapi ditolak.

Penyokong Mohamad kemudiannya mengadakan demonstrasi jalanan sehingga berlaku keganasan.

Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 diluluskan di Parlimen hari berikutnya (9 November) memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan mengambil alih pentadbiran negeri.

Pada Mac 1978, satu pilihan raya diadakan di Kelantan yang ditandingi oleh PAS, Umno dan Berjasa, satu parti yang ditubuhkan oleh Mohamad.

Umno menang pilihan raya itu dengan 23 kerusi sementara Berjasa menang 11 kerusi dengan PAS hanya dua kerusi membolehkan Umno membentuk kerajaan.

Kuasa itu kekal sehingga PAS-Semangat 46 mengambil alih pada 1990. -MI

BK : NAK MEREPEK APA LAGI LA SI RAFIZI NI. KAITKAN KELANTAN DENGAN ISU SELANGOR. MASA KES KELANTAN TU BERAPA KEDUDUKAN KERUSI PAS DAN BN KETIKA ITU. 

LA NI BERAPA KERUSI PR DI SELANGOR. NAK DARURAT APA LAGI. APA KAMU MEREPEK NI . PAKAR STRATEGI PKR YANG IKUT SUKA HATI BAGI ALASAN. CUMA BAGI ALASAN YANG GITU . JANGAN BERUBAH UBAH MACAM SESUMPAH?

Tuesday, February 4, 2014

ISU PRK KAJANG SELESAI. PAS SOKONG PENUH DAN AKAN BANTU ANWAR


Selasa 4 Februari 2014 

Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya pada jam 9.00 malam, Isnin 3 Februari 2014 bertempat di Pejabat Agung PAS Pusat. Mesyuarat ini telah membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kawasan Dewan Undangan Negeri N25 Kajang setelah berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan ADUN Kajang yang memenanginya dalam PRU13 yang lalu. 

Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini. Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat iaitu YB Dr Mohd Hatta Ramli pula dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK ini. Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit.

Mesyuarat juga merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami. Beliau telah dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan. PAS mendesak agar pihak Tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa. 

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang 

Presiden PAS

BK : SENYAP SEMUA PEMUDA PAS YANG HINGAQ SANGAT. MANA PI HANGPA ....KIH KIH .PORAHHHH