Monday, January 20, 2014

ANWAR MARAH TAK LEPAS MASUK JEPUN.


SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Kementerian Luar Negeri memberi penjelasan di sebalik sandiwara kerajaan yang didakwa mendalangi pengusiran beliau dari Jepun. 

Anwar mendakwa kerajaan telah memberikan 'laporan terbaru' termasuk skandal kepada kerajaan Jepun hingga menghalang beliau daripada memasuki negara terbabit secara sah hari ini. 

"Apa peranan Wisma Putra hingga menyebabkan saya terpaksa diusir dari Jepun. 

"Ketika ditahan pihak berkuasa Jepun, saya meminta penjelasan, mereka akhirnya memberitahu saya bahawa mereka terpaksa mengambil tindakan ini "kerana laporan terkini" mungkin pada lalu," katanya memetik kenyataannya dari akaun laman sosial Facebook, hari ini. 

Mengulas lanjut, Anwar membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Jepun yang menghalang beliau memasuki negara itu secara sah sekali gus menafikan haknya untuk mendapatkan perjalanan bebas tanpa sebarang halangan. 

Tambah beliau, tindakan pihak berkuasa Jepun itu mengejutkannya kerana sebagai sebuah negara demokrasi terkemuka di dunia, perkara tersebut tidak pernah berlaku dengan hanya alasan yang berasas dan lemah. 

"Saya mengesyaki ada tangan tersembunyi yang mendalangi kemasukan saya ke Jepun. 

"Sebelum ini saya telah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali pada 2006, 2009, dan 2012, namun kali ini dihalang pula," katanya. 

Memetik kenyataannya lagi, Anwar telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi, hari ini dari Kuala Lumpur tetapi telah dihalang daripada memasukinya oleh pihak berkuasa imigresen Jepun. 

Beliau kemudiannya diarah pihak berkuasa Jepun untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 10.45 pagi, hari ini. 

BK :Kalau DSAI nak masuk Parit Jepun (DUN Bukit Naning) Air Hitam Muar pun dia mungkin akan "diusir juga". Kawasan hardcore UMNO tu. 

TONY PUA MENCABAR MENTERI UMNO?


SHAH ALAM – Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua hari ini mencabar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya menamakan mana-mana ahli perniagaan atau orang tengah pro pembangkang yang didakwa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini. 

Tegasnya jika beliau gagal berbuat demikian, menteri tersebut perlu menarik balik kenyataannya dan berhenti mengalihkan isu sebenar dari kenaikan harga tersebut selepas kerajaan menarik balik subsidi bahan api dan gula tahun lalu. 

“Beliau mesti menuntut supaya Kabinet mesti menamatkan semua monopoli dan orang tengah termasuk pemberian kontrak kepada syarikat kroni BN yang menyebabkan harga meningkat dan rakyat pula menderita,” katanya dalam kenyataan medianya, hari ini. 

Tony juga menyelar dakwaan mengatakan orang tengah pro pembangkang sengaja menaikkan harga barangan dan perkhidmatan untuk mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional. 

Sambil menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, beliau menegaskan jika benarlah Pakatan Rakyat mengawal ekonomi negara melalui orang tengah, BN boleh kehilangan pentadbiran Putrajaya pada pilihan raya umum lepas. 

“Jika Pakatan Rakyat didakwa mengawal ekonomi negara melalui "orang tengah", Barisan Nasional akan kehilangan Putrajaya dalam pilihan raya umum lepas. 

“Mengapa menunggu selepas pilihan raya mengatakan "orang tengah pro pembangkang" menaikkan harga?” katanya. 

Mengulas lanjut pendedahan menteri terbabit semalam, beliau menegaskan dakwaan itu sebenarnya membuka pekung dan kelemahan kerajaan BN sendiri. 

Ini kerana dasar kerajaan sejak tiga dekad lalu masih menggalakkan taikun menguasai, memonopoli dan mengawal barangan dan perkhidmatan asas. 

“Harga beras telah meningkat kerana Bernas Bhd, sebuah syarikat swasta yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah diberi hak monopoli untuk mengimport beras bagi pihak beras peniaga, membuat keuntungan atas angin menyebabkan harga beras meningkat. Begitu juga barangan asas yang lain seperti gula. 

“Tenaga Nasional Bhd pula dipaksa oleh kerajaan BN untuk membeli majoriti elektrik daripada Pengeluar Tenaga Bebas pada harga yang jauh lebih tinggi daripada apa yang ia boleh menghasilkan dengan sendiri, menyebabkan tarif meningkat,” katanya. 

Dakwanya lagi, ekonomi negara diburukkan lagi apabila sistem ‘Ali Baba’ yang terus ‘dihalalkan’ dalam pemberian kontrak saban tahun tidak memperdulikan kualiti kerja yang dihasilkan meski pun umum mengetahui kerajaan terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi. 

“Orang tengah kroni dianugerahkan kontrak melambung tinggi namun yang melaksanakan projek tersebut akan diberikan kepada subkontrak, ini jelas menunjukkan mereka tidak mempunyai keupayaan sebenar dalam perniagaan. 

“Semua ini adalah syarikat kroni BN dan orang tengah yang telah menyebabkan harga tinggi dan semakin meningkat dalam negara ini,” katanya lagi. 

BK : MENTERI UMNO  PERLU AGRESIF BERHUJAH. JANGAN MALUKAN UMNO!!!

Thursday, January 16, 2014

KERTAS SIASATAN SIAP!!!! TINDAKAN???



Kertas siasatan berhubung perhimpunan haram pada sambutan ambang tahun baharu telah diserah kepada Jabatan Peguam Negara, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

"Polis akan menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara sama ada hendak membuat pendakwaan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi dialog bersama guru besar sekolah rendah di Maktab PDRM Cheras di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 31 Disember lepas, satu perhimpunan haram anjuran NGO tertentu mengganggu konsert Ambang Tahun Baharu anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga ia terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 tengah malam ekoran peserta perhimpunan menyerbu ke pentas konsert di Dataran Merdeka.

Wednesday, January 15, 2014

SAIFUDDIN ABDULLAH YANG KEMARUK BUIH



Pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah menyertai pelbagai pihak mendesak agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan.

Beliau berkata, pengerusi SPR yang bebas sangat diperlukan ketika keyakinan awam terhadapnya semakin menurun.

"Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN).

"Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin merujuk kepada ahli SPR yang bercakap seolah-olah mewakili BN, dalam satu forum malam tadi.

Pengerusi baru Bersih 2.0, Marina Chin menuntut agar semua ahli SPR dipecat kerana masyarakat awam sudah kehilangan keyakinan kepada mereka.

Katanya, petisyen akan dilancar selepas ini untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan ini datang ketika bekas pemimpin SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, berkata persempadanan semula dibuat untuk mempastikan sesetengah pihak kekal berkuasa.

Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz baru-baru ini berkata, Pakatan Rakyat perlu menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia untuk kebaikan semua pihak termasuk mereka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Pakatan tidak akan menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya itu kalau ia dikendalikan oleh ahli SPR yang ada.

Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh SPR sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.

"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil.

"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini.

"Bagaimanapun, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu.

BK : BILA KALAH BARU KALUT SI SAIFUDDIN INI. DARI DULU PUN DIA MEMANG PRO ANUAR. UMNO JE BEBAL PI AMBIL WAT PA.

KELAPA PULAK DI KITAR SEMULA KATA G PALANIVEL


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel hari ini mencadangkan kelapa yang dipecahkan di kuil sempena perayaan Thaipusam dikitar semula atau dihantar ke kilang minyak untuk diproses.

Beliau berkata langkah itu diamalkan bertahun-tahun yang lepas, terutama di India, iaitu kelapa yang dipecahkan dikumpul dan dikeringkan di bawah matahari untuk dijadikan kelapa kering.

Palanivel yang juga Presiden MIC berkata kelapa kering itu kemudian dihantar ke kilang untuk minyaknya diekstrak.

"Tetapi ia tidak lagi diamalkan sekarang. Kelapa yang dipecah dikumpul syarikat swasta dan dianggap sebagai bahan buangan yang dibuang di tapak pelupusan.

"Cara yang betul untuk menyelesaikan masalah kelapa ini amat diperlukan agar ia boleh dikitar semula untuk dijadikan pelbagai produk mesra alam," katanya kepada Bernama.

Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar kementerian akan meneliti perkara itu.

"Kita akan mengkaji untuk mengeluarkan lebih banyak lesen untuk perniagaan kitar semula. Seminar dan mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara mesra alam," katanya.

Beliau juga menggesa semua kuil Hindu dan jawatankuasa pengurusan agar memikirkan cara untuk merealisasikan konsep hijau, terutama sempena Thaipusam yang disambut pada 17 Jan, untuk mencapai budaya pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar peka terhadap alam sekitar dalam kehidupan mereka.

PR KALUT LOGO KERIS BANTU MANGSA BANJIR


ULASAN BK :

kenapa nak berdengki sangat dengan logo yang diletakkan pada barangan yang diberikan? kalau pas yang berikan bantuan, letak saja logo bulan habis cerita. 

 ini pasal letak logo pun nak kecoh. yang pentingnya mereka dapat bantuan. 

kalau pas concern pasal yang lambat dapat, dapatkan list mereka yang berkenaan dan pas usahalah memberikan bantuan. itu baru betul bukannya dengan membebel sahaja.

Friday, January 10, 2014

TURKISH AIRLINES ISU BARU MENEMPELAK JET RASMI PM





ULASAN BK : PATUT LA PM TURKI NAIK KAPAL TERBANG SENDIRI. MEWAH GILERRR