Wednesday, January 15, 2014

SAIFUDDIN ABDULLAH YANG KEMARUK BUIH



Pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah menyertai pelbagai pihak mendesak agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan.

Beliau berkata, pengerusi SPR yang bebas sangat diperlukan ketika keyakinan awam terhadapnya semakin menurun.

"Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN).

"Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin merujuk kepada ahli SPR yang bercakap seolah-olah mewakili BN, dalam satu forum malam tadi.

Pengerusi baru Bersih 2.0, Marina Chin menuntut agar semua ahli SPR dipecat kerana masyarakat awam sudah kehilangan keyakinan kepada mereka.

Katanya, petisyen akan dilancar selepas ini untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan ini datang ketika bekas pemimpin SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, berkata persempadanan semula dibuat untuk mempastikan sesetengah pihak kekal berkuasa.

Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz baru-baru ini berkata, Pakatan Rakyat perlu menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia untuk kebaikan semua pihak termasuk mereka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Pakatan tidak akan menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya itu kalau ia dikendalikan oleh ahli SPR yang ada.

Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh SPR sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.

"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil.

"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini.

"Bagaimanapun, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu.

BK : BILA KALAH BARU KALUT SI SAIFUDDIN INI. DARI DULU PUN DIA MEMANG PRO ANUAR. UMNO JE BEBAL PI AMBIL WAT PA.

KELAPA PULAK DI KITAR SEMULA KATA G PALANIVEL


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel hari ini mencadangkan kelapa yang dipecahkan di kuil sempena perayaan Thaipusam dikitar semula atau dihantar ke kilang minyak untuk diproses.

Beliau berkata langkah itu diamalkan bertahun-tahun yang lepas, terutama di India, iaitu kelapa yang dipecahkan dikumpul dan dikeringkan di bawah matahari untuk dijadikan kelapa kering.

Palanivel yang juga Presiden MIC berkata kelapa kering itu kemudian dihantar ke kilang untuk minyaknya diekstrak.

"Tetapi ia tidak lagi diamalkan sekarang. Kelapa yang dipecah dikumpul syarikat swasta dan dianggap sebagai bahan buangan yang dibuang di tapak pelupusan.

"Cara yang betul untuk menyelesaikan masalah kelapa ini amat diperlukan agar ia boleh dikitar semula untuk dijadikan pelbagai produk mesra alam," katanya kepada Bernama.

Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar kementerian akan meneliti perkara itu.

"Kita akan mengkaji untuk mengeluarkan lebih banyak lesen untuk perniagaan kitar semula. Seminar dan mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara mesra alam," katanya.

Beliau juga menggesa semua kuil Hindu dan jawatankuasa pengurusan agar memikirkan cara untuk merealisasikan konsep hijau, terutama sempena Thaipusam yang disambut pada 17 Jan, untuk mencapai budaya pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar peka terhadap alam sekitar dalam kehidupan mereka.

PR KALUT LOGO KERIS BANTU MANGSA BANJIR


ULASAN BK :

kenapa nak berdengki sangat dengan logo yang diletakkan pada barangan yang diberikan? kalau pas yang berikan bantuan, letak saja logo bulan habis cerita. 

 ini pasal letak logo pun nak kecoh. yang pentingnya mereka dapat bantuan. 

kalau pas concern pasal yang lambat dapat, dapatkan list mereka yang berkenaan dan pas usahalah memberikan bantuan. itu baru betul bukannya dengan membebel sahaja.

Friday, January 10, 2014

TURKISH AIRLINES ISU BARU MENEMPELAK JET RASMI PM





ULASAN BK : PATUT LA PM TURKI NAIK KAPAL TERBANG SENDIRI. MEWAH GILERRR


TUN M SEKOLAHKAN DS NAJIB. TAPI SAYANG PENASIHAT PM SENGAL

GAMBAR HIASAN



Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak memerlukan jet mewah dan besar sewaktu mentadbir negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, kerajan sekarang mungkin mempunyai lebih banyak dana dan mampu untuk memperoleh pengangkutan mewah seperti itu, katanya dalam satu program bual bicara disiarkan stesen RTM2 untuk memperingati 11 tahun persaraannya.

Kenyataan itu timbul selepas tegurannya kepada kerajaan pada akhir bulan lalu, untuk membuat lebih banyak penjimatan.

"Pada tahun 1981, saya mewarisi Boeing 737 dari PM sebelumnya. Dia (Tun Hussein Onn) mempunyai masalah perjalanan jadi saya boleh memahami mengapa dia perlu mempunyai kapal terbang besar.

"Saya pernah menggunakan kapal terbang untuk masa yang singkat dan saya bertanya kepada mereka berapa kos perjalanan. Mereka memberitahu saya ia melibatkan kos kerajaan sebanyak RM2 juta setahun.

“Kemudian (saya mengambil keputusan) kami menjual kapal terbang, saya memerlukan kapal terbang kecil. Oleh itu, dikurangkan kepada Challenger," katanya kepada pemberita.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat perbelanjaan berlebihan untuk membeli jet.

"Baiklah, sudah tentu sekarang, kerajaan adalah lebih kaya daripada semasa (zaman pentadbiran) saya, maka mungkin mereka perlu melakukan menaik taraf sistem penerbangan," katanya sinis.

November lalu, Jabatan Perdana Menteri memberitahu Parlimen bahawa kerajaan kini memiliki sekurang-kurangnya lima pesawat termasuk Boeing Business Jet.

Pesawat yang dimaksudkan untuk digunakan oleh VVIP termasuk Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong, termasuk pesawat jenis Falcon, Global Express, Boeing Business Jet, Blackhawk, Augustas dan F28 Fokker.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan, kerajaan menanggung kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk kos penyelenggaraan pesawat tersebut sepajang 2012

BK : PENASIHAT NAJIB MESTI BIJAK NASIHATKAN BOS. BUKAN ACI BALUN JER. NI ISU PRESIDEN TURKI MAI MALAYSIA NAIK KAPALTERBANG BIASA JER.INI PUN PR DAH MAINKAN ISU 

PANAS !!! PEMUDA PAS SETUJU BR1M KERAJAAN BN

JAMILAH HAMZAH
9 Januari 2014


SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa kerajaan melanjutkan tempoh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang akan diberikan kepada pemohonan pada Februari ini.

Naib Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Mohd Farkhan Md Zain berkata, memandangkan 70 peratus daripada 9, 000 pemohon baru yang belum berdaftar maka kerajaan disaran untuk melanjutkan tempoh tamat pada hujung bulan ini.

"Bagaimanapun, kerajaan juga diharap dapat memberikan BR1M secara berperingkat kepada mereka yang telah mendaftar bermula Februari 2014 sekurang-kurangnya untuk meringankan beban kewangan berikutan kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat baru-baru ini.

"Meskipun ia bukanlah jalan penyelesaian yang tepat, namun bantuan tersebut sewajarnya dihargai," katanya dalam satu kenyataan media.

Minggu lalu, media melaporkan lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baru masih belum mendaftar untuk BR1M 3.0 tahun ini.

Menurut sumber, mereka yang layak diminta segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum akhir bulan ini bagi memudahkan golongan berkenaan untuk menerima perlindungan caruman Takaful i-BR1M.

Katanya lagi, 70 peratus yang belum lagi belum mendaftar itu mempunyai dimana pendapatan sekitar RM3,000 ke RM4,000, manakala 35 peratus lagi belum mempunyai akaun bank.

SUMBER : SINAR HARIAN 

BK : AIK BUKAN KE PRESIDEN PAS DAN PR KATA BR1M NI MACAM RASUAH PADA RAKYAT. MALU LA WEHHH

REGIM DAP PULAU PINANG BAKAL ROBOH GERAI MELAYU LAGI

surat 1
surat 2

ulasan BK

1. salah memang salah sebab membuat binaan di bahu jalan tanah milik mpsp
2. tapi dah 10 tahun berniaga .berilah peluang dan ramai peminat mee ketam 
3. kenapa bila melayu jer kena. Mengapakah sejak dap perintah dari tahun 2008 tak diruntuh awal awal lagi
4.kerajaan negeri bersifat rasis dan rasanya mee ketam tu tak ganggu jalan pun. BK peminat mee ketam tu.
5. mpsp nak cari tapak baru ? ishhh ishhh ini alasan dari dulu. orang bukan nak tapak tapi nak kan tempat berniaga tu strategik dengan pelanggan