Friday, January 3, 2014

DALAM PAS SEMUA NAK JADI MUFTI



Harussani: Peserta demo 'bughah', halal darah 


Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”. 

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini. 

Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran. 

Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu. 

“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian. 

Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang. 

“Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata. 


JAWAPAN PAS .


Fatwa' Harussani songsang, menyesatkan - Dewan Ulamak 

JAN 02, 2014 HARAKAHDAILY
 

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan kenyataan terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' (pemberontak) dan halal darahnya, sebagai fatwa songsang. 

Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah. 

"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam. 

"Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. 

Menurut beliau, 'bughah' atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam dan ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam. 

Sedangkan katanya, peserta himpunan pada itu hadir dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup. 

Tambah beliau lagi, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang dipertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia. 

"Adakah peserta perhimpunan 31 dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah? 

"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah," ujar beliau lagi. 

Kenyataan mufti itu kata beliau lagi satu 'fatwa' yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat. 

"Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat. 

"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," tegasnya.

JAWAPAN MAZA 

Teguran Keras Dr Maza Buat Agamawan 
DrMAZA.com 

..untuk semua agamawan di negara mana pun mereka berada patut ditanya: apakah ayat-ayat Tuhan ini hanya ditujukan kepada rakyat bawahan? Sementara golongan atasan –samada sultan ataupun menteri- ayat-ayat Tuhan tidak terkena mereka? rakyat sahajakah yang patut selalu diingat agar taat pemerintah?! Bukankah pemerintah lebih utama diingatkan agar takutkan Allah dalam pengurusan harta rakyat jelata..kedamaian negara terletak di tangan pemerintah bukan hanya di tangan rakyat..

..ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan untuk bunuh. Padahal bughah adalah istilah yang mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah pada rakyat yang berkumpul tanpa senjata. ..apakah bughah rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara? 

..kita boleh saja untuk tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah patut untuk dihalalkan darah rakyat awam yang menyertainya atas alasan selekeh sedemikian rupa? 
..menghalalkan darah rakyat atas nama agama adalah satu jenayah yang sangat besar..sesiapa yang memanipulasi agama untuk kepentingan tertentu telah merosakkan nama Tuhan dan utusanNYA yang mulia.

JAWAPAN BK : BK TETAP BERSAMA FATWA MUFTI. PUAK PAS NI PUAK LIBERAL WAL NASARO.

SEMUA OK. ASALKAN LIM GUAN ENG YANG BUAT



JOM KONGSI SKETSA PR YANG BOLOSSS

Thursday, January 2, 2014

PUAK PAS TAK MAU KEMPEN GULING TURUNKAN YURAN PASTI?


LA DEPA BAGI POTONGAN RM 20.00 JE
YURAN BULAN BULAN RM 70.00.SEPATUTNYA  PAS MULAKAN DULU MERASAI DENYUT NADI RAKYAT AGAR YURAN BULANAN TURUN RM 50.00. YURAN BULANAN PASTI TERMASUK DALAM KEPERLUAN TAK ?

PAS BAGI ALASAN PASTI TIDAK DITANGGUNG KERAJAAN MACAM KEMAS. BETUL KER?
PASTI DI KELANTAN, SELANGOR DAN PULAU PINANG TAK KAN TENGOK JER?


Tuesday, December 31, 2013

APAKAH INI JAWAPAN BAGI MERC PG 1?


MULA MULA BERKUASA NAK TUNJUK BAIK. BATALKAN PEMBELIAN KERETA BARU YANG BN LULUS SEBELUM TAHUN 2008


MASUK PENGGAL KEDUA BELI KERETA BARU CAMRY .DEMI RAKYAT KATA MEREKA


TAK SEDAP DUDUK DALAM CAMRY. BIASA DAH DUK SENANG .MAKA BELI PULAK MERCEDES....INILAH NAMANYA LANGKAH BERJIMAT CERMAT. KAN BAGUS GUNA DUTI TU SELESAIKAN MASALAH SALIRAN DI GEORGETOWN ATAU BANTU ORANG MISKIN..KIH KIH 


W221 Mercedes-Benz S300L for Penang Chief Minister 
In Cars, Local News, Mercedes Benz / By Paul Tan / 30 December 2013 6:23 pm / 121 comments 

It looks like Penang Chief Minister will be rolling in 2014 in style, as his new ride with the customary PG1 number plate is a long wheelbase W221 Mercedes-Benz S300L in Palladium Silver with a grey interior. Photos of the freshly registered car uploaded by dealership personnel appeared on Facebook earlier today. 

According to sources, only one unit was procured from Lowe Motors, a Mercedes-Benz Malaysia dealership in Georgetown, Penang. Being a government purchase, no tax was paid on it. The car comes with a four year unlimited mileage warranty and is locally assembled in Pekan, Pahang. 

Given that the new W222 S-Class has already been released, this previous generation car must have been procured at quite a bit of savings. A quick check for brand new S-Class on oto.my Malaysian car classifieds reveals a brand new year 2012 unregistered car advertised by an official Mercedes-Benz Malaysia dealer for RM560k (with tax), which is a reduction of RM100k from the car’s new price. 

The PG1 number plate used to be on an 18 year old W140 Mercedes-Benz S-Class. It was moved for a brief period to a black Toyota Camry that was part of the new fleet of Toyota Camry 2.5V purchased as the state’s official car at a cost of RM113,500 per car – tax free as well. 

According to the Penang state government, the decision to replace the old fleet was due to the high costs in maintaining them – all the cars are more than 15 years old. “The cost of maintaining all 21 official state cars was RM370,400 in 2011, RM383,000 last year and for this year, up until now, RM301,238,” said state exco member Chow Kon Yeow. 

The federal government will also be getting new cars – the new Proton Perdana based on the last generation Honda Accord was unveiled earlier this month, including a special stretched version for the Prime Minister. 

http://paultan.org/2013/12/30/w221-mercedes-benz-s300l-penang-chief-minister/

PG1 LAMBANG LGE MENGAWAL KOS SARA HIDUP DAN PERBELANJAAN NEGERI


PG1 ....

ENGKAULAH RATU HATIKU
BILA PR BUAT HAL JAWAPAN RAKYAT PRO PR NO HAL 
BILA PR MEMBAZIR JAWAB RAKYAT PRO PR TAKPE SEBAB PR DAH BERJAYA JIMATKAN PERBELANJAAN SAMPAI PEMBANGUNAN NEGERI PUN OUT
BILA PR NAIKKAN ELAUN MEREKA .JAWAB RAKYAT PRO PR OK APA

NEGERI DI BAWAH BAYU UCAPKAN SELAMAT TINGGAL PKR


Lagi pemimpin tertinggi PKR Sabah keluar parti 


KOTA KINABALU 30 Dis. - Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus menerima tamparan hebat apabila Timbalan Ketua Penerangan parti negeri, Musli Oli mengambil tindakan keluar parti berkuat kuasa hari ini. 

Tindakan itu diambil Musli selepas hilang keyakinan dan kepercayaan ke atas pendekatan PKR dalam menangani masalah negara. 

Beliau berkata, PKR dan pakatan pembangkang dilihat mengamalkan langkah penyelesaian berbentuk konfrontasi selain satu 'kewajipan' bagi mereka menggunakan kekerasan menentang kerajaan berbanding menggunakan pendekatan perbincangan atau rundingan. 

"Apa yang PKR buat sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah menentang kerajaan secara agresif dengan mempergunakan rakyat selain memainkan sentimen kebencian yang melampau. 

"Jika mereka benar-benar mahu membela rakyat, pembangkang boleh menggunakan pendekatan diplomatik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Pada 26 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan para pemimpin utama daripada 11 cabang parti di negeri ini mengisytiharkan keluar parti sekali gus menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN). 

Musli yang juga bekas Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri berkata, beliau seakan-akan terjaga daripada mimpi apabila penglibatannya dalam politik PKR tidak membuahkan hasil sebaliknya lebih terpengaruh kepada janji-janji manis parti tersebut dengan kandungan Buku Jingga. 

Katanya, antara janji manis PKR dalam Buku Jingga adalah mengembalikan beberapa perkara yang anggap wajar dikembalikan kepada rakyat dan negeri Sabah, khususnya mengenai Perkara 20, royalti minyak (2 peratus), Cabotage Policy dan soal autonomi yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 jika Pakatan Rakyat mengambil-alih Putrajaya sukar untuk dicapai. 

YANG PELIK, MACAM MANA SUARA PKR TETAP BERKUMANDANG DI SABAH 

Friday, December 27, 2013

MENGAPA YANG BERUNIFORM DISALAHKAN ?


GAMBARAJAH 1 KITA AKAN MARAH DAN KATA TAK SENONOH KAN


GAMBARAJAH 2 .... ITS OK


GAMBARAJAH 3 LAGI OK DAN TERBAIK