Thursday, November 14, 2013

PANASS.... ZAINULFAQAR KHADAM GUAN ENG ADA SKANDAL DAN PEMFITNAH PAS



ZAINULFAQAR BEKAS ORANG KUAT PMI UM .SEKARANG KHABARNYA MERUPAKAN KHADAM KEPADA GUAN ENG . TUGAS BELIAU MENJAHANAMKAN PAS DAN MENENTANG INSTITUSI ULAMAK DALAM PAS.

SIAPA ZAINULFAQAR 


Dulu pekerja harakah 
Yang kerja memburukkan pimpinan PAS termasuk Presiden sendiri. 
Akhirnya dipecat daripada harakah 
Kemudian bekerja  pula dengan MalaysianInsider atas saluran seorang kuat parti PAS 
Tak lama akhirnya MI pecat juga si Zainul ini. 


zainulfaqar sekarang ialah khadam dr hatta ramli dan mat sabun 

PASCA PRU 14 : MB SELANGOR MUNAFIK. AZMIN NAIK ANGIN !!!




SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi dikritik hebat sekali gus berdepan kemarahan Adun PR negeri ini yang menganggotai Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) apabila dikatakan ‘membakulsampahkan’ atau mengetepikan memorandum yang disampaikan mereka, berkaitan isu pembangunan rakyat yang perlu diberi penekanan dalam Belanjawan 2014 Negeri Selangor. 

Dalam satu kenyataan secara bersama, BBC berkata, amat malang bagi rakyat Selangor apabila kerajaan negeri bercadang membentangkan sebuah Belanjawan 2014 Negeri Selangor yang gagal membawa isu-isu rakyat secara dekat. 

Ini menjadikan Belanjawan 2014 Negeri Selangor yang bakal dibentangkan dilihat tidak mengikut standard pengurusan ekonomi yang baik di mana belanja mengurus begitu besar berbanding belanja pembangunan untuk rakyat. 

Belanjawan 2014 Negeri Selangor akan dibentangkan pada minggu hadapan semasa Mesyuarat Ketiga Persidangan Pertama Dun Selangor. 

Menurut kenyataan itu, Menteri Besar itu juga telah membohongi Adun-Adun PRdengan tidak memanggil mesyuarat lanjutan membincangkan isu yang terkandung dalam memorandum pada 5 November lalu.

BK : SAMA SAHAJA ANTARA AZMIN DAN KHALID. KEDUA DUANYA MENJAHANAMKAN ISLAM .SEORANG MENGGILA NAK JADI MB. SEORANG LAGI MENGGILA NAK PERTAHANKAN JAWATAN MB. ELOK SELANGOR WUJUDKAN  2 JAWATAN MB 

PASCA PRU 14 : PKR PANDAN BUBAR . ADA RAFIZI KISAH?


AMPANG - Pengerusi Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pembubaran cabang PKR Pandan serta penutupan Bilik Gerakan Utama PKR yang telah beroperasi sejak 1999 sebagai satu kekuatan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) Pandan. 

Menurutnya, selain itu penghijrahan 80 ahli PKR termasuk Abdul Aziz Jusoh yang dikatakan 'orang kuat' Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli itu juga merupakan detik permulaan buat Umno Pandan untuk kembali mengukuhkan kedudukan politik di Selangor, khususnya di Parlimen Pandan. 

“Kita perlu sedar, mereka masuk Umno dan membubarkan PKR Cabang Pandan ini bukan di dalam musim pilihanraya, sebaliknya berlaku selepas enam bulan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu, 

“Jelas menunjukkan dalam tempoh enam bulan ini, bukan sahaja pemimpin malah ahli-ahli mula menunjukkan rasa tidak puas hati dengan pimpinan parti PKR, contohnya di Sabah, dua orang Adun PKR telah keluar dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN," katanya selepas menerima borang keahlian Mohd Aziz dan 80 bekas ahli PKR Pandan, malam kelmarin. 

Dalam pada itu, Abdul Aziz menjelaskan bahawa tindakan dan sikap pemimpin PKR terutamanya Rafizi yang langsung tidak ‘tunjuk muka’ di Pandan sejak menang PRU lalu punca beliau keluar dan meninggalkan perjuangan sia-sia 16 tahunnya bersama PKR. 

“Tindakan Rafizi yang turut mengaitkan saya dengan wang dan sogokan dari Umno untuk keluar parti juga satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. 

“Kini, selepas menyerahkan borang Umno, saya rasa bersyukur dan gembira kerana bebas dari rasa bebanan yang dipikul selama ini. Saya berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk Umno, khususnya dalam usaha merampas semula Selangor dari pakatan DAP-PKR-Pas Selangor,” katanya

BK : SEBELUM NI BANYAK YANG BUBAR DAN 

KELUAR  PARTI. PKR TETAP JUGA MENANG!!!!YANG 

PENTING UMNO DAN BN BUAT KERJA DAN JANGAN 

BUAT  GIMIK BANYAK. 

PASCA PRU 14 : RATUSAN RIBU SISWAZAH MENGANGGUR DI MALAYSIA



KUALA LUMPUR 11 Nov. - Jumlah penganggur di negara ini sehingga Jun lalu adalah sebanyak 375,401 orang dengan 56 peratus daripadanya merupakan siswazah.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, jumlah siswazah yang menganggur adalah sebanyak 210,263 orang manakala golongan bukan siswazah adalah 165,139 orang (44 peratus).
"Pada masa ini, kementerian mengumpulkan data berhubung graduan menganggur melalui portal JobsMalaysia dan portal ini juga berperanan memadankan pencari kerja dengan kekosongan jawatan yang diiklankan," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) berhubung jumlah penganggur di negara ini dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Ismail, kementeriannya menerusi Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (Ilmia) sedang membina Sistem Pangkalan Gudang Maklumat Pasaran Buruh (LMIDW) yang dijangka siap Disember ini.
Katanya, sistem berkenaan akan menyimpan maklumat pasaran buruh secara komprehensif selain berciri interaktif.

"Sistem ini dibangunkan secara perkongsian pintar dengan Jabatan Perangkaan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Tenaga Kerja dan JobsMalaysia.
"Sistem ini akan menyimpan dan mempersembahkan petunjuk-petunjuk utama pasaran buruh termasuk jumlah penyertaan tenaga kerja, pekerjaan mengikut sektor dan jumlah penganggur," katanya.

BK : BACA ARTIKEL DI ATAS . NUAR BRAHIM BAGUIH PUNYA BALUN SISWAZAH MENGANGGUR MASA JADI MENTERI 



Monday, November 11, 2013

PASCA PRU14 : HUDUD TIDAK TERLAKSANA SELAGI PAS WUJUD DI MALAYSIA


SOALAN 1 : KENAPA TAK MASUKKAN? TAKUT KAPIAQ TAK SOKONG
BAKAL TIMB PRESIDEN PAS PUNYA HUJAH TOLAK HUDUD
MACAM MANA PUAK PAS KATA DAP SOKONG HUDUD? BUTA HATI APA PUAK PAS NI 
KALAU BUKAN UTAMA BAGITAU DENGAN PENCERAMAH KAMU JANGAN DOK FITNAH UMNO DALAM MASJID PASAL HUDUD DAN JANGAN BAGI UMAT ISLAM TERPESONA DENGAN PEMBOHONGAN KAMU BERKAITAN HUDUD
TERKETAQ PUAK PAS BILA KARPAL TEGUR 
BILA UMNO ULAS PAS KATA UMNO TOLAK HUKUM ALLAH. BILA NUAR LIWATI ULAS PAS TAK KATA APA APA. PAS INGAT NUAR LIWATI BUKAN ISLAM KOT....
TENGOK HJ HADI DAH KATA AWAI AWAI NO HUDUD. GILER BETUL PUAK NI TOLAK HUKUM ALLAH 

MASA MULA MULA MENANG.TERUS PAS NAFIKAN HUKUM ALLAH SELEPAS DI DESAK DAP KOT
KALU INI KENA HUKUM APA ?
PATUTLAH STOPA TOLAK HUDUD.SEBAB DI ATAS RUPANYA 
YANG NI PULAK SIAPA NAK BERCAKAP SOAL PERUNDANGAN SYARIAH ISLAM

Secara kesimpulannya, sebagai muslim, kita tidak boleh tolak untuk menegakkan hukum Allah di atas muka Bumi ini, kerana kita adalah khalifah dan hamba. Dan peranan kita sebagai mahasiswa yang diberi pendedahan dan kita telah belajar tentang hukum-hukum jenayah islam ini sepatutnya memberi penerangan kepada kawan non muslim kita, dan bukannya menakut-nakutkan tentang hukuman yang dilihat keras dan zalim. 

Dan saranan kepada para sarjana, bantulah masyarakat dengan memberi penerangan yang telus. Jangan disorok ilmu Allah kerana ia adalah sikap ahli-ahli kitab yang menyorokkan kebenaran tentang utusan akhir zaman. 

Dan kepada ahli politik jadilah khalifah Allah yang menegakkan hukum Allah dengan cara yang bijaksana sebagaimana Raja Zulkarnaian penguasa Timur dan Barat, seperti Nabi Muhammad mentadbir madinah yang mempunyai masyrakat majmuk seperti diMalaysia.

BK : pas tolak hudud dan perundangan syariah 



Wednesday, November 6, 2013

PASCA PRU 14 : PAS DI ARAH DAP UNTUK DIBUBARKAN


GEORGE TOWN: Bukit Gelugor MP Karpal Singh has called for all race-based parties, including PAS, to be deregistered. 

He said the time had come for all such political parties, as well as professional bodies formed according to racial and religious lines, to be deregistered. 

"This applies to all political parties, including PAS, unfortunately," said Karpal in a press conference Tuesday. 

He was responding to Muslim Lawyers Association (MLA) president Datuk Zainol Rijal Abu Bakar's warning Monday to the Malaysia Bar Council that if it backed Catholic weekly The Herald's appeal against the Court of Appeal ban from using the word Allah, the association will not hesitate to take further action. 

"What did they mean when they said they will take further action?" 

"The president of the Bar Council Christopher Leong should lodge a police report for criminal intimidation," said Karpal

komen bk : macam mana pulak dengan dong zhong , mca, pertubuan cina , budaya dan pertubuhan buddisht, kristian dan lain lain. mengapa islam sahaja ?

Tuesday, October 29, 2013

PRK SG LIMAU : MENJAWAB TOHMAHAN SOROKAN SUBSIDI MINYAK OLEH ANUAR IBRAHIM


HUJAH ANUAR IBRAHIM MEMANG GEMPAQ.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini mendakwa Putrajaya sengaja menyembunyikan kenaikan harga minyak masak, dan hanya memilih untuk mengumumkan secara terbuka pemotongan subsidi gula semasa pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu. 

Anwar dalam ucapan perbahasannya di Parlimen hari ini mempersoalkan tindakan berkenaan sedangkan pengeluaran minyak sawit sedang melonjak naik. 

"Mengapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak," katanya dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Parlimen di Kuala Lumpur. 

Anwar turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri semasa ucapan bajetnya yang "segan" untuk mengumumkan kenaikan harga minyak masak yang bakal dihadapi akibat pengurangan subsidi bernilai RM 505 juta iaitu hampir sama dengan subsidi gula yang dihapuskan. 

"Kita sedia maklum bahawa syarikat pengeluar minyak masak yang dibarisi Felda, Sime Darby dan sebagainya semestinya juga mendapat keuntungan banyak kerana memiliki ladang kelapa sawit yang banyak," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi. 

Melalui penghapusan subsidi RM0.34 sekilogram bagi gula, ia menyaksikan kerajaan mampu menerima penjimatan sehingga RM551.25 juta. 

Anwar berkata, melalui penghapusan subsidi berkenaan, keuntungan sebelum cukai syarikat monopoli gula mampu menjana keuntungan sehingga RM1 bilion dengan lonjakan keuntungan 20% hingga 25%. 

"Apa yang menjadi pertanyaan kita mengapa korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula dan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga gula," katanya. 

Beliau berkata, liberalisasi gula perlu dilakukan untuk mengelak monopoli berterusan yang boleh mengekang kenaikan harga gula akibat pemotongan subsidi dengan penyertaan syarikat baru. 

Ketua pembangkang itu berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal mengimbangi pengurangan subsidi dengan sejumlah RM7.29 bilion subsidi dikurangkan bagi 2014 dengan RM39,408 bilion berbanding RM46.698 bilion pada 2013. 

"Potongan subsidi sebanyak RM7.29 bilion jauh melebihi kenaikan bayaran BR1M untuk 2014. Kesimpulannya, perbezaan sebanyak RM5.6 bilion yang dikutip oleh kerajaan ini masih akan dibiayai oleh penerima BR1M kerana pengurangan subsidi walaupun BR1M ditambah," katanya. - 28 Oktober, 2013. 

HUJAH BK MUDAH SAHAJA ....

1. APA BUKTI NUAR BRAHIM KATA HARGA MINYAK MASAK DAH NAIK ? OOO NUAR BRAHIM BAGI BUKTI HARGA MINYAK NAIK DI MINI MARKET , PASARAYA DAN KEDAI RUNCIT ?

2. JIKA INI SANDARAN NUAR, MAKA BAIK LETAK JAWATAN LA NUAR SEBAB LEVEL HANG MACAM BUDAK TAK MEMBACA 

3. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA HARGA MINYAK MASAK DITENTUKAN OLEH KPDNKK .

4. MPOB PULA BERKUASA MENETAPKAN KADAR JUMLAH MINYAK MASAK YANG DIKELUARKAN SETIAP BULAN IAITU PADA KADAR 68 HINGGA 69 RIBU TAN SEBULAN 

5. JUMLAH KELUARAN MINYAK MASAK INI PULA DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN PERUSAHAAN DAN KOMODITI MELALUI DASAR PERUSAHAAN 

6. NUAR BARHIM TUDUH KERAJAAN SOROK PENGURANGAN SUBSIDI MINYAK MASAK UNTUK MEWUJUDKAN SUASANA CEMAS DI KALANGAN RAKYAT

7. TIDAKKAH ANUAR TAHU SUBSIDI KITA INI PUN DI BAWA KELUAR OLEH PENGKHIANAT NEGARA YANG MENYELUDUP MINYAK MASAK KITA KE NEGARA JIRAN ? YANG INI NUAR TAK NAMPAK?

8. LEBIH BAIK TIADA SUBSIDI DAN TAMBAHKAN SUMBANGAN BRIM SELEPAS INI SBB BILA HARGA PASARAN MINYAK DAN GULA DAH SAMA DENGAN NEGARA JIRAN, MAKA MEREKA TAK BOLEH NAK SELUDUP LAGI.

9.KESIMPULAN BK MUDAH SAHAJA. HARGA MINYAK MASAK BAWAH KUASA KPDNKK DAN BUKAN KUASA PENIAGA. JIKA PENIAGA SESUKA HATI NAIKKAN HARGA MINYA MASAK, MAKA MEREKA BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG. BEKALAN MINYAK MASAK PULA DI BAWAH KUASA MPOB.

10. MOHON PR BERI NAMA KEDAI, MINI MARKET DAN MANA MANA PASARAYA YANG NAIKKAN HARGA MINYAK MASAK AGAR MUDAH KERAJAAN MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA PENGHISAP DARAH RAKYAT INI . 

11. BUKANKAH KERAJAAN NEGERI PR PUN ADA EXCO PENGGUNA. APA KERJA DEPA NI. MAIN TELUQ JE KA . MACAM MALIK KASSIM. PI LA PANTAU HARGA BARANG . SEMUA MAIN TELOQ MACAM MANA NAK SELESAI MASALAH!!!!