Monday, June 24, 2013

PRU 14 : TG HAJI HADI MENEMPELAK GOLONGAN SYIAH DALAM PAS

PRU 14 : JAWAPAN KHALID KENAPA DIA TIDUR SEMASA SIDANG MEDIA DIJALANKAN



“Saya bersikap terbuka terhadap laporan saya terlelap di TV malam tadi. Sebagai manusia, ada kalanya kita tidak sihat.“Rakyat boleh menilai komitmen saya pada kerja. Terima kasih sekali lagi atas segala ucapan selamat,” kata Khalid Ibrahim melalui Facebook

.Pegawai Tan Sri Khalid Ibrahim juga berkata beliau tidak sihat dan terlalu mengantuk kerana kesan daripada ubat darah tinggi yang diambilnya. Kini beliau sihat seperti biasa.

Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi yang juga merupakan seorang doktor perubatan, menjelaskan bahawa Menteri Besar mengalami masalah kekurangan tenaga semalam. “Dia(Abdul Khalid) tidak mengambil sarapan pagi semalam. Sebab itu badannya tidak mempunyai gula dan tenaga yang mencukupi, hingga menyebabkannya terlelap,” jelas Adun Sijangkan. – HarakahDaily

ULASAN BK :

KALAU PEMIMPIN BN YANG TERLELAP MASA DENGAN CERAMAH ATAU UCAPAN, PUAK PR SPIN BAGAI NAK RAK. KATA MEREKA DAH TUA, NAK MAMPUS TAPI NAK JADI MENTERI/PM DAN SEBAGAINYA. BILA PUAK DEPA YANG KENA, KALIH KOT LAIN PULAK?

PRU 14 : MAT SABU MINTA DAP BETULKAN PERSEPSI MELAYU. KAH KAH KAH !!!!


Kerjasama perlu dipertingkatkan dikalangan komponen Pakatan Rakyat (PR) bagi membetulkan persepsi orang Melayu bahawa hanya Umno sahaja pelindung dan pembela komunti.

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu berkata, perancangan teliti perlu dilakukan mulai sekarang bagi mengelakkan isu yang berkaitan orang melayu dimainkan semula pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Oleh itu, beliau berkata, DAP diperlukan bagi membantu menerangkan kepada komuniti Melayu yang masih ragu-ragu untuk memberi sokongan kepada Pakatan.

“Untuk rancangan lima tahun akan datang, kita kena lihat secara serius bantuan daripada semua kaum khasnya DAP.

“DAP menang begitu besar dan diperlukan supaya melihat secara serius bagaimana nak membuang persepsi yang mengatakan hanya Umno penyelamat Melayu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Hotel De Palma Inn Ampang di sini hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pimpinan Pakatan yang terdiri daripada Pas, PKR dan DAP perlu lebih berhati-hati ketika mengulas mengenai isu sensitif bagi mengelak dieksploitasi oleh Umno-BN.

“Secara sedar dan tak sedar perkara ini jika tidak diberi perhatian akan membantu Umno dalam mengekalkan kuasa,” ujarnya lagi

Sebelum ini, beberapa isu sensitif seperti kalimah Allah, persepsi negatif terhadap DAP, sering dimanipulasikan oleh Umno-BN bagi menarik sokongan pengundi Melayu ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
ULASAN BK

DULU KINI DAN SELAMANYA DAP ITU DITUBUHKAN UNTUK MENGUBURKAN DAN MEMBENAM MELAYU. SEJARAH TETAP TIDAK AKAN BERUBAH. PERLEMBAGAAN DAP ITULAH TUJUAN ASAS DAP ITU DI TUBUHKAN.

UNTUK MEMASTIKAN ELAUN BULANAN DI PEROLEHI, MAKA MAT SABU SEKALI LAGI MELONJAKKAN DAP SEBAGAI HERO DAN PAS MEMERLUKAN SANGAT JASA BANTUAN DAP DALAM HAL NAK MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA MELAYU TERHADAP DAP SENDIRI.

ANALOGI MUDAH : MPAJA-BINTANG TIGA-PKM-PAP-DAP= PR

Friday, June 21, 2013

PRU 14 : SOALAN UJIAN SEKOLAH PUN DAH JADI BLACK 505

Photo: Jawapan yang sempoi dari soalan yang sempoi..kikiki.

Berapa LIKE nak Beri ni..

PERTAMANYA KITA PIKIAQ AGAK AGAK INI PAPER APA ?

1. KAJIAN TEMPATAN
2.MORAL
3. BAHASA MELAYU

SOALAN JENIS INI SEPERTI MEMERANGKAP GURU DAN MURID SENDIRI.
CIKGU NI TAK TAHU BUAT SOALAN DAN TIADA NILAI DALAN P & P

PRU 14 : HUSAM PENGKHIANAT PAS?


"SORRY HAMBO TAK SEH MAGHI ANGKAT SUMPAH ADUN"


Himpunan: Tak hadir bukan makna khianati parti

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan yang menyifatkan tidak hadir ke perhimpunan Blackout 505 sebagai mengkhianati parti.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun selaras dengan arahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu kesemua pemimpin bersama dalam himpunan bantahan tersebut, namun memberitahu bahawa pemimpin yang tidak hadir bukan bererti tidak menyokong.

“Setiap arahan parti, semua pemimpin akur, tapi saya yakin kalau ada pun pemimpin tidak hadir sebenarnya bukan tidak menyokong tapi mempunyai komitmen atau uzur.

“Semua pemimpin Pas secara konsisten menyatakan sokongan terhadap himpunan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyifatkan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan Blackout 505 sebagai pengkhianat parti berkenaan.

Husam juga dilaporkan berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Husam turut melemparkan sindiran kepada pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan itu seolah-olah membawa suara Umno dan Barisan Nasional, namun dalam masa sama menasihatkan pemimpin Pas agar mencetuskan perubahan dalam politik negara.

Tuan Ibrahim berkata, apa yang dikatakan Husam itu bukan bermaksud melakukan ‘khianat’, sebaliknya mengingatkan pemimpin memberikan sokongan dalam himpunan tersebut.

“Pemimpin yang tidak hadir bukannya khianat, mereka tetap menyokong. Saya yakin tiada pemimpin yang tidak menyokong, semuanya bersatu hati.

“Bantahan mereka mungkin tidak terjemah dengan kehadiran, tapi tetap sokong dengan himpunan itu,” katanya.

Thursday, June 20, 2013

GADIS SYIRIA DIKAHWINI DENGAN USD40. BIAR BETUL NII?( TIADA KAITAN DENGAN PRU 14)



WAJAH GADIS SYIRIA MUSLIM. ELOKLAH KITA UMAT ISLAM BANTU. BANTU BETUL BETUL YA
BERITA PALSU

JAWAPAN :


Polis Bukit Aman menerima maklumat berhubung kegiatan menjual wanita Syria dijadikan isteri kepada rakyat Malaysia disebarkan menerusi Facebook. 

Katanya, pihaknya percaya kegiatan terbabit didalangi sindiket penipuan, tetapi akan menjalankan siasatan jika terdapat maklumat berkaitan pemerdagangan manusia menerusi laman sosial berkenaan. 

Wartawan berjaya menghubungi seorang lelaki dikenali ustaz Azizul yang dipercayai orang perantara bagi mendapatkan wanita Syria berkenaan. 

Lelaki itu kemudian menuntut deposit RM150 sebagai pendahuluan namun selepas beberapa soalan diajukan, beliau terus mematikan talian. 


Kegiatan menjual wanita Syria dengan harga serendah RM800 itu mula tersebar menerusi Facebook sejak kelmarin, dipercayai daripada pelajar Malaysia di Mesir

PRU 14 : APA SALAHNYA ZAHID MENDAKAP LGE DAN LKS?


kemesraan zahid dan lim guan eng telah lama bermula. mereka bermusuh dalam agenda politik di sebabkan idelogi parti yang di bawa. namun, kematangan politik dato zahid mencerminkan nilai keharmonian dalam beragama. zahid tidak selalu berpolitik seperti guan eng yang suka berpolemik


terbaru zahid dan guan eng sewaktu meninjau perkembangan terkini penebat yang jatuh dari menara pejabat umno ditempatkan


guan eng selaku ketua menteri memberi penerangan kepada menteri dalam negeri yg juga naib presiden umno

zahid juga nampak mesra dengan lim kit siang selaku orang tua. zahid memang menghormati orang tua

ULASAN BK

Pandangan Yusof al-Qaradhawi  jelas menunjukkan bahawa kesempurnaan dalam Islam perlu disulami dengan pengamalan yang konsisten. Kebangkitan kekuatan jiwa amat penting untuk membina sikap istiqomah dalam ibadah harian.
Dari situlah akan timbulnya keazaman untuk melakukan ibadah dengan lebih baik dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun semangat membara yang sementara akan hanya memusnahkan keseluruhan keazaman jika ianya tidak dilakukan secara berperingkat dan bersederhana.

Justeru, bersandarkan kepada pendapat yang dikutip daripada kitab Fiqh Kenegaraan itu, Kerajaan BN memilih untuk bersederhana tetapi konsisten dan istiqomah dalam siasah harian insani.

Kerajaan BN  juga menilai dengan penuh berhati-hati setiap catur politik pimpinan parti. Malah pemimpin yang peka akan memerhati dengan penuh minat gelagat beberapa penganut tegar parti politik dari jurusan dan peringkat yang berbeda.

apa yang dilakukan oleh dato zahid seperti gambar di atas  jelas mengiakan bahawa sesungguhnya bagi mereka yang tinggi darjat mindanya akan mengambil politik atau siasah sebagai landasan untuk bersahabat dan bermuzakarah sekalipun kekadang mereka berbeda pandangan sepertimana yang disebut oleh Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya, Fiqh Kenegaraan.

Justeru, bagi mereka yang tinggi darjat mindanya akan menerima secara positif, insaf dan ikhlas penceritaan daripada gambar  Lim Guan Eng dan  Ahmad Zahid Hamidi di atas.


Saya ingin memetik kata kata Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah iaitu  Ibn Khaldun membahagikan siasah atau politik kepada dua perkara iaitu siasah akal dan siasah agama. Menurutnya, jika sesuatu peraturan itu digubal oleh ahli akal dan pembesar negara serta pakarnya maka itu adalah siasah akal.

Tetapi jika sesuatu peraturan atau undang undang itu mengikut apa yang diwajibkan oleh Allah SWT, diakui dan disyaratkan maka ia adalah siasah agama yang memberi manfaat kepada kehidupan dunia serta akhirat.

Perlu diingat, Islam tidak menyarankan politik bermusuhan sepertimana yang mungkin kamu anuti.