Tuesday, January 29, 2013

PASCA E 13 : PAS YANG DAH SEWEL DAN DITUTUP HATI OLEH ALLAH SWT

Boleh undi calon bukan Islam - Dewan Ulama
Posted on Tuesday, January 29 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Berita Oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang masalah bagi orang Islam untuk mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti jika langkah itu boleh menjuruskan ke arah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman yang berlaku dalam negara ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali berkata para ulama Islam sepakat bahawa menghapuskan kezaliman adalah wajib, apatah lagi apabila melibatkan kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang diberi amanah menjaga maslahah rakyat.

Begitu juga menegakkan kerajaan yang adil lagi berkebajikan adalah wajib. Maka sebarang usaha yang boleh membawa kepada tertegak perkara yang wajib itu juga menjadi wajib.

"Ia dijelaskan oleh banyak ayat al Quran dan Hadis. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad baginda menegaskan bahawa pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam.

"Maka sebarang cara yang boleh membawa kepada terhapusnya kezaliman perlu diusahakan termasuk dengan kerjasama antara muslim dan bukan muslim dalam pilihanraya. Justeru itu mengundi calon pilihanraya bukan Islam yang boleh menyumbang kepada usaha tersebut tentulah sangat wajar sekali," katanya kepada Harakahdaily.

Atas tujuan itu juga ujarnya, memilih calon-calon bukan Islam di kalangan DAP dan PKR yang bekerjasama dengan PAS dalam konteks PRU13 adalah sangat perlu bagi menyumbang kepada usaha menggantikan sebuah kerajaan yang gagal melaksanakan amanah pemerintahan dengan kerajaan baru yang lebih berintegriti.

Apa yang jelas katanya, kerjasama antara PAS, PKR dan DAP dalam PRU13 adalah bertujuan menegakkan kerajaan yang adil dan berkebajikan.

Umat Islam yang sedar tegasnya, tidak akan mudah terpengaruh dengan sentimen kebencian kepada calon bukan Islam Pakatan Rakyat sehingga melupakan kezaliman dan kemungkaran pemerintah BN sedia ada sejak puluhan tahun.

"Justeru rakyat Malaysia wajar sekali memberikan undi yang padu kepada calon-calon pilihanraya Pakatan Rakyat termasuk kepada calon-calon bukan Islam," ujar beliau



KENYATAAN PAS DULU DULU MASA JAHIL LAGI.................

..... dalam tahun 1995, terdapat laporan dari Tumpat yang menyebut seorang pemimpin Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. ``Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,'' kata laporan itu.

PRU 12 -DUN PASIR PANJANG NIZAR JAMALUDIN

.............Sebelum pilihanraya ke-12, Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.

Dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac tahun lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, bekas MB Perak Mohammad Nizar Jamaluddin.

Risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S.Vasan daripada MIC yang mewakili BN. "Tetapi, bila sudah berjaya membentuk kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka.

KESIMPULAN :
1. PAS NI  BILA TANG DEPA SEMUA OK DAN HALAL
2. HARAM HANYA BAGI UMNO. HALAL HANYA BAGI PAS
3. PAS MEMANG DAH SEWEL
4. INGAT ALLAH RABBUL JALIL KAWAN BAIK NIK AZIZ KER
5. PAS OVER CONFIDENT MRK MASUK SYURGA
6. PAS DAH LARI AKIDAHNYA

Wednesday, January 23, 2013

PASCA E13 : GAMBAR YANG MERISAUKAN PAS



AMIN AMIN AMIN.......................

PASCA E 13 : MAJAROITI UNDIAN TOLAK ANWAR DAN MEMILIH HAJI HADI . FB PRO PAKATAN


DUA DUA TAK BETUI KALAU JADI PM SEBAB DUA DUA KULI DAN TAKUT PADA KUFAR DAP

PASCA E 13 : JANGAN KAFIRKAN ORANG LAIN.


Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan semua pihak supaya tidak menghukum seseorang atau penyertaannya dalam sebuah organisasi berdasarkan sangkaan tanpa mengetahui sebabnya secara terperinci.

Keadah yang diutarakannya itu berdasarkan penegasan Allah dalam Al-Quran bahawa Allah tidak menurun azabnya sehingga diutuskan Rasul untuk memberi peringatan dan berdasarkan kepada sunnah dan sirah Rasullah SAW dalam lipatan sejarah Islam.

NONE"Kita tidak boleh mengkafirkan orang, hanya atas sangkaan. Ini satu asas yang kita kena bersetuju... Manusia yang tidak ada pengetahuan, dia tidak akan dihukum.

"Tidak boleh kafirkan masyarakat awam atau organisasi (yang disertai seseorang), hanya kerana dia menyertai organisasi. Kemungkinan dia tidak tahu. Kemungkinan dia ada tafsiran yang lain daripada apa yang kita tafsirkan.

"Ulama kata, kita tidak boleh menghukum manusia pada zahirnya melainkan sehingga kita tanya keadaannya. Kita kena terperinci masalah dia," katanya dalam wacana ilmiah bertajuk "Amanat Haji Hadi dan Kalimah Allah".

Dengan memberi contoh, kisah seorang sahabat baginda Khatib ibn Abi Balta'ah yang mengutus surat memberitahu orang Mekah bahawa Rasullullah SAW sedang menyiapkan bala tentera dan menyangka baginda akan menyerang kota itu sehingga ia diketahui baginda.

Jelas Mohd Asri, tindakan Khatib itu - yang juga ahli Badar yang berasal daripada luar Mekah - mengundang kemarahan Umar Al-Khattab yang ingin memancung kerana menganggapnya sebagai pengkhianat.

Bagaimanapun Rasulullah SAW berpuas hati selepas pendengaran dibuat apabila Khatib mahu keluarganya di Mekah dilindungi daripada serangan itu, sekalipun dilihat "macam memberi kesetiaan" kepada kaum Musyrikin di kota suci itu.

Turut menjadi panelis dalam wacana itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali dan pensyarah Dr Azhar Yusof. Wacana itu dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Supyan Husin.

Mengulas berhubung 'amanat' presiden PAS yang diucapkan di Kampung Banggol Peradong, di Terengganu pada 1982 itu, Mohd Asri percaya orang yang berilmu seperti Abdul Hadi tidak akan mengkafirkan individu "secara borong".

"Tetapi apa yang berlaku, salah faham ka, apa ka, (ahli) yang di bawah ni, ada yang mengkafirkan... Itu satu kesilapan. Kesilapan yang perlu diperbetulkan.

"Bukan kerana PAS menegakkan kebenaran itu salah, tapi noktah ini perlu diperbetulkan. Mungkin pimpinan tidak kata, tadi anak buah lebih lajak daripada laju. Ini satu realiti yang berlaku. Bukan semua orang PAS buat, tapi ada (segelintir) yang buat," katanya.

Menyentuh perkara berkenaan sebelum itu, Mohd Asri terkilan dengan situasi itu termasuk tidak memakan sembelihan dan bermakmumkan imam daripada Umno, apabila tiada pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan jelas membetulkan keadaan itu.

"Saya tidak nampak pimpinan PAS secara umum mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan salah faham, (dengan menyatakan) 'seseorang yang masuk Umno tidak menjadi kafir'.

"Saya rasa perkataan tersebut sangat diperlukan ketika itu, supaya tidak berlaku salah faham orang awam... Alangkah baiknya ketika itu, pemimpin PAS melafazkan orang yang masuk Umno, tidak menjadi kafir kerana masuk parti. Tetapi menjadi kafir jika melafazkan kata-kata kufur," katanya.

Mengulas berhubung pandangan Abdul Hadi tentang perlembagaan, Mohd Asri juga berpendapat sisi pandang presiden PAS itu pada 1980-an jauh berbeza dan berubah berbanding sekarang.

NONEDalam 'amanat' Abdu Hadi itu menyebut penentangan PAS terhadap Umno/BN kerana parti itu didakwa mengekalkan perlembagaan penjajah dan peraturan kafir dan jahiliyah.

Dr Asri yang juga fellow Universiti Oxford berkata, Abdul Hadi mungkin mempunyai sisi pandangannya berhubung perkara tersebut pada ketika itu, berbanding kini yang dilihatnya sudah berubah.

"Sekarang mungkin PAS ada tafsiran baru. Dan saya bersetuju dengan tafsiran PAS sekarang dibanding dengan tafsiran tahun 80-an...Saya rasa tafsiran sekarang lebih menepati realiti.

"Malangnya media massa yang dikuasai Umno, dia bangkitkan tafsiran lama. Dan kadangkala dia perkara yang tak bagus. Dia kata, tahun 80-an PAS salah, kerana kafirkan Umno.

"Pada masa yang sama, dia kata, PAS kena kembali kepada perjuangan asal... Saya rasa biar dalam keadaan sekarang, dia (PAS) lebih terbuka, lebih faham realiti, dia lebih faham keadaan dan dia lebih lihat keluasan Islam," katanya.