Wednesday, December 5, 2012

PASCA E 13 : HJ HADI AKUR HUBUNGAN DENGAN ALLAH ADA PADA UMNO


PEMIMPIN N0 2 UMNO JUGA MENJAGA HUBUNGANNYA DENGAN ALLAH. LALU MEMBAWA JEMAAH UMNO SEKALI BERSAMANYA BERIBADAT KERANA ALLAH.PEMIMPIN NO 1 MEMPUNYAI SIFAT RENDAH DIRI DAN PEMAAF YANG AMAT MELAMPAU. INILAH SIFAT KERENDAHAN HATI SEORANG ISLAM

ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, untuk mengambil alih pemerintahan negara bukan sesuatu yang mustahil, namun perlu memenuhi syaratnya.

Katanya, antara syarat utama adalah setiap ahli PAS perlu menjaga hubungan dengan Allah dengan menunaikan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya.

"Menang Putrajaya tidak mustahil, tapi dengan syarat kita mestilah melaksanakan roadmap yang ditentukan Allah SWT," katanya ketika berucap di Himpunan Hijau ke Putrajaya malam tadi.

Menurutnya, kemenangan akan diturunkan Allah jika kita menolong menegakkan agamaNya.

Kemenangan juga katanya, tidak akan datang dengan percuma dan memerlukan ahli PAS untuk turun ke medan melaksanakan tugasan berdepan dengan golongan yang memerangi Islam.

Namun katanya, Himpunan Hijau ke Putrajaya yang dianjurkan PAS malam ini adalah sebagai usaha awal untuk mencapai kemenangan tersebut.

"Malam ini kita melihat tanda kemenangan. Himpunan diisi dengan solat hajat memohon pertolongan Allah.

"Berbeza dengan (himpunan) pihak satu yang diisi dengan perkara yang melalaikan," katanya dipercayai merujuk kepada Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan Umno BN.

Himpunan anjuran Umno BN minggu lalu itu turut diisi dengan persembahan tarian K-Pop artis korea dan kumpulan penari seksi dari Jepun sehingga mendapat respon negatif dari rakyat.

Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengingatkan semua ahli PAS berkerja bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihan raya umum nanti.

"Jangan jadi orang yang tidak mengerti iaitu pertama orang yang anggap kita tak boleh menang sampai bila-bila, dan kedua orang yang nak menang cepat," tegasnya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10709-hubungan-dengan-allah-syarat-menang-putrajaya

PASCA E 13 : LAPORAN BANK DUNIA BUAT PAKATAN SASAU


Malaysia is expected to register real GDP growth of 5.1 percent in 2012 and 5.0 percent in 2013.

Malaysia is expected to register real GDP growth of 5.1 percent in 2012 and 5.0 percent in 2013.

•In 2012, Malaysia has performed well in the context of weakening demand from advanced economies and China. Propelled by domestic demand, Malaysia’s economy is likely to weather a weak global environment.


•With a significant portion of investments being in the oil and gas sector, investments in real estate partly linked to recycling of commodity revenues, and oil revenues supporting public investments, Malaysia’s near term growth momentum owes much to commodities.

•The longer term sustainability of Malaysia’s favorable near term outlook hinges on the implementation of structural reforms. To ensure the growth is sustained into the medium term, Malaysia needs to accelerate the implementation of reforms, as outlined in the Government’s New Economic Model, to boost competition and capabilities in the economy.

•Closing gender gaps in economic opportunities could substantially leapfrog Malaysia to high-income status. The number of working- age women who are employed or looking for employment is lower in Malaysia compared to other countries of with similar income levels. A recent study shows that Malaysia could experience a 23 percent increase in output per capita as a result of increased women’s labor force participation and more women becoming entrepreneurs.

•Malaysia could encourage women to participate in the workforce through policies such as flexi-work arrangements, expanded childcare options, targeted subsidized childcare options for poor families, and increasing incentives that would attract and retain women in managerial positions

Monday, December 3, 2012

PASCA E 13 : JIKA ' YA' PAS MAHU BERSATU DENGAN UMNO?


Ahli Politik UMNO PAS

Kita semua sibuk berpolitik. Kita tuduh pihak lawan kita dan pihak lawan kita tuduh kita. Bentuk tuduhan adalah macam-macam, korup-munafiq-tak tepati janji-pembangunan tak mapan-macam-macam tuduhan. Ini adalah normal dalam aktiviti berpolitik di mana-mana pun, bukan hanya terhad kepada Malaysia.

Namun, disebalik tuduhan-tuduhan yang dilempar dan diterima itu, apa sebenarnya yang dimahukan oleh PAS? Adakah PAS mahukan kuasa, menjadi Menteri atau timbalan Perdana Menteri? Atau PAS mahukan projek-projek, tender-tender kerajaan atau menjawat beberapa jawatan berpendapatan tinggi di beberapa GLC? Apa sebenarnya yang dimahukan oleh PAS?
Ahli Politik UMNO PAS

Kita ketepikan dulu soal politik menang-kalah. Kita lupakan dulu soal pilihanraya. saya tak mahu bercakap soal strategi menyerang pihak lawan dengan isu-isu pilihanraya. Saya nak bercakap soal dasar dan falsafah parti. APA YANG PAS MAHUKAN SEBENAR-BENARNYA?

Jika kita nak kata PAS mahukan kuasa, kenapa PAS tegas menolak Unity Government? Sedangkan kita smeua tahu, jika PAS menerima konsep UG, beberapa kerusi Menteri sudah pasti menjadi milik PAS dan pimpinan-pimpinan PAS sudah pasti diserap ke pelbagai agensi kerajaan atau GLC.

Jika kita kata PAS ni nak menang pilihanraya agar dapat memerintah dan dapat menguasai sektor pelaburan, tender-tender dan sebagainya, mengapa PAS bersikap dingin terhadap UMNO? Sepatutnya PAS "mesra" UMNO agar beberapa pimpinan PAS dapat diserap atau ditarik menjadi CEO atau pemimpin korporat di mana-mana syarikat? PAS tak sepatutnya melawan dan bermusuh dengan UMNO.

PAS menggembar gemburkan bahawa mereka bukannya mahukan kuasa atau wang, tapi mereka mahu memperkenalkan satu "model kehidupan" yang baru untuk manusia. Mereka masuk bertanding dan tak pernah serik bertanding kerana kononnya mereka membawa satu risalah ketuhanan yang memaksa manusia untuk hidup dalam kerangka ugama.

Apa yang saya nak bincangkan adalah bukan soal strategi, tapi soal dasar, apa yang dimahukan oleh PAS. PAS menang atau kalah, itu tak penting. Yang paling penting adalah, adakah matlamat PAS untuk memperkenalkan satu "model kehidupan" baru itu adalah sesuatu yang baik atau tidak baik untuk bangsa melayu. saya mahu kita semua menilai adakah model bernegara yang baru itu adalah sesuatu yang patut diterima oleh bangsa melayu atau tidak.

PASCA E 13 : HAWAT LA PAKATAN BENGONG TAK BACA INI . OPPSSS DEPA TAK BLAJAQ EKONOMI


Kos pemilikan kereta tidak boleh dilihat dalam satu aspek sahaja tetapi perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh termasuk cukai,petrol dan insuran. Jangan kita buat perbandingan harga kereta dan minyak Saudi. Saudi negara super power minyak, semua mereka boleh subsidi. Bandingkan harga kereta dan nilai setara dengan negara asena terlebih dahulu


Harga petrol Gred Ron95 di Malaysia dengan subsidi adalah RM1.90 seliter, lebih rendah berbanding Thailand (RM3.80 seliter), Indonesia (RM3.35 seliter), Singapura (RM5.10 seliter), Vietnam (RM3.60 seliter) dan Filipina (RM3.20 seliter).

Analisis itu juga menunjukkan purata cukai jalan dan insurans tahunan di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini, dengan cukai jalan tahunan RM398 dan insurans tahunan RM3,062.

Cukai jalan dan insurans tahunan di Singapura menunjukkan bacaan tertinggi iaitu RM2,756 dan RM7,960, berbanding Indonesia (RM1,837 dan RM4,593), Thailand (RM459 dan RM6,736) dan Filipina (RM306 dan RM2,847).

Hasil analisis itu menunjukkan kos pemilikan kenderaan antarabangsa popular seperti Honda City, Toyota Vios, Honda Civic Toyota Altis, Honda Accord dan Toyota Camry di negara ini berada pada kedudukan terendah berbanding Indonesia dan Thailand.

Antaranya, kos pemilikan kenderaan berjenama Honda City di Malaysia, mengambil kira subsidi petrol, adalah RM126,491, lebih rendah berbanding Thailand (RM147,875) dan Indonesia (RM159,963).

Kos pemilikan kenderaan berjenama Toyota di sini adalah RM125,361, lebih rendah berbanding RM146,475 di Thailand dan RM147,283 di Indonesia.

Sunday, December 2, 2012

PASCA E 13 : KAREKTOR BEKAS PENGARAH PELAJARAN YANG JOIN PAS. MEREKALAH YANG MAKI GURU SEWAKTU BERKUASA

bekas pengarah pelajaran johor  tahun 2007  hj ramlan b sariman yang serah borang join pas
gambar hj ramlan semalam . wau dah tembam sikit. lepas ni boleh canang merata rata kisah pendidikan negara.
abas awang bekas pengarah pelajaran wilayah persekutuan dan bekas timbalan pengarah inst perguruan guru ilmu khas. sekarang merupakan ketua biro pendidikan PKR
datuk adnan ibrahim bekas pengarah pelajaran perak , raja karaoke pun dah join pas tahun lalu.
datuk adnan kalau dia rasmi program di sekolah mesti mau muzik. nak jawatan dalam umno. tapi tak de ruang. so join pas dapatlah peluang berceramah dan dosa dosa lama maki hamun cikgu di ampunkan pas.
mat sabu adalah idola dato adnan dari bergelar pengarah pelajaran perak

P/S

MASA BERKUASA PUAK PUAK PENGARAH PELAJARAN KERJA MEREKA MENGARAH DAN MARAH PADA GURU BAWAHAN. MACAM MAHARAJA. BILA DAH PENCEN NAK KUASA DALAM POLITIK TAPI TAK DAPAT. NAK GLAMOUR JOIN LA PEMBANGKANG. ALLAH KENALI KAMU WAHAI BEKAS PENGARAH PELAJARAN.

APA YANG KPM BUAT MEMBAZIR SAHAJA. RAMAI LAGI PENGARAH PELAJARAN TUNGGU PENCEN NAK JOIN PAS. MEREKALAH MUSANG BERBULU AYAM. MASA ADA KUASA DALAM KERAJAAN MEREKA ANJINGKAN PENJAWAT BAWAH. BILA DAH TIADA KUASA, TETAP JUGA NAK TEMPAT. SIALAN....


PASCA E 13 : KEMELUT 15 DAN 16 DISEMBER : PENENTU NASIB JAGOAN DAP.


pertama sekali BK nak ucapkan selamat kembali kepada semua perwakilan umno pulau pinang yang berkampung dengan jayanya di pwt bermula selasa dan berakhir 30 nov semalam. BK kagum dengan pembahas umno pulau pinang yang terdiri daripada pun juma ( ketua wanita umno bagan), dato rahim ( ketua umno bahagian bayan baru), hj shaharudin ( naib ketua bahagian tanjong), ketua puteri bukit mertajam dan wakil pemuda umno PP. kesemuanya mengupas isi perbahasan dengan tertib dan tidak bertindan. dengan kata lainya mamu dan mami penang dah mula pandai menyusun kata membahas bicara. tahniah!!!

semangat perwakilan tentu dah membara dan tak sabar menyahut cabaran dato najib untuk  berjuang dan jangan cah keting. baiklah , BK tak mau mengulas hal umno. banyak penceritaan menarik yang berlaku antara jaguh lama dengan jaguh baru dalam dap pulau pinang. bak kata pepatah melayu, jaguh baru dah lupakan kulit yang membantunya untuk menjadi calon di perai dan batu kawan sekaligus mencadangkan namanya sebagai timbalan ketua menteri 2 pulau pinang.

perbalahan antara karpal dan p ramasamy tidak dapat dielakkan. pekung peperangan terbuka dengan busuknya. niat jahat p ramasamy terhadap karpal telah di susun selepas karpal menempelak beliau. p ramasamy melihat karpal adalah ancaman untuk meneruskan kelangsungan politik beliau. lalu pasukan karpal yang terdiri daripada thana ( adun bagan ) dan s rayer ( adun seri delima ) telah memulakan serangan ke atas p ramasamy. masing masing mahu menjadi hero kaum india. isu lembaga wakaf kaum india dijadikan landasan untuk menyatakan kumpulan karpal adalah tidak telus.

dalam hal ini, p ramasamy hanya menunggu signal dari lim guan eng untuk meneruskan agenda beliau mengenepikan karpal. gerak kerja untuk mempengaruhi 20 orang jawatankuasa dap negeri dalam pemilihan 15 dan 16 ini telah berjalan dengan baik. bagi dap, sesiapa yang melekat sebagai 20 orang ahlijawatankuasa ini , bermakna harapan cerah untuk menjadi adun atau ahli parlimen.

masihkah kita ingat lagi kenyataan karpal bahawa wakil rakyat dap tidak dibenarkan bertanding untuk kerusi dun dan parlimen dalam pru 13. kepada siapakah ayat ini ditujukan ? jawapannya ialah kepada p ramasamy ( dun perai dan parlimen batu kawan) serta lim guan eng sendiri . kenyataan pedas ini tidak disenangi oleh calon dap yang mula nampakkan kuasa dan yakin mereka akan menang.

Karpal Singh pernah menyebut kepada penyokong setia beliau bahawa ‘Kesalahan besar yang dilakukan oleh beliau adalah menyokong pelantikan Dr.P.Ramasamy sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 2”.
jika perancangan ramasamy berjaya maka nasib thana dan rayer adalah amat malang. jika karpal berjaya ramasamy pula mungkin akan dicampakkan ke teluk intan iaitu salah sebuah daerah yang terdapat di negeri kelahiran beliau di perak.

apapun , persoalan dan tanda tanya terus bermain antara 2 pasukan ini. apakah perlawanan ini boleh di samakan dengan pasukan gajah putih melawan harimau malaya? atau p ramasamy dinasihat terlebih awal supaya hentikan niat jahatnya terhadap otai dap.

bagi BK, biarkan karpal terus dalam dap. kalau tak de dia tak fight pulak bn nak balun pakatan ini. ketegasan karpal mentarbiyyah pas dalam hal perundangan islam harus di puji. karpal berjaya menjadi naqib usrah kepada pas.