Friday, October 19, 2012

PASCA E 13. SEMUA FITNAH BILA TERKENA BATANG HIDUNG GUAN ENG

Roketkini.com

Utusan fitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, main sentimen perkauman lagi
18 October 2012



GEORGE TOWN, 18 OKTOBER: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini memperlekehkan usaha UMNO dan lidah rasminya, Utusan Malaysia untuk memainkan sentimen perkauman melalui fitnah jahatnya dengan mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang kononnya meminggirkan masyarakat Melayu.

BK : BODOH BETUL LA KETUA MENTERI. BILA MASA PULA UMNO KATA MELAYU. BUMIPUTRA LA MANGKUK. BUMIPUTRA TU TERMASUK SUKU KAUM SABAH DAN SARAWAK . TAK KIRALAH DIA IBAN KRISTIAN ATAU BAJAU MELAYU ATAU BAJAU KRISTIAN PUN. DI PULAU PINANG , JUMLAH BUMIPUTRA SABAH DAN SARAWAK MELEBIH ANGKA 3 RIBU ORANG. MEREKA ADA HAK DALAM TABUNG MANAH TU. NAMA PUN TABUNG AMANAH BUMIPUTRA. YANG PI TARUH NAMA TABUNG TU , TABUNG MANAH PERUMAHAN BUMIPUTRA BUAT APA.


Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini menyifatkan laporan muka depan Utusan Malaysia yang menuduh bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menggunakan dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera untuk membina rumah kos rendah sebagai tindakan yang memakan diri sendiri.

BK ; UTUSAN BUKAN TUDUH. NGOS TERSEBUT MINTA PENJELASAN. HANG JAWAB LA SELAKU KETUA MENTERI . ITU SAHAJA. YANG NAK KALIH PASAL HAL LAIN BUAT APA. ORANG TANYA. JAWAB JE LA. BUKAN PUSING DAN PUTAQ.


Ketua Pembangkang Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilyah Pulau Pinang (PERDA), Dato Azhar Ibrahim dilaporkan Utusan Malaysia menyelar keputusan kerajaan negeri untuk tidak menggunakan dana bernilai RM33.6 juta untuk membina 10,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik.

BK : BETUL APA. AMBIL LA DUIT STATE DAN TAMBAH DENGAN DUIT TABUNG AMANAH. KAN SENANG.

“Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit! Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan,” kata Guan Eng.

Menurut beliau lagi, sejak tahun 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) telah membina 4,000 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit.

BK : 2 ANAK SYARIKAT PDC PUN DALAM LAPORAN AUDIT MENGHADAPI KERUGIAN. CONTOH PDC HOME SDN BHD DAN PDC NUSABINA SDN BHD

Guan Eng turut berkata bahawa sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau.“RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang,”

“Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi,” ujar beliau.

BK : TENGOK AYAT BERSANGKA JAHAT GUAN ENG. AYAT PREJUDIS. BENDA BELUM BERLAKU DAH BERSANGKA BURUK . BUAT DULU. BARU TENGOK REAKSI UMNO. KEPADA PADA GURU KAFA BOLEH BG TAMBAHAN RM 50. ADA UMNO KATA?

Untuk mengelakkan tuduhan sedemikian katanya, wang kerajaan negeri digunakan dahulu, memandangkan wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 unit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah sahaja sudah menjangkau RM35 juta.

Menurut beliau lagi, “Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan jaminan untuk membina rumah mampu milik dan dibukti dengan rumah pangsa. Kerajaan negeri, tidak seperti kerajaan UMNO-BN yang berjanji selama 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas dan masih tidak dibina sehingga hari ini,” sambil memberitahu bahawa 330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan.

BK: AIYA GUAN ENG TAK TAU KA DAH BINA DI TELOK AIR TAWAR. MAU PUSING ISU LAGI KA KETUA MENTERI

“Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013. Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?” soal beliau. – Roketkini.com

KESIMPULAN BK : GUAN ENG MEMANG SOMBONG DAN ANGKUH. TAK MAU MENGAKU KESILAPAN TETAPI SALAHKAN ORANG LAIN. KALU MACAM TU AUDIT KETAAKURAN TAK PERLU BUAT DI PENANG. PENANG NI SEGALANYA SYUMUL,. TEGURAN AUDIT ADALAH BENAR JIKA TERKENA PADA BN. KALAU TERKENA PADA DAP DAN NEGERI PAKATAN DI ANGGAP FITNAH. APALAH KETUA MENTERI INI.

Thursday, October 18, 2012

PASCA E 13 : MAHASISWA MALAYSIA BERSYUKUR DENGAN GTP


MAHASISWA MALAYSIA DI JORDAN

PASCA E 13 : PENTADBIRAN KERAJAAN BN CEMERLANG . BUKTI KEJAYAAN GTP


KETUA KERAJAAN BARISAN NASIONAL


INTIPATI PENTING LAPORAN AUDIT NEGARA 2011

1. Pada tahun 2011, Kerajaan Persekutuan telah mengutip hasil berjumlah RM185.42 bilion iaitu peningkatan sejumlah RM25.77 bilion (16.1%) berbanding tahun 2010 yang berjumlah RM159.65 bilion

2.LHDNM telah berjaya mengutip hasil sejumlah RM109.61 bilion pada tahun 2011 iaitu peningkatan 26.7% berbanding tahun 2010.

3. JKDM pula telah berjaya mengutip RM30.38 bilion pada tahun 2011 iaitu peningkatan 7.9% berbanding tahun 2010

4. Pada keseluruhannya, Jabatan Audit Negara mendapati tahap prestasi pengurusan kewangan agensi bagi tahun 2011 adalah lebih baik dengan 111 (31.4%) Kementerian/Jabatan/Agensi yang mendapat penarafan SANGAT BAIK (4 Bintang) berbanding dengan 77 (21.6%) pada tahun 2010 dan 48 (12%) pada tahun 2009.

Tuesday, October 16, 2012

PASCA E 13 : LAPORAN AUDIT 2011. TAMPARAN BUAT KERAJAAN CAT GUAN ENG



KENYATAAN TAN SRI DATO’ SETIA HAJI AMBRIN BIN BUANG

Pada pendapat saya, pencapaian kewangan Kerajaan Negeri dan tahap pengurusan
kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang boleh ditingkatkan lagi dengan memberi
tumpuan terhadap pulangan/dividen yang setimpal dengan jumlah pelaburan Kerajaan yang
besar dan mengurangkan tunggakan hasil. Selain itu saya juga ingin menggesa Kerajaan
Negeri supaya memantapkan Pengurusan Kewangan di peringkat Jabatan dan Agensi
khususnya dalam aspek pengurusan aset dan inventori

BK : JELAS PENGURUSAN KEWANGAN DAP STATE TIDAK MANTAP DAN BERSIFAT STATIK

ANALISIS KEWANGAN

kedudukan aset yangterdiri daripada wang tunai dan pelaburan kekal tidak berubah iaitu sebanyak RM1.13 bilion. Kerajaan Negeri disyorkan untuk mengekalkan prestasi menambahkan hasil dan mengekalkan perbelanjaan berhemat bagi memastikan kedudukan kewangannya terus baik.

BK : JUMLAH ITU ADALAH RM 830 JUTA SIMPANAN BN PADA TAHUN 2008

RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGERI

Secara keseluruhannya, prestasi pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMKe-10 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri adalah sangat baik kerana 2,455 projek atau 98.6% daripada 2,489 projek yang dirancang telah berjaya disiapkan. Bagaimanapun dari segi prestasi perbelanjaan didapati kurang  memuaskan kerana hanya sejumlah RM171.05 juta atau 30.7% daripada RM557.25 juta peruntukan dibelanjakan

BK : DAP STATE TIDAK BERBELANJA UNTUK PEMBANGUNAN. PATUTLAH TERUK SANGAT PULAU PINANG. RM 22.5 BILLION SEMUA DARI BN PUSAT

MEMINJAM JUGA DARI BARISAN NASIONAL

Selain itu, Kumpulanwang Pembangunan juga meningkat sejumlah RM19.44 juta antaranya disebabkan oleh kenaikan pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM6.59 juta

PELABURAN

Analisis jumlah pelaburan pada tahun 2011 berbanding tahun 2010 menunjukkan penurunan
sejumlah RM0.6 juta atau 0.1% menjadi RM1,128.06 juta pada akhir tahun 2011, berbanding RM1,128.66 juta pada akhir tahun 2010

AKAUN AMANAH BUMIPUTRA

Pada tahun 2011, baki akaun amanah ini ialah RM33.36 juta iaitu meningkat sejumlah RM12.25 juta atau 58% berbanding  RM21.11 juta pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh terimaan daripada pemaju perumahan iaitu bagi pelepasan kuota Bumiputera pada tahun 2010 sejumlah RM12.25 juta

BK : HAK RUMAH BUMIPUTRA DINAFIKAN. WANG INI TAK DISERAHKAN KEMBALI KEPADA BUMIPUTRA


akan bersambung ...........


PASCA E13 : PAKATAN RAKYAT CAKAP MACAM ORANG MABUK ( MUNAFIQ LA TU )

PASCA E 13 : HAYATI SEMULA PESANAN BEKAS TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

Monday, October 15, 2012

PASCA E 13: GUAN ENG IJAZAH AKAUN LAWAN IR SHAIKH PHD KEJURUTERAAN . GUAN ENG SENYAP DAN TAK SAMAN


sehingga kini guan eng tak mampu nak failkan saman kepada ir shaikh hussin. kenapa?dah lama ni. dok diam dan dok putaq belit angka je yang dia tau