Sunday, October 14, 2012
PASCA E 13; PERGOLAKAN PAKATAN P047 NIBONG TEBAL. RETAK MENANTI BELAH
BK sedang menunggu ketibaan nuar brahim pakar pembohong yang akan hadir di padang awam bandar tasek mutiara yang terletak di dun sg bakap dan di dalam kawasan ranting pkr bandar tasek mutiara yang di pimpin oleh dr pripal singh. dikhabarkan sasaran penganjur ialah 2000 ke 3000 orang akan hadir. sejak malam tadi BK dah dok melenggung kat sini.mujuq ada JV hotel yang terletak di hadapan padang. so, sat gi aku rakam dari dalam bilik hotel je la. aiyya nuar punya pasai aku kena bikin kerja . mau cari cerita mantap sikit
artikel sebelum ini BK ada menceritakan tentang pergolakan yang berlaku antara pimpinan dalaman PKR dan hubungan pkr dan pas di dun sg aceh. masing masing mahukan POWER untuk menentukan bakal exco pru 13. masing masing mahukan di sokong oleh lim guan eng dan chot khususnya. siapa yang membelakangkan guan eng sudah pasti akan kalah atau tak jadi bakal calon pru 13.
maka , saudara rizal hamid yang pernah berebut jawatan ketua cabang nibong tebal menjadi proksi rapat dengan mansor berharap agar namanya di nobatkan sebagai adun sg aceh atau boleh melekat di mana mana dun di nibong tebal. namun, yb makhtar tetap tidak menerima kehadiran rizal. rizal terus bergerak dan melobi dirinya sebagai calon dun sg aceh . saingan terdekat beliau ialah kamil pegawai khas yb makhtar dan juga dr azhar bekas calon pkr yang kalah dalam pru ke 12
ramai yang nak jadi calon di P047 NIBONG TEBAL di kalangan pakatan. berikut BK nyatakan senarai nama mereka :
N 20 SG BAKAP
1. YB MAKHTAR SHAPEE ( PENYANDANG DUN SG BAKAP)
2. DR PRIPAL SINGH ( KLINIK WAWASAN.PELOPOR PENUBUHAN PKR RANTING BANDAR TASEK MUTIARA)
3. AZMI ( JURUTERA DI JAMBATAN KEDUA. ORANG SUNGAI KECHIL)
4. KAMIL PEGAWAI KHAS YB MAKHTAR
N 21 SG ACEH
1. RIZAL HAMID
2.DR AZHAR AHMAD ( CALON PRU KE 12 )
3. KAMIL PEGAWAI KHAS YB MAKHTAR
P 047
1. YB LAU CHOO KIANG ( ADUN TAMBUN)
2. DR PRIPAL SINGH
3. MANSOR OTHMAN
4. NURUL NUHA/ EHSAN
5. CHE GU BARD
keadaan menjadi bertambah rumit apabila berlaku perebutan dun sg aceh antara pas dan pkr. pas mahukan dun sg aceh. mereka telah mempunyai calon anak tempatan. siapa? bakal BK dedahkan kelak. perebutan kuasa ini telah sampai ke telinga hj hadi dan nuar brahim sendiri. dikalangan penyokong tegar pas, sekiranya pas tidak dicalonkan, mereka akan memboikot untuk tidak mengundi dan penyokong atas pagar pula akan memberi undi protes kepada pkr dengan menyokong umno.
berdasarkan tinjauan BK selama seminggu di P047 Nibong Tebal, ternyata hasrat pas sg aceh dah sampai tahap inzal. mereka dah terlalu ghairah nak bertanding di dun sg aceh. pkr pula sudah pasti mahu mempertahankan kerusi ini kerana pas tidak mahu membuat pertukaran kerusi di peringkat negeri. ramai yang menyatakan yang menyokong calon pr di dun sg acheh dalam pru 12 adalah pengundi yang mengenali arwah ayah calon yang juga merupakan adun sg aceh yang amat disegani lawan dan kawan.
sekiranya pkr tidak dapat bertanding di dun sg acheh , maka dikhabarkan penyokong mereka akan menyokong calon umno secara total. penyokong tegar mereka hampir 800 orang.apapun kehadiran nuar tgh hari ini di bandar tasek mutiara adalah bukti jelas nuar menyokong pripal dan signal jelas yb makhtar akan meninggalkan kerusi dun sg bakap. pkr cabang boleh memilih padang awam jawi dan banyak padang awam lagi di bawah kuasa kerajaan negeri untuk majlis ini. tetapi nuar dan pkr negeri tetap mahu turun padang awam di ranting pkr dr pripal. so mau tanya lagi?
DARI BK SELAMAT TINGGAL YB MAKHTAR. TERIMA KASIHLAH ATAS KHIDMAT ANDA YANG TAK SEBERAPA KEPADA RAKYAT SG BAKAP. MENYUSUL SELEPAS INI P046. KUATKAH DAP DAN PKR?
PASCA E 13 : KEMENTERIAN DALAM NEGERI TOLONG SELESAIKAN ISU INI

ARKIB UTUSAN ONLINE : 27/09/2012
Mesyuarat tetap diteruskan ketika azan solat Jumaat berkumandang
TAKUT DOSA
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
SUNGGUH mengecewakan apabila pihak pengurusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di Putrajaya sanggup mengetepikan kewajipan solat Jumaat semata-mata untuk bermesyuarat pada minggu lalu.
Pengerusi mesyuarat, seorang pegawai atasan kementerian, tetap meneruskan mesyuarat bersama wakil daripada media walaupun azan solat Jumaat sedang berkumandang dengan jelas.
Tiga pegawai kanan kementerian (lelaki Islam) dalam mesyuarat itu juga seolah-olah tiada rasa bersalah apabila pegawai atasan itu memutuskan untuk tidak menghentikan mesyuarat ketika azan kedengaran dari Masjid Sultan Mizan, kira-kira 150 meter sahaja dari bangunan itu.
Lebih menyedihkan, seorang pegawai kanan kementerian itu dalam mesyuarat tersebut (Islam dan bergelar Datuk), sanggup memberi 'sokongan' kepada pegawai atasan itu untuk meneruskan mesyuarat tanpa berhenti untuk solat Jumaat.
Friday, October 12, 2012
PASCA E 13 : YB MAKHTAR TERSINGKIR. ANWAR KEMPEN UNTUK DR PRIPAL DI DUN SG BAKAP
Kain rentang yang dipamer tidak diletakkan stiker kebenaran menggantung dari MPSP. Mengapa ini boleh berlaku?
Padang Awam Bandar Tasek Mutiara , DUN Sg Bakap dijadikan tempat Jelajah Merdeka
Anwar Ibrahim
Parlimen Nibong Tebal dan kesemua kerusi di DUN di bawahnya menjadi kerusi sasaran Pakatan Pembangkang khususnya PKR dan DAP. serangan bertubi tubi dilancarkan pembangkang di seluruh parlimen nibong tebal khususnya di dun sg bakap dan dun sungai acheh. PKR begitu ghairah melancarkan gerak kerja memastikan semua kerusi dun dapat di tawan.
Che gu bard di arah oleh nuar brahim melalui SAMM di dalam menyusun gerak kerja menawan dan menggerakkan momentum ceramah pakatan. Nuar brahim mahukan kehairan pkr dirasai di parlimen nibong tebal selepas tan tee beng keluar dari pkr.
14 oktober 2012 jam 11.30 pagi bertempat di padang awam bandar tasek mutiara , dun sg bakap seberang perai selatan, pkr sekali lagi membuat sentuhan dalam siri jelajah merdeka pakatan rakyat. majlis ini diadakan di hadapan deretan kedai cina dan bersebelahan pasar awam bandar tasek mutiara . jamuan makan tengahari disediakan.
yang peliknya mengapakah nuar memilih Ranting PKR bandar tasek Mutiara sebagai tuan rumah sedangkan jumlah pengundi di lokaliti bandar tasek mutiara tak sampai 400 orang. Apakah tujuan anwar ibrahim sebanyak 2 kali turun di ranting pkr bandar tasek mutiara,? siapakah ketua ranting? semua ini terjawab kerana dr pripal singh pemilik klinik wawasan adalah orang kuat ranting pkr bandar tasek mutiara. pelancaran ranting pkr bandar tasek mutiara juga dilancarkan di hadapan klinik wawasan milik dr pripal dan pejabatnya juga terletak di atas klinik wawasan.
Semua orang tahu bahawa pru 13 yb makhtar adun sg bakap sedia ada sekarang bakal digugurkan. yb makhtar selaku ketua cabang pkr nibong tebal bakal digugurkan. belum sempat yb makhtar merasa nikmat exco dalam pru 13, namanya bakal digugurkan oleh pkr sendiri. hubungan yb makhtar dengan mansor agak kurang baik. nama dr pripal singh pula antara nama yang dikenali sebagai calon yang layak menggantikan yb makhtar.
kumpulan pro agama pula mahukan yb makhtar namun secara total , ahli dan aktivis pkr melihat yb makhtar gagal menyelesaikan masalah rakyat secara total dan nuar sendiri tidak menyukai calon yang terlalu kuat dalam pegangan agamanya.
kehadiran nuar brahim 2 kali di kawasan ranting bandar tasek mutiara adalah kerana ingin mempromosi dr pripal sebagai bakal calon dun sg bakap atau parlimen nibong tebal ataupun dun machang bubok. dr pripal bakal mendapat gelaran exco sekiranya pakatan menang lagi di pulau pinang.
dr pripal juga mempunyai rangkaian yang kuat dengan golongan bawahan terutamanya dari kaum india. ada yang menyatakan dr pripal ialah singh yang masuk islam dan baik orangnya. nuar telah menyusun sepenuhnya strategi bakal calon yang mewakili pkr pada pru 13. beliau mahukancalon penganut agama islam yang merupakan pengamal mazhab islam liberal pembawan beliau. istilah mazhab baru dalam pkr.
Thursday, October 11, 2012
PASCA E 13 : PERTEMBUNGAN PAS DAN PKR DI DUN SG ACEH
Isu berkaitan perebutan kawasan DUN sg aceh antara pas dan pkr telah mula dibincangkan sejak pkr kalah di tangan yb dato mamhmud pada tahun 2008. sebelum ini calon pas juga kalah dengan majoriti besar apabila berlawan dengan tuan hj mohd foad mat isa . Sekarang tuan hj mohd foad merupakan penyelaras bn di dun sg bakap.
selepas pkr kalah tipis dengn umno, maka pas inginkan kerusi dun sungai aceh semula. maka bermulalah episod lawan dalam selimut. pada dasarnya hubungan mereka nampak baik, tetapi dalam selimut Allah sahaja yang tahu. pertembungan dan perebutan kuasa ini tidak boleh dinafikan lagi. pada 6 oktober yang lalu, pas telah menganjurkan ceramah perdana di pasti sg aceh. ternyata dalam ceramah ini pas tidak menjemput seorang pun wakil pkr. ini bermakna pas telah melancarkan pengiystiharaan perang terhadap pkr. pas hanya menjemput sharil long pelaq dan nizar komunis sahaja.
pada 6 oktober yang lalu, nizar komunis telah membuat road show bertemu rakyat di sekitar dun sg aceh bermula dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh beliau di masjid simpang tiga. kemudian nizar membuat program ziarah di DM sg udang serta berjumpa dengan kaum cina di sana.
pertembungan antara ydp pas kawasan nibong tebal dengan yb makhtar selaku ketua cabang pkr nibong tebal tidak mampu di sorokkan lagi. pas secara terbuka meletakkan kain rentang seperti di atas agar pengundi mengundi calon pas. lalu pkr baru dua hari lepas ( 9/10/12) meletakkan kain rentang mereka untuk menyeru agar rakyat mengundi mereka juga di dun sg aceh.
paparan kain rentang ini adalah muktamad kepada pertembungan antara 2 parti politik dalam pakatan pembangkang. kehadiran anwar ibrahim pada hari ahad nanti di bandar tasek mutiara juga satu tamparan hebat kepada yb makhtar kerana di situ merupakan cawangan pkr yang dipimpin oleh dr pripal singh. dr pripal pula antara nama yang bakal menggantikan yb makhtar atau mungkin juga bakal calon pkr di dun machang bubok.
apapun yang berlaku, gerak saraf pas dan pkr amat kuat seolah olah pas terlalu yakin baawa sg aceh adalah kerusi milik mereka. pas nibong tebal mengharapkan bantuan mujahid yusof rawa dalam hal ini kerana mujahid adalah ahli parlimen parit buntar yang merupakan jiran sempadan dengan dun sg aceh.
apapaun nasihat BK cuma satu, calon umno. bn perlu istiqamah dan yakin bahawa inilah ruang dan peluang untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada umno/bn.
psss.... nantikan pendedahan BK tentang pergolakan pakatan di nibong tebal
Wednesday, October 10, 2012
PASCA E 13 : PENGIKUT SYIAH SUDAH WARNING PENGARAH AGAMA ISLAM TERENGGANU


GERAKAN MEREKA RAMAINYA DIPELOPORI OLEH PENGIKUT PAS TEGAR

KONSPIRASI KONONNYA TIMBALAN MENTERI UMNO MENGIKTIRAF MEREKA
Syiah Malaysia semakin berani menemplak dan mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Terengganu yang sebelum ini menyediakan teks khutbah membongkar penyelewengan dan kesesatan Syiah di seluruh Masjid Terengganu.
Syiah di malaysia menggunakan kenyataan Dato' Jamil Khir yang mana beliau mengatakan Syiah boleh diamalkan di Malaysia tetapi tidak boleh disebarkan. .
Nama yang tertera di bawah iaitu: M Kamizuhairi Ab Aziz, beliau merupakan ketua Syiah Malaysia yang sering menyebarkan doktrin ganas Syiah seperti mengkafirkan para sahabat Nabi dan menghalalkan darah orang Sunni dan berbaik dengan orang sunni dalam keadaan Taqiyyah.
Syiah di malaysia menggunakan kenyataan Dato' Jamil Khir yang mana beliau mengatakan Syiah boleh diamalkan di Malaysia tetapi tidak boleh disebarkan. .
Nama yang tertera di bawah iaitu: M Kamizuhairi Ab Aziz, beliau merupakan ketua Syiah Malaysia yang sering menyebarkan doktrin ganas Syiah seperti mengkafirkan para sahabat Nabi dan menghalalkan darah orang Sunni dan berbaik dengan orang sunni dalam keadaan Taqiyyah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
