Friday, August 10, 2012

PASCA E 13 : PEMIMPIN DAP DARI KAUM INDIA DAH KELAM KABUT

GAMBAR SEWAKTU MULA BERKASIH SAYANG. DAHULU LA...SEKARANG PERANG DAH MULA

Sumber arkib : bernama

BUKIT MERTAJAM: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) India Pulau Pinang hari ini mengadakan demonstrasi aman bagi membantah campur tangan kaum lain dalam pengurusan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang.
Dalam demonstrasi yang diadakan di Permatang Tinggi di sini, mereka turut membawa poster gambar monyet dan katak dengan perkataan 'Pengkhianat kaum India nombor 1 - Seri Delima' dan 'Pengkhianat kaum India nombor 2 - Bagan Dalam'.

Timbalan Presiden Malaysia Indian Voice, D R Raja, berkata mereka mengadakan demonstrasi itu bagi melahirkan rasa kesal terhadap tindakan beberapa pihak tidak berkenaan yang didakwanya cuba mengambil alih kepimpinan dan pengurusan lembaga itu.

"Kami menolak sebarang campur tangan pihak lain terutama mereka yang bukan beragama Hindu untuk mentadbir lembaga itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi itu.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Nibong Tebal, A S Maniam, berkata mereka menolak sebarang campur tangan di dalam lembaga terbabit.

Isu Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang timbul apabila Pengerusi DAP Karpal Singh dikatakan campur tangan dalam pentadbiran lembaga termasuk menggantikan beberapa anggota yang dilantik Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, P Ramasamy. - BERNAMA

'Pengkhianat kaum India nombor 1 - Seri Delima'
'Pengkhianat kaum India nombor 2 - Bagan Dalam'.
bukan beragama hindhu yang cuba masuk campur hal ehwal agama hindhu


PERANG YANG PANAS DALAM DINGIN !!!!!!! WOKEH LANTAK KAU LAH DAP. CAKAP MACAM BAGUIH. HAK AGAMA LAIN PUN KAU NAK KACAU.

PASCA E 13 : PANAS!!! DAH NAK MELETUP!!! RAMASAMY VS ( TANASEGARAN DAN RAYER)


Kemelut perbalahan politik dalaman antara pimpinan dap dari kaum india semakin panas. mereka gagal menjaga hak kaum india malah hak tanah kuil juga dikhabarkan telah digunakan untuk kepentingan sendiri. apakah benar dakwaan yang dibuat oleh segelintir kaum india yang peka terhadap agama mereka. Lembaga wakaf hindhu pulau pinang sebelum ini tidak pernah disalahgunakan. namun, selepas yb thana mengambil alih jawatan sebagai pengerusi banyak masalah yang timbul terutama dalam hal ehwal kewangan.

keadaan menjadi rumit, apabila ramasamy telah mengambil jawatan pengerusi lembaga wakaf hindhu dari thana dalam menyelesaikan beberapa perkara yang bersangkutan soal amanah. selepas ramasamy menjawat jawatan sebagai pengerusi lembaga wakaf yang baru, beliau dikahabarkan telah melantik encik ramachandran sebagai pegawai eksekutif di sana . ramachandaran menjalankan tugas dengan baik. beliau mahukan hak penganut agama hindhu dipelihara dan tidak digunakan oleh pimpinan politik untuk diri mereka sendiri.

Barulah BK mendapat punca perbalahan yang berlaku antara pasukan rayer dan thana dengan ramasamy adalah berpunca dari isu lembaga wakaf hindhu apabila thana risau akan pembongkaran kumpulan ramasamy atas kelemahan yang beliau lakukan sewaktu menjawat jawatan pengerusi lembaga wakaf.

rayer +thana adalah gabungan pro karpal . rupanya karpal telah menyerang ramasamy secara halus dari belakang . itu sebab ramasamy pernah hentam karpal dan berlaku perbalahan antara mereka berdua. analoginya mudah iaitu , ramasamy marah kerana karpal seolah olah menjadi bapa angkat yang sentiasa mengiakan kata kata rayer dan thana. kedudukan thana sebenarnya berada di hujung tanduk dalam karier politiknya.

permainan mereka pada asalnya adalah mahukan ramasamy dipecat sewaktu perbalahan antara karpal dan ramasamy. namun, apa yang mereka rancang tidak menjadi kerana masing masing mempunyai rahsia sulit tidak amanah.thana sebenarnya memang mahukan jawatan tkm2 . ramasamy pula mahu dirinya diangkat sebagai pemimpin india terunggul dan tiada kuasa lain selain dari dirinya. inilah polimik mengejar kuasa yang sedang berlaku di antara pimpinan dap dari kaum india yang berjaya menjadi yb. akhirnya, nasib kaum india tidak dipelihara.

ok. BK rasa cukup sekadar ini. banyak lagi yang berlaku antara mereka. apa??? ada kaitan dengan SPRM? siapa yang kena siasat? rasanya sangkut? tapi coolllll

Thursday, August 9, 2012

PASCA E 13 : BAKAL ADUN BARU JAWI UNTUK DAP. TAN BENG HUAT BAKAL DI SEPAK KELUAR


Antara senarai nama yang BK terima semalam dari seorang kenalan di DUN N19 Jawi  yang mewakili DAP ialah Teoh Seang Hooi dan  Loh Joo Huat yang bakal menggantikan tan beng huat yang tidak membantu penduduk dan pengundi di jawi. Reputasi tan beng huat merundum dengan teruk sekali kerana gagal menyelesaikan masalah isu di ladang dan kaum cina khususnya. tan beng huat hanya berani berseorangan dan meronda ronda pekan nibong tebal dengan honda crv nya sahaja.

memandangkan rungutan yang banyak diterima oleh DAP negeri, maka nama tan beng huat akan digugurkan dalam senarai calon bagi pilihanraya ke 13 untuk kerusi N19 Jawi. selepas ni , tan beng huat boleh jual ayaq soya di tepi kampung jawi. memandangkan dap memerlukan calon baru bagi menggantikan tan beng huat, maka 2 nama yang dap pusat telah temuduga ialah seperti yang BK sebutkan di atas. kedua dua mereka ini telah lama mengidam kerusi dun jawi dan kedua duanya merupakan anak tempatan. namun, ramai yang meminati joo huat berbanding teoh.

teoh memperolehi ijazah dalam bidang pendidikan iaitu dalam bidang pengkhususan sosiologi.teoh mempunyai pengalaman dalam mengendalikan sjkc dan mula masuk dap pada tahun 1999.teoh pernah bertanding atas kerusi dap melawan tan cheng liang pada tahun 2004 tetapi kalah dengan undi 1016


Loo Joo Huat bakal calon kedua dap di dun jawi

KEDUDUKAN JUMLAH PENGUNDI DI PARLIMEN NIBONG TEBAL BERDASARKAN
STATUS PENGUNDI SEPTEMBER 2010
TEMPAT
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
JUMLAH
N 19 JAWI
4591 ( 22%)
11 493 ( 55%)
4758 ( 23%)
11
20 853
N 20 SG BAKAP
8923 ( 58%)
3953 ( 26%)
2558 ( 17%)
18
15 452
N 21 SG ACHEH
8687 ( 69 %)
3064 (24%)
859 ( 7 %)
11
12 621
JUMLAH P 047 NIBONG TEBAL
22 201
18 510
8175
40
48 926

 STATISTIK KAUM MENGIKUT DAERAH MENGUNDI DI DUN JAWI SUKU KE DUA 2011
 
DAERAH MENGUNDIJUMLAHMELAYUCINAINDIA
047/19/01   CHANGKAT2,5231,0291,220270
047/19/02   PERKAMPUNGAN JAWI2,277641,956254
047/19/03   TAMAN DESA JAWI3,3591,2151,1211,013
047/19/04   LADANG CALEDONIA3,5943162,0171,257
047/19/05   LADANG BYRAM707278138291
047/19/06   LADANG VICTORIA1,223117796308
047/19/07   TAMAN SENTOSA2,7537771,641331
047/19/08   NIBONG TEBAL1,497701,311115
047/19/09   JALAN BUKIT PANCHOR1,136245260626
047/19/10   TAMAN HELANG JAYA3,6357892,048787
JUMLAH22,7044,90012,5085,252


berdasarkan kedudukan semasa yb jawi tan beng huat bakal membungkus segala dokumen dan fail dun nya dalam masa terdekat . paling lewat pun selepas pengumuman pembubaran dun. bolehlah beng huat dapat 1/4 pencen yb.

* beng huat sayang dap tapi orang dalam dap mau hantam sama dia............beng huat mana mau bantu orang india ladang caledonia, victoria dan byram. aiyaaa

Saturday, August 4, 2012

PASCA E 13 : BUKTI KERAJAAN NEGERI MENGANAK TIRIKAN KAUM INDIA PULAU PINANG



belum lagi mendapat mandat untuk mentadbir buat penggal kedua, kerajaan negeri telah menunjukkan belang menganaktirikan kaum india. mereka melihat kaum india sebagai minoriti yang tidak memberikan apa apa kesan kepada undi. dap lebih utamakan kaum cina daripada kaum india dan melayu. dap yakin 80% undi kaum cina akan diberikan kepada mrk dan undi simpati kaum cina kepada pas. lalu, atas faktor yakin yang melampau, kerajaan dap baru baru ini menafikan hak kaum india di nibong tebal amnya dan pulau pinang khususnya.

apa yang menyedihkan permohonan ini dibuat oleh sebuah ngos india yang berkonsepkan kebajikan. keinginan mereka untuk menyewa dewan jawi di tolak oleh pegawai daerah yang mewakili kerajaan negeri dap. dimaklumkan kepada BK, pada peringkat awal mereka telah menerima persetujuan dari pejabat daerah untuk menggunakan dewan tersebut.

atas alasan kononnya, mendapat bantahan penduduk, maka pejabat daerah terus membatalkannya. kalau mcm nilah senang sahaja. lepas ni sekiranya kerajaan dap negeri menggunakan dewan jawi dan pejabat daerah mendapat bantahan penduduk, maka program tersebut perlu dibatalkan.

yang peliknya, apa yang menyebabkan penduduk terganggu kerana dewan tersebut jauh dari kawasan rumah orang. pelik kan ?

senang cerita, sebenarnya sebab mereka kaum india, lalu mereka dinafikan hak untuk menggunakan dewan berkenaan. hanya kaum india yang pro pakatan sahaja yang dibenarkan. alahai kerajaan dap. inilah laungan keadilan pakatan dap.

dewan serbaguna jawi hanya untuk pakatan sahaja. adil sungguh kerajan dap. undi india kami tak mau. india tak boleh pengaruhi undi. undia cina dah boleh menangkan pakatan dap.


Friday, August 3, 2012

PASCA E 13 : PENEMUAN MANIPULASI ANGKA PELABURAN DI PULAU PINANG


KENAIKAN PELABURAN PULAU PINANG HASIL USAHA BARISAN NASIONAL
2007                               5.0 BILLION
2008                             10.0 BILLION
2009                             4.0 BILLION
2010                             12.2 BILLION
Perangkaan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (Mida), Pulau Pinang berada di kedudukan teratas dari segi kemasukan pelaburan dalam projek-projek pengeluaran, menarik RM12.24 bilion, lima kali ganda berbanding RM2.17 bilion pada 2009.
Perangkaan Mida juga menunjukkan Pulau Pinang berada di kedudukan kedua selepas Selangor sehingga Mei 2011, menerima RM4.49 bilion dalam bentuk projek pengeluaran yang diluluskan, selepas Selangor yang memperoleh RM4.47 bilion.
Perbandingan yang dibuat antara pentadbiran Lim dan Koh Tsu Koon adalah tidak adil kerana pelaburan dan pembangunan tidak berlaku dalam semalaman dan ia merupakan kesan “akumulatif.”
KERAJAAN NEGERI BEGITU BANGGA APABILA MENYATAKAN KENAIKAN JUMLAH PELABURAN PADA TAHUN 2010 SEBANYAK 12.2 BILLION. TETAPI SEBENARNYA KENAIKAN
INI ADALAH SEBENARNYA BERPUNCA DARIPADA
PELABURAN SEMULA SYARIKAT SEDIA ADA SEPERTI
WESTERN DIGITAL ( RM 2.5 BILLION) , JABIL CIRCUIT,
B BROWN.

PASCA E 13 : KERAJAAN PULAU PINANG GAGAL. HANYA TAHU BERMAIN ANGKA



PERBEZAAN KERAJAAN PULAU PINANG DAN KERAJAAN BN DALAM PEMBERIAN PENGHARGAAN KEPADA RAKYAT
KERAJAAN PULAU PINANG
KERAJAAN BN
WARGA EMAS RM 100 SETAHUN
WARGA EMAS RM 300 SEBULAN
ANAK EMAS RM 100
BANTUAN KEBAJIKAN UNTUK ANAK RAKYAT MISKIN MELALUI SKIM KARISMA RM 100 SEBULAN SEHINGGA RM 450
PELAJAR EMAS RM 100 TAHUN 1 DAN 4 SERTA TINGKATAN 1 DAN 4
( YANG PELIK MENGAPA TAHUN 1 DAN 4 BUKAN 1 HINGGA 4)
RM 100 UNTUK MURID TAHUN 1 HINGGA 6 DAN TINGKATAN 1 HINGGA 6 
 RM 200 UNTUK PELAJAR IPTA DAN IPTS

RM 500 BAGI PENDAPATAN BERKAPITA RM 3000 SEBULAN

INILAH KEKUATAN YG ADA PADA GUAN ENG IAITU BERMAIN ANGKA DAN BUAT APA YANG BN TAK BUAT SEWAKTU MEMERINTAH DI PULAU PINANG. SILAP MATA INI BERJAYA MENGABURI MATA RAKYAT

Thursday, July 26, 2012

PASCA E 13 : HOT !!! WARKAH TERBUKA KEPADA UST BAKAR BAIKALANI , USTAZ PAS


BK siarkan Kiriman Anak watan :

terlebih dahulu aku nak ucap terima kasih kepada Badarkhubro sekiranya menerbitkan catitan ringkas aku tentang ustaz bakar baikalani . aku bukan apa, semakin lama aku tengok ust baikalani ni semakin lantang memfitnah orang lain dan fitnah itu di bawa sebagai contoh dalam setiap kuliah dan tazkirah ramadhannya. sebelum pakatan rakyat memerintah ust bakar baikalani adalah antara ustaz yang menjadi pencacai kepada UMNO.

semua orang kenal bakar baikalani sewaktu berkhidmat di pejabat agama barat daya.ngaji quran pun sodap. ust dah lupa bukankah ustaz pencacai umno? duk hirup duit dan ayaq umno. dok angkat umno? sebab apa? sebab ketika itu ust mencari sumber pendapatan tambahan dari ceramah tambahan.

namun, selepas pakatan ambil alih pulau pinang dan kedah , ust bakar terus menerus menyerang umno dan memfitnah sampai ke akar . ustz minat nak bertanding di sik. pi lah balik kedah bertanding. jangan dok menyemak di pulau pinang . tabuq semua fitnah yang bukan bukan. apatah lagi dalam ramadhan. lidah ustaz cayaq buat cerita bohong pada jemaah.

aku tau ust ni adalah pengerusi qariah masjid abu bakar taman guar perahu. masjid tempat cikgu abdullah khairi baca khutbah yang minta kerajaan di jatuhkan .ust jaja kisah abdullah khairi berpindah ke pulau ketam disebabkan umno.  kisah cikgu abdullah khairi berpindah ke pulau ketam tiada kaitan langsung dengan khutbah tersebut. abdullah khairi telah menyatakan satu jawapan dalam bela diri bersama panel di jabatan pelajaran pulau pinang. tapi, ust bagitau pada jemaah cikgu abdullah khairi di tukar kerana bacaan khutbahnya di taman guar perahu. ust jangan lupa masa bagi tazkirah zohor di masjid jawi pada 25 julai 2012. ust juga bagi tazkirah ramadhan di masjid kg kepala gajah, sg bakap pada 23 julai 2012 .ust mulakan tazkirah dengan bahaya fitnah. akhirnya ust mengolah cerita cikgu abdullah khairi dianiayai oleh umno?

ust bakar kena faham hal ehwal tindakan tatatertib. ini soal abdullah khairi dah mengaku masa bela diri . hawat ust kaitkan dengan umno. peliknya , ust terlupa cerita kekejaman nuar brahim masa jadi menteri pendidikan yang tukarkan guru 24 jam? ust tak adil dan ust ni macam nak jadi ahli neraka pulak.

perkara kedua, ust bagi kenyataan dalam harakah bahawa 3 pemfitnah umno dalam hal abdullah khairi dah berjumpa ust dan meminta maaf. pembohong!!!! . sumber memaklumkan kepada aku yang jumpa ust bakar ni hanyalah encik bakar seorang. bukannya en omar dan sobri safar yang hantar surat pada JAIPP. ust boleh bagitau siapa 3 orang pemfitnah tu? ust gagal nyatakan dalam harakah? harakah bersekongkol dalam fitnah dengan ustaz.

ustaz kata umno teruk . ustaz lagi buruk dari umno. silap silap ustaz boleh jadi penghulu neraka kot. ust minta en bakar tu jumpa kawan en bakar yang keluar tv3 tu tarik balik surat yang dihantar ke JAIPP. aiyya ini budaya tidak baik ustaz. lebih teruk lagi, cerobong masjid ustaz halakan pada rumah en bakar. lakukan perbuatan spt mengungut. mentang mentanglah tiada orang umno  support dia, ust balun dia baguih punya.

satu lagi ust, bukankah kontrak ust telah ditamatkan dengan JAIPP. ust dari segi kerja agak kurang kemas. kata lainnya kurang berdisiplin sikit. tapi ustaz dok ajar orang agama suruh berdisiplin. ustaz tak hantar borang sambung kontrak. ustaz bantai umno kata penyebab ust tak sambung kerja di JAIPP. ustaz JAIPP dan MAIPP tu milik siapa? masa ust berjawatan dulu ust berdisiplin tak dalam kerja? masuk pejabat pukul berapa? keluar pejabat pukul berapa? nabi SAW ajar makan duit haram ke ust? keje tak diikuti dengan baik?

wahai ust bakar, aku kenai hang dan tak perlulah nak buat cerita yang kurang baik. sebagai kenalan dari barat daya sampailah ke seberang perai tengah aku tak mau hang terjebak dalam kancah menyusun fitnah. hang nak bantai umno hang bantailah atas pentas pas dan pentas pakatan bukan dalam masjid. tak baik. tak kan itu pun aku nak ajaq . hang orang pas, naik pentas dan bantai umno cukup cukup. dulu hang jilat pungkuk umno, la ni hang nak berakkan umno? takpe ini masa hang. Allah itu berkuasa ust bakaq. tak perlu manusia membalasnya. KUASA RABBUL JALIL PENENTUNYA.

SISIPAN BK :



pesanan utk seluruh umat islam dan bukan untuk ust bakaq baikalani jer
 
Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.
Firman Allah SWT :"Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al-Baqarah : 217)
Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."
(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)
Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dibawa atau diterima.