Monday, July 9, 2012

PASCA E 13 : SIAPAKAH ADUN PAKATAN PENANG YANG PAU DUIT ORANG UNTUK MELOBI ANUGERAH KEBESARAN DARI TYT PENANG?


berita tentang seorang adun pakatan rakyat yang kuat mengepau individu tertentu terutama dikalangan tauke yang kemaruk nak dapatkan darjah kebesaran dari TYT Pulau Pinang. perkara ini telah beliau lakukan sejak setahun dua ini. apa yang teruk si adun pakatan ini menyatakan beliau memerlukan wang cagaran sebagai tanda usaha kerja untuk melobi darjah kebesaran tersebut .

 ada yang sanggup memberi wang pelincir sehingga mencecah rm 10 000. kerja belakang pintu ini dilakukan oleh beliau tanpa pengetahuan pimpinan parti.sebagai makluman semua adun pakatan ini berkhidmat sebagai yb di kawasan tanah besar dan bukannya di sebelah pulau. nak detail lagi.... tunggu Bk akan dedahkan sabar ya...

tiada hitam putih dalam resit atau invoice yang diberikan kepada yb berkenaan dan si pemberi wang pula tidak berani melaporkan kepada pihak polis atau sprm . si pemberi wang pelincir takut mereka di soal siasat oleh sprm sekali kerana memberi wang rasuah bagi mendapatkan anugerah kebesaran.

yb berkenaan juga dilaporkan kepada BK tidak akan disambung khidmatnya sebagai wakil rakyat dalam pilihanraya ke 13. nak tahu sebab apa? salah satu sebabnya ialah kerana kes wang pelincir ini. kedua yb ni memang lembab wal berdengung. dalam sidang dun, yb ni selalu kena balun dengan exco dap sendiri. oppsss.....nanti semua orang boleh tau sapa YB ni. nak tahu yb ni naik kereta apa?khabarnya ada sebuah kereta jenis honda? he he . cuba teka...honda crv kah, honda accord ka? honda strem kah? honda city kah? yang pasti bukan Honda Ex5 . 

apa pun kisah gelagat dan perangai yb ni mengepau orang tertentu dah diketaui oleh semua pihak terutama peringkat parti di bahagian yb ini berkhidmat.BK tak tuduh no...tapi nak wat mcm mana, org terima dan bagi rasuah mana ada resit hitam putih. ini cuma pelincir untuk melobi darjah kebesaran sahaja.


yb ni mujurlah nak dapat datuk tak beri wang pelincir..........................jangan salah sangka no...bukan yang ni ada yang lain ...............


Thursday, July 5, 2012

PASCA E13 : RIZAL HAMID DARI KEM MANSOR OTHMAN BAKAL CALON DUN SG ACEH. INI KEPUTUSAN PKR NEGERI?



BERKENALAN DENGAN BAKAL CALON PKR SG ACEH :

Nama : Rizal bin Haji Hamid
Tarikh Lahir : 14 Jun 1975
 Umur : 37 Tahun
 Alamat : N0. 2 Lorong Ilmu 3 Taman Ilmu 14300 Nibong Tebal
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan , USM.

pergolakan bakal calon PKR bagi DUN Sg Aceh bermula selepas cubaan rizal yang mahukan jawatan ketua cabang  dalam pemilihan pkr cabang nibong tebal pada tahun 2010. wujud 2 kem dalam cabang pkr nibong tebal iaitu kem yb makhtar dan kem rizal hamid. dari segi ketrampilan dan gaya anak muda serta segak berpidato , kredit menyebelahi rizal.

rizal hamid kalah di tangan yb makhtar. inilah tamparan besar yang berlaku di cabang nibong tebal. rizal hamid merupakan proksi kuat kepada mansor othman dan sekarang berniaga di sg petani. khabarnya dapat projek dari pakatan kedah.

selaku anak muda, semangat muda yang mengalir dari tubuhnya berkehendakkan sangat beliau dicalonkan sebagai calon dun sg aceh. kempen telah di susun supaya pkr negeri mencalonkan nama beliau dan mengenepikan pesaing beliau mohd kamil abu bakar.

kem rizal mendapat sokongan padu daripada mansor othman dan mansor sendiri agak kurang baik dengan yb makhtar. yb makhtar seorang yb yang agak ortodok dan amat slow dalam segala tindakan. pkr memerlukan calon yang liberal dan cepat dalam tindakan.

rizal cuba bertindak sebagai hero dalam kes mendapatkan geran tanah bagi perkampungan pprt chenaam. persaingan menjadi hero berlaku antara beliau dan kamil abu bakar. lalu pernah berlaku pertemuan penduduk pprt chenaam dengan kerajaan negeri sebanyak 2 kali. pertama dianjurkan oleh kamil dan kedua dianjurkan oleh rizal.

kamil pula dikhabarkan boleh berbincang dengan pejabat daerah dan tanah SPS. manakala harapan rizal terletak pada mansor sahaja. pembinaan bilik gerakan pkr di tg berembang juga adalah iltizam rizal.

sewaktu di zaman kampus, rizal bukanlah seorang yang aktif dalam gerakan mahasiswa usm. beliau hanyalah seorang pelajar biasa dan naik selepas jiwanya yang kuat terarah kepada anwar. rizal amat bercita cita besar untuk menumbangkan adun sg aceh yb dato mahmud. secara kebetulan rumah mereka berdekatan . Rumah dato mahmud bernombor 6 dan rumah rizal bernombor 2. bak kata kawan BK menjerit pun sampai.

dun sg aceh sememangnya menjadi kubu kuat umno sejak dari dulu. pun begitu arus 2008 tidak menjanjikan keselamatan untuk dun ini. jika leka dan berlaku larian undi di Daerah mengundi sg udang, maka dun sg aceh boleh kalah. sekiranya pengundi cina di permatang tok mahat dan sg udang memberi 77% undi kepada pkr, dun sg aceh boleh kalah.

perkhidmatan yang diberi oleh dato mahmud pada dapatan BK amat memuaskan. namun, perasaan orang mungkin kurang di ambil perhatian. dato mahmud perlu menggiatkan usaha berjumpa pengundi cina dalam erti kata yang lebih krtikal. selama 3 hari BK di dun sg aceh dan berbual dengan penduduk melayu dan cina di DM sg udang ternyata kawasan ini dalam kategori kelabu.

bagi bakal calon pkr, sudah pastilah rizal berkehendakkan kemenangan . bila menang maka jawatan exco akan diserahkan kepada beliau mewakili kerusi pkr. beliau anak muda. paling teruk pun di beri kerusi ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat di bawah kerajaan negeri.

yang menarik di sini ialah rizal mempunyai seorang ahli keluarga yang merupakan pimpinan umno bahagian nibong tebal. macam cerita antara khalid samad dan sharir samad. seorang pas dan seorang umno. yang ini pula seorang pkr dan seorang umno. bak kata pepatah " air di cincang tak kan putus"

pernah terlantar di wad 499, KPJ Jalan Perda akibat penyakit batu karang
ikuti kisah lanjut dalam siri  ke 3

Wednesday, July 4, 2012

PASCA E 13 : BN NIBONG TEBAL MENANTI KEHADIRAN ANWAR IBRAHIM


MAMPUKAH 3 PEMIMPIN TERAS UMNO BAHAGIAN NIBONG TEBAL MEMASTIKAN PERTAHAN MEREKA BENAR BENAR KUKUH MENGHADAPI SERANGAN PAKATAN YANG DIPIMPIN NUAR. KEHADIRAN NUAR DI NIBONG TEBAL SUDAH PASTILAH MEMBERI KESAN SAMPINGAN DI KE TIGA TIGA DUN YANG ADA.

Nama nibong tebal tiba tiba melonjak naik selepas anwar ibrahim secara tiba tiba mahu menawarkan dirinya bertanding dalam E 13 di parlimen nibong tebal. kekerapan kehadiran beliau di kawasan parlimen ini sedikit sebanyak memberi kesan langsung kepada ungkapan beliau sebelum ini.

che gu bad sendiri telah menyusun hampir 7 program sepanjang April hingga jun di kawasan nibong tebal. Kecuaian tan tee beng yang melakukan acara lompat parti sudah pastinya menghampakan nuar brahim sendiri. lalu setiap kali nuar datang ke nibong tebal, beliau akan kata beliau anak watan di sg bakap. arwah bapanya bekerja di hospital sg bakap.

persiapan jentera parti pkr nampak kukuh untuk menerima anwar. namun pada hakikat yang sebenarnya pkr cabang nibong tebal sedang bergolak. hubungan pkr dan pas hanya mesra di bibir mulut sahaja. pkr dan pas sedang berebut kawasan dun sg aceh. pas mahu menuntut semula kerusi dun sg aceh.lalu pada 24 jun yang lalu mat sabu telah turun ke sg aceh menggantikan hj hadi yang sepatutnya hadir ke sana. Dewan JKKK hanya dihadiri lebih kurang 300 ke 400 orang sahaja. 3 hari sebelum itu, mahfuz dan che gu bad bersama di sg aceh. yang hadir tak sampai 300 orang

DUN sg aceh merupakan dun yang menjadi kubu tradisi umno dan dun yang dari dulu ditandingi pas. pas mahukan kerusi ini semula kerana kata mereka sg bakap telah di ambil oleh pkr , jawi dap dan maka wajiblah sg aceh diserahkan semula kepada pas.

hubungan renggang terus berjalar. antara nama pimpinan pkr yang sedang kuat di sebut sebut akan bertanding di sg aceh ialah saudara rizal bekas siswa lulusan usm dan encik kamil pegawai khas yb makhtar. kedua dua mereka sedang mengharapkan agar kerusi dun sg aceh menjadi milik mereka.

Pergolakan dalaman PR Nibong Tebal mula wujud selepas DS Anwar Ibrahim merasmikan Ranting PKR Bandar Tasek Mutiara di hadapan Klinik Wawasan milik Dr Pripal Singh. Dr Pripal  Singh  disebut sebagai calon PKR Sg Bakap. Dr Pripal fasih di dalam Bahasa Mandarin dan Tamil.Keadaan ini menyebabkan kumpulan pro YB Makhtar terutamanya orang Melayu dan kumpulan aliran agama merasa tersinggung.

Kumpulan yang kontras dengan YB Makhtar mengharapkan Dr Pripal dinaikkan sebagai calon DUN Sg Bakap memandangkan beliau boleh menarik undi kaum India dan Cina. Beliau juga merupakan seorang muallaf. Pun begitu amalan Islamnya di rumah agak kurang.Bagi orang Melayu, mereka lebih menyukai YB Makhtar kerana sering menyampaikan kuliah harian secara giliran di setiap masjid dan surau.

Kumpulan yang kontras dengan YB Makhtar  mahukan seorang calon yang lebih liberal dan dapat berjumpa dengan semua pihak. Permasalahan yang berlaku sekarang ialah, tak mungkin seorang Ketua Cabang di nafikan hak sebagai calon.

Perkara kedua pula ialah berlaku perselisihan pandangan antara PAS dan PKR dalam mendapatkan kerusi DUN Sg Acheh.PAS lebih berusaha dan menampilkan bendera mereka lebih banyak dari bendera PKR di Sg Acheh. Dalam muktamar pemuda PAS pada Mac yang lalu, mereka juga bercakap soal kerusi DUN Sg Acheh yang sepatutnya diserahkan semula kepada PAS.

Saudara Rizal merupakan proksi kepada TKM 1 YB Dato Mansor. perbalahan ini amat ketara apabila kedua duanya ingin menjadi juara dalam kes pemberian  geran tanah di PPRT Sg. Chenaam.

Anak YB Anwar Ibrahim juga ( Nurul Nuha) juga sering disebut sebut oleh PKR Nibong Tebal sebagai pengganti Tan Tee Beng.Kehadiran dan pengumuman Anwar untuk bertanding di Nibong Tebal sewaktu ceramahnya di Sungai Acheh pada 31 Mac 2012 yang lalu telah menimbulkan spekulasi bahawa beliau benar benar akan bertanding di Nibong Tebal.Bagi kuam Cina dalam PR pula, mereka mahukan calon Cina dikekalkan untuk kerusi parlimen Nibong Tebal bagi mewakili PKR.

Antara nama yang sering di sebut mewakili PKR untuk kerusi parlimen Nibong Tebal  ialah YB Lau Choo Kiang yang merupakan ADUN Tambun dan menjawat jawatan sebagai Exco Pembangunan Industri Asas Tani,Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir.

Dr Pritipal Singh juga disebut sebagai calon PKR Sg Bakap. Dr Pritipal fasih di dalam Bahasa Mandarin dan Tamil.Berlaku perselisihan pandangan antara PAS dan PKR dalam mendapatkan kerusi DUN Sg Aceh.Kerusi DUN Sg Aceh juga menjadi rebutan antara Wan kamil pegawai khas ust makhtar dan Rizal Hamid AMK Pulau Pinang yang bertanding menentang YB Makhtar dalam pemilihan Cabang PKR Nibong Tebal yang lalu.

Anak YB Anwar Ibrahim juga ( Nurul Nuha) juga sering disebut sebut oleh PKR Nibong Tebal sebagai pengganti Tan Tee Beng.Kehadiran dan pengumuman Anwar untuk bertanding di Nibong Tebal sewaktu ceramahnya di Sungai Acheh pada 31 Mac 2012 yang lalu telah menimbulkan spekulasi bahawa beliau benar benar akan bertanding di Nibong Tebal.

KEDUDUKAN TERKINI PENGUNDI NIBONG TEBAL :

melayu     25 069
cina          21 235
india           9577
lain lain       106
jumlah       55 987  

PKR yakin akan menerima lebih drp 78 % sokongan pengundi cina, 55% pengundi melayu dan 53% pengundi india. jika angka ini benar berdasarkan sumber dalaman pakatan nibong tebal sendiri, bermakna pengerusi perhubungan umno akan kalah di nibong tebal.

tetapi sekiranya bn berjaya mendapat 70% pengundi melayu , 27% pengundi cina dan 60 % pengundi india , maka bn akan menang dengan majoriti antara 2000 ke 3000 .

SIAPAKAH KAMIL BAKAL CALON SG ACEH DAN SIAPAKAH RIZAL HAMID?


BERBAJU HIJAU ITU IALAH KAMIL. JIKA YB MAKHTAR TELAH MERASA LETIH UNTUK MENJADI YB,  MAKA BELIAU AKAN MELETAKKAN KAMIL DI DUN SG BAKAP DAN RIZAL DI SG ACEH.

TETAPI SEKIRANYA ANWAR MELETAKKAN DR PRIPAL DI SG BAKAP, MAKA RIZAL AKAN PI KE SG ACEH. MAKA KAMIL BOLEH HISAP IBU JARI SAHAJA.MENGAPA RIZAL MENJADI PILIHAN? APAKAH SITUASI SELANJUTNYA?

ikuti pendedahan lanjut dalam siri kedua. semuanya di BK. WA BERKAMPUNG DI NIBONG TEBAL SAMPAI POSA.....




PASCA E 13 : YANG MANA SATU ANWAR: PERSEPSI BERGAMBAR

NAMPAK BAIK NYER DIA...BERSAMA ORG KAMPUNG DI DAPUR.
NAMPAK MESRANYA DIA ...BERSAMA CHINA DOLL
SEDAP NUAR MAKAN
BUKAN DIA KOTT.......

INILAH PERMAINAN PERSEPSI YANG KUMPULAN ANWAR DUK BAWA SEKARANG. MAKAN DI DAPUR. JANGAN BAWA MASUK KERETA MEWAH DALAM KAMPUNG, RENDAH DIRI, NAMPAK WARAQ DLL.FIKIRLAHHHHH

PASCA E 13 : ISU TANAH WAKAF DI SG DUA. APA KAESUDAHANNYA?


" wa yang rancang ini semua ......ini melayu mana tau...

Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengambil tanah wakaf kawasan tapak perkuburan Islam Sg Dua, dengan menawarkan RM1.5 juta yang akan digunakan sebagai tapak komersial.

Pada 7/12/2009 Kerajaan Negeri Pulau Pinang DAP telah mengarahkan membuat pembayaran keatas Nor Hidayah @ Hidayah Bt Md Zain ,no kad pengenalan 351008075088 di atas sekeping cek bernilai $1,581.457.26 berdasarkan tuntutan yang dibuat pada 1/12/2009.

Pelbagai persoalan timbul. Antaranya ialah :

Mengapa tapak perkuburan yang diwakafkan boleh di ambil alih dan pampasan dikeluarkan?

Adakah tindakan ini dibuat tanpa pengetahuan Majlis Agama Islam Pulau Pinang?

Bagaimana waris boleh mendapat pampasan keatas tanah yang sudah diwakafkan?

Adakah dengan mengambil tapak perkuburan ini,tiba tiba dihalalkan untuk dijual beli.

Persoalan timbul apabila pembayaran jika benar sekali pun diambil alih mengapa tidak dibayar kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.?

atau apakah selanjutnya status tanah ini sekarang?

Tuesday, July 3, 2012

PASCA E 13 : BETTY CHEW TAK MAU ULAS HAL SUAMINYA


BETTY LEBIH SIBUK MENJAGA GUAN ENG DI PENANG DRP MENJAGA KAWASANNYA KOTA LAKSAMANA. MENGAPAKAH BETTY BERADA DI PENANG ? APAKAH BETTY TIDAK RISAU GUAN ENG DI PENANG SEWAKTU BELIAU SEDANG BERBAHAS USUL DI MELAKA?
MAKAN PUN DAH TAK SEINDAH DAHULU? BETTY TIDAK LAGI SEMESRA DULU MELAYAN SUAMINYA GUAN ENG YANG TELAH BELIAU SEDARI AGAK GATAI SEJAK MENJADI KETUA MENTERI.

GADIS YANG MASIH LAGI BERWAJAH AYU. BK PUN BOLEH CAYAQ MCM NI.
KENAPA DAHI GUAN ENG? SEHINGGA SEKARANG TIDAK DIJAWAB?

PASCA E 13 : TIADA RUMAH KOS RENDAH DAN MAMPU MILIK DI BATU KAWAN


ketua menteri berlidah biawak sekali lagi gagal mengotakan janji . Sebelum ini beliau beria ia menyatakan bahawa kerajaan negeri bakal membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat pulau pinang. Pembinaan rumah kos rendah yang sepatutnya di bina di kawasan pulau akhirnya di pindahkan ke kawasan bt kawan secara kelompok. lalu selepas ini, kawasan pulau pinang terbahagi kepada dua iaitu kawasan orang kaya di pulau dan kawasan orang miskin dan sederhana di bt kawan.

Sehingga artikel ini ditulis tiada sebuah rumah pun di bina di batu kawan sedangkan guan eng telah pun berjanji tentang perkara ini sejak 6 bulan yang lalu. dimana rumah yang guan eng janjikan?

guan eng terus berseronok membohongi rakyat pulau pinang. sekiranya kita semua berkesempatan pergi ke bt kawan, rumah yang sedang rancak di bina ialah rumah kos sederhana yang bernilai rm 200000 dan ke atas. tiada rumah yang berharga rm 75 000 seperti yang guan eng janjikan.

rakyat pulau pinang perlu sedar. jangan terlalu asyik dibuai mimpi yang guan eng janjikan. walaupun marahkan bn, jangan paksa diri untuk dibohongi oleh guan eng. bolehkah rumah di bina sekelip mata? atau taburkan janji dahulu?

untuk pengetahuan semua, guan eng selalu menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai wang simpanan hampir rm 500 juta. mengapakah wang ini tidak dibelanjakan untuk rakyat pulau pinang? banyak rumah yang boleh dibina. rizab simpanan negeri pula mencecah hampir rm 1.1 billion yang mana rm 800 juta ialah peninggalan bn.

guan eng terus membisu dan gagal dalam mengurus negeri. guan eng membian pulau pinang sebagai sebuah negeri kapitalis moden. beliau mahu melayu , india dan cina miskin berambus dari kawasan pulau dan duk merempat di bt kawan. rakyat sedar akan hal ini. namun, kerana terlalu marahkan bn, mereka sanggup terus dibohongi.

kumpulan wang di satukan kerajaan penang sekarang berjumlah hampir rm 1.3 billion dan 80% adalah peninggalan kerajaan bn.tahun 2010 wang tunai dalam bank oleh kerajaan negeri berjumlah rm 1.5 juta. kenapa tidak dibelanjakan untuk rakyat?