Monday, July 2, 2012

PASCA E 13 : TUNTUTAN SMK ( C) JIT SIN -MANA JANJI LIM GUAN ENG DAP

Tanah telah pun diratakan. Permit kebenaran telah pun diberikan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pelajaran Malaysia

Kaum Cina mengharapkan sesuatu dari kerajaan BN dalam hal pembinaan sekolah ini, namun mereka tidak mengetahui bahawa lim guan eng pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menganggung sepenuhnya pembinaan sekolah ini

tanah pembinaan sekolah telah pun diratakan. dah hampir 6 bulan tanpa ada sebarang perubahan. temubual yang dibuat dengan beberapa orang pimpinan kaum cina tempatan menyatakan kerajaan perlu membantu pembinaan sekolah ini kerana guan eng jelas berbohong kepada kaum cina seberang perai selatan.

Penang BN and SMJK Jit Sin School Board meeting with Deputy Prime Minister
mesyuarat ahli lembaga pengarah bersama TPM sebelum pembinaan sekolah ini.

Lim Guan Eng selaku ketua menteri Pulau Pinang hanya mampu memberi rm 100 000 sebagai dana awal kepada pembinaan SMK C Jit Sin cawangan seberang perai selatan.Sumbangan yang diberikan ini amat memalukan DAP kerana sebelum ini beliau pernah mencabar kerajaan supaya memberi permit kebenaran untuk membina sekolah tersebut.Sekiranya kerajaan memberi permit sekolah berkenaan, maka beliau akan membiayai sepenuhnya pembinaan sekolah tersebut.

Berdasarkan hakikat sedemikian, Parti Gerakan dan MCA tidak menghiraukan permainan politik DAP yang menyatakan BN tidak mahu membantu pembinaan sekolah tersebut . DAP harus ingat mereka yang berjanji dan mencabar kerajaan untuk memberi permit sekolah berkenaan. sekarang permit sekolah berkenaan telah pun diberikan oleh kerajaan BN, namun yang membohong kaum cina Pulau Pinang ialah guan eng dan DAP sendiri.

Guan eng lebih suka bermain politik kerana mereka tahu kaum cina amat sensitif dengan isu pendidikan. Justeru, seluruh kaum cina Pulau Pinang perlu sedar bahawa dap yang pro kapitalis tidak menghiraukan kepentingan pendidikan cina. sebagai pengetahuan, sebelum ini Perdana Menteri pernah memberi bantuan RM 15 juta pada september 2011 untuk sekolah sekolah tersebut :

SMJK Chung Ling Butterworth,
SMJK Jit Sin,
SMJK Chung Ling,
SMJK Heng Ee,
SMJK Phor Tay,
SMJK Perempuan Cina,
SMJK Union,
SMJK Convent Dato Keramat,
SMJK Chung Hwa Confucian,
SMJK Sacred Heart, Chung Ling (Private) High School,
Jit Sin Independent High School,
Penang Chinese Girls High School (Private),
Phor Tay (Private) High School dan
Han Chiang High School.

Wang tersebut diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Thursday, June 28, 2012

PASCA E 13 : 10 JULAI KEPUTUSAN CIKGU ABDULLAH KHAIRI SELEPAS MESYUARAT BERSAMA MAIPP


Laporan dibuat oleh  Abu Bakar Bakilani Abu Hassan di Balai Polis Kubang Semang, pada jam 4.20 petang.

Abu Bakar menyatakan pihaknya menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh dua individu yang membuat kenyataan, selain sebuah stesen televisyen swasta yang bertindak sebagai penyiar kepada dakwaan itu.

“Tujuan laporan polis ini dibuat adalah bagi menyatakan rasa marah di samping membersihkan nama baik masjid yang sudah tercemar.

“Kita menuntut pihak berkenaan (individu dan stesen televisyen) supaya memohon maaf secara terbuka kepada kariah masjid,” katanya.

Tegas Abu Bakar, khatib di dalam doa khutbah tersebut tidak langsung menyebut mahu menggulingkan kerajaan, mahu pun menujukan ia kepada mana-mana parti.

Katanya, pihaknya juga sudah meneliti rakaman khutbah, dan ia jelas bercanggah dengan apa yang didakwa.

surat mohon menyiasat di serahkan kepada pegawai JAIPP untuk di ambil tindakan lanjut

Doa khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Sidiq, Taman Guar Perahu, Permatang Pauh pada 22 Jun 2012 dikatakan mengandungi hasutan untuk mengguulingkan kerajaan 

JAIPP sedang menjalankan siasatan berikutan laporan Buletin Utama TV3 pada 23 Jun dan 24 Jun 2012.

Pada 24 Jun 2012 Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) telah mengarahkan Pegawai Tadbir Agama Daerah SPT menyiasat perkara tersebut.


Pihak JHEAIPP hanya menerima aduan bertulis, daripada anak khariah pada 26 Jun 2012, berdasarkan sepucut surat bertarikh 25 Jun 2012.


Pihak JHEAIPP juga telah menghubungi Pengerusi Khariah untuk mendapatkan maklumat berkaitan, dan juga telah menerima rakaman khutbah yang dibuat oleh pihak Jawatankuasa Khariah berkenaan pada 25 Jun 2012.


Khutbah yang dibacakan khatib jemputan berkenaan adalah berkaitan Israk dan Mikraj serta pengajaran yang boleh diambil daripadanya.


Siasatan awal JHEAIPP mendapati bahawa khatib telah berdoa seperti berikut :


"Berikan kemenangan kepada jemaah Islam ya Allah, ya Allah hancurkanlah ya Allah kepada orang yang memberikan penindasan, menyeleweng yang menipu ni ya Allah, jatuhkan mereka ya Allah dalam pilihan raya yang akan datang ni ya Allah."

( nawaitu cikgu abdullah khairi membaca doa ini nak ditujukan kepada siapa? kepada PAS? kepada PKR? kepada DAP atau kepada parti ikhwan atau parti di thailand?parti mana yang nak dijatuhkan? Doa yang dibacakan ini mengandungi niat buruk untuk memecah belahkan umat. Abdullah khairi di cabar untuk bertanding dalam pilihanraya di mana mana kerusi dun yang menempatkan calon umno.)



masjid ini telah di tadbir oleh pasukan pakatan yang rakus mahu mendoakan rakan seagama. kepada bakar baikalani dinasihat kepada kapu agar kamu memuhasabah diri kamu. apakah kamu lupa perbuatan kamu yang di belakang tabir melanggar syariat Islam. di dunia kamu boleh berbohong. tapi dengan Allah kamu akan terima balasannya.

kalau kamu nak bertanding atas kerusi pas di sik, kamu boleh berambus dari bumi penang. jangan pecah belahkan umat walupun kamu seroang kakitangan di pejabat agama

Semalam JAIPP telah memutuskan untuk mengeluarkan keputusan hasil siasatan pada 10 Julai 2012 selepas bermesyuarat dengan Malik Kassim yang juga merupakan YDP MAIPP. pelik juga kan, kata nak bagi jawatan YDP ini pada salleh man. 

Timbul tandatanya siapakah yang akan mempengerusikan mesyuarat MAIPP berkaitan keputusan kes abdullah khairi ini?

Apakah JAIIP redho dengan kenyataan malik kassim selaku ydpmaipp bahawa teks khutbah bebas dibaca tanpa mengikut teks khutbah yang disediakan oleh pihak JAIPP?

Apakah abdullah kahiri mempunyai tauliah untuk mengajar di masjid masjid atau menyampaikan khutbah?

Abdullah khairi seorang guru yang suaranya lunak dalam sajak sakaratul maut , namun dia tidak menghayati bait bait sajak yang dibaca olehnya sendiri. inilah yang

pembaca sekalian, abdullah khairi membaca khutbah di bawah tajuk israk mikraj. pesanan buat abdullah khairi seperti pengajaran dalam peristiwa israk mikraj :

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Jangkaan BK keputusan akan berpihak kepada Abdullah Khairi atau dia akan menerima surat teguran sahaja. demikianlah sandiwara pakatan pasa dap dan pkr dalam hal ehwal islam pulau pinang.

Wednesday, June 27, 2012

PASCA E 13 : KERAJAAN DAP PENANG JUAL TANAH RAKYAT TAMAN MANGGIS, JALAN BURMAH


Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak menjual tapak tanah rumah kos rendah kepada sebuah syarikat pemaju swasta amat dikesali oleh pelbagai lapisan masyarakat. Tanah tersebut seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Burmah, Pulau Pinang.

Tanah itu sepatutnya dibangunkan rumah kos rendah sebanyak 272 unit bagi projek fasa kedua selepas fasa pertama sebanyak 320 unit telah disiapkan. Tanah berkenaan akan dibina hospital swasta tetapi ianya tidak memberi manfaat kepada golongan miskin kerana caj yang akan dikenakan sudah pasti mahal dan tidak mampu dibiayai mereka.

 Di bahagian pulau, hospital sudah mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah penduduk .Tindakan Kerajaan Negeri yang merancang untuk membina semula projek rumah kos rendah di Batu Kawan diselar kerana di bahagian pulau juga ada tanah yang telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut, namun atas faktor keuntungan dan harga tanah yang mahal, Kerajaan Negeri bertindak menjual tanah kepada pihak swasta.

 Proses penjualan telah dilakukan sejak 2010 dan berdasarkan  lokasinya yang terletak di pusat bandar, nilai hartanah itu boleh mencecah nilai RM30 juta. Penjualan ini membuktikan kerajaan negeri benar-benar mahu menjadikan di bahagian pulau, khas untuk orang kaya sahaja walhal setiap rakyat tanpa mengira latar belakang ekonomi juga mempunyai hak. 

Kerajaan Negeri sepatutnya mencari tanah pihak swasta atau tanah-tanah lain jika bebar-benar ingin membangunkan hospital dan bukannya mengambil tapak tanah yang telah dikhaskan untuk dibina bangunan rumah kos rendah.

PASCA E 13 : KERAJAAN DAP PENAG MENCEMAR MANIFESTO SENDIRI


Kawasan bahagian pulau di DUN Tanjung Bunga, Pulau Pinang merupakan satu kawasan pelancongan dan tumpuan warga asing sebagai rumah kedua

Pembangunan Ini adalah bentuk penipuan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP yang gagal mengotakan janji-janji manifesto pada PRU 12 lalu seperti
. Pembangunan perumahan mewah sangat giat dilaksanakan termasuk kawasan lereng-lereng bukit.“Memperluaskan kawasan hijau dan menghentikan projek-projek pembangunan tidak terkawal contohnya Pulau Pinang Global City Centre (PGCC) yang tidak mematuhi peraturan dan tidak dimasukkan dalam Draf Rancangan Struktur Pulau Pinang 2005- 2010.”

Sejak kebelakangan ini, banyak projek pembangunan perumahan mewah didirikan di lereng-lereng bukit di sepanjang Jalan Tanjung Bunga sehingga Batu Ferringhi. Biarpun demonstrasi dan bantahan telah diadakan oleh penduduk tempatan, projek-projek ini masih diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tapak projek perumahan mewah yang dibantah oleh penduduk adalah:

i) Projek pembinaan 21 unit villa 4 tingkat dan 80 unit banglo di lereng bukit di Jalan Low Yat yang terletak di Mount Pleasure, Batu Feringghi.

ii) Projek pembinaan 3 unit Double Storey Bungalow di Lot 589, 590, 592, Mukim 17 di Persiaran Tanjung Bunga 3.

iii) Projek Perumahan 23 three-storey linkhouses di Solok Tan Jit Seng, Tanjung Bunga.

Pada 1hb Jun 2012, telah berlaku satu kes tanah runtuh di belakang rumah No. 4, Jalan Bunga Chempa Puteh, Taman Puncak Mutiara, dimana tembok penahan rumah itu runtuh dan menimpa bahagian belakang rumah dan merosakkan 3 kenderaan.

Pada 4hb Jun 2012, satu lagi kes tanah runtuh berlaku yang melibatkan satu Kuil Hindu Sree Maha Bathrakaliamman Temple terletak di Lot 471, River Side Batu Ferringhi. Tembok dan lantai di depan dan belakang kuil rosak menyebab bilik penjaga kuil merbahaya untuk didiami.

Perkara ini merisaukan penduduk Pulau Pinang kerana pembangunan pesat tanpa kawalan terutama di lereng-lereng bukit akan merosakkan kualiti hidup. Bukit-bukau perlu dilindungi dan memastikan sungai dan udara bersih supaya kualiti hidup rakyat
terpelihara.

Semasa Barisan Nasional (BN) memerintah (Ketua Menteri – Tun Dr. Lim Chong Eu) perkara begini amat diambil perhatian. Bila projek perumahan di lereng Bukit Bendera mahu dibangunkan ianya mendapat bantahan dari penduduk setempat yang diketuai oleh
Setiausaha Agung DAP ketika itu (YB Lim Kit Siang) pihak BN memberhentikannya. Namun bila ia berulang kepada anak bekas Setiausaha Agung DAP itu sendiri dan demi kesejahteraan rakyat, perkara sama tidak dilaksanakan. Ini gambaran
double standard berlaku.

Tuesday, June 26, 2012

PASCA E 13 : BARISAN NASIONAL MENANG DI MESIR. TAHNIAH DR MORSI







Maksudnya:(Surah Al-Fath:Ayat 1,2,3):

1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
2. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).


Monday, June 25, 2012

PASCA E 13 : INTIPATI PEMBOHONGAN ANWAR DALAM PIDATO RAKYAT DI NIBONG TEBAL. SYABAS PAKATAN PENANG DALAM AGENDA PEMBOHONGAN


PENGACARA MAJLIS UMUM YANG HADIR DALAM 10 000 RIBU ORANG
YANG BENAR : PARAMETER SEKELILING YANG AKU TENGOK SEKALI YANG DOK DALAM GELAP , ATAS MOTOR DAN SEBAGAINYA TAK SAMPAI 4000 ORANG

PENCERAMAH :

1) YB. Lau Choo Kiang ( Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
2) Sdr. Badrol Hisham ShaharinB( Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia )
3) YB. Dr. Mansor Othman
4) YB. Datuk seri Anwar Ibrahim

MAI KITA BACA APA DEPA BOHONG ORANG NIBONG TEBAL SEMALAM. AKU PUN TURUT KENA BOHONG SEBAB NAK DENGAR CERAMAH PEMBOHONG TEGAR MALAYSIA :
             1.   Kenaikan harga barang(DAP PENANG TAMBAH PETAK PARKING SENYAP PLAK)

            2  :       Rasuah di kalangan pemimpin BN / UMNO. ( PR RASUAH SENYAP)

3  :       Menang Pilihanraya Minyak akan diTurunkan. ( DAH MENANG 4 NEGERI BAGILAH SUBSIDI MINYAK DI EMPAT  NEGERI INI)

4  :       Pakatan perintah Pulau Pinang berjaya kurangkan hutang dari 300 juta kepada 30 juta. Pelabur asing ramai masuk dan pelaburan tertinggi di Malaysia. ( DOK BOHONG AYAT NI LA )

5  :       MPSP dulu nak bangkrap, tetapi sekarang banyak wang.( SEBAB TAK BELANJA . SEMUA INFRA DAH BN BUAT )

6 :        UMNO menyalahkan pakatan pembangkang tak bawa pembangunan kepada orang melayu di Pulau Pinang, tetapi apa pemimpin UMNO buat semasa perintah.( BUAT SAMPAI HANGPA BOLEH CERAMAH LA. LA NI DENGAN AMAN DAN ADA TAMAN , ADA PADANG. NAK APA LAGI?HANGPA BINA RUMAH MEWAH BANYAK. UMNO TAK BUAT MACAM TU...DEPAN MATA LA BENGONG WOIII)

7 :        Skandal NFC,( SKANDAL 3 BILLION. MANA BANYAK LAGI?

8 :        Pendidikan percuma kepada semua kaum.  ( MASA JADI MENTERI KEWANGAN DULU DAN JADI TPM HAWAT TAK BUAT DAN BENTANG DALAM BAJET?)                          

9;         UMNO sebenarnya menghina raja, ini terbukti dimana isu minyak apabila Sultan Kelantan mahu royalti diberi kepada kerajaan kelantan tetapi UMNO tidak beri.( LA ITU JER KER...YANG HANGPA KURANG AJAR TAHAP GABAN TU DIAM PLAK)

10:       Tanah rizab melayu banyak digadai oleh UMNO  contoh di Johor, Negeri Sembilan,Perak.( ZAMAN NUAR LAGI BANYAK TERGADAI. IPP GADAI HAK RAKYAT. WANG RAKYAT .NUAR LA PUNCA IPP)

11:       Cincin Rosmah bukti melalui borang Kastam ( RM 3 BILLION NUAR BUKTI MELALUI TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA LAGI)

12:       Isu kapal selam. PM akan didakwa mahkamah Perancis.     ( SAMAN LA DI MALAYSIA WAHAI NUAR. HAWAT MINTA PERANCIS PULA?) 

                                                                       

PASCA E 13 : SERUAN GULINGKAN KERAJAAN OLEH SEORANG BEKAS GURU YANG PERNAH MENGAJAR DI SMK SERI MUDA DI MASJID TAMAN GUAR PERAHU


MAJLIS PENERANGAN PARLIMEN ULU SELANGOR APADA 23 DISEMBER 2011
Ust Abdullah Khairi menyampaikan motivasi kepada para aktivis dalam mendepani cabaran yang penuh dengan tipu daya oleh pihak musuh
cikgu abdullah khairi bersama pimpinan pas kawasan selangor
Tarikh : 23 Jun 2012. Lokasi :Taman Meru. Program : Bicara Ikon iaitu Tn. Hj Subky Latif dan Yb Dato' Hj. Mahfuz Omar dengan dipengerusikan oleh Ust Abdullah Khairi.
cikgu abdullah khairi bersama mat sabu dalam majlis yang sama


apa yang saya catitikan ini sebagai satu kisah yang berlaku di taman guar perahu dalam khutbah jumaat yang di sampaikan oleh cikgu abdullah khairi. Aku pada awalnya amat menghormati cikgu ini sebab dia merupakan pembaca sajak sakaratul maut di zaman arqam dahulu dan bekas seorang jurutera yang bagus.

Namun, penghormatan aku sejak kebelakangan ini terhadap beliau lusuh 100% apabila beliau membawa misi politik mengatasi misi dakwah. ceramahnya berbaur politik yang amat busuk sehingga menghentam pelbagai pihak sebagai tidak betul.

Baru -baru ini sewaktu menyampaikan khutbah jumaat di taman guar perahu, beliau telah menyeru agar umat islam bangkit menggullingkan kerajaan dan tidak mendoakan kesejahteraan kepada yang di pertuan agong dan TYT Pulau Pinang. Mungkin bagi beliau, mengguling kan kerajaan lebih syarie,Beliau dikhabarkan telah bertukar ke smk pulau ketam selangor atas kesalahan tatatertib.

Kehebatan belia sebagai penceramah motivasi pada awal pembabitan beliau di bidang ceramah akhirnya tercemar selepas menyertai pas. beliau di dalam pas tidak sesenior manapun. aliran pemikirannya dahulu lebih terarah kepada arqam.

Pengerusi masjid taman guar perahu juga seorang ahli pas pekat ust bakar baikalani yang menghalalkan cikgu abdullah khairi menghentam kerajaan di dalam masjid. macam lah bagus sangat cikgu ini. kadang kadang bila mengaji quran maaf cakaplah makhrajnya pun ada lari sikit. dalam kuliah motivasinya semuanya asyik menghentam waris .atas dasar kononnya ingin menyedarkan waris sehingga beliau dihinggap bisikan syaitan yang menyatakan beliau lebih baik dan hebat pada orang lain.

cikgu abdullah khairi memang berminat untuk mewakili pas sebagai calon sekiranya dinaikkan namanya. silap-silap di dun teluk air tawar sebab beliau pernah berkhidmat di sekolah menengah teluk air tawar .beliau lantang menghentam kerajaan di atas pentas ceramah pas dan boleh dikatakan semuanya tak betul. patutlah anak murid beliau di smk teluk air tawar dan smk seri muda baguih baguih belaka beliau didik.

seorang penceramah tidak semestinya berjaya berdakwah di celah kelangkangnya sahaja. cikgu abdullah kahira enta perlu ingat enta memilih profesion penguruan untuk berdakwah dan bukannya untuk menghentam orang lain sesuka hati sehingga bisikan syaitan menghinggapi tusuk jiwa enta.