Thursday, June 21, 2012

PASCA E 13 : MESYUARAT PKR PENANG SIRI 3

DALAMAN YANG BERGELORA ANTARA 2

Dr Mansor:

Kita menang putra jaya..ada thousands of jobs.. i tak payah la…i nak jadi duta china ok la..hahahaha
Duta saje berapa ratus..nak isi untuk siapa kalau bukan org mcam kita..agencies in govt..beratus…
U want to put BN guys ka..penang port..risda, felda..felcra
Thousands of them..and gaji more than YB..so why nak jadi setakat YB..
If u win putrajaya, duta.. foreign affairs beratus jobs for us…
U think u want to retain umno guy …no way…
Senator?
Makan angin sahaja kita..tak pikir masalah banjir…
These are the things ..putrajaya can open flood gates for us…
 
Mansor:

Seats i agree…
Cume seng kiat tolong talk to haji rashid…i have already called him..
I punya problem…tasek gelugor punya cabang…johari kassim…mintak duit..
Kalau bukan sebab election..i will kick these people out…
I might give that seat to pas..sebb pas mintak one more seat sangat..
 
Mokhtar…boss nak turun sg acheh..die suruh orang boikot sebab tak go thru cabang die..
And he is the s/usaha phubungan negeri
Tulis surat sume jkkk ..and u imagine surat dapat kat umno…
Bila umno dapat..ayoyo…mampuih kita
Die punya argument…sebab tak discuss dgn die..juz like that…
Ini big boss punya programm..see the kind of problem we are dealing..
Tu la..jadi duta cukup la…Now our job we kick umno..we have to swallow everything..we must not give an inch to umno..cannot make mistake..mistake mcam ni lah…
During election time, u all must come to malay areas..sg lembu, kg cross..u divide among urself…
 
Beberapa points yang perlu kita hadamkam:-
 
* Budaya SABOTAJ dalam PKR ini bukan mainan. Memang dari dahulu lagi. PKR ini memang parti ugut dan parti duit. Kalau tak ada duit, jangan harap Anwar boleh control Ketua Cabang yang semuanya macam penyamun. Ini diakui sendiri oleh Dr Mansor;
 
** PKR PP dalam keadaan yang sangat tidak stabil. Ramai kalangan Ketua Cabang dan penggerak nak gunakan PRU sebagai jalan mendapat sumber kewangan luar jangka. Usaha ugut, merajuk, sabotaj – memang dah jadi makanan PKR PP;
 
*** Dr Mansor sendiri sanggup beri kerusi kepada PAS – kerana PKR Cabang berpecah belah.
 
**** Dr Mansor dah BOOKED jawatan Duta Malaysia ke China kalau Anwar ke Putrajaya. Tugas senang.

PASCA E 13 : MESYUARAT STRATEGI PILIHANRAYA PKR SIRI 2

TIDAK SEHALUAN DENGAN GUAN ENG DAN YAKIN MELIHAT MELAYU DI TINDAS DAP

 
Question:
What if they threaten a 3-corner fight if we dont bow to their their (dap) demand?
 
Mansor replied “ “We will fight ..thats y i asked to preapare another list..like sg pinang, jawi… I have asked Lau to prepare..kite tak mau bising but we have to get ready for possibility.”
 
“Must have names in potential seats..seri delima…sg pinang…you must prepare a number of extra candidates.not only 5…this election you must hv at least 10 chinese candidates..
Politics is the art of possibilities..macam2..but we hope not to believe in all our members
Prepare some extra names….get more young people..
 
Mansor : Machang bubok ada resentlment..(problem) he (incumbent) might not get it..
 
Question:
Resistant from where?
 
Mansor replied: Dalam kawasan pun ada,,,
Die (hock leong) pun ada history sikit tak brapa (turn kawasan)…kita tak mau kata..i sayang la die..we were together.. i was chairman and he was timbalan…u kene cakap hock leong..nanti i tak mau die bertanding bebas..

Mansor : Pusat might throw in kai loon (for machang bubok)…he is from penang what.. Others in meeting objected..

Mansor said : He is from Bukit Mertajam you know..permatang pauh..
 
Question:
What is our strategy in getting more seat from DAP in future?
 
Mansor: Where? In Penang? We prepare ghost areas lah.. get prepared.. die orang lawan satu u orang lawan la..
 
Statement:
The watihah will be issue if there is 3-corner fight..
 
Mansor:
We hope not happen..kita pun tau dap tak strong..
Guan eng macam tokong u know..to the chinese…
U cannot deny that..he is just like a tokong…
Itu yg buat die org sombng,,,very2 angkuh and arrogant..
Get ourselves stronger..
Every seat kita target nak bertanding..kene ada orang
Stock ready candidates for areas nak bertanding
I have already asked Lau to identify areas for pkr to stand
Die lawan kacau tampat kita, kite kene lawan
 
* apa yang nak disampaikan oleh Dr Mansor adalah kemungkinan DAP mahu membolot kemenangan DAP hanya untuk parti mereka. PKR tidak boleh ambil mudah dengan kemungkinan ini. Andai kata pertembungan PKR dan DAP berlaku di Pulau Pinang – maknanya. Pakatan Rakyat akan dengan sendirinya GAGAL.
 
** apakah dalam keadaan PRU semakin hampir, masih perlu ada elemen ketidakpercayaan di antara parti dalam PR? ini semua membayangkan pemikiran ‘konspirasi’ yang akan melanda sesama sendiri.
 
*** apakah DAP memang mempunyai pemikiran untuk mendapatkan PP sebagai ‘Negeri Cina’ yang tidak bergantung kepada mana-mana parti lain termasuk PKR dan PAS.

PASCA E 13 : MINIT MESYUARAT STRATEGI PILIHANRAYA PKR PULAU PINANG DI DEDAH


KEHADIRAN
 
Dr Mansor Othman – PKR Vice President, PKR State Liaison Committee Chairman and Penang Deputy Chief Minister
Felix Ooi – MPPP Councilor and Timb Ketua Bhgn PKR Bkt Bendera
Tan Seng Keat – MPPP Councillor and Timb Ketua Bhg Bayan Baru
Raymond Ong – Bekas calon DUN Batu Uban
Jason Ong – Adun Kebun Bunga n Ketua Bhgn Bkt Bendera
Ng Cheng Siang- MPPP Councillor and Ketua Pemuda Bhgn Tanjung
Cheah Peng Guan – Ketua Caw Batu Uban
Law Choo Kiang- State eco and Timb Ketua Perhubungan Negeri
And John Ooi (the operative)
 
POINT 1
 
Mansor said – Penang scenario quite different with DAP’s drive now (DAP adalah dictator dalam pentadbiran negeri PP)
The incumbent chinese would stay (for PKR In the next PRU) Lau will be there
Hock Leong (ADUN Machang Bubuk) would be changed (he would be replaced in next PRU)
 
All incumbents except hock leong, i think u people have to convince him (convince hock leong not to stab in next PRU)
We have to put a young candidate (to replace hock leong)..bukan we dont like him as he has done a good job
You as a group (attendees at this meeting) have to think..must prepare names and leave to pusat to decide
To put young candidate..
You orang ada opinion..i will listen
 
Mansor said : On seats and candidacy..i leave it to pusat
Thats why i said 5+ 1 (five state seats and 1 parliament to be contested by PKR)
We are considering hj razali to replace him there
I look at the winning factor..maybe we have to look chinese who have more chance than malay in pantai jerejak (to win pantai jerejak)..decision is still pusat lah…
 
I have talked to felix and ready to stand there (Pantai jerejak) but up to pusat
Whatever pusat finalised we will support
 
BETWEEN THE LINES: DAP TIDAK SUKA DENGAN CALON CINA DARI PKR!
 
Question:
Datuk what about DAP..die orang ada mintak dr kita ka?
Mansor replied : “I will not budge in..die mintak apapun. Because chinese candidate to them is ancaman la.. Orang kita yang entice to go there…(DAP sees PKR Chinese candidates as threat as they (PKR) can win. DAP despite being part of PR wants to kill off PKR in next PRU and control power in Penang by themselve)
 
Statement:
But i think this time there will no fight (for seats between dap and pkr) and remain status quo
To this Mansor replied: “Tak tentu.. belom finalised. Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy. Now more arogant. Because die (guan eng) menang banyak. They (DAP) are sure of winning 19 and they want more. Because by two more they can form their own govt and they can any tw from us (PKR) to be on their side and abandon us (PKR).”
 
Akan ada siri seterusnya dalam ‘verbatim’ report mengenai mesyuarat ini. Apa yang nyata adalah perkara-perkara berikut:-
DAP PP dan PKR PP sedang ‘berlawan’ sesama sendiri untuk mendapatkan kerusi yang lebih;
LGE dan DAP PP mahu menang dengan lebih besar dan tidak memerlukan sokongan PKR/PAS;
Dr Mansor dan LGE juga ada isu ‘peribadi’ – tidak sependapat;
Ramai calon PKR yang akan diganti (sebab – performance dan tidak mendapat sokongan rakyat);
PKR akan menyediakan lebih daripada satu list (bagi disesuaikan dengan keadaan);
Tidak ada kerjasama langsung setakat ini. Masing-masing menjaga parti masing-masing;

Sunday, June 17, 2012

RENCANA : GUAN ENG VS TAN CHENG YEOW




Dipetik dari : Sembangpakzad

Apabila Teng Chang Yeow( TCY) berkata " I have a vision for developing Penang "( NST 10 June 2012),sudah tentunya kenyataan ini menjadi satu ancaman kepada Guan Eng dan para strategist DAP. Lebih-lebih lagi ia adalah satu kenyataan daripada Pengerusi Barisan National Pulau Pinang yang baru saja dilantik oleh Dato Seri Najib. Maknanya Teng telah menawarkan satu lagi " offer" baru kepada rakyat Pulau Pinang sebagai " counter offer " kepada apa yang di tawarkan oleh Kerajaan Guan Eng.



Inilah yang memeningkan kepala Guan Eng Dan para strategist DAP, sebagai Kerajaan Negeri sepatutnya Guan Eng yang membuat offer " that DAP have a vision for developing Penang ". Tetapi ini belum dilakukan oleh Guan Eng Dan DAP kerana itu Teng ( TCY) mengatakan " ...but obviously they have not come up with anything after four years" dan yang lebih parah lagi kata Teng (TCY) " The direction of the state is actually aimless. They don't have any policy or blueprint for Penang". Ini adalah satu pandangan " provokasi" Teng (TCY) dan BN kepada Guan Eng Dan DAP. Berdasarkan itu lah Guan Eng dan para strategist DAP terpaksa mengunakan strategi " blaming " , dengan menyatakan " everything that has gone wrong for Penang was caused by previous state goverment". Ini satu cara para strategist DAP cuba untuk melarikan diri daripada provokasi yang di buat oleh Teng ( TCY) dan ini juga cara nya para strategist DAP untuk melawan strategi dengan BN dengan mengunakan kaedah membentuk "  perception " di minda pengundi Dan rakyat Pulau Pinang.



Tetapi pada kali ini Teng (TCY), lebih bijak dalam melawan strategi provokasi Guan Eng Dan para strategist DAP iaitu mengunakan strategi mencabar Guan Eng melalui " fighting PR policy to policy instead of harpening on the pact failure"( The Malaysia Insider 27/5/2012). Makna nya Teng (TCY) dan BN mahu berperang strategi secara bersemuka Dari depan  " face to face ". Bagi Teng (TCY) " his strategy was to extol BN abilities instead of focus on PR weaknesses ..." Teng(TCY) mahu BN tunjukkan kepada pengundi bahawa polisi atau dasar BN sentiasa lebih baik dari PR. Pendekatan ini sudah tentu akan memberikan satu impak yang tinggi kepada strategi Guan Eng dan para strategist DAP dalam agenda untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat.



Tidak hairan sejak Teng(TCY) dilantik memegang kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang , beliau telah di serang oleh DAP untuk mencemarnya seperti katanya " it's shows how concerned they have become with what I want to do for Penang that they are having almost daily press conferences attacking me ". Jelas Guan Eng Dan para strategist DAP telah mengunakan strategi " mencemarkan imej " Teng Dan seterusnya membina persepsi negatif dalam hati pengundi terhadap Teng. Apakah Guan Eng Dan para strategist DAP berjaya ? Ini satu soalan yang tidak mudah untuk mendapatkannya. Tetapi daripada kenyataan Teng yang juga menyedari bahawa " people are now assesing us,how we are going to be better than the PR goverment,what could we offer to them ", Teng boleh memberi satu tamparan hebat kepada DAP terutamanya dalam persaingan untuk mendapat undi majoriti Cina.



Dengan minda " I have a vision for developing Penang" Dan dengan semangat " its a battle that we need to fight with competence,good strategy and detailed war plan ", pastinya Teng dan para strategist BN sudah bersedia untuk berperang dalam PRU 13 dengan Guan Eng dan para strategist DAP dan PR. Ini lah yang pastinya menakutkan Guan Eng, kerana mereka lebih bersedia untuk berperang dengan TanSri Koh daripada Teng (TCY). Kata Teng lagi " No one will go into battle without thinking of winning.Any general who has led a war will have this in mind", makna Teng sudah set kan targetnya iaitu PRU 13, Guan Eng dan DAP boleh ucapan sayonara Pulau Pinang"?. Pada Kali ini Teng telah berjaya Dalam  provokasinya kepada Guan Eng dan DAP.

BERITA SEMASA : LIMPAHAN RAKYAT MENANTI TPM DI KAWASAN BAGAN

Harus diberi pujian.Persembahan menyambut TPM amat beradab dan tidak seperti Bertam Nite. Inilah buktinya, tanpa persembahan yang menjolok matapun ramai yang rurun bersama TPM di bagan.

Oleh : Azira

17 Jun- Bagan . Seramai hampir 40 000 ribu orang hadir bersama sama meraikan kehadiran TPM di parlimen Bagan. Bertempat di Jalan Raja Tun Uda, rakyat begitu sabar menunggu kehadiran TPM.Bermula dari jam 12.30 tengahari keadaan 3 buah khemah besar yang disediakan begitu amat sibuk sehinggalah jam 5.00 petang. Kehadiran rakyat silih berganti dan setia mendengar ucapan TPM

Sambutan luar jangka dari kaum Tionghua haruslah diberi pujian dan ucapan tahniah. Di anggarkan sebanyak 70% yang hadir ialah kaum Tionghua yang merupakan pengundi di bagan. Bas yang disediakan hanyalah untuk penduduk yang jauh dari sekitar parlimen bagan .

Kejayaan yang luar biasa ini membuktikan konsep 1 Malaysia dan kehadiran TPM amat dinantikan. Berkat kerjasama yang erat di antara parti komponen parlimen Bagan berjaya menyatukan sekalian rakyat. UMNO sendiri yang dipimpin oleh Y.Bhg Datuk Latif Mirasa begitu komited bersama -sama rakan komponen lain menanti kehadiran TPM.

Dalam ucapannya selama 45 minit, TPM menempelak Lim Guan Eng sebagai seorang Ketua Menteri yang suka meletakkan kejayaan Pulau Pinang hari ini disebabkan pakatan dan bukannya kerajaan dahulu. Apa yang perlu Ketua Menteri tahu ialah pembangunan yang dibuat bukanlah seperti lampu ajaib/aladdin . Apabila di gosok maka keluarlah pembangunan.

TPM juga menasihatkan semua yang hadir agar bersama sama menyokong BN kerana Pulau Pinang akan terus bertambah maju di bawah BN dan BN mempunyai perancangan rapi untuk membawa Pulau Pinang ke arah sebuah negeri yang maju di utara. Dalam hal pendidikan, beliau menyatakan selaku Menteri Pelajaran beliau tidak pernah membezakan mana-mana sekolah di Malaysia malah menambah lagi peruntukan sedia ada untuk SJKC, SJKT, SK dan sekolah aliran agama serta mubaligh.

TPM juga menjelaskan, bahawa sokongan rakyat Pulau Pinang semakin amat membanggakan. Beliau yakin untuk menjemput PM agar turun ke Bagan kerana sambutan rakyat di sini amat dahsyat. Dalam majlis semarak kasih rakyat ini, TPM telah mengumumkan RM 500 000 untuk projek pembangunan sekitar parlimen bagan.

Sepanjang lawatan TPM di Pulau Pinang, TPM telah meluluskan 250 unit rumah kos sederhana rendah di Permatang Tok Subuh Bukit Minyak di bawah ICU, RM 10 000 untuk setiap 60 NGOS, RM 500 000 untuk parlimen Bagan dan pelbagai permohonan lain lagi.


Pengerusi BN negeri Encik Tan Cheng yeow menyampaikan ucapan aluan beliau

TPM menegaskan konsep kesediaan masyarakat yang mampu menerima kejayaan kaum lain

antara penduduk yang sedang menungu kehadiran TPM

Tunjang UMNO Bagan . UMNO Bagan berjaya mengerakkan hampir 8 000 orang Melayu ke Majlis ini.
tiada ruang untuk mencelah kerana terlalu ramai yang hadir
lihatlah kepadatan puluhan ribu rakyat bersama TPM
TPM di arak masuk sambil bersalaman dengan hadirin. Hampir 20 minit TPM bersalaman dengan hadirin
antara pimpinan BN negeri yang hadir bersama majlis semalam.

BK : TAHIAH KEPADA PENYELARAS PARLIMEN BAGAN EN DAVID, MCA BAGAN UMNO BAGAN, MIC BAGAN, PPP BAGAN, GERAKAN BAGAN , IPF BAGAN DAN SEMUA YANG MENJAYAKAN MAJLIS INI. YANG PENTINGNYA TERIMA KASIH KEPADA RAKYAT YANG SUDI HADIR KE MAJLIS INI.

PSSS.....GUAN ENG SAMPAI SEKARANG TAK BELANJA SAYA MAKAN MEE UDANG " KATA TPM"



Thursday, June 14, 2012

PASCA E 13 : TERKINI , POKOK PISANG JADI AHLI PAS.


LEPAS NI POKOK PISANG AKAN UNDI PAS. INILAH PENGUNDI HANTU RUPANYA. PAS PAKSA POKOK PISANG SUPAYA SETIA PADA MEREKA. LEVEL PAS TAKAT POKOK PISANG.

BERITA SEMASA : KERAJAAN DAP GUNA KUASA ALIHKAN KUMBAHAN BABI KE KAMPUNG MELAYU DI SG BAKAP

 hampir 200 orang penduduk kampung berhimpun menyatakan bantahan di atas tindakan rasis kerajaan dap penang yang mengalirkan saliran kumbahan babi dari kg jawi ke kg titi hitam

Oleh : Azira

14 Jun. Sg Bakap- Penduduk kampung Titi Hitam melahirkan rasa kecewa mereka terhadap kepimpinan ADUN PKR YB Makhar yang ternyata gagal membela nasib rakyat khususnya orang Melayu. Mereka kecewa kerana permasalahan ini telah di utarakan kepada YB Makhtar ADUN Sg Bakap dan juga kepada anaknya encik munir yang merupakan pengerusi JKKN Sg Bakap Selatan. Keadaan bertambah teruk apabila segala luahan perasaan penduduk kampung tidak dipedulikan. Penduduk kampung dibiarkan bertindak mengikut keputusan masing masing.

Pada 11 Jun yang lalu, penduduk telah membuat keputusan untuk menganjurkan demo bantahan berkaitan saliran kumbahan babi yang disalirkan ke kampung mereka. Mereka menyatakan kerajaan negeri telah meluluskan projek ini melalui agensi Jabatan Parit dan Saliran. Kuasa saliran di bawah kuasa negeri. YB Makhtar dikatakan takut untuk membawa perkara ini ke pengetahuan lim guan eng. Apatah lagi adun jawi tan beng huat seolah olah bermain wayang dan mempertahankan tindakan kerajaan negeri.

Bagi penduduk kg titi hitam, mereka melihat apa yang berlaku sebagai bukti jelas kerajaan dap baru 4 tahun memerintah dah ingin menghalau kaum melayu dan india secara halus. Menurut beberapa orang  penduduk kampung yang ditemui, mereka menyatakan "Kg Melayu dijadikan tempat membuang najis babi sahaja. Inilah kenyataan yang harus diterima .

Justeru, berdasarkan apa yang berlaku, pihak JKKP sg bakap selatan yang dipimpin oleh Dato Nordin Kasim bersama Pejabat Kadun Sg Bakap yang dipimpin oleh Tuan Hj Mohd Foad telah bersama sama menyertai demo bantahan ini dan menunjukkan rasa kesal mereka terhadap tindakan rasis kerajaan negeri.
Bagi mereka sekiranya hal ini erlaku di kampung cina, mereka tetap akan membantu. Soal keselesaan rakyat bukan memilih bangsa .

Apa yang menyedihkan, kampung ini setiap hari akan sentiasa busuk dengan najis babi dan lebih teruk sekiranya banjir berlaku, najis babi boleh masuk sampai kerumah. mereka mempersoalkan apakah yb pkr tidak sensitif dengan masalah umat islam di sini?

Penduduk bertambah marah kerana aliran kumbahan tersebut boleh ditapis dan di alir keluar ke sungai jawi. apa perlu aliran kumbahan di pintaskan laluannya memasuki kg titi hitam? inilah bukti jelas mereka ingin menghalau penduduk kampung  secara amat halus.berikut di paparkan beberapa keping gambar sekitar demo tersebut :


 bantahan penduduk dilakarkan melalui manila kad
sebahagian penduduk menyatakan bantahan . penduduk kg tti hitam mempunyai 30 buah rumah dan dianggarkan seramai 250 orang isi rumah. ada yang menyatakan kerajaan dap perlu jaga penduduk kg jawi kerana pengundinya sahaja mencecah hampir 2000 orang.

aliran kumbahan babi yang pekat sehingga menghitamkan air yang terletak di kawasan kg jawi

saliran baru yang melintasi lantasan berkembar yang dibina untuk mengalirkan kumbahan babi ke kampung titi hitam

pam  ini telah disediakan oleh pihak jps. penduduk mempertikaikan kenapa tidak di proses kumbahan ini dan di alir terus ke sg jawi/ apakah guan eng takut sg jawi tercemar dan beliau akan dikecam hebat selepas itu? Perhatikan bagaimana adun sg bakap dan adun jawi gagal menyelesaikan hal ini.