Monday, May 14, 2012

PASCA E 13 : MUDAHKAN MURTAD DI PULAU PINANG


Rayuan MAIPP berhubung kes murtad ditolak


Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang melepaskan seekor burung merpati di Tokong Kuan Yin selepas Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang hari ini menolak rayuan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mengisytiharkan beliau bukan lagi seorang Islam.


PULAU PINANG: Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang hari ini menolak rayuan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mengisytiharkan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang, 39, sebagai bukan lagi seorang Islam pada Mei 2008.

Ketua Hakim Syarie/Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Ibrahim Lembut membuat keputusan itu setelah mendengar hujah kedua-dua peguam bagi pihak perayu iaitu MAIPP dan juga Siti Fatimah selaku responden.

Beliau yang mengetuai korum tiga hakim, yang turut dianggotai Datuk Muhammad Asri Abdullah dan Datuk Abu Bakar Ahmad sebulat suara memutuskan bahawa responden tidak sempurna Islamnya.
"Permohonan rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 8 Mei 2008 adalah kekal," katanya.

Pada Mei tahun lepas, hakim bicara ketika itu, Othman Ibrahim mengisytiharkan bahawa Siti Fatimah bukan lagi orang Islam dan mahkamah itu memerintahkan MAIPP untuk membatalkan pendaftaran sijil akuan memeluk Islam beliau.

Bagaimanapun, Ibrahim menolak permohonan Siti Fatimah supaya mahkamah memerintahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memadamkan perkataan Islam pada kad pengenalannya dengan alasan bahawa mahkamah tiada bidang kuasa untuk berbuat demikian dan menasihati Siti Fatimah untuk menguruskan sendiri perkara itu dengan jabatan berkenaan.

PASCA E 13 : LAGI AKHIRNYA BUKTI PAS TIADA TELUQ. BERKOKOK JE KUAT, BACUL!!!!


PUNYALAH TAKUT ..........SALLEH MAN PUN PELUK DAP....MUAH MUAH MUAHHHHH
Rai beza pendapat, fokus dasar bersama Pakatan

Hazayani Zakaria,
13 Mei 2012

KUALA LUMPUR: PAS berpendirian isu hudud sudah lama selesai dan Pakatan Rakyat harus menumpukan perhatian kepada isu-isu bersama seperti yang termaktub dalam Buku Jingga.

KALAU DAH LAMA SELESAI MINTA PENCERAMAH PAS JANGAN DOK SEDAP SEDAP MAKI UMNO . PAS SENDIRI YANG JUAL DAN HINA HUKUM ALLAH. PAC PENCACAI DAP. MALU DAN PENAKUT. CAKAP KENA BERANI USTAZ HADI WOIIIII


Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan terus bersama-sama Pakatan Rakyat dalam menangani masalah kemiskinan, menegakkan keadilan, mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan, kebebasan mengamalkan agama-agama lain dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Saya tidak mahu ulangi lagi (kenyataan tentang hudud) kerana saya mahu tumpu perkara yang sekarang. Perkara itu (hudud) tunggu kita memerintah dahulu. Sekarang kita tumpu cabaran pilihan raya ke-13. ( PUNYALAH PENAKUT......APA PUNYA PEJUANG JIHAD, TELUQ TAKDA)
"Saya berpijak di atas apa yang saya buat. Isu (hudud) ini tak berbangkit. Isu ini dah selesai kita bincang dulu," kata beliau pada sidang media di ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. ( TAKUT LAGI...)
Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan karpal yang mahu beliau berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai hudud.

Beliau juga berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa yang harus diraikan.

"Kalau ada perbezaan, itu perbezaan yang kita raikan antara satu sama lain," katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, isu hudud bukan menjadi fokus dan isu utama PAS dalam pilihan raya ini.

PASCA E 13 : TERKINI NIZAR JAMALUDIN MERENGEK NAK MASUK UMNO. BUKTI BERGAMBAR


AKU HARAP UMNO JANGAN TERIMA MUNAFIK MACAM NI.....

PASCA E 13 : PAS PENANG BACUL DAN PENAKUT . SERAH 9 KERUSI KEPADA PKR.

pesuruhjaya pas yang pondan dan bacul. gagal membawa pas penang ke arah kecemerlangan

Kawasan yang telah diputuskan bahawa PAS akan
bertanding dun (mewakili Pakatan Rakyat) adalah :
1.Bayan Lepas,
2.Sungai Acheh
,
3.Sungai Dua,
4.Permatang Pasir,
5.Penaga dan
6.Permatang Berangan.
Manakala Parlimen adalah Kepala Batas dan Tasek Gelugur.
apa bodoh punya pas. sepatutnya jangan bagi satu kerusi pun bertanding untuk pkr.. sebelum ini pas bertanding semua kerusi melayu. oleh kerana tamakkan tawaran duit dari nuar brahim maka pas jual maruah partinya dengan menyerahkan 9 kerusi kepada pkr. duit punya pasal jual kawasan.

PASCA E 13 : KERAJAAN NEGERI BERBOHONG SEKIRANYA MENYATAKAN MEREKA MEMBANTU MAIPP


Dimana Datangnya Peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)

Kerajaan negeri  tidak menyalurkan peruntukan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) adalah kerana MAIPP ditubuhkan di bawah enakmennya sendiri iaitu Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Tahun 1959 (undang-undang no.3 tahun 1959) dan dibiayai melalui peruntukannya sendiri.

Manakala kerajaan negeri hanya menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang sahaja.
 
Jasi bernarkah selama ini kerajaan negeri DAP berkokok menyatakan mereka membantu MAIPP?

PASCA E 13 : WANG MAIPP YANG DI INTAI DAP PENANG


Pendapatan MAIPP Bagi Sewa Tanah dan Bangunan

Umat Islam Pulau Pinang tahu urus tadbir kewangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan sejauh mana pendapatan Maipp bagi sewa tanah dan bangunan .

Pendapatan tahun 2008 berjumlah RM 1,697,923.71
Pendapatan tahun 2009 berjumlah RM 1,961,313.47
Pendapatan tahun 2010 berjumlah RM 2,038,770.22
Pendapatan tahun 2011 berjumlah RM 1,764,700.86

Ini bermakna pendapatan Maipp bagi sewa tanah dan bangunan anggaran tahunan RM 1.5 juta setahun

Permasalahan yang berlaku dalam MAIPP adalah berpunca dari DAP. Bagaimanakah wang maipp boleh dikeluarkan untuk kepentingan umat ? siapakah ydp maipp yang sebenar selepas salleh man pun juga merasakan dirinya seorang pengerusi dalam status janji munafik.

Friday, May 11, 2012

PASCA E 13 : PEMUDA PAS CAKAP MUNAFIK PASAL LESBIAN . MAI BACA

"Dewan Pemuda PAS menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis pro-lesbian, Irshad Manji daripada mengadakan program di ibu negara. Ketua pergerakan itu Nasruddin Hassan berkata, kerajaan perlu menyiasat dan menghalang program berkenaan sekiranya benar akan dijalankan.

"Jika didapati benar ianya akan dianjurkan, maka kami mendesak supaya pihak berkuasa tegas menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yang boleh memudaratkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam," kata Nasruddin.

Nasruddin juga berkata, buku baru bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta yang sedang dipromosi aktivis Islam liberal berkenaan, dalam siri jelajahnya di rantau ini, merupakan pandangan yang bertentangan dengan agama.

Katanya, beliau mendapat maklumat bahawa pejuang hak homoseksualiti itu akan mengadakan pertemuan dengan peminat di sebuah kedai buku di Petaling Jaya pada 12 Mei.

"Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya pada 12 Mei ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka.

"Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini," kata Nasruddin lagi dalam satu kenyataan.

Manji, 44, sebelum ini menerima tentangan hebat daripada kumpulan Islam di Indonesia sehingga menyebabkan tiga program diskusi dan promosi buku berkenaan di negara itu dibatalkan.

Media Indonesia melaporkan, salah satu program berkenaan di Gedung Salihara Jakarta terpaksa dibatalkan separuh jalan Jumaat lalu apabila diserbu ratusan kumpulan pendesak daripada Front Pembela Islam yang mahu ia dihentikan.

Bimbang kejadian berulang, dua lagi program sama di Yogyakarta semalam, masing-masing di di Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga dan Universitas Gadjah Mada turut dibatalkan.

Kampus berkenaan bertindak demikian susulan desakan serupa daripada kumpulan siswa Kelompok Rohani Islam.

Bagaimanapun, satu program Manji di Walisongo Islamic State University di Satilaga pada Selasa berlangsung dengan aman, menurut laporan.

Dari Malaysiakini"

PAS SOKONG LGBT.CAKAP MACAM JAMBAN LA

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Nasharudin Mat Isa dan menyifatkan kebimbangan bekas timbalannya itu berhubung penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak harus dilayan.

Abdul Hadi berkata, kebimbangan Nasharudin itu hanyalah suara kecil dalam parti dan Pas hanya akan mendengar suara daripada pihak...

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Nasharudin Mat Isa dan menyifatkan kebimbangan bekas timbalannya itu berhubung penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak harus dilayan.
Abdul Hadi berkata, kebimbangan Nasharudin itu hanyalah suara kecil dalam parti dan Pas hanya akan mendengar suara daripada pihak yang besar seperti parti politik atau kerajaan, bukannya daripada seorang individu.
“Saya mewakili pemimpin-pemimpin Pas merasakan tidak perlu melayan pandangan individu. Saya hanya akan melayan pandangan kerajaan dan pihak-pihak yang kita anggap besar.
“Pandangan yang kecil-kecilan ini kita tidak perlu dengar," katanya kepada pemberita pada Program Santai BBQ Bersama Presiden Pas di sini hari ini.

BK : SEBUT PAS JER JANGAN PERCAYA GOLONGAN MUNAFIK