Saturday, February 25, 2012

PASCA E 13 : SAH MALIK KASSIM YDP MAIPP. PAS PULAU PINANG BACUL DAN PERLU BUBAR


BK telah menerima perkhabaran tentang perlantikan malik kassim sebagai ydp maipp sejak awal minggu ini. pengesahan ini di sahkan lagi dengan tiupan angin panas dari malaysia kini web yang pro kepada pr. sejak bulan lepas BK telah menyatakan dengan sekeras kerasnya bagaimana dap dan pkr memperbodohkan salleh man dan pas dan atas dasar apa dap begitu berani memperbodohkan pas  pulau pinang. persoalan timbul mengapakah kerajaan dap memanjangkan nama malik kassim kepada YD Agung? BK akur dan patuh pada keputusan agung tetapi mengapakah dap sebegitu teruk memungkiri janji? sebelum ini BK telah menyatakan peranan hj rashidi yang merupakan orang kuat pas di kepala batas. beliau bercita cita mahukan jawatan pesuruhjaya pas. salleh man pula ialah pesuruhjaya yang mirip kepada golongan hassan ali. perlu di ingat, selepas hassan ali di pecat, ustaz azizan pula terus di himpit permainan anwar dan tibalah pula kisah salleh man.

amat malang, sebuah parti yang kononnya kuat dengan fahaman jihad, tapi boleh diperbodohkan dan dipermainkan sehingga ke tahap yang paling hina. selepas salleh man mengetahui rahsia kerajaan dap menghantar nama malik kassim sebagai ydp maipp, saleh man begitu marah. lalu kerajaan negeri menghantar senarai nama kedua .akhirnya yang diberitakan , malik kassim adalah orangnya YANG DILANTIK SEBAGAI YDP MAIPP. pendedahan BK sebelum ini menepati ramalan hampir 99% penipuan dap terhadap pas. apapun BK seronok sangat apabila malik kassim jadi ydp sebab beliau merupakan seorang bakal ydp liberal islam yang pertama di malaysia. lepas ni pasti islam di pulau pinang akan di pergunakan oleh golongan munafik. pas pula akan di neutralkan oleh peguam rashidi.

SAYANG SERIBU KALI SAYANG SALLEH MAN. HINANYA PAS DIBOHONG DAN DILETAKKAN DI TAPAK KAKI PKR DAN PAS. TERANG TERANG DIPERBODOHKAN MACAM BUDAK BUDAK.SEKIAN TAMAT SUDAH PENCERITAAN BK TENTANG STATUS YDP MAIPP. DALAM SEHARI DUA INI AKAN MUNCUL PENDEDAHAN BARU TENTANG PERJAWATAN DALAM AGENSI YANG DIPERBADANKAN DI PULAU PINANG DAN BANYAK LAGI. TUNGGU. TANHIAH PAS PENANG YANG SENGAL LAGI BAGHGAL.

Friday, February 24, 2012

PASCA E 13 : JPJ BERSAMA ANWAR


TAHNIAH KEPADA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN  MALAYSIA.
TERUSKAN BERSAMA ANWAR

PASCA E 13 : PENTADBIRAN DAP YANG RASIS. MELAYU DINAFIKAN HAK DALAM AGENSI KERAJAAN NEGERI


sebelum BK memdedahkan jumlah dan perkara yang berkaitan dengan sikap dap yang terus menerus menekan Melayu Pulau Pinang, timbul beberapa persoalan awal yang bakal di dedahkan dalam masa terdekat. 4 tahun lebih guan eng menjadi ketua menteri , beliau telah bertindak secara rasis terhadap orang melayu pulau pinang malah lebih dahsyat daripada itu. guan eng terus bersalah dalam kes bayan mutiara yang melibat wang berjumlah rm 1.1 billion dan keuntungan secara terus kepada soldadu nya hampir rm 100 juta.

Jika pembangkang menyerang dato sharizat dengan isu nfc rm 230 juta bagaimana pula dengan isu guan eng rm 1.1 billion. mana yang besar dan mana yang kuat baham wang rakyat. bukan itu sahaja, guan eng telah bertindak menyusun struktur perjawatanan dalam agensi kerajaan negeri dengan membuat pengambilan yang tidak setara antara kaum dan mengenepikan sama sekali konsep hak peribumi masyarakat tertentu. akhirnya agensi yang BK sebutkan ini telah berjaya di robak oleh guan eng. agensi tersebut ialah :

1. perbadanan bekalan air pulau pinang
2. perbadanan perpustakaan negeri pulau pinang
3.penang development centre
4. perbadanan bukit bendera

seluruh rakyat pulau pinang harus bertanya tentang pengambilan  staf  baru di ke empat empat jabatan ini. bukan BK dengki atau pertikaikan, tapi yang BK nak tahu dimanakah ke adilan untuk kaum melayu pulau pinang. dimanakah hak asasi melayu pulau pinang. mengapakah dap lebih rasis dalam segala tindakan atau dap mahukan pulau pinang huru hara kerana ketidak adilan sosial?

NANTIKAN PENDEDAHAN LANJUT. HANYA DI BK

Thursday, February 23, 2012

PASCA E 13 : GUAN ENG NAK TUTUP STARBUCKS PULA AKIBAT DESAKAN PAS???

http://nixonpm.files.wordpress.com/2009/03/starbucks-logo.jpg

selepas gerombolan pas dan pkr menyalahkan kerajaan bn dalam hal kapal berlabuh, maka mereka pula di ludah semula dengan operasi kilang intel di pulau pinang dan pembukaan banyak cawangan starbuck milik yahudi di pulau pinang. pas dan pkr ada kuasa sekarang untuk berhentikan operasi intel dan tidak memberi lesen kepada penguasaha starbucks. pas dan pkr terus terkena ludahan di tahap kahak yang melampau. sebelum pkr dan pas mahu membangkit isu kapal yahudi, renung diri dahulu. kalau mereka kata ni zaman umno yang luluskan, tapi bukankah pembukaan tesco milik yahudi di kelantan kerajaan pas yang mulakan. bukankah nik aziz benarkan pembukaan tesco yahudi di kelantan? apa beza kapal berlabuh dengan tesco yahudi di kelantan wahai mangkuk hayun pas dan pkr?


ludahkan parti cakap macam lubang jamban pas/pkr dan dap

Wednesday, February 22, 2012

PASCA E 13 : HARAKAHDAILY HENTAM GUAN ENG BAGUIH PUNYA.

Indeks akhbar: Papua, Zimbabwe atasi M’sia
Harakahdaily, 22 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan tidak mendabik dada dengan merasakan indeks kebebasan akhbar di negara ini bertambah baik dari sebelumnya.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, meskipun Indeks Kebebasan Akhbar Malaysia bagi tahun 2011/2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia di tangga ke 122 berbanding 141 pada tahun 2010, ini tidak bermakna tahap kebebasan akhbar di Malaysia bebas dari sebarang pengaruh dan kongkongan politik.

Ini, katanya kerana dengan kedudukan Malaysia sekarang ini menunjukkan tahap kebebasan akhbar di Malaysia amat jauh dan rendah dari yang sepatutnya.

Malah negara ini, ujarnya ketinggalan berbanding negara yang masih membangun seperti Papua New Guinea di kedudukan 35 serta Cambodia yang berkedudukan ke 117.


MACAM NAK BEBAS. GUAN ENG PUN TAK BENARKAN AKHBAR PRO KERAJAAN MASUK KE DALAM SIDANG MEDIA BELIAU. TV 3 DAN RTM PUN TAK BOLEH MASUK. AKHBAR UTUSAN TAK BOLEH BUAT LIPUTAN DALAM SIDANG DUN. SEMUA NI MENYEKAT KEBEBASAN AKHBAR. TERIMA KASIHLAH HARAKAHDAILY

PASCA E 13 : INTEL PENANG DI ARAH TUTUP KERANA MILIK YAHUDI


TERUK TERUK MILO SUAM PI CARI HUJAH.

Intel's first overseas manufacturing facility in Penang Bayan Lepas
BK NAK TANYA SATU SAHAJA DAN BK NAK CABAR SATU SAHAJA...

MINTA KERAJAAN PENANG LIM GUAN ENG KELUARKAN SURAT SEGERA ARAHKAN INTEL DITUTUP DAN ROBOHKAN KILANG INTEL DI PULAU PINANG KERANA IANYA MERUPAKAN MILIK YAHUDI.
PAS, PKR DESAK DAP TUTUP KILANG INTEL. THAT ALL. SEMUA KEDAI STARBUCKS TUTUP DI PULAU PINANG. LEPAS DAH TUTUP BARU BOLEH PAS DAN PKR MAIN ISU DAGANGAN DENGAN ISRAEL NI NI OK.

PASCA E 13 : ANWAR RUPANYA YANG BAWA KAPAL YAHUDI MASUK KE MALAYSIA




ISUNYA ANWAR BUKANNYA PAS....BUKANKAH INI TEKTIKAL TERBAIK BUNUH KAREKTOR ANWAR

“Sebelum 1996 kita tidak boleh berdagang dengan Israel…. Jadi pada 1996 siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

"Jadi kalau dia kata hari ini kerajaan ada hubungan dagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, beliau sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini.

“Jadi saya harap perkara ini diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi. Kalau Anwar terus serang dengan “point” itu, dia sendirilah yang sebenarnya meluluskan pindaan tersebut.

Khairy menjelaskan walaupun ada perdagangan antara kedua-dua negara tetapi perdagangan itu adalah antara syarikat antarabangsa dan Malaysia mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan politik dan diplomatik dengan negara Israel.

“Contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang perlukan bahan mentah yang tidak boleh diperolehi daripada negara-negara lain, mereka terpaksa import daripada Israel sebab ada syarikat yang mungkin tidak dimiliki oleh rakyat Israel di negara tersebut.

“Contohnya Intel ada kilang di Israel menyediakan bahan untuk membuat mikrocip atau bahan untuk semikonduktor atau untuk peralatan komputer. Intel di sini atau syarikat pekilang di Malaysia terpaksa import daripada Intel.

“Kelonggaran ini telah diberikan pada 1996 dan saya ingin ingatkan Anwar bahawa beliau jangan hipokrit atau buat-buat tidak tahu dalam soal hubungan dagang ini kerana pada 1996 Anwar pada waktu itu sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Menurut beliau kawalan terhadap dagangan dengan Israel dikawal di bawah Akta Kastam dan agensi berkenaan adalah dibawah Kementerian Kewangan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir juga dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.-21/2/2012