Tuesday, February 21, 2012

PASCA E 13 : BK CABAR 24 JAM PAS, DAP DAN PKR SAMAN HASSAN ALI

ilham grafik : urbandictionary.com

Sumber mstar.com (Jumaat Februari 17, 2012)

Ada Pemimpin Kerajaan Selangor Anggap Perbuatan Maksiat Hak Asasi - Hasan Ali

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata terdapat pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada Pas sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia.

Beliau berkata dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi anggota exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama Pas membentuk kerajaan negeri Selangor.

"Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan girlfriend," katanya semasa ditemuramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro malam Jumaat.

Sesi selama satu jam itu dikendalikan bersama oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan kolumnis "Cuit" akhbar Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan yang juga Penolong Ketua Pengarang akhbar itu.

Hasan berkata bahawa dalam urusan pembangunan, beliau mendapat kerjasama cukup baik daripada rakan-rakan dalam kerajaan negeri tetapi dalam perkara-perkara untuk menegakkan Islam tentangan yang diterima amat kuat.

Ketika ditanya tidakkah beliau mendapat sokongan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam urusan Islam, Hasan berkata:

"Saya tidak boleh letakkan percentage pada ketua saya, tetapi apa yang saya boleh katakan dalam hal-hal sedemikian saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman-teman exco yang lain...bila tentang Islam, memang banyak halangan".

Hasan, yang dipecat oleh Pas kerana didakwa melakukan perbuatan yang menjejaskan kepentingan parti, berkata prinsip sangat penting dalam perjuangan beliau dan kerana itu beliau sanggup mengorbankan jawatannya untuk menegakkan Islam, Melayu dan Raja.

"Apa yang berlaku pada saya adalah di luar aspek konvensional di mana saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja," katanya.
Disebabkan sudah tidak mendapat ruang dalam Pas yang katanya kini dikuasai oleh golongan parasit, beliau menubuhkan "Jati" (Jalur Tiga), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang keahliannya adalah terbuka termasuk kepada ahli Pas dan Umno jika niat mereka mahu memilih Islam sebagai kuasa ketiga.

Hasan berkata Jati tidak akan bertanding dalam pilihan raya tetapi akan menjadi kuasa penentu kerana, menurut beliau, ramai orang Melayu dan Islam hari ini sudah putus asa dengan senario politik sekarang.

"Jati boleh bekerjasama dengan Umno mahu pun Pas jika perkara Islam, Melayu dan Raja menjadi keutamaan," katanya.

Menyentuh tentang apa yang beliau panggil golongan parasit dalam Pas, Hasan berkata Pas harus dikembalikan ke tangan ulama.

"Sekarang konsep negara Islam sudah ditinggalkan dan pemimpin (Pas) hari ini hanya bercita-cita untuk ke Putrajaya. Bagi saya Putrajaya itu adalah bandingan yang paling hampir, seharusnya bandingan perlu dibuat lebih jauh, lebih 1,000km. Ini kalau setakat Putrajaya, dia bukan seorang yang layak menjadi pemimpin," katanya.
Katanya, jika Putrajaya jatuh ke tangan golongan parasit itu, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor apabila syariat Islam yang kecilpun susah hendak dilaksanakan.Hasan melihat golongan parasit semakin mencengkam kuat Pas sehingga kini sudah menjadi majoriti dan memegang kuasa dalam parti itu.

Katanya dalam kerajaan Pas negeri Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Takkanlah (Presiden Pas Datuk Seri Abdul) Hadi Awang dan Nik Aziz tidak layak jadi Perdana Menteri. Takkanlah pasal pakai kopiah tidak boleh jadi Perdana Menteri sedangkan terdapat banyak pemimpin luar tidak fasih berbahasa Inggeris. China jadi kuasa ekonomi dalam dunia walaupun tidak pandai cakap orang putih," katanya. - BERNAMA

PASCA E 13 : KERAJAAN TEMPATAN DAP BERTINDAK ZALIM KE ATAS PENIAGA KEDAI KOPI


Guan eng mampu tersenyum lagi selepas  merompak wang rakyat Pulau Pinang secara senyap

Petang semalam BK menjenguk seketika kawasan Tangjong Tokong on the way nak pi pantai Batu feringghi. Dah lama tak melawat pantai Batu feringghi. Sambil berjalan di sepanjang pantai, BK sempat menemubual beberapa orang tempatan dan peniaga yang berniaga di sekitar pantai berkenaan . Antara yang mereka rungutkan ialah kebanyakan penjaja  menghadapi masalah kerana pihak berkuasa tempatan ( MPPP)sering mengambil tindakan ke atas penjaja yang gagal mengikuti peraturan yang ketat.

Selepas mendapat negeri pulau pinang, guan eng telah mengumumkan penghapusan kompaun penjaja bernilai hampir RM 24 juta. sekarang guan eng telah menguatkuasakan satu peraturan yang ketat dan memaksa penjaja untuk mengikuti peraturan tersebut. Jika tidak kompaun akan dikenakan. Inilah yang BK namakan strategi kong kali kong. Buat baik peringkat awal kemudian rompak semula wang penjaja melalui kompaun MPPP.Penjaja-penjaja yang BK temui  mengadu pihak MPPP tidak memberi sebarang kelonggaran tentang proses permohonan lesen atas perniagaan mereka.Yang pihak MPPP tahu hanyalah mengeluarkan saman atau kompaun.

Beginilah nasib hasil kekejaman yang dilakukan oleh guan eng. Guan eng bijak merompak wang rakyat tanpa disedari. Misalnya menaikkan kadar masa parking kereta. menambahkan lot parking kereta berbayar.surcaj air dan pelbagai lagi yang rakyat tak tahu  tentang kenaikan jumlah denda di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan DAP.

Monday, February 20, 2012

PASCA E 13 : KENAPALAH PAS TAK PERCAYA INI ANWAR

SEDAPLAH LEPAS NI HALAL MAIN BELAKANG

PASCA E 13 : PROGRAM TOP GUN DAP TIADA SAMBUTAN

   Press conference to thank DAP supporters Berjaya hotel & time square
30% kehadiran sahaja.Mana pi lagi 70%. Inilah program adik beradik namanya

PASCA E 13 : ABANG LEBAI DALAM SENAMROBIK

 AEROBIK ADALAH KEGEMARAN GUAN ENG.JURULATIH PUN MANTAP.PAS OK JE DALAM HAL INI
 LEPAS SOLAT SUBUH, BOLEH TENGOK APA YANG PATUT DALAM AEROBIK
TERBAIK DALAM PASARAN......

Saturday, February 18, 2012

PASCA E 13 : PERJUANGAN HAK ASASI ALA DAP,PAS DAN PKR.MAI TENGOK


SATU CINTA YANG ABADI..........
INI YANG KITA MAHU.......
LESBIAN PUN OK

ARAK PUN HAK ASASI
AMBIL GAMBAR MACAM NI PUN HAK ASASI MASING MASING.JANGAN MARAH

COUPLE GAY PUN JANGAN LAWAN


HAK UNTUK MEREKA BERCIUM. APA SALAHNYA.BUKAN BIBIR NIK AZIZ PUN.

MEREKA NAK BERZINA PUN PAS PEDULI  APA. HAK ASASI MEREKA.YANG STIM PUN MEREKA. JANGAN HALANG. INI HAK MEREKA. MEREKA TAK MINTA DUIT PUN PADA PAS.
 YANG UMNO MARAH PASAL APA. BUKAN NYER NIZAR MINTA DUIT UMNO BELI LILIN

SEMUA HAK MANUSIA. KERAJAAN BN ZALIM. PADAN MUKA HANG PAS!!!!
 INI YANG DAP/PKR DAN PAS MAU

TIP TOP.....KEJAYAAN NUAR DAN GUAN ENG
 JANGAN GANGGU...INI HAK ASASI MEREKA. MEREKA PELAJAR JUGA ADA HAK UNTUK STIM.................


SEMUA YANG BK PAPARKAN WALAUPUN RINGKAS , BAKAL MENGUNDANG BALA DI MALAYSIA.HASSAN ALI ADA MENYEBUT, ADA DIKALANGAN EXCO SELANGOR YANG MENGHALANG TINDAKAN MENCEGAH MAKSIAT. ATAS NAMA ASASI ALA DAP DAN PKR MAKA SEMUANYA OK. YANG PENTING RAMPAS PUTRAJAYA.INILAH DEMOKRASI TULEN KATA MEREKA .
TAHNIAH. MAT SABU DIJULANG. HJ HADI BAKAL DI TENDANG



Friday, February 17, 2012

PASCA E 13 : BACAAN AYAT QURAN DENGAN PEMBESAR SUARA BERKUMANDANG SEMULA DI BUMI PENANG




Tanggal 17 februari 2012 , jam 7.30 pagi BK bersarapan di salah sebuah gerai berdekatan dengan Masjid Bandar Perda.BK dalam perjalanan dari KL ke Butterworth.Sambil menjamah makanan,  berkumandang suara bacaan yassin dengan menggunakan pembesar suara dari arah sebuah masjid. Kata kawan BK itu ialah masjid Bandar Perda. Sebelum ini BK dengar di beberapa buah masjid sekitar Seberang perai Selatan dan Seberang Perai Utara telah memperdengarkan semula bacaan ayat quran dengan menggunakan pembesar suara. Boleh dikatakan banyak juga masjid yang dah mula memperdengarkan bacaan al quran dengan menggunakan pembesar suara.

Keadaan yang berlaku menyebabkan BK tertanya , apakah pengurusan masjid dan imam masjid tersebut mula mengingkari hadis Nabi SAW dan juga peringatan mufti Pulau Pinang?Bukankah sebelum ini isu memperdengarkan bacaan quran dengan menggunakan pembesar suara adalah tidak digalakkan kerana ianya dikhuatiri menganggu jiran atau anak kecil.

Apapun BK bersyukur kerana setiap permasalahan memerlukan keberanian untuk menyatakan kebenaran . Paksinya adalah Al quran dan al sunnah. jangan percaya sangat cakap pkr dan dap yang kalut nak liberalkan Islam. sekarang ni dap dan pkr dok kalut buat talk tentang konsep kesederhanaan. Jika dato najib dengan konsep wasatiyyah dan moderate, mereka dap dan pkr mahu bercakap soal moderate tulen? mereka dah kantoi lagi tiru dato najib

TULENKAH KESEDERHAAAN DI PULAU PINANG APABILA RAMAI DIKALANGAN EXCO MENJADI KAYA RAYA SELEPAS BERGELAR EXCO?