Thursday, February 2, 2012

PASCA E 13 : PARTI KITA BUBAR?IKUT TELUNJUK NUAR YAHUDI LAGI


Sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membubarkan KITA. Keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat. Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang.

Idea saya untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal. Saya tidak berjaya membawa masuk anggota-anggota yang cukup berminat dalam cita-cita bagi mencapai demokrasi, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan pegawai-pegawai awam. Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik.

Kecenderungan media yang mendalam dalam melaporkan isu-isu remeh yang memberi kesan kepada parti akan terus memberi kesukaran kepada kami. Cukup ramai orang di luar sana yang hanya berminat dalam mengkritik kepimpinan saya di dalam KITA, dan yang menggemburkan cerita-cerita dengan tujuan untuk mencemuh saya.

Peribahasa Melayu ada menyebut, “jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan”.( ZAID DAH SESAT KEMBALI KE PANGKAL NUAR) Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum pernah berlaku sebelum ini. Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu.

Saya tidak akan menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang mempercayai bahawa kenikmatan dalam memberi perkhidmatan kepada awam, dan kita boleh menjalankan perkhidmatan ini dengan kehormatan dan maruah.


Kepada anggota-anggota parti yang setia yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini, saya memohon ampun. Saya menghargai sokongan mereka dan saya berharap mereka akan menerima keputusan ini, kerana ia adalah untuk kebaikan yang lebih besar kepada pihak pembangkang. Kemandirian demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang itu sendiri. Sekiranya ia dimusnahkan, seperti yang ingin diperlakukan oleh Barisan Nasional — maka tidak akan ada demokrasi, tiada kebebasan dan tiada dasar-dasar yang bersifat sederhana lagi.

PASCA E 13 : HARUN TAIB TIBAI NUAR YAHUDI


Israel: Dewan Ulama Pas tidak setuju dengan Anwar
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Dewan Ulama Pas tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan The Wall Street Journal.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, tidak sepatutnya isu keselamatan Israel ditimbulkan kerana keutamaan pada masa ini adalah kepentingan serta hak rakyat Palestin yang wajar dikembalikan.
Beliau berkata, masyarakat Palestin telah lama tertindas di tanah air sendiri, oleh itu setiap rakyat negara ini perlu menyokong penuh perjuangan mereka.

''Saya tidak bersetuju dengan dia (Anwar) kerana mendahulukan soal keselamatan Israel. Isunya sekarang ialah penderitaan rakyat Palestin. Jika dia (Anwar) mendahulukan soal Palestin pasti saya bersetuju.

''Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, kita wajib menyokongnya dengan harapan rakyat Palestin akhirnya dapat hidup di tanah air mereka sendiri dengan aman,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas temu bual Anwar bersama The Wall Street Journal pada Khamis lalu yang antara lain Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dipetik berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

ULASAN BK :

SILAP SILAP LEPAS NI NUAR YAHUDI AKAN ARAHKAN GEROMBOLAN TAHI PR MENYERANG HARUN TAIB.SETAKAT NI YANG DAH KENA PANGGIL AZIZAN KES KUIN. HARUN TAIB PULAK KES NUAR YAHUDI.APALAH PAS TAKUT SANGAT DENGAN MANTAN TIMP PRESIDEN UMNO NI....DALAM UMNO PUN DIA BUAT TAHI. MASUK PR LAGI BUAT LOJI KUMBAHAN LA....

Wednesday, February 1, 2012

MOGA ALLAH MERAHMATI ROH BAYI INI


BUANG ANAK SECARA BERKUMPULAN

PASCA E 13 : MACAM-MACAM BUDAK PAS NI...MACAM KARTUN


kenyataan hj hadi berkenaan isu smm hantar memorandum kepadanya :


Abdul Hadi turut menegaskan, dalam laporan semalam bahawa walaupun pertubuhan pelajar terbabit akan menghantar memorandum kepadanya, tetapi sehingga kini "mereka tak pun menyerahkan memorandum itu kepada saya."

"Kalau boleh saya pun nak tengok juga memorandum itu dan nak tahu juga apa yang nak dikatakan oleh para pelajar mengenai perkara itu," katanya.

Justeru, Syukri menyarankan agar Abdul Hadi patut merujuk perkara tersebut kepada Dewan Pemuda Pas, khususnya Ketua Pemudanya sama ada pernah menerima memorandum daripada mahasiswa atau tidak.

"Kami masih lagi mempunyai salinan memorandum tersebut. Antara isi kandungan memorandum itu ialah memohon pertimbangan Abdul Hadi untuk menasihati Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar tidak menggunakan Auku sebagai undang-undang di Kedah.

“Kami juga tidak nampak sebarang tindakan serius daripada Pas khususnya Dewan Pemuda untuk menasihati Azizan. Kami juga sehingga kini melihat Menteri Besar Kedah masih berpendirian untuk mempertahankan Auku,” katanya

KENYATAAN SMM BUDAK SURUHAN NUAR YAHUDI PULA:

1. Menuduh Pemuda Pas pecah amanah tidak menyampai memo kepada President

2. Cuba mengheret Presiden PAS masuk campur walau pun isu nya masaalah disiplin pelajar

3. Menyuruh President PAS mendapatkannya memo tersebut dari Pemuda PAS walau mereka kata ada salinan

4. Cuba mengheret Pemuda PAS untuk campurtangan hal disiplin pelajar


KENYATAAN BK

YANG BAGUSNYA NUAR YAHUDI. DIA YANG BELA BUDAK- BUDAK INI UNTUK ATTACK PAS DAN UMNO. NUAR YAHUDI JUGA DAPAT UNTUNG. DIA HANTAR SEORANG PENSYARAH SENGAL BERNAMA AZIZ BARI DAN BUDAK YANG GAGAL DI UNIVERSITI PI GANGGU AZIZAN.

PASCA E13 : BONGKAR YAYASAN SELANGOR ROMPAK WANG RAKYAT UNTUK BIAYAI PEMIMPIN PAS

PROKSI YANG MENDAPAT KEPENTINGAN

DR ZULKIFLI AHMAD


SUMBER DALAMAN :
YAYASAN SELANGOR MINTA NAFIKAN.

wang rakyat selangor telah dihadiahkan kepada pimpinan kanan PAS iaitu yang pertama, melalui kaedah melaksanakan program, Yayasan Selangor telah berbelanja sebanyak RM1.2JUTA untuk Dr. Zulkifli Ahmad. Kaedah-kaedahnya kita cerita kemudian. Dan yang kedua ialah, dengan mengguna kaedah yang sama, sebanyak RM1.8JUTA turut dibelanjakan untuk Dr. Hatta Ramli. Semua perbelanjaan ini telah dihabiskan dalam masa tempuh 2 bulan sahaja.

Dikhabarkan bahawa dalam pembahagian harta kekayaan negeri Selangor, parti-parti dalam PR dibahagikan untuk “memiliki” beberapa institusi untuk kepentingan parti masing-masing untuk melaksanakan program-program bagi menjamin mereka terus dapat bertapak di negeri Selangor. Dan untuk ini, Yayasan Selangor adalah antara agensi yang di”berikan kepada PAS.

Keadaan menjadi semakin runsing apabila dikhabarkan bangunan Yayasan Selangor yang terletak ditempat amat strategik di Jalan Bukit Bintang bakal (ada yang kata sudah) berpindah tangan kepada proksi DAP. Menurut risikan perpindahan dana sebanyak RM6000JUTA akan terlibat dalam memindahkan harta Yayasan Selangor kepada sebuah “agensi/syarikat milik Cina”.

PASCA E 13 : DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG BIDAS PEMUDA DAP


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG
Berkaitan Isu KUIN - MB Kedah yang dibangkitkan oleh Pemuda DAP P.Pinang.
1- Dwn Pemuda PAS Negeri (DPPN) P.Pinang mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak termasuk rakan kami DAPSY P.Pinang yg telah memberi respon terhadap MB Kedah YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abd Razak yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkenaan isu KUIN, yang telah disiarkan dalam portal Malaysiakini semalam 30/1/2012.

2- Suka untuk ditegaskan, bahawa DPPN P.Pinang mendokong penuh semangat Buku Jingga berkaitan AUKU yang memberi kebebasan kpd mahasiswa utk berpolitik & hak berpersatuan seperti yang digariskan. Ianya juga sebenarnya telah begitu lama disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia sebelum ini.

3- Adalah sesuatu yang tidak wajar jika sebegitu mudah YAB MB Kedah dipalitkan tuduhan bahawa beliau tidak bersama dengan semangat Buku Jingga serta dilabelkan sebagai tiada persefahaman dengan pemimpin PR apabila beliau bertindak menyokong penggunaan AUKU terhadap 5 mahasiswa KUIN seperti yang dilaporkan sebelum ini.

YAB MB Kedah juga telah menjelaskan bahawa AUKU tidak digunakan dalam kes ini, sebaliknya tindakan yang diambil adalah mengikut peruntukan Akta IPTS 1996 yang berbeza dengan AUKU walaupun ianya hampir sama, seperti yang disiarkan portal akhbar Sinar Harian hari ini 31 Jan 2012.

4- Perlu juga menjadi perhatian & pertimbangan bersama bahawa kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh mahasiswa yang terlibat. YB Tuan Karpal Singh telah dilantik pihak KUIN sebagai peguam mewakilinya & beliau bersetuju untuk membela pihak KUIN dalam kes ini.
5- Umum mengetahui bahawa YB Tuan Karpal Singh adalah Pengerusi DAP Kebangsaan yang juga merupakan peguam ternama.

Persoalannya, adakah apabila YB Tuan Karpal Singh bersetuju untuk menjadi peguam mewakili KUIN dalam isu ini bermakna Pengerusi DAP itu juga tidak bersama dalam semangat Buku Jingga seperti tohmahan yang dipalitkan kpd YAB MB Kedah? ( KARPAL SINGH DAH KANTOI .DIA SENDIRI HENTAM SEMANGAT JINGAY)
Adakah beliau juga boleh dilabelkan tidak mempunyai persefahaman sesama pimpinan PR yang lain dalam isu KUIN ini?

6- Semua mengetahui AUKU adalah undang-undang yang wujud sejak sekian lama & masih digunakan sehingga hari ini seperti semua undang-undang yang lain termasuk kes-kes jenayah dll.

7- Sebagai contoh; seorang ahli PAS yang rumahnya dimasuki perompak yang menyamun hartanya, apabila ia membuat laporan polis & meminta pihak polis menyiasat & menyelesaikan kes itu, adakah boleh dikatakan bahawa ahli PAS itu telah bersetuju untuk menafikan perlaksanaan Hukum Allah (Hudud) yang diperjuangkan partinya sekian lama, keatas pencuri itu ?

Adakah boleh dilabelkan bahawa ahli PAS tersebut telah menggadaikan prinsip perjuangannya selama ini & bersetuju untuk menerima pakai undang-undang yang sedia ada, apabila beliau membuat laporan polis?

Ahli PAS tersebut bertindak betul dengan melaporkan kepada polis untuk bertindak kerana ianya adalah undang-undang & peraturan yang sedia ada serta diguna pakai sekarang.

Pada masa yang sama Ahli PAS itu juga masih tidak berganjak dengan dasar perjuangan partinya untuk menegakkan pemerintahan Islam & undang-undangnya. Beliau tetap yakin bahawa ianya akan dilaksanakan apabila cukup & sempurna syarat-syaratnya nanti.

8- Oleh yg demikian, DPPN P.Pinang percaya bahawa pendirian MB Kedah YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak dalam isu KUIN ini adalah kerana mengguna-pakai undang-undang sedia ada.

Undang-undang ini boleh dipinda @ dimansuhkan jika PR menguasai Parlimen & Kerajaan Persekutuan kelak.

9- DPPN P.Pinang juga melihat bahawa 'hentaman demi hentaman' yang diberikan kepada YAB MB Kedah lebih bertujuan untuk memberi persepsi buruk bersifat 'character assasination' @ pembunuhan karakter yang dirancang oleh musuh tertentu.( SIAPA MUSUH TERTENTU? MAHFUZ ATAU SEKUTU SABU DI KEDAH?)
10- DPPN P.Pinang menyeru supaya semua pihak menghentikan 'hentaman' ini & mengurangkan jurang perselisihan pendapat sesama pimpinan. Marilah kita memberi fokus maksima untuk menumbangkan musuh politik kita yang sebenar iaitu UMNO & BN dalam PRU-13 ini.

Sekian, terima kasih.

AFNAN HAMIMI B TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha DPPN P.Pinang

PASCA E 13 : KEJUTAN-KETUA PEMUDA UMNO TANJUNG BAKAL YDP MAIPP???


mantan ketua pemuda umno tanjung.pas adalah budak belasahan malik kassim.

berita ini telah lama Bk dengar dan tunggu pengesahan sahaja. namun, namanya telah di bawa oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada Yang Di pertuan Agung untuk diperkenankan. Malik Kassim ialah mantan ketua pemuda UMNO tanjung sewaktu zahrin menjadi ketua bahagian di zaman nuar yahudi.Memandangkan beliau merupakan proksi nuar yahudi, maka nama beliau dinaikkan untuk bertanding di kerusi batu maung ( itu pun boleh sepenggal je la kot). Sifat malik kassim ialah sentiasa taat dan patuh pada pemimpin yang dapat memastikan dia terus berkuasa. misalnya dalam waktu sekarang malik kassim ialah penjilat tegar lim guan eng mengatasi penjilat tegar yang lain.

malik kassim telah lama menjadikan pas sebagai musuh utama beliau sejak beliau berada di dalam umno. jadi semangat bermusuh dengan pas masih tidak dapat hilang. lalu dalam mesyuarat exco yang lalu, nama malik kassim adalah terbaik untuk menggatikan lias zakaria. dengan yakin, guan eng telah menghantar senarai nama kepada Yang Di pertuan Agung. mansor cuba mengiyakan sahaja. pun begitu , BK yakin lias zakaria akan kekal.

yang paling kasihan sekarang ialah salleh pas yang nuar kata pas ni bodoh bahasa inggeris.salleh tak perlu berangan lagi untuk duduk di maipp. cukuplah sekadar timbalan sahaja. salleh man adalah seorang pesuruhjaya pas yang agak lembab. pilihanraya ke 13 , namanya akan disingkirkan untuk kerusi permatang pasir.dia akan balik semula ke kepala batas atau tasek gelugor.jadi bola bowling la salleh man.