Thursday, January 26, 2012

PASCA E 13 : MENGAPA USTAZ MAKHTAR HADIR DALAM MAJLIS PENGERUSI UMNO ?


YB UST MAKHTAR MUNGKIN NAMANYA AKAN DIGUGURKAN SEBAGAI ADUN SG BAKAP. DR PRIPAL KLINIK WAWASAN SEDANG MENYUSUN SAYAP JENTERA UNTUK MENAKLUK SG BAKAP 
MESRA ANTARA ADUN PKR SG BAKAP DAN PENGERUSI UMNO PULAU PINANG.

TERIMA KASIH BK UCAPKAN KEPADA ANAK BUAH BK YANG MENYERTAI PROGRAM DI ATAS.PIC INI ADALAH IHSAN BELIAU BERSAMA KUMPULAN ANAK MUDA DALAM MAJLIS DI ATAS. TIDAK DINYATAKAN NAMA PROGRAM DAN TARIKH PROGRAM. APAPUN, APAKAH INI PETANDA PERUBAHAN DUN SG BAKAP AKAN BERUBAH ?

PASCA E 13 : HIMPUN SEJUTA UMAT -28/1/12:KERAJAAN NEGERI TERLIBATKAH?


surat di atas di edarkan kepada setiap pengerusi qariah mulai kelmarin  . terkejut juga BK mendapat satu salinan yang diberikan oleh seorang sahabat qariah. soalnya sekarang apakah benar malik kassim menjemput seluruh anak qariah hadir ke dalam majlis berkenaan atau ini merupakan kaedah sabotaj yang dibuat oleh malik kassim supaya majlis berkenaan hambar dan tidak dihadiri oleh mereka yang mencintai islam . di pulau pinang ramai dikalangan umat islam cukup marah dengan tindakan bebal kerajaan negeri yang sering berkonfran di dalam perkembagan syiar islam. pelik juga membaca surat berkenaan. bila pulak la kerajaan negeri nak sokong himpun sedangkan mereka bertegas tidak menyokong apatah lagi ini membabitkan pendedahan terhadap gerakan kristianisasi. pak ketua menteri LGE sah sah pengamal kristian yang kuat atau malik telah berkonfran dengan LGE. terlalu banyak tanda tanya.

MALIK KASSIM PERLU JAWAB DAN BUAT SIDANG MEDIA BAHAWA KAMU TIDAK MENGELUARKAN SURAT INI. UMAT ISLAM PULAU PINANG TOLAK MALIK KASSIM. MALIK KASSIM JUGA MEMANG NAK JAWATAN YDP MAIPP.TAPI MUNGKIN BERLAKU SEBALIKNYA WALAUPUN BK MELAPORKAN SEBELUM INI MALIK KASSIM AKAN MENDAPAT JAWATAN INI. BERDOALAH MOGA USTAZ ELIAS CEPAT SIHAT DAN MENERUSKAN TRADISI YDP MAIPP

KENYATAAN MEDIA YANG DI BUAT OLEH SEKRETARIAT HIMPUN SEBELUM INI

KEPALA BATAS – Selepas berjaya  mengadakan dua perhimpunan di Selangor dan  Perak tahun lalu, Sekretariat Himpunan Sejuta  Umat (Himpun) bakal mengadakan Himpun  peringkat negeri Pulau Pinang di Dewan Pusat  Budi Penyayang di sini pada 28 Januari ini.Menurut Pengerusi Himpun, Mohd. Azmi Abdul  Hamid berkata, perhimpunan itu terbuka kepada  sesiapa sahaja bermula pukul 8 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Menurutnya, perhimpunan bertema ‘Selamatkan  Aqidah’itu merupakan langkah terbaik untuk  menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini.“Kita mengundang pelbagai pihak untuk  menyampaikan ceramah mengenai isu-isu terbaru  tentang termasuk isu golongan tertentu mahu merosakkan akidah umat Islam,” katanya di sini  hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar  mengenai Himpun di Hotel Seri Malaysia, Kepala  Batas di sini.Mohd. Azmi berkata, perbuatan yang merosakkan  akidah umat Islam tidak boleh dipandang remeh,  termasuk ahli politik dan pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negara ini.
Menurut beliau, pihaknya sedia berdailog dengan  sesiapa sahaja dalam menangani perkara itu.
Katanya, isu akidah dan isu Islam harus dihormati  oleh mana-mana pihak dan mereka tidak harus menimbulkan prasangka buruk terhadap Islam

( TIDAK DINYATAKAN PENGLIBATAN KERAJAAN NEGERI DALAM SIDANG MEDIA INI. APAKAH MEMANG SAH MALIK KASSIM MENSABOTAJ ATAU INI PERMAINAN TEKTIKAL MALIK KASSIM DAN GEROMBOLAN NAK BUAT HURU HARA . SELEPAS KELUARKAN SURAT INI, MEREKA AKAN LAPORKAN KEPADA POLIS BAHAWA SURAT INI PALSU DAN PELBAGAI LAGI KENYATAAN AKAN KELUAR DARI MEREKA. TAK PERCAYA TUNGGULAHHHH.DAH TAHU SANGAT JAWAPANNYA)

Wednesday, January 25, 2012

PASCA E13 : NANTIKAN JAM 10.00 PAGI ESOK. ADUN PR MANAKAH YANG BERSAMA PEMIMPIN UMNO DALAM SATU MAJLIS DI PULAU PINANG



NANTIKAN EPISOD ADUN PR YANG BERSAMA PEMIMPIN BN .
APAKAH BELIAU TELAH INSAF?
ATAU PETANDA BELIAU TAHU BELIAU DIPERMAINKAN?
ESOK JAM 10.00 PAGI

PASCA E 13 : BUKTI PAS RASIS DAN NASIONALIS.


TERLALU BANYAK PERKATAAN MELAYU. BUKANKAH PAS DAN LOYA DENGAN PERKATAAN MELAYU? MENGAPA KALUT JUGA NAK GUNA PERKATAAN MELAYU? BILA UMNO GUNA PAS KATA RASIS DAN NASIONALIS. NI APA?
BUKANKAH PAS BAPAK NASIONALIS ?

PASCA E 13 : CALON PAS ADA BERANI KAH?JANGAN CAKAP JE HEBAT....


CALON PAS NAK SUMBANG APA PADA RAKYAT?
BILA DAH JADI CALON ADA YANG PAKAI TOYOTA FORTUNER, MERCEDES BENZ, ADA YANG BAWA PAJERO, TOYOTA CAMBER , ADA YANG BESARKAN RUMAH .
ITU PUN CAKAP NAK TOLONG RAKYAT. HANGPA PEPAH WANG RAKYAT TAKPA.......


BILA PKR PERINTAH BALUN WANG RAKYAT SENYAP PULA. SELANGOR DAH LOMPONG????

Monday, January 23, 2012

PASCA E 13 : DULU SIAPA YANG MENENTANG PEMBINAAN EKSPRESSWAY JELUTONG


Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menaiktaraf Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu (Lebuhraya Jelutong) dengan menambahkan pusingan-U di Persimpangan Bertingkat Gelugor dan melebarkan Jalan Batu Uban dari empat laluan kepada enam laluan bagi mengelakkan kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak.
 
BK NAK UCAPAKAN BAGUIHLA MACAM TU. TAPI MASA KERAJAAN BN NAK BUAT PROJEK NI DULU SAPA YANG DOK KALUT MENENTANG KATA MENGANGGU KAWASAN NELAYAN LA, KAWASAN KAMPUNG LA DAN PELBAGAI LAGI. KERAJAAN UTAMAKAN PEMBANGUNAN DARI RAKYAT.
 
SEKARANG LEBUHRAYA DAH TERSERGAM INDAH. SATU LAGI MAU TANYA  GUNA DUIT KERAJAAN INI DI BAWAH BAJET PERUNTUKAN PEMBINAAN JALAN RAYA YANG DITURUNKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA JKR ATAU GUNA DUIT TABUNG NEGERI YANG SURPLUS TU?????FIKIRLA SENDIRI
 
PUAK PUAK PAKATAN INI BUKAN TAHU TANG MANA KERAJAAN NEGERI DAPAT BAJET. DEPA NI MUKA TAK PEMALU , APA YANG GUAN ENG BUAT, SEMUANYA ADALAH BAIK WALAUPUN BUAT PELEBARAN JALAN RAYA YANG PERNAH DEPA PAKATAN KATA DAHULU.
 
ISU TAN HAK JU BILA MAU MINTA MAAF KETUA MENTERI KUCING ( CAT)????

PASCA E 13 : SELAMAT TAHU BARU CINA ; TUAH SI NAGA AIR



tahun ini bagi masyarakat cina mereka meraikan sambutan tahun baru dengan berlatar belakangkan kepercayaan kepada giliran naga air pula. kata kawan BK tahun ini tahun ong tapi ianya perlu persamaan dengan tahun kelahiran diri seseorang. apapun BK mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina bagi semua kaum cina di Malaysia. Apa yang menarik di sini, kaum cina menyambut tahun baru mereka dengan sembahyang pada hari sebelum malam tahun baru. Jam 7 petang , semua sanak saudara akan berkumpul untuk makan besar ( makan petang). lepas tu BK tengok mereka akan berbual mesra, bertanya khabar dan kemuncak malam tahun baru mercun dibunyikan. di sepanjang restoran makanan cina yang terletak di seberang jaya penuh sanak saudara cina meraikan jamuan makan sekeluarga.

Di China, naga dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah; patung naga diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. Dalam budaya Cina, tahun Naga paling digemari ibu bapa untuk melahirkan anak.

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Naga," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:
  • 16 Februari 1904 - 3 Februari 1905: Naga Kayu
  • 3 Februari 1916 - 22 Januari 1917: Naga Api
  • 23 Januari 1928 - 9 Februari 1929: Naga Tanah
  • 8 Februari 1940 - 26 Januari 1941: Naga Logam
  • 27 Januari 1952 - 13 Februari 1953: Naga Air
  • 13 Februari 1964 - 1 Februari 1965: Naga Kayu
  • 31 Januari 1976 - 17 Februari 1977: Naga Api
  • 17 Februari 1988 - 5 Februari 1989: Naga Tanah
  • 5 Februari 2000 - 23 Januari 2001: Naga Logam
  • 22 Januari 2012 - 10 Februari 2013: Naga Air
  • 2024 - 2025: Naga Kayu
  • 2036 - 2037: Naga Api
Sifat  keserasian
Kedudukan zodiakke-5

Waktu naungan
7 – 9 pagi
Mata anginTimur-tenggara
Musim dan bulanMusim bunga, April
Bulan qamari5 April hingga 5 Mei
Zodiak Barat yang bersamaanAries
PolaritiYang
UnsurKayu
Sifat positifMulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, pemaaf, aktif, menyeronokkan, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan
Sifat negatifTidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka
Paling serasiTikus, Monyet, Ular, Ayam
Sederhana serasi
Naga, Khinzir, Lembu
Tidak serasi
Kuda, Harimau, Kambing, Arnab, Anjing


**kalu guan eng lahir tahun kuda/harimau/kambing/arnab/anjing jawabnya tahun ni dap boleh bungkus.

Ok cukup sekadar ini berdasarkan pembacaan BK dan bertanya pada kawan-kawan CIna selama 2 hari tak menulis. setelah mentelaah budaya cina , terfikir di dalam ruang fikiran BK, Melayu ada tahun baru tak ? Jawapannya ada iaitu Tahun Baru Hijrah. Ini bagi kes Melayu di Malaysia sahaja. Melayu indonesia tak sama dengan melayu di malaysia. Di malaysia Melayunya adalah islam bertepatan dengan maksud melayu dalam perlembagaan persekutuan perkara 160 (2).

Jika merujuk Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.

Di samping Perkara 160(2), Melayu turut ditakrifkan di bawah Perkara 89(6) yang menyatakan bahawa seseorang itu disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri mereka bermastautin. Perkara ini menjelaskan bahawa takrifan Melayu itu boleh dipecahkan kepada dua, iaitu berdasarkan sosiobudaya dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan dalam kedua-dua takrifan di atas. Pertama, untuk menjadi seorang Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan tidaklah semestinya seseorang itu berketurunan Melayu. Seorang India boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya beragama Islam, menjadi kelazimannya bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat Melayu. Sebaliknya, walaupun dia seorang yang berketurunan Melayu sekalipun, bagi maksud Perlembagaan, dia bukan Melayu jika tidak beragama Islam.

RAMALAN  TENTANG TAHUN NAGA AIR :

1. TAHUN PENCERAHAN DAN MERUPAKAN TAHUN YANG MEMBERIKAN KEBAIKAN

2.TAHUN YANG MENJERNIHKAN DAN MENDINGINKAN KEADAAN. ( DALAM HATI BK APAKAH HUBUNGAN PAS UMNO DAN DAP BN AKAN MENJADI REALITI?)

3.DALAM BENTUK BENCANA ALAM , MEREKA MERAMALKAN AKAN BERLAKU KEJADIAN ALAM LUAR BIASA BERKAITAN AIR SEPERTI BANJIR ATAU TSUNAMI ATAU YANG BERKAITAN DENGANNYA

4.URUSAN EKONOMI DAN PASARAN HARTANAH BERTAMBAH BAIK.
(Antara kawasan di mana tahap harga hartanah dijangka menyederhana- Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang.Hartanah sekitar Kuantan pula dijangka mengalami sedikit tekanan pasaran.Bagi pelaburan hartanah- -lokasi yang dikenalpasti kaedah Feng Shui sekitar Johor, Sabah dan Pulau Pinang yang dijangka terus berkembang.

5. URUSAN POLITIK LEBIH TENANG ( APAKAH MCA, GERAKAN , DAP DAN CINA PKR AKAN KURANG BERKONFRANTASI UNTUK TAHUN INI ?)


AKHIRULKALAM JANGAN LUPA 28 JANUARI INI ADA PERHIMPUNAN SEJUTA UMMAH DI DEWAN BUDI PENYAYANG KEPALA BATAS
Kawasan lain pula- -pelabur harus bersabar sehingga harga pasaran hartanah kembali melonjak sekitar Ogos ini.)