Monday, September 19, 2011

KHALID GEREJA HINA CUCU NABI SAW


KHALID 'MENGHINA' CUCU RASULLULLAH DENGAN BERBOHONG KONONNYA SAIDINA HASAN DAN HUSAIN BUKAN SAKSI YANG ADIL
1- Pabila Khalid Samad sedaya upaya cuba "mempertahankan" gereja kini dia pula menyandarkan perkara yang tidak benar kepada cucu Nabi kita iaitu Hasan dan Husain kononnya sebagai saksi yang tidak adil dan tidak boleh diterima walaupun kepada bapa mereka sendiri. Ini suatu penghinaan kepada cucu Rasulullah. Sedangkan kesaksian para sahabat bahkan para ahli bait nabi adalah adil. Kesaksian para sahabat adalah diterima dan mereka adil dalam pensaksian mengikut puluhan dalil Hadith dan kesepakatan jumhur ulama Islam. Dan kisah yang BATIL yang lagi Dho'if serta PALSU tidak harus dijadikan sandaran untuk menolak penerimaan kesaksian para sahabat.

2- Kisah yang dijadikan sandaran oleh Khalid Samad ini adalah kisah yang TIDAK BENAR bahkan ia BATIL dari segi makna dan sanad. Mengapa kamu mahu cakap pasal agama di surau dan masjid di Selangor tapi bawa pula kisah yang TIDAK benar dan dijadikan pula sebagai bukti dakwaan kenyataan kamu itu?!

Kisah berkaitan Saidina Ali yang dikatakan meminta dikembalikan baju besinya yang berada ditangan seorang Yahudi dengan membawa kes tersebut kepada Tuan Qadhi Syuraih lalu Saidina Ali membawa saksi bahawa baju itu kepunyaan baginda dan saksi tersebut adalah Saidina Hasan dan Husain kemudian dikatakan kesaksian kedua-duanya adalaah TIDAK adil dan tidak diterima kerana kedua-duanya merupakan anak Saidina Ali...
KETAHUILAH BAHAWA KISAH ATAU ATHAR INI ADALAH TIDAK BENAR, BATIL DAN TIDAK BOLEH DIJADIKAN SANDARAN DALAM HUKUM kerana:

- Kerana...Keadilan penyaksian para sahabat adalah diterima dan adil sekalipun penyaksian kepada bapa sendiri. Saidina Hasan dan Husain merupakan sahabat Nabi waktu yang sama adalah ahli bait dan cucu baginda. Mana mungkin mereka tidak adil seperti dakwaan sesetengah orang yang jahil ilmu agama!.

- Kerana... kisah tersebut adalah batil dan tidak benar sekalipun kita selalu membacanya atau mendengarnya seperti menarik perhatian orang-orang awam yang tak tahu. Bukan semua yang diriwayatkan itu adalah benar belaka inikan pula nak dijadikan sandaran hukum. Al-Jauzaqoniy ketika meriwayatkan kisah tersebut beliau meriwayatkan dalam kitab Al-Abatil iaitu mengenai riwayat-riwayat yang BATIL/TIDAK BENAR dan dengan jelas beliau menyatakan selepas membawa kisah tersebut bahawa ia adalah kisah yang BATIL dan hadith mauquf tersebut (athar) adalah MUNGKAR. Begitu juga Imam Ibnu Jauzi dalam Al-'Ilal Al-Mutanahiy menyatakan tentang peristiwa yang sama dan menghukum kisah atau hadith (hadith mauquf) tersebut adalah BATIL/TIDAK BENAR. Az-zahabi turut menolak periwayatan berkaitan kisah tersebut dalam Mizan Al-'I'tidal.

Maka berhati-hatilah dan belajar banyak lagi sebelum mengajar.

Keadilan sahabat Nabi usah dipertikaikan TETAPI keadilan Parti Keadilan Rakyat harus dipertikai.

PAS KEDAH TOLAK ANWAR


PAS KEDAH MULA MENUNTUT KERUSI DUN PARLIMEN YANG MEREKA PINJAMKAN KEPADA PKR. PKR HARUS SEDAR, BAHAWA PAS TIDAK AKAN LAGI BERKORBAN UNTUK PKR KEDAH. ANWAR STEP DOWN.PAS KEDAH DAH MULA JIJIK DENGAN TINGKAHLAKU ANWAR. SOLAT HAJAT KE ARAH MEMBUKTIKAN ANWAR BERSALAH.

Sunday, September 18, 2011

ISLAM BUKAN PARTI. ISLAM MENDIDIK PARTI DAN BUKAN PARTI PERSENDAKAN ISLAM


PAS BUKAN ISLAM TAPI PARTI YANG MEROSAKKAN FAHAMAN ISLAM

SEDUTAN ANWAR IBRAHIM. TAMAKNYA DIA

buah nyok ada, kopi ada, pisang ada, rambutan ada, puyuh ada.....banyaknya dia makan

RUMAH TERBUKA HARI RAYA PERINGKAT KERAJAAN NEGERI HAMBAR

SEPERTI TIADA SABUTAN. WARTAWAN YANG HADIR JUGA HANYALAH DIPERINGKAT KERAJAAN NEGERI SAHAJA .LEBIH MENYEDIHKAN UCAPAN GAUN ENG TAK SIAPA PUN YANG NAK DENGAR DAN BAGI TUMPUAN
ANTARA 2 BAKAL AHLI PARLIMEN NIBONG TEBAL. APAKAH UST MAKHTAR SELAKU KETUA CABANG NIBONG TEBAL YANG JUGA ADUN SG BAKAP ATAU LAU CHOO KIANG
SUASANA HAMBAR.................MALANG SUNGGUH. PAKAH INI TIDAK MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT. SEKIRANYA KERAJAAN BN MENGANJURKAN RUMAH TERBUKA, PEMBANGKANG KATA MEMBAZIR. SEKARANG SIAPA YANG MEMBAZIR.
TAK RAMAI YANG HADIR DAN MENANTIKAN KETIBAAN KETUA MENTERI.APAKAH INI PETANDA ORANG MELAYU MULA SEDAR?
PERHATIKAN. NAMANYA SAMBUTAN HARI RAYA. TAPI YANG RAMAI HADIR BUKAN TERDIRI DARIPADA UMAT ISLAM. PELANCONG ASING DAN PENYOKONG DAP SAHAJA.

Saturday, September 17, 2011

GUAN ENG TRAUMA DENGAN PERKISAHAN KEKEJAMAN KOMUNIS???


Sebagaimana yang telah teman dedahkan semalam berkaitan pentomen yang di batalkan di saat akhir oleh kerajan negeri pulau pinang kerana mengandungi unsur kekejaman komunis di tanah melayu. Laporan isu ini telah didedahkan di dalam ahbar sinar bertarikh 17/9/2011. Berdasarkan laporan akhbar tersebut menyatakan bahawa pentomen ini dibatalkan di saat akhir. Mengikut tentatif program, pentomen ini sepatutnya dipersembahkan selepas koir dari SMK tunku abdul rahman. Soalnya sekarang mengapakah pentomen ini dibatalkan?

Berdasar sumber terdekat yang teman terima, sewaktu raptai penuh diadakan, ianya telah mendapat liputan daripada beberapa buah akhbar termasuk akhbar berbahasa cina. Teman tidak prejudis kepada akhbar berbahasa cina kerana kita perlu bebas melaporkan perkara yang baik. Namun, yang teman rasa berbulu sangat ini apabila dikhabarkan salah seorang wartawan yang membuat liputan raptai berkenaan telah melaporkan kepada guan eng tentang persempahan pentomen tersebut yang memasukkan unsur kekejaman komunis.

Lalu selepas perkara ini diketahui oleh guan eng, maka guan eng telah mengarahkan dato suk ( dato farizan darus untuk memanggil wakil pentomen berkenaan. Kemudian, kepeutusan yang dibuat, demi menjaga lim guan eng, pentomen itu terpaksa di batalkan.Teman tidak salahkan dato SUK kerana beliau berjaya menjadi seorang penjawat awam yang taat kepada pemerintah tidak seperti sesetengah ketua jabatan yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan, tapi hentam kerajaan persekutuan macam pemimpin pembangkang.

Jika mat sabu trauma dengan filem bukit kepong dan sarjan hassan, teman boleh nyatakan di sini bahawa guan eng trauma dengan persembahan pentomen kemerdekaan usm. Semalam teman sempat pergi melihat pentomen berkenaan di dewan DTSP usm bagi melihat sejauhmanakah keberkesanan aspek sejarah di dalam pentomen tersebut.

Bagi teman ianya amat tepat dengan perkisahan merdeka dan guan eng tak seharusnya takut dengan paparan kekejaman komunis. Itu hanyalah realiti sejarah bahawa komunis bunuh orang melayu dan juga cina.Komunis mahu hapuskan sistem beraja dan menggantikan negara Malaya dengan republik komunis malaya.

Alasan yang diberikan oleh pengerusi majlis majlis rasmi kerajaan pulau pinang iaitu ybhg dato abdul halim hussain yang menyatakan persembahan tersebut terlalu lama sehingga menggunakan masa selama  45 minit adalah satu alasan yang paling dangkal dan bersifat prejudis.

Apakah dato abdul halim masih lagi nak menjaga guan eng ? Teman saksikan persembahan tersebut di dtsp tak sampai 15 minit pun. Kepada SUK dan exco melayu dalam kerajaan PR Pulau Pinang, janganlah tidak berpijak di bumi yang nyata. Sejarah tidak pernah berbohong. Mansor yang juga bekas pensyarah USM pun tahu akan kebenaran. 

Hanya kerana elemen komunis pentomen dibatalkan. Teman berharap agar mahasiswa usm bangkit membuat satu deklarasi kekejaman komunis terhadap kaum melayu , cina dan rakyat malaysia satu ketika dahulu.Jika benar-benar mahasiswa USM yang dipimpin oleh mahasiswa berstatus APEX, mereka harus bangkit menyatakan pendirian dan menghantar surat rasmi bantahan di atas pembohongan yang dibuat dalam kenyataan di dalam akhbar sinar.

Teman ulang sekali lagi, apa yang teman tonton semalam hanyalah persembahan sekitar 15 minit dan bukannya 45 minit. Sahlah DAP takut mereka disamakan dengan komunis dan DAP mahu rakyat lupakan kekejaman komnis dan di angkat komunis sebaga pejuang.

Menyusul selepas ini cabaran kepada mahasiswa APEX dalam isu pentomen. Bangkit atau jadi PONDAN!!!! 

ALAMAK USTAZ PKR DAPAT BUNGA LA PULAK

SEBAGAI TANDA KASIH CHUNG ENG PADA YB MAKHTAR