Sunday, July 24, 2011

SIRI 14 DAP LAKNATULLAH : KERAJAAN DAP RUGI RM 107.78 JUTA



Teman dah lama nak ceritakan tentang hal ini. Kalau baca buku bajet 2011 yang lalu, guan eng pusing angka dari pelbagai cara ntuk nampakkan kerajaan negeri sentiasa untung. Tapi dalam aspek tertentu guan eng sebenarnya rugi dan terpaksa mengambil wang daripada SIMPANAN TERKUMPUL NEGERI yang berbaki RM 538.95 juta pada akhir tahun 2009. Mari kita baca informasi di bawah :

Bajet 2011 ialah RM 900.35 juta
Bajet 2010 RM 713.79 juta.
Bajet mengurus 2011 ialah RM 493.10 juta meningkat sebanyak RM 89.08 juta
Bajet 2011 alami defisit sebanyak rm 107.78 juta
( rugi dan makan tabung )

Bantuan kerajaan BN di Pulau Pinang :

1. PROJEK PEMBESARAN EMPANGAN MENGKUANG RM 240.30 JUTA
2. PROJEK PENGURANGAN KADAR KEHILANGAN AIR TIDAK BERHASIL RM 10 JUTA
3. PROJEK BEKALAN AIR LAIN RM 12 JUTA

Sebahagian Agihan peruntukan pembangunan bagi tahun 2011 yang berkaitan kebajikan rakyat  :

Rancangan Perumahan Murah hanya RM 13.51 juta
Membina jalan kerajaan negeri RM  15.05juta
bantuan sekolah agama rakyat RM 1.70 juta

( patutlah di pulau pinang tiada projek perumahan kos rendah untuk rakyat. Peruntukan rumah kos rendah hanya RM 15.05 juta sahaja.Amat amat sedikit .Rumah di Pulau Pinang semuanya mahal nak mampus. Rumah bernilai RM 300 ribu dan ke atas dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Peruntukan jalan yang sedikit , menyebabkan jalan banyak rosak. DAP tahu, bila jalan rosak, kerajaan BN akan baiki. Ini semua tektik DAP dalam menjayakan mesej menggunakan wang BN , dan memberi kredit kepada mereka.

SIRI 13 DAP LAKNATULLAH : RM 8.6 JUTA UNTUK PERBADANAN BUKIT BENDERA

BUKIT BENDERA KU AKHIRNYA DINIAGAKAN SECARA KAPITALIS
KEADAAN KERAPI BUKIT BENDERA SEBELUM JANUARI 2011

PERUNTUKAN KERAJAAN BN BERNILAI RM 63 JUTA UNTUK KERETAPI BARU.NAMUN HARGA TIKET TELAH DINAIKKAN SEBANYAK RM 8 WALAUPUN YANG MEMBIAYAI PROJEK NAIK TARAF INI IALAH KERAJAAN BN. UNTUNG LAGI DAP LAKNATULLAH

RAKYAT TERPAKSA MENANGGUNG RM 8 BAGI MENIKMATI SUASANA DI BUKIT BENDERA. SEBELUM DIPERBADANKAN , TIKET KERETAPI HANYALAH RM 4. NAMUN, SELEPAS GUAN ENG MENUBUHKAN PERBADANAN BUKIT BENDERA, NILAI BUKIT BENDERA TELAH DPERDAGANGKAN SECARA KAPITALIS.


Sahabat sekalian, sedarkah kita bahawa bukit bendera merupakan sebuah kawasan tanah tinggi yang berstrategi dan kaki  bukitnya boleh sampai ke barat daya. Penubuhan perbadanan bukit bendera oleh guan eng adalah untuk memastikan keseluruhan kawasan bukit bendera di niagakan. Ini termasuklah di seluruh kawasan bukit bendera. Dengan kata lain, perbadanan ini akan membuat projek komersial bagi memberi kesan untung kepada kerajaan negeri. Jadi tidak hairanlah tambang keretapi bukit bendera telah dinaikkan sebanyak rm 8 daripada rm 4 sebelum ini. Setelah diperbadankan, kerajaan negeri telah memperuntukan sejumlah wang sebanyak rm 8.6 juta bagi tahun 2011 untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan mengindahkan kawasan bukit bendera.Perbadanan bukit bendera boleh kaut untung berlipat ganda. Bukit bendera juga dimajukan melalui peruntukan kementerian pelancongan. Bayangkan, perbadanan kaut untung berlipat ganda dan kesannya merugikan rakyat.Bukit bendera tidaklah sejuk seperti dulu. Sekarang kalau pi bukit bendera memang panas. Guan eng nak bina hotel lagi.Nilai alam sekitar yang nyaman tidak lagi dirasai. Kawasan-kawasan denai kadangkala sukar dimasukki kerana di kawal oleh anjing belaan individu tertentu. Justeru, apa yang boleh dibanggakan sekarang. Bukit bendera bakal digondolkan dengan semangat kapitalis. Untung berlipat ganda. Ingat!!!!! rm 63 juta telah disumbang oleh kerajaan BN bagi menaiktaraf keretapi bukit bendera. Duit ini duit kerajaan BN. Kerajaan DAP baru nak pump rm 8.6 juta sahaja bagi tahun 2011. Boleh buat perbezaan iaitu  Kerajaan BN bagi rm 63 juta dan  Kerajaan DAP bagi rm 8.6 juta. Siapa yang baik dan sayangkan rakyat Pulau Pinang?

Saturday, July 23, 2011

SIRI 12 DAP LAKNATULLAH : JALAN PINTAS GUAN ENG MEMUSNAH TEMPAT PERMAINAN KANAK-KANAK

Teman terpanggil untuk melihat isu jalan pintas baru yang dibuat oleh guan eng. Konnnya jalan ini adalah untuk mengelakkan laluan ke tol sg nyiur. Namun setelah diteliti, ternyata jalan yang dibuat adalah membazir sama sekali kerana kerajaan BN sebelum ini telah membuat jalan pintas melalui laluan pasar orang kaya ke sunway hotel dan melalui jalan bagan lama.Untuk memastikan kuncu-kuncu guan eng mendapat projek , maka projek yang tidak bermakna ini telah di buat. Jika diukur dalam aspek masa, jalan baru ini mengambil masa lambat berbanding jalan pintas sedia ada.
Jalan baru ini sebenarnya telah merampas keamanan penduduk  setempat dan kanak-kanak untuk bermain. Sebelum ini jalan sedia ada  hanyalah jalan taman dan kenderaan tidak terlalu banyak melalui jalan tersebut. Jalan taman sudah pasti kenderaan akan dipandu dengan amat perlahan. Namun sekarang tiada lagi halaman untuk kanak-kanak bermain. 


Laluan jalan yang dibina seperti tiada objektif. Kepada siapa sasaran jalan ini dibuat. Nak kata jalan pintas pun tak pintas sebab jalan pintas yang dibuat oleh BN lebih cepat dan mudah.Yang teman tahu, guan eng tak tahu apa nak bagi pada penduduk bagan, lalu dia hadiahkan sebuah jalan yang menggunakan wang rakyat termasuk duit teman sendiri . Guan eng wa bayar cukai ma...................wa punya luit lu sulah angka bikin inin jalan.

JALAN PINTAS SEDIA ADA YANG DIBINA OLEH BN SEBELUM INI

Jalan pintas sedia ada melalui jalan utama yang sama menuju ke jalan guan eng yang membazir

jalan sedia ada yang akhirnya menuju simpang 3 untuk ke butterworth atau perai.

YANG PERLU KITA TAHU. GUAN ENG MEMBAZIRKAN KAN WANG NEGERI.
BERAPA RAMAI YANG DAPAT NIKMAT SELEPAS PEMBINAAN JALAN PNTAS GUAN ENG?
ORANG BARAT DAYA , TIMUR LAUT DAN SEBERANG PERAI TENGAH TAK DAPAT UNTUNG APAPUN. LEBIH MENYEDIHKAN JALAN BARU GUAN ENG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN. TAK PERCAYA BOLEH PI TENGOK SENDIRI.

Friday, July 22, 2011

SIRI 11 DAP LAKNATULLAH : PROPAGANDA RISALAH

Teman cukup masak sangat dengan cara guan eng dan sekutunya bermain dengan propaganda. Berlakon dan membohong adalah 2 jenis ilmi dalaman dalam pakatan rakyat. Teman nak sahabat sekalin melihat risalah propaganda ala kanak-kanak bermain guli :

katanya ezam nak gulingkan kerajaan? lawak sungguh. Yang nak gulingkan kerajaan ialah dap sebab nak kumpul orang hampir setengah juta di kuala lumpur. ezam dan kawan-kawan cuma berkumpul dan berarak dalam jumlah 2 ribu ke 3 ribu orang sahaja. lagipun nak guling buat apa. nak demo sikit-sikit . nak bagitau guan en lu keleja macam lubang jamban. cakap talak selupa bikin. kasi SAR baru rm 1.75 juta sulah bising satu malaysia. BN kasi rm 925 juta untuk pendidikan pada Pulau Pinang talak bising ma. Inilah propaganda namanya dan pastikan rakyat bencikan ezam dan rakan-rakan ngos.Cuba lihat gambar wartawan yang dikatakan dikasari? siapa kasari siapa? bukankah tingkahlaku wartawan tu yang membuat provokasi kepada peserta demo, lalu peserta demo terpaksa mempertahankan dirinya. kemudian, tindakan mempertahankan diri oleh peserta demo telah dirakam oleh rakan wartawan yang lain. ishhhhh tektik yang digunakan dah lama orang tak pakai. macam tian chua pakai baju  nipis , senang koyak bila polis pegang baju. Tian Chua serang polis, polis mempertahankan diri, jurukamera pakatan haram rakam kata polis nak pukul tian chua. malaun badigul punya lang.

demo ganas ? wah!!!!! ganas bawa bom, parang dan senjata api ker? berapa yang dimasukkan ke hospital , berapa yg telah dikuburkan? berapa yang mengalami cedera parah? kalau tak tahu tulis ayat dalam risalah, belajar dengan murid tahun 6. mereka boleh ajar cara penulisan yang baik dalam risalah. teman ni, lain la budak tadika jer. tulis untuk perjuangan.

GUAN ENG KAU TENGOK BERAPA BANYAK BN BANTU PENDIDIKAN DI PULAU PINANG

  
PERUNTUKAN PENDIDIKAN DI PULAU PINANG RM 925.2 JUTA.

GEORGE TOWN -- Jabatan Pelajaran negeri (JPN) yakin dapat melonjakkan kualiti dan pencapaian pendidikan di sekolah bagi tahun ini ekoran jabatan itu telah menerima peruntukan sebanyak RM925.2 juta daripada kerajaan pusat.
TUAN HAJI TARMIZI PENGARAH JPN PULAU PINANG.

PENDIDIKAN DI PULAU PINANG MAJU SETELAH 54 TAHUN BN MEMERINTAH . WALAUPUN PULAU PINANG DI TADBIR OLEH DAP MULAI TAHUN 2008 KERAJAAN BN TETAP MEMBERIKAN PERUNTUKAN MENGHAMPIRI RM 1 BILLION


Pengarahnya Ahmad Tarmizi Kamarudin berkata peruntukan itu akan digunakan kepada lebih 280,000 pelajar di 150 buah prasekolah, 271 sekolah rendah dan 125 sekolah menengah di seluruh negeri.

Katanya menerusi Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) terdapat tiga buah sekolah dalam pembinaan iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Batu Kawan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Masyoor (P) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas manakala sekolah Kebangsaan Minden Height dan Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor akan mendapat bangunan tambahan.
"Bagi mencapai sasaran penyertaan prasekolah di bawah sub-NKRA sebanyak 28 buah prasekolah baharu akan dibina selain pembinaan prasarana sukan kepada 12 buah sekolah," katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Guru peringkat Pulau Pinang pada Khamis.

Beliau berkata selain itu kerajaan turut memberikan subsidi sehingga RM2,000 sebulan bagi kos utiliti di sekolah-sekolah bantuan kerajaan.( TERMASUK SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN )
Tarmizi berkata, JPN turut menerima peruntukan sebanyak RM462,000 bagi bantuan kepada hampir 11,000 pelajar miskin dari sekolah rendah dan menengah menerusi Kumpulan Wang Simpanan Amanah Pelajar Miskin (KWAPM),"Masalah kemiskinan kini bukan lagi penghalang kepada pelajar meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi," katanya.Sementara itu, empat pesara guru hari ini diberikan Anugerah Tokoh Guru Pulau Pinang 2011 sempena sambutan Hari Guru itu.

Mereka yang bergelar tokoh itu ialah Fatimah Yahaya, 60, S.Marieyapuspam, 74, Hwong Seng (Hwong Seng), 61, dan Mat Daud Ishak ,59.Mereka menerima cenderamata dan sijil penghargaan daripada Yang Dipertua negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

- BERNAMA

Thursday, July 21, 2011

SIRI 10 DAP LAKNATULLAH : APABILA GUAN ENG TAK FAHAM ERTI BANTUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA

BANTUAN GUAN ENG INDAH KHABAR DARI RUPA.TAPI PAS TETAP RIUH SEKAMPUNG


Petang hari ini teman  sehari suntuk berbual dengan aktivis pendidikan tentang isu SAR dan mengapakah guan eng cukup berkenan dengan SAR. Rupa-rupanya setelah diteliti dengan begitu terperinci, bantuan kepada SAR di Pulau Pinang adalah bererti memberi bantuan kepada SAR milik PAS dan PKR. Telah banyak SAR di Pulau Pinang yang telah berubah kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK). Kerajaan berbaik hati membantu SAR dengan syarat SAR bersetuju diselenggara penuh oleh kerajaan. Kebanyakan SAR yang berubah kepada SABK akan mendapat kemudahan berikut :

1. naik taraf bangunan sekolah
2. latihan guru di Institut Perguruan guru
3. Gaji yang diberikan berdasarkan kepada kelulusan sama ada diploma atau ijazah. Bayangkan seorang guru SAR yang mempunyai ijazah biasanya mendapat gaji di antara RM 800 hingga RM 1300  akan mendapat skim gaji siswasah iaitu dicampur elaun hampir RM 2900 ( gaji skim pertama )

Cuba kita bayangkan, di Pulau Pinang terdapat 10 buah sekolah SABK . Kita membuat perkiraan mudah , katakan jumlah guru yang mengajar di 10 buah sekolah ini berjumlah sekitar 500 orang. Berapakah peruntukan gaji yang dihulurkan kerajaan kepada mereka setahun? Apakah ia sama dengan jumlah RM 1.75 juta yang dibanggakan oleh kerajaan negeri? Ternyata kerajaan negeri cuba mengaburi mata rakyat.


Sebagai makluman usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan SAR dan sekolah agama negeri yang meliputi aspek pengurusan sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sumber manusia serta prasarana dan kemudahan fizikal.Walaupun SABK berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, program ini bersifat tempatan iaitu anak negeri diutamakan berbanding murid-murid di negeri lain.Pihak berkuasa negeri pula masih mempunyai tanggungjawab dan peranan di sekolah terutama sekali dalam memastikan keberkesanan pengajaran mata pelajaran sukatan Al-Azhar yang merupakan identiti sekolah itu sejak sekian lama.( mengapa SAR milik PAS dan PKR takut ? yang teraniaya ialah murid  dan guru.

Sebagai ukuran awal teman dedahkan sedikit peruntukan kerajaan BN untuk SABK di Selangor dahulu. Perhatikan betul betul wahai sahabat sekalian.Bagi tempoh 2006 hingga 2010, sebanyak RM216.2 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada SABK di negeri ini.Jumlah itu katanya, termasuk bantuan perkapita sebanyak RM10.3 juta, penyelenggaraan bangunan (RM12.9 juta), makanan asrama (RM72.5 juta) dan pembayaran gaji (RM87 juta).Ini baru selangor. Nanti teman akan dedahkan untuk Pulau Pinang pula. Bukan apa, nak ajar sikit guan eng dan mailk kassim yang bongkak dan kuat membohong orang.SABK negeri di selia di bawah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di Pulau Pinang antara sekolah SAR yang telah berubah kepada SABK ialah seperti berikut :

1. SM AGAMA AL AHMADIAH AL IJTIMIAH PONDOK PADANG LALANG BUKIT MERTAJAM

2. SM ISLAM AL NASYRIAH , BUKIT MERTAJAM

3. SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH , GUAR PERAHU

4. SMA FAQIAH DAIMIAH , PERMATANG PAUH

5. SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH , KEPALA BATAS

6. MADRASAH KHAIRIAH ISLAMIAH POKOK SENA

7. MAAHAD AL IMAM AL NAWAWI , LAHAR MINYAK KEPALA BATAS

8. SMA MAAHAD AL MASHOOR AL ISLAM TELUK KUMBAR

9. SMA TARBIAH ISLAMIAH KG RAWA

10. MAKTAB WAN JAH BUTTERWORTH

Peringatan kepada kerajaan guan eng. Tunggu pendedahan teman tentang jumlah peruntukan kerajaan BN untuk kesemua sekolah di atas. Bukan RM 1.75 juta macam guan eng bagi tau. Malah berpuluh kali ganda daripada itu. Guan eng wa cakap sama lu, "tolong la cakap butul butul. Jangan cakap macam lubang jamban ma."Ok cukup sekadar ini dulu. Bagi sahabat sekalian, sampaikan pada rakyat jelata bahawa dah 3 tahun guan eng bohong rakyat pulau piang pasal bantuan sar ini. Jumla bantuan sar  amat berkurangan dibandingkan dengan bantuan yang diberikan kepada sekolah bantuan kerajaan untuk kaum cina, india dan mubaligh.Suasana ini tidak adil bagi sebuah kerajaan yang kononnya mengamalkan dasar keadilan untuk rakyat.

SIRI 9 DAP LAKNATULLAH: KERAJAAN NEGERI SPONSOR RM 1.75 JUTA SAHAJA.


Cukup berbangga sekolah agama rakyat milik PAS menerima bantuan kerajaan negeri berjumlah rm 1.75 juta. Ingat banyak sangat. Rakyat terlupa ker atau kerajaan negeri yang tak tahu atau buat tak tahu. Kerajaan melalui KPM telah melatih dan memberi gaji kepada guru SAR yang mendapat latihan di IPG. Berapa jumlah tajaan kerajaan ? Bukan 10 juta malah melebihi rm 30 juta. Kalau nak terasa bangga dengan sumbangan rm 1.75 juta  tu teruskanlah. tapi malulah sebab kerajaan negeri kata untung setahun rm 80 juta. tapi untuk SAR rm 1.75 juta sahaja. Malu malu........ini yang dikatakan tolong umat islam pulau pinang.